Pages

Wednesday, 21 May 2014

Pilihan Mainan Terbaik Untuk Anak Anda

Assalammualaikum w.b.t


Bila dah ada anak ni, ibu-ibu mesti ligat berfikir nak beli mainan apa yang sesuai untuk anak,kan? Rasa nak buat bilik khas untuk dia bermain yang penuh dengan mainan (hihihi...tu saya dok beranganlah konon-konon).

Dalam ligat kita teruja nak beli mainan untuk anak, pernah tak kita kaji atau baca mainan yang macamana yang sesuai untuk anak mengikut umur diaorang?

Untuk panduan saya dan ibu-ibu semua, jom kita ketahui pilihan mainan yang sesuai untuk anak kita mengikut umur mereka yang telah disarankan oleh pakar kanak-kanak.

Pilihan Mainan Terbaik Untuk Anak

1) Umur 3 bulan pertama:
Di usia ini anak kita masih bayi dan banyak habiskan masa dengan tidur. Ada bayi yang tidur selama 20 jam!
Jadi gunakan waktu jaganya sebaik mungkin dengan permainan atau didikan yang boleh membina perkembangan derianya terutama penglihatan. Pada usia ini jarak penglihatan bayi anda terbatas pada 8 inci sahaja. Pastikan anda selalu bercakap dengannya dan bermain pada jarak yang dekat.

Alat Mainan Yang Sesuai:


a) Mainan Yang Tergantung (hanging mobile toys).
Dapat membantu membina perkembangan minda dan fokus anak anda dengan melihat pelbagai bentuk dan warna objek yang tergantung. Pastikan jarak penglihatannya mampu melihat objek tersebut. Kajian membuktikan bayi yang didedahkan dengan alat ini lebih pintar dan menunjukkan tahap perkembangan minda yang lebih daripada bayi yang tidak didedahkan dengan alat ini. Boleh juga disertakan sekali dengan muzik.

b) Alat Mainan Yang Ringkas Dan Mudah

Carilah alat mainan yang mengeluarkan bunyi, warna yang kontra dan terang. Ini juga dapat meransang minda bayi.

2) 3 hingga 6 bulan
Bayi yang berusia 3 bulan sudah mula tahu menggunakan tangan dan mulutnya. Mereka mula belajar memegang sesuatu dengan tempoh agak lama dan menyuapnya ke dalam mulut. Pada usia ini juga bayi sudah mula peka pada persekitaran sekeliling.

Mereka juga sudah pandai memberi respon jika anda menggeletek atau permainan yang lain. Jadi pada udia ini sangatlah bagus untuk perkenalkan permainan interaktif yang boleh mendorong bayi anda keluar dari zon selesa untuk tumbesarannya.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Rantai Menyusu (Nursing Necklace)

Bunyi agak pelik, tapi inilah antara yang dipraktikkan oleh orang putih. Pada usia 3-6 bulan, bayi sudah mula belajar untuk menggigit. Jadi, dengan rantai menyusu ni dapat juga mengurangkan gatal-gatal gusi pada bayi serta tidak sewenangnya menggigit ibunya terutama ketika menyusu. Ia dapat meransang deria penglihatan dan sentuhan serta membina proses pengenalan objek dan persekitaran dengan lebih lanjut.

b) Buku Bayi

Pastikan anda beli buku bayi yang mempunyai kontra warna yang menarik dan diperbuat dari material yang selamat digigit oleh bayi. Kenalkan objek dan warna yang terdapat dalam buku tersebut. Lama kelamaan bayi anda akan dapat mengingati apa yang dia pelajari nanti.

c) Mainan Boleh Pegang (Handheld Toys)


Di usia 6 bulan, bayi anda sudah boleh memegang dengan kemas alat mainan dan juga berupaya untuk membalingnya di sekitarnya. Bayi juga sudah boleh membezakan kesemua alatan mainannya dengan baik. Maka disarankan untuk kenalkan alat mainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk juga tekstur untuk menguji mindanya.

d) Muzik
Kebiasaannya bayi akan memberikan reaksi seperti menggoyangkan badan atau kepala apabila mendengar muzik secara spontan tanpa kita ajarnya.
Maka pilihlah pelbagai genre muzik yang sesuai untuk bayi seperti lullaby, twinkle twinkle dan sebagainya.

3) 6 - 9 bulan
Kebiasaannya bayi berusia 6-9 bulan sudah boleh duduk sendiri, merangkak dan memanjat. Ada yang sudah boleh berjalan di usia 9 bulan.
Pada usia ini juga, bayi sudah boleh memegang objek dengan menggunakan 2 jarinya sahaja. Disarankan untuk memberikan bayi dengan semua saiz objek atau permainan, pelbagai warna dan bentuk bagi membantunya membesar dengan cerdas dan memenuhi sifatnya yang sentiasa ingin tahu.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Alat Mainan Berbentuk Logik dan Berfikir


Di usia 9 bulan misalnya, anak anda sudah ligat berfikir mainan manakah yang dia nak main dahulu sekiranya terdapat banyak mainan. Jadi, eloklah sediakan alat mainan yang boleh menguji mindanya ikut logik dan membuatkan dia berfikir sejenak. Anak anda cepat bosan pada satu permainan sahaja dan juga bosan terhadap mainan yang statik dan kaku.

Alat mainan di atas adalah contoh paling baik untuknya. Selain itu, mainan seperti susun cawan, jumbo lego dan seumpamanya.

b) Mainan Membina Perkembangan Fizikal
Sangat digalakkan untuk memberi mainan yang boleh mendorong anak anda untuk menggunakan badannya dan membuatnya aktif bergerak. Bola adalah pilihan yang tepat!



c) Mainan Air


Anak anda sudah mula teruja untuk mandi? Ini adalah masa yang sesuai untuk kenalkan mainan air untuk anak anda. Disamping ia dapat belajar apa-apa yang berkaitan air. Berikannya bermain mainan seperti itik mainan, cawan, bola kecil dan sebagainya.

4) 9 - 12 bulan
 Bayi di usia ini suka kepada kaedah try and error. Contohnya memulas punat suara radio, membuka pintu kabinet, menutup dan membuka pintu bilik dan seumpamanya. Kadangkala susah untuk dikawal kerana terlalu aktif kerana mereka sedang ligat belajar sesuatu sendiri.

Alat Mainan Yang Sesuai:

a) Mainan Interaktif

Bayi sudah pandai berinteraksi dengan keadaan sekeliling dengan baik begitu juga bila bermain. Pilih mainan yang boleh mengasah mindanya dengan lebih lanjut.

Perlu Bijak
Sebagai ibu bapa kita perlu bijak memilih alat mainan yang sesuai dengan umurnya supaya dia membesar dengan sihat dan cerdas mengikut galur yang sepatutnya.




Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment