Pages

Monday, 26 May 2014

Side Income Bersama Shaklee Sehingga 5 Angka

SIDE INCOME BERSAMA SHAKLEE SEHINGGA 5 ANGKA

Siapa Yang Layak menjadi ahli shaklee : Wanita Berkerjaya? Surirumah Sepenuh Masa? Student? Penganggur? Warga Emas?
Jawapannyer : Semua Layak menjana side income yang berbaloi setiap bulan. Dengan cara yang sangat mudah dan anda duduk di dalam group fb & grup wassap yang saling membantu yang memang best!!!

Dengan Syarat : Anda memenuhi kriteria di bawah untuk menjadi ahli shaklee;
1) Yakin Boleh
2) Ada Kemahuan dan Keinginan Yang tinggi
3) Bersemangat Jitu
4) Punyai Cita-cita & Impian

Anda punyai ciri-ciri diatas?
Sekiranya YA! : TAHNIAH!!! Kerana anda adalah orang yang saya cari-cari selama ini. Anda juga seorang yang bertuah membaca entry ini. Teruskan membaca untuk mengetahui cara2 untuk mendaftar untuk menjadi ahli shaklee.

Sekiranya TIDAK : Marilah kita keluar dari zon selesa sekarang dan mengorak selangkah kehadapan anda pasti Berjaya membantu mengukuhkan kewangan family. Boleh bagi extra lagi ke Mak Ayah. In Shaa Allah.. 

Bagaimana Nak Menjadi ahli Shaklee?
Mudah Saja…

1) Anda ada dua pilihan untuk membuat pendaftaran ahli shaklee: secara percuma & berbayar.
a) Percuma : Dengan belian vitamin rm600 ke atas.
b) Hanya dengan membuat bayaran rm75 (Seumur Hidup).

2) Anda mempunyai pilihan samada;
a) Saya daftarkan untuk anda 
b) Anda boleh mendaftar sendiri ke Branch Shaklee yang berhampiran. 

AWAS!!! Pastikan anda mendaftar menggunakan ID saya 1000362 supaya anda boleh duduk dalam group kami yang sangat mabelessss dan anda akan dipimpin sehingga Berjaya.

SHAKLEE IS VERY VERY VERY DIFFERENT WITH OTHER MLM COMPANY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! WHY??
1) Tidak perlu modal beribu.
2) Tidak perlu simpan stock (unless kita sendiri nak simpan)
3) Tidak perlu loan bagai.
4) At your convenience time.
5) Tidak perlu meeting seminggu sekali/coaching dihujung jari anda.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Assalammualaikum w.b.t


Seksi kan mom-to-be kat atas ni? Bukan sebab pakaian dia, tapi sebab dia sedang hamil. Nampak seksi dan cute. Alahai, macam teringin pula nak mengandung lagi. Oppsss...hahaha.

Tetiba malam ni nak up pasal Tanda-tanda Awal Kehamilan. Saya akan kongsi sedikit pengalaman ketika mengandung dulu disertakan jugak sekali kata-kata dari yang cerdik pandai :).


Pengalaman Sendiri Tanda Awal Hamil

1) Haid saya berubah waktu dengan tiba-tiba. Sepatutnya jadual haid saya di permulaan bulan, dalam lingkungan 2 atau 3 haribulan. Tapi pada bulan tersebut, saya haid selepas 2 minggu dari yang sebelumnya dan dengan kuantiti yang sangat sedikit.

2) Sengal di ari-ari dan sekitar pinggang. Sungguh tak selesa dan kadangkala rasa macam nak datang haid. 

3) Berjalan macam orang sakit perut. Saya kena pegang perut dan membongkok sedikit baru selesa nak berjalan. Pada masa ini, belum disahkan mengandung.

3) Demam Selesema. Tak semena-mena demam. Tapi sekejap je demam, 2 hari rasanya kalau tak silap.

4) Rasa tak selesa di aerola. Macam gatal-gatal sikit.

Atas nasihat kawan yang dah pernah hamil, saya membuat pemeriksaan sendiri sebanyak 2 kali. Hihi..sebab nak betul-betul confirm. Yup, saya mengandung! Selepas itu untuk mendapatkan kesahihan yang nyata, saya pergi berjumpa doktor dan doktor sahkan saya hamil 2 minggu. Seronok tak terkata, Alhamdulillah.

Rasa sengal di ari-ari dan pinggang berlanjutan dalam tempoh yang agak lama, kalau tak silap 2 3 bulan kehamilan, sampaikan naik kereta pun saya kena membengkokkan badan. Diusia kandungan 5 bulan, saya berurut dengan bidan, katanya baby saya terlalu duduk di bawah sebab tu rasa tak selesa.

5) Loya Dan Muntah - pada masa ni, saya dah disahkan hamil. Mula rasa loya dan muntah ketika kandungan masuk ke bulan kedua sehingga bulan kelima.

Okay dah, jom kita tengok kata-kata pakar pula.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Mengikut Kata Pakar

Ada pakar juga menyatakan bahawa tidak semua wanita dapat merasai tanda-tanda awal kehamilan di usia kandungan belum mencecah sebulan. Berikut ini antara tanda-tanda awal kehamilan mengikut kajian mereka.

1) Tompokan Darah juga dikenali sebagai Implantation Bleeding. Ini berlaku selepas 6-12 hari selepas persenyawaan. Ini adalah tanda terawal untuk mengenalpasti bahawa anda hamil. Ini terjadi kerana embrio bayi anda sudah mula menampal di dinding rahim anda. Sesetengah wanita tidak perasan pun akan hal ini.  Tompokan darah ini hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

2) Tidak Datang Haid - kelewatan atau tidak datang haid langsung juga berisiko bahawa anda sedang hamil. Pada peringkat ini, kebanyakkan wanita sudah mula membuat pemeriksaan sendiri. Tapi ada juga wanita yang mengalami haid seperti biasa atau kuantiti yang sikit ketika hamil. 

3) Payudara Membengkak / Lembut - akan dapat dirasai sekitar 1-2 minggu selepas persenyawaan. Sesetengah wanita akan mengalami rasa yang kurang selesa di sekitar payudara seperti agak membengkak dan ada juga sesetengah wanita merasakan payudaranya lembut daripada biasa.

4) Penat Dan Lesu - Cepat rasa letih, lesu dan mengantuk juga salah satu tanda awal kehamilan. 

5) Muntah-Muntah Dan Loya - pada tahap ini, saya pasti anda sudah dapat mengagak yang anda kini hamil. :) Kebiasaannya berlaku ketika kandungan mencecah antara 2-8 minggu. Terpulang pada penerimaan individu juga, ada yang tiada loya langsung di awal kehamilan, ada yang masuk bulan ketiga baru mula mual-mual dan loya.

6) Sakit Bahagian Belakang - Terasa tidak selesa dan sakit di belakang di bahagian bawah. 

7) Sakit Kepala - Ekoran dari perubahan hormon. 

8) Kerap Membuang Air Kecil - Selalunya berlaku ketika kandungan diantara 6-8 minggu. Ini terjadi kerana ketika hamil, aliran darah kita menjadi lebih laju melalui sistem ginjal kita dan membuatkan kita akan kerap membuang air kecil.

9) Sekitar Aerola Menjadi Gelap 

10) Mengidam atau Tidak Lalu Makan - Ada wanita yang akan mengidam sesuatu di awal kehamilan, ada pula yang tidak lalu langsung untuk makan. Kalau untuk yang mengidam tu selalunya berlanjutan sehingga menunggu saat-saat kelahiran. Bagi yang tidak lalu makan pula, selalunya ambil masa 2-3 bulan semasa tempoh morning sickness berlaku.



Sah Sedang Hamil Menggunakan Pregnancy Test

Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan membeli Alat Pengesan Kehamilan di mana-mana farmasi. Gambar berikut menunjukkan samada anda hamil atau tidak.


Satu Garisan Sahaja: Tidak Hamil

 
Dua Garisan Terang: Tahniah, Anda Hamil!


Satu Garisan Terang, Satu Garisan Pudar: Ya, Anda pun Hamil!

Gambar dibawah ini menunjukkan jenis-jenis pengesan kehamilan yang ada dipasaran, disertakan sekali cara menggunakannnya dan juga keputusan terhadap ujian yang dilakukan.



Hey Mommy To Be!!!!



Kepada wanita yang sedang menunggu saat untuk disahkan hamil, saya doakan semoga Allah kurniakan zuriat dengan cepat, sihat dan sempurna sifatnya. Harap entri ini dapat membantu anda untuk mengesan lebih awal sekiranya anda hamil. Tahniah saya ucapkan. Sekian.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday, 25 May 2014

Gabungan Makanan Yang Merbahaya

Assalammualaikum w.b.t

Selamat petang ahad semua! Ada pergi Jom Heboh kat Putrajaya ke hari ni? Tengok kat tv3 macam meriah je. Saya tak pernah pergi pun mana-mana Jom Heboh walaupun buat dekat rumah. Sebab malas nak sesak-sesak, malas nak panas-panaskan diri. Duduk rumah lagi best, layan movie kat astro. :)

Entri kali ni saya nak sentuh berkenaan gabungan makanan yang merbahaya kepada kesihatan tubuh badan kita yang menyebabkan Keracunan Makanan. Gambar kat bawah ni saya ambil dari sharing di Facebook, saya pun dah lupa sapa punya (sorry sangat).

Sebelum ni mungkin kita tak tahu betapa bahayanya gabungan makanan ni. Jangan pandang mudah terhadap keracunan makanan ni tau, sebab ada yang boleh membawa maut. So, lepas ni baik elakkan la ye.


Yang menarik perhatian saya, gabungan timun dan kacang tanah; terus teringat kat sate. Huhuhu. Patutlah lepas makan sakit perut.

Keracunan makanan sangatlah memenatkan sebab anda akan muntah-muntah, cirit birit, demam pun ada kadang-kadang, sakit kepala tak usah cakaplah, badan lemah sangat. Ini pengalaman saya dulu, kena keracunab makanan selama seminggu. Kurus beb! Haha.

Hati-hati ya bila memilih makanan tu lepas ni.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Saturday, 24 May 2014

Testimoni Set Kecantikan Kulit Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Lagi testimoni untuk Set Kecantikan Kulit Shaklee. Set ini merupakan set supplement untuk anda mendapatkan kulit yang gebu, licin, halus dan mulus. 

Ada banyak testimoni pasal set ni tau? Ada yang ambil set kecantikan kulit optimum, ada yang ambil set bajet dan lain-lain ikut kemampuan customer.


1) Testimoni Set Kecantikan Kulit Optimum Shaklee (cuma dia tidak mengambil B-Complex).


Customer ni ambil Set Kecantikan Kulit Optimum Shaklee (cuma dia tidak mengambil B-Complex) iaitu terdiri daripada Alfalfa, ESP, Vit-C, Vita-E, GLA dan yang terbaru ialah Collagen.

Customer bernama Jan ni, ambil Alfalfa selama 3 bulan untuk detox segala toksin dalam badan dia. Customer ni banyak parut-parut di muka, jadi dengan pengambilan Alfalfa dapat membaiki parut dari dalam sebab toksin sudah dirembes keluar dengan Alfalfa.

Kemudian barulah dia mengambil ESP, Vit-C, Vita-E, GLA dan yang terbaru ialah Collagen.

Ini dia Set Kecantikan Kulit Optimum Shaklee:-


2) Testimoni Dari Customer Mempunyai Jenis Kulit Kombinasi


Customer di atas ni mempunyai jenis kulit kombinasi (berminyak dan kering), dan mempunyai acne prone di dahi  dan ada yang berparut. Pipinya pula dari  jenis kulit kering dan bila menggunakan foundation selalu tidak rata pada wajah. 

Selepas mengamalkan Set Kecantikan Kulit Shaklee selama 2 minggu, itulah hasilnya. Jerawat menjadi kurang, muka pun dah flawless walaupun hanya pakai sunblock sahaja! Woww.

Dan gambar diatas tu hasil 4 bulan pengambilan Set Kecantikan Kulit Shaklee. Flawless kan?

3) Testimoni Set Kecantikan Kulit: Vita-C & Vita-E

Customer yang ini pulak hanya mengamalkan Vita-C dan Vita-E sahaja. Tak kurang hebatnya jugak!
Tengoklah perbezaannya. Dari muka tak bermaya kepada muka yang nampak segar walaupun tanpa make-up.


4) Testimoni Customer Yang Mengalami Masalah Muka Merah Akibat Jerawat

Ini pula testimoni dari pelanggan yang mengalami masalah muka menjadi merah dan bengkak akibat jerawat terutama ketika period. 
Dengan sabar mengambil B-Complex, Vita-C, Vitalea, Alfalfa dan ESP.  Katanya Alfalfa paling banyak membantu dari segi jerawat dan alahan pada makanan laut. Lihatlah hasilnya kat bawah ni:



5) Testimoni Set Kecantikan Kulit Shaklee

Yang ini pulak, customer mengambil Set Kecantikan Kulit Set D (set normal), yang terdiri daripada Vita-C, Vita-E, B-Complex dan menambah GLA. Selain itu juga, kesan dari pengambilan ESP yang konsisten juga memberi hasil yang lumayan! :)

Pada mulanya, customer ni hanya mengambil ESP dan merasakan ada perubahan, dan ditambah dengan GLA Complex. Apabila dia dah semakin yakin dengan Shaklee, dia seterusnya menambah dengan Set Kecantikan Kulit Set D ini. Lihatlah perubahan beliau:-


Set Kecantikan Kulit Shaklee (Set D + GLA)


Kesan Sampingan atau Alahan Semasa Mengambil Set Kecantikan Kulit Shaklee

Badan kita mengambil masa untuk menerima benda baru dalam badan terutama vitamin. Kadangkala sesetengah customer akan mengalami alahan seperti ruam, gatal-gatal, muka bertambah jerawat dan seumpamanya. Ini adalah proses normal yang dipanggil healing crisis atau krisis penyembuhan/pembaikan sel-sel dalam badan kita.

Jangan stop makan! Semua alahan atau kesan sampingan sementara itu akan hilang dan kulit yang cantik akan terhasil selepas ianya hilang. 

Yang penting jangan putus asa tau. Badan kita penuh dengan kotoran, jadi supplement ini membantu memperbaiki dari dalam, segala toksin akan keluar samada melalui pembuangan najis atau bertindak balas terhadap kulit seperti alahan.

Tempoh Healing Crisis
Tempoh untuk healing crisis atau alahan yang dihidapi bergantung pada individu sebenarnya. Ada yang minggu-minggu, ada yang berbulan-bulan. Tapi makin lama kesan alahan tu akan makin berkurang dari hari ke hari.

Pastikan meminum air sekurangnya 3 liter sehari bagi melancarkan proses pembaikan sel-sel kulit anda dan juga mengurangkan tempoh healing crisis ini.

Sekiranya berminat ingin mencuba, hubungilah saya. :)

Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799

Shaklee Independent Distributor

Friday, 23 May 2014

Kelas Antenatal 2014 di Hotel De Palma Shah Alam

Assalammualaikum w.b.t

Ahad lepas (18/5/14), anak saya Ammar dimasukkan ke wad kanak-kanak di SALAM Specialist Shah Alam akibat demam virus (viral fever). 4 malam jugaklah berkampung di SALAM. Alhamdulillah Ammar dah makin sihat tapi manja akibat fobia dan duduk di
hospital tu masih ada.

Sebelum keluar dari SALAM tu, saya ada ternampak flyers ni:-


Ada Kelas Antenal yang dianjurkan oleh pihak SALAM Specialist di Hotel De Palma pada 9 Ogos dan 8 November 2014 nanti. Untuk bulan Mei 2014 baru je lepas. Huhuhu.

Penceramah untuk Kelas Antenatal ini adalah doktor-doktor pakar dari SALAM Specialist sendiri. Antaranya doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar sakit puan, pengurus jururawat/bidan, pakar pemakanan dan juga pegawai fisioterapi.

Hanya RM30.00 untuk satu pasangan. Murah je. Termasuk makan sekali. Goodie bag pun ada. Bagi saya, murah dan berbaloi sangat untuk kelas antenatal yang memakan masa 9 1/2 jam sehari.

Apa dia Kelas Antenatal ni?
Kelas Antenatal ini merupakan kelas persediaan awal untuk ibu-ibu hamil dalam memperlengkapkan diri untuk bersalin, terutama yang pertama kali hamil.
Antara yang bakal dibicarakan nanti adalah pemakanan semasa hamil, penjagaan bayi, kehamilan dan kelahiran serta teknik penyusuan badan.

Berikut adalah jadual Kelas Antenatal yang dianjurkan oleh SALAM Specialist:


Siapa Yang Perlu Hadir?
Pasangan yang sedang menunggu kelahiran bayi sangat dialukan. Ibu-ibu yang dah bersalin dan dah ada anak pun boleh jugak, boleh guna ilmu tu untuk kelahiran yang akan datang.

Kepada anda yang berminat bolehlah hubungi nombor yang tertera kat dalam gambar tu. Bukan kat saya tau. Saya hanya menyampaikan berita je. Hihi. Selamat menimba ilmu antenatal!


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Thursday, 22 May 2014

Testimoni Collagen Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama nak share testimoni collagen shaklee ni. Memang terbukti berkesan!


Ini dia testimoninya, nampak berbeza wajahnya lepas 3 kotak mengambil collagen shaklee. Tengoklah sendiri.


Jeles tak? Jom cepat-cepat order collagen shaklee. Yok cantik dan anjal sama-sama.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 21 May 2014

Pilihan Mainan Terbaik Untuk Anak Anda

Assalammualaikum w.b.t


Bila dah ada anak ni, ibu-ibu mesti ligat berfikir nak beli mainan apa yang sesuai untuk anak,kan? Rasa nak buat bilik khas untuk dia bermain yang penuh dengan mainan (hihihi...tu saya dok beranganlah konon-konon).

Dalam ligat kita teruja nak beli mainan untuk anak, pernah tak kita kaji atau baca mainan yang macamana yang sesuai untuk anak mengikut umur diaorang?

Untuk panduan saya dan ibu-ibu semua, jom kita ketahui pilihan mainan yang sesuai untuk anak kita mengikut umur mereka yang telah disarankan oleh pakar kanak-kanak.

Pilihan Mainan Terbaik Untuk Anak

1) Umur 3 bulan pertama:
Di usia ini anak kita masih bayi dan banyak habiskan masa dengan tidur. Ada bayi yang tidur selama 20 jam!
Jadi gunakan waktu jaganya sebaik mungkin dengan permainan atau didikan yang boleh membina perkembangan derianya terutama penglihatan. Pada usia ini jarak penglihatan bayi anda terbatas pada 8 inci sahaja. Pastikan anda selalu bercakap dengannya dan bermain pada jarak yang dekat.

Alat Mainan Yang Sesuai:


a) Mainan Yang Tergantung (hanging mobile toys).
Dapat membantu membina perkembangan minda dan fokus anak anda dengan melihat pelbagai bentuk dan warna objek yang tergantung. Pastikan jarak penglihatannya mampu melihat objek tersebut. Kajian membuktikan bayi yang didedahkan dengan alat ini lebih pintar dan menunjukkan tahap perkembangan minda yang lebih daripada bayi yang tidak didedahkan dengan alat ini. Boleh juga disertakan sekali dengan muzik.

b) Alat Mainan Yang Ringkas Dan Mudah

Carilah alat mainan yang mengeluarkan bunyi, warna yang kontra dan terang. Ini juga dapat meransang minda bayi.

2) 3 hingga 6 bulan
Bayi yang berusia 3 bulan sudah mula tahu menggunakan tangan dan mulutnya. Mereka mula belajar memegang sesuatu dengan tempoh agak lama dan menyuapnya ke dalam mulut. Pada usia ini juga bayi sudah mula peka pada persekitaran sekeliling.

Mereka juga sudah pandai memberi respon jika anda menggeletek atau permainan yang lain. Jadi pada udia ini sangatlah bagus untuk perkenalkan permainan interaktif yang boleh mendorong bayi anda keluar dari zon selesa untuk tumbesarannya.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Rantai Menyusu (Nursing Necklace)

Bunyi agak pelik, tapi inilah antara yang dipraktikkan oleh orang putih. Pada usia 3-6 bulan, bayi sudah mula belajar untuk menggigit. Jadi, dengan rantai menyusu ni dapat juga mengurangkan gatal-gatal gusi pada bayi serta tidak sewenangnya menggigit ibunya terutama ketika menyusu. Ia dapat meransang deria penglihatan dan sentuhan serta membina proses pengenalan objek dan persekitaran dengan lebih lanjut.

b) Buku Bayi

Pastikan anda beli buku bayi yang mempunyai kontra warna yang menarik dan diperbuat dari material yang selamat digigit oleh bayi. Kenalkan objek dan warna yang terdapat dalam buku tersebut. Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengingati apa yang dia pelajari nanti.

c) Mainan Boleh Pegang (Handheld Toys)


Di usia 6 bulan, bayi anda sudah boleh memegang dengan kemas alat mainan dan juga berupaya untuk membalingnya di sekitarnya. Bayi juga sudah boleh membezakan kesemua alatan mainannya dengan baik. Maka disarankan untuk kenalkan alat mainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk juga tekstur untuk menguji mindanya.

d) Muzik
Kebiasaannya bayi akan memberikan reaksi seperti menggoyangkan badan atau kepala apabila mendengar muzik secara spontan tanpa kita ajarnya.
Maka pilihlah pelbagai genre muzik yang sesuai untuk bayi seperti lullaby, twinkle twinkle dan sebagainya.

3) 6 - 9 bulan
Kebiasaannya bayi berusia 6-9 bulan sudah boleh duduk sendiri, merangkak dan memanjat. Ada yang sudah boleh berjalan di usia 9 bulan.
Pada usia ini juga, bayi sudah boleh memegang objek dengan menggunakan 2 jarinya sahaja. Disarankan untuk memberikan bayi dengan semua saiz objek atau permainan, pelbagai warna dan bentuk bagi membantunya membesar dengan cerdas dan memenuhi sifatnya yang sentiasa ingin tahu.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Alat Mainan Berbentuk Logik dan Berfikir


Di usia 9 bulan misalnya, anak anda sudah ligat berfikir mainan manakah yang dia nak main dahulu sekiranya terdapat banyak mainan. Jadi, eloklah sediakan alat mainan yang boleh menguji mindanya ikut logik dan membuatkan dia berfikir sejenak. Anak anda cepat bosan pada satu permainan sahaja dan juga bosan terhadap mainan yang statik dan kaku.

Alat mainan di atas adalah contoh paling baik untuknya. Selain itu, mainan seperti susun cawan, jumbo lego dan seumpamanya.

b) Mainan Membina Perkembangan Fizikal
Sangat digalakkan untuk memberi mainan yang boleh mendorong anak anda untuk menggunakan badannya dan membuatnya aktif bergerak. Bola adalah pilihan yang tepat!



c) Mainan Air


Anak anda sudah mula teruja untuk mandi? Ini adalah masa yang sesuai untuk kenalkan mainan air untuk anak anda. Disamping ia dapat belajar apa-apa yang berkaitan air. Berikannya bermain mainan seperti itik mainan, cawan, bola kecil dan sebagainya.

4) 9 - 12 bulan
 Bayi di usia ini suka kepada kaedah try and error. Contohnya memulas punat suara radio, membuka pintu kabinet, menutup dan membuka pintu bilik dan seumpamanya. Kadangkala susah untuk dikawal kerana terlalu aktif kerana mereka sedang ligat belajar sesuatu sendiri.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Mainan Interaktif

Bayi sudah pandai berinteraksi dengan keadaan sekeliling dengan baik begitu juga bila bermain. Pilih mainan yang boleh mengasah mindanya dengan lebih lanjut.

Perlu Bijak
Sebagai ibu bapa kita perlu bijak memilih alat mainan yang sesuai dengan umurnya supaya dia membesar dengan sihat dan cerdas mengikut galur yang sepatutnya.




Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Tuesday, 20 May 2014

Testimoni Set Kulit Cantik

Assalammualaikum w.b.t

Just nak share testimoni dari customer yang amalkan pengambilan set kulit cantik.

Dulu mukanya penuh dengan parut jerawat kemerah-merahan yang disebabkan oleh salah pilih produk.. Apabila dia amalkan set kulit cantik shaklee ini, parut jerawat makin hilang.

Set ini terdiri daripada ESP, ALFALFA & VITA-E.

Tengoklah sendiri keberkesanannya:-



Yok pm saya laju-laju. Saya pun tengah consume set kulit cantik shaklee ni sebab baru lepas kena chicken pox. Tak sabar nak share dengan u all.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Monday, 19 May 2014

Beza Saiz Bayi Dalam Kandungan Dan Makanan Segera

Assalammualaikum w.b.t

Saya nak share pasal mengandung lagi.. hihihi...sebab masih teringat-ingat masa mengandung dulu. Sibuk mencari-cari info pasal saiz bayi saya dalam kandungan, macamana keadaan dia.

Kalini saya nak share saiz bayi dalam kandungan dubandingkan dengan saiz makanan segera yang kita ambil seharian (yang mana tak makan tu, ini boleh dianggap panduan juga ye).

Saiz Bayi Dalam Kandungan VS Makanan Segera

Minggu Pertama: 
Saiz bayi hanyalah sekecil gula pasir. Anda boleh nampak dengan jelas tak saiz gula pasir tu? Kecil je kan? Namun di usia kandungan 1 minggu, kita masih belum dapat tanda-tanda hamil dan scan pun masih tidak nampak..

Minggu ke-4:
Hanya sebesar gula-gula manik untuk diletakkan diatas donut atau kek. Masih kecil lagi tapi sudah boleh dikesan dengan 3d scanner, tapi nampak macam tompokan bulatan sahaja; saya pernah scan untuk pastikan saya hamil pada usia kandungan 4 minggu. :)


Minggu ke-6:
Sebesar cip coklat je! Masih kecil dan comel. Jika dilihat pada gambar proses pembesaran bayi dalam kandungan, mata, telinga dan hidung sudah ada tapi masih dalam proses pembentukan.

Minggu ke-8:

Dah besar sikit. Hanya sebesar sebiji jeli kacang merah. Di usia kandungan 8 minggu, tangan dan kaki mula terbentuk. Tiada lagi bentuk pelik seperti diusia 6 minggu.

Minggu ke-12:
Bersaiz separuh dari Sosej Bersalut yang digoreng.
Dah besar sikit dah kan? Bentuk pun dah agak cantik dan punggung dah terbentuk kecil. Opps..dia dah mula membuang air kecil tau. Mengikut islam pula, roh kita sudah ditiup pada usia ini.

Minggu ke-18:
Sudah sebesar tin minuman seperti coca cola, pepsi dan seumpamanya.
Alat kelamin bayi sudah terbentuk elok dan sudah boleh bezakan antara bayi lelaki atau perempuan. Tapi kadangkala tak boleh nampak bila scan.

Minggu ke-24:
Banana Split!!! Nyummy.....itulah saiz bayi anda ketika di usia 24 minggu.
Bentuk bayi sudah makin cantik. Bayi anda sudah mula bergerak di dalam rahim anda dan kadangkala anda akan merasa bayi anda sendawa dari dalam. Awesome kan? 

Minggu ke-30:
Sebesar pek besar jajan / cekedis seperti mr potato atau twisties. Bayi ketika ini sudah pandai mengerdipkan matanya dan juga sudah mula bermimpi. Hebat kan? Sedangkan ibu sudah mula rasa sakit pinggang dan belakang dan juga pedih ulu hati.

Minggu terakhir, minggu 40: 
(ada yang awal 2 minggu ada yang seminggu, ada yang lewat dari 40 minggu)

Sudah sebesar bucket combo KFC. Dah berupa seorang bayi yang sebenar dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. 

Thursday, 15 May 2014

Turutan Pertumbuhan Gigi Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak Mengikut Umur

Assalammualaikum w.b.t

Kali ni saya nak share pulak tentang pertumbuhan gigi bayi. Entri ni pun untuk rujukan saya pada masa akan datang. Ammar boleh dikategorikan lambat tumbuh gigi tapi dia cepat boleh berjalan. Umur dia dah masuk setahun baru tumbuh gigi bawah 2 batang. Sekarang dia baru 15 bulan; 2 batang bawah, 2 batang atas...tapi dah ada tanda-tanda 2 batang lagi gigi nak tumbuh belah atas.

Saya sebelum ni pun tak tahu urutan yang betul untuk pertumbuhan gigi bayi dan kanak-kanak. Jom kita tengok gambar di bawah ini yang menerangkan secara ringkas tapi padat berkenaan turutan pertumbuhan gigi bagi bayi dan kanak-kanak.


Pertumbuhan Gigi Bagi Bayi dan Kanak-Kanak Mengikut Turutan


Antara Fakta Berdasarkan Kajian Pakar Kanak-Kanak

- Bayi perempuan lebih cepat tumbuh gigi. 
- 4 batang gigi akan tumbuh dalam tempoh setiap 6 bulan
- Gigi dibahagian bawah akan mula tumbuh dahulu
- Gigi bayi selalunya akan tumbuh secara berpasangan di bahagian yang sama. Contoh: gigi taring akan tumbuh 1 batang di kanan dan 1 batang lagi di kiri.
- Ketika berumur 3 tahun, anak anda sudah mempunyai 20 batang gigi.
- Selepas umur 4 tahun, rahang gigi akan memberi sedikit ruang untuk gigi baru membentuk bagi menggantikan gigi ketika bayi.
- Antara umur 6 - 12 tahun, gigi ketika bayi dan gigi kekal akan bercampur sehinggalah kesemua gigi bayi diganti dengan gigi kekal.

Diharap perkongsian saya ni memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana. Jangan lupa jaga gigi anak anda ketika masih bayi, sebab disinilah titik mula untuknya memperolehi gigi yang tersusun cantik dan putih. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Proses Perkembangan Bayi 0-12 Bulan


Assalammualaikum w.b.t


Anda pertama kali menjadi ibu seperti saya? :) Saya dah bergelar ibu baru masuk 15bulan kepada Muhammad Ammar Haziq. Macam-macam yang saya pelajari sejak dia dilahirkan ke dunia ni.

Sama seperti ibu-ibu yang lain, saya selalu memantau perkembangan Ammar setiap bulan. Dan saya akan risau sekiranya dia seolah-olah lambat mendapat rentak atau langkah yang sepatutnya pada usianya setiap bulan. Anda macamana pula?

Gambar kat bawah ni merupakan perkembangan bayi mengikut umur setiap bulan. Tapi Ammar tidak mengikuti langkah-langkah perkembangan bayi seperti gambar di bawah ni. Namun, gambar di bawah ini boleh dijadikan rujukan untuk anda memantau perkembangan bayi anda. Ini sangat penting bagi proses tumbesaran mereka samaada normal atau sebaliknya.


Jika dilihat gambar di atas, pada usia mencecah 1 bulan, bayi kebiasaanya akan suka tidur meniarap. Tapi tidak bagi Ammar, saya akan bedungnya dan tidur lena pada posisi baring (terlentang). Bulan kedua dan ketiga, Ammar masih tidak menunjukkan tanda meniarap seperti yang sepatutnya. Tapi Ammar sudah mula mengiring sedikit ketika mencecah 3 bulan. 
Ammar boleh meniarap ketika usianya 4 bulan  manakala boleh menjalar (mengesot dengan dadanya) bila dia berusia 5 bulan lebih sehinggalah dia berumur 8 bulan. Ammar tidak merangkak langsung sehingga berusia setahun!. 
Pada usia 5 bulan juga Ammar masih tidak boleh duduk di lantai tanpa disokong, masih tidak boleh duduk dengan tegak lagi. Pada bulan ke 7, Ammar sudah boleh berdiri tegak dengan sokongan dan juga duduk dengan sokongan juga. 
Pada usia mencecah 8 bulan, sudah ada tanda mahu meniti bila berdiri, tapi saya dan suami sudah mula mengajarnya menggunakan Baby Walker. Terkejutnya kami, tatkala meletakkan dia kedalam Walker, dia boleh kayuh dengan lajunya. 
Di usianya 9 bulan, Ammar sudah belajar bergerak ke kiri dan ke kanan apabila dia berdiri di sofa. Sudah mula belajar menapak dengan mendepakan tangannya untuk mengimbangkan badannya. Cecah sahaja umur 10 bulan, Ammar sudah boleh berjalan dengan sokongan dari tangan kita dan ada masanya dia melepaskan tangan kita untuk berjalan sendiri. Pada ketika ini, hanya 7-8 tapak berjalan dan jatuh.
Ammar sudah boleh berjalan tanpa sokongan tapi akan mendepakan kedua-dua belah tangannya. Sudah boleh berlari anak dan berjalan laju. 
Dan alhamdulillah, di usianya 12 bulan, dia boleh berjalan seperti kita tanpa sokongan dan tidak perlu lagi mendepakan tangannya. Dan ya, Ammar skip merangkak!
Anda boleh bandingkan perkembangan Ammar dengan gambar di atas.  Jangan panik sekiranya bayi anda tidak mengikut step seperti di dalam gambar di atas. Setiap bayi adalah unik!

Gambar berikut, penjelasan lebih terperinci untuk pemahaman anda bagi memantau proses perkembangan anak anda.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Wednesday, 14 May 2014

Cara Makan Alfalfa Dengan Betul

Assalammulaikum w.b.t

Saja nak share cara makan Alfalfa Shaklee dengan betul. Alfalfa ni ada banyak khasiatnya..untuk kurus, untuk tambah susu, untuk ketatkan miss V dan macam-macam lagi.

Tapi untuk entri kalini, saya nak kongsi cara makan untuk 4 kebaikkan Alfalfa iaitu untuk kurus, untuk ketatkan miss V, untuk tambah susu dan untuk resdung. Selamat mencuba..dah terbukti tau..

Cara Makan Alfalfa Shaklee


Seperti gambar tentang cara makan Alfalfa di atas ni, Alfalfa Shaklee disyorkan ambil bersama-sama dengan supplemen Shaklee yang lain. Antaranya seperti di bawah ini:

Set Kurus
set kurus shaklee


Set Resdung

set resdung shaklee

Set Penyusuan Lengkap


Ketatkan Miss V

 

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Tuesday, 13 May 2014

16 Tips Gaya Ibu Hamil

Assalammualaikum w.b.t


16 tips gaya ibu hamil, mama dan baby sihat
Masih teringat-ingat waktu mengandung dulu. Dengan perut boyot tapi perasan comel!...hahahaha...
Wanita  mengandung ni kan seksi. Tapi bab nak mencari baju jadi masalah jugak, bulan ke-6 saya dah mula pakai baju mengandung dan seluar khas untuk ibu hamil.

Kat sini saya nak kongsikan 16 tips gaya ibu hamil, tips ni semua saya dapat dari Kosmo Ahad yang saya rasa teruja nak kongsi kat blog ni..sesuai untuk ibu hamil dan bakal-bakal ibu..
Jom kita tengok apa dia 16 tips ni.

16 Tips Gaya Ibu Hamil

1) Tiga Bulan Pertama, Pakaian Sedia Ada Boleh Dipakai
Untuk tempoh 3 bulan pertama, kebanyakkan pakaian kita masih muat dipakai kecuali pakaian yang ketat. Pada tempoh ini, perut kita masih kecil dan pakaian seharian yang sedia ada yang tidak ketat masih boleh dipakai. Disarankan untuk membeli baju yang bersaiz besar apabila anda betul-betul memerlukannya. So, anda boleh jimat!

2) Pilih Butik Pakaian Mengandung
Sebelum membuat keputusan untuk membeli baju mengandung, seeloknya membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau kedai yang menjual pakaian ibu mengandung. Supaya memudahkan anda untuk membelinya nanti, tambah lagi anda sudah dapat idea corak atau stail mana menjadi idaman hati. Disamping, rajin-rajinlah mencari butik-butik atau kedai yang membuat promosi. Boleh jimat lagi!

Gorgeous nye!!!


3) Pastikan Pakaian Hamil Menceriakan
Janganlah memilih pakaian dari rekaan yang tampak bosan dan suram. Anda perlu nampak ceria dan menarik lagi tertarik ketika hamil. Pilihlah warna dan rekaan yang menceriakan. Tidak perlu sembunyikan perut yang kian membesar dengan memakai sweater atau cardigan, hamil itu kan seksi!
Macam gambar kat bawah ni ke, kan ceria tu.



4) Pastikan Baju Hamil Tidak Terlalu Ketat Dan Tidak Terlalu Longgar
Elakkan membeli pakaian hamil yang tidak selesa seperti terlalu ketat sehingga nampak sebahagian perut boyot anda atau terlalu sendat, ini boleh menyebabkan gatal dan sebagainya. Seeloknya pilih pakaian yang selesa dan just nice  untuk susuk tubuh anda yang sedang hamil. Ibu hamil ni selalunya rasa panas, seeloknya carilah pakaian yang agak longgar, bukan terlalu longgar dan besar, ya!

5) Pinjam Baju Suami 
Seandainya saiz suami anda besar dari anda, apa salahnya meminjam baju suami anda. Boleh jimat!
Cuba pinjam kemeja suami dari jenis button-up shirt , ia bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu hamil. Tak kisahlah lengan panjang atau pendek, nampak kasual je.

contoh kemeja suami

nampak kasual kan?

6) Pilih Fabrik Dari Kapas Dan Lycra
Fabrik dari kapas dan lycra ini amat sesuai untuk ibu hamil sebab fabriknya sejuk, meresap peluh dan meregang. 

7) Dapatkan Kasut Yang Selesa
Semasa tempoh kehamilan, saiz tapak kaki kita akan menjadi besar sedikit dari biasa. Jadi, carilah kasut yang sesuai dan tidak bertumit tinggi. Pastikan kasut yang dipilih tidak memerlukan anda membongkok ketika memakainya dan juga pastikan kasut anda menyokong berat badan yang semakin bertambah.



Kesan daripada pemakaian kasut yang ketat ketika hamil

8) Pakaian Dalam Yang Sesuai
Pakaian dalam juga penting untuk keselesaan ketika hamil, sudah pasti saiz pun berubah. Ini kerana pada masa ini, payudara akan mula membesar untuk menampung tisu-tisu kilang susu yang terhasil. Pinggul juga akan bertambah saiznya, maka perlulah mencari pakaian dalam yang baru yang sesuai untuk susuk tubuh anda.

9) Beli Pakaian Yang Mudah Suai Padan
Belilah pakaian yang mudah di suai padan seperti rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona natural serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang. Tengok Angelina Jolie kat bawah ni, warna putih bercorak dibawah. Nampak ayu je kan?


10) Beri Tumpuan Pada Bahagian Tubuh Kegemaran
Apabila memilih pakaian hamil, berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contoh, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh memilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved.  Jika memiliki leher yang menarik, mungkin boleh memilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.

contoh baju hamil dengan potongan cap-sleeved

11) Konsep Layering, Seluar, Skirt, Kardigan Dan Blazer Yang Mudah Suai Padan
Jenis pakaian ini sangat mudah di suai padan dengan pakaian-pakaian lain. Juga mudah dan sesuai digayakan di semua majlis.

12) Kemeja dan gaun potongan A 
Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada perut.


13) Kemeja atau Blaus Yang Beropol Dan Flora
Dapatkan kemeja atau blaus yang ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. 


Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya cukup untuk menutupi perut yang semakin membesar.

14) Aksesori Dan Skaf
Anda juga boleh bereksperimentasi dengan pemakaian skaf dan aksesori ketika menggayakan pakaian hamil. Skaf yang mempunyai warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat anda. Aksesori pula boleh membuatkan penampilan anda lebih segar dari biasa menjadi luar biasa.


15) Ibu Hamil Menyusu Badan
Kepada ibu hamil yang sedang menyusukan anak, bolehlah membeli pakaian hamil yang dicipta khas yang mempunyai bahagian dada yang boleh dibuka. Ia memudahkan anda untuk menyusukan bayi pada bila-bila masa.


16) Ibu Hamil Berkerjaya - Gaya Profesional
Bagi ibu hamil yang berkerjaya, gaya professional, sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif mampu membuatkan anda tampak lebih bergaya dan menarik serta menimbulkan imej sebagai wanita yang berkerjaya walaupun sedang hamil.


Diharap dengan perkongsian tips ni, anda yang sedang hamil atau akan hamil mendapat idea untuk memilih pakaian hamil nanti. Selamat shopping ya! 

**sumber daripada Kosmo Ahad!
Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor