Pages

Saturday, 10 May 2014

Kesan Regangan (Stretch Mark) Ketika Hamil

Assalammualaikum w.b.t


Kesan Regangan(Stretch Mark) Ketika Hamil

Boleh dikatakan semua wanita mengandung akan mengalami kesan regangan ini, samada tahap minor atau major. Saya dulu buta pasal kesan regangan ni, waktu kandungan saya berusia 7 bulan, rekahan diperut dah mula terjadi. Waktu tu, dibahagian bawah perut saya ada garisan memanjang ke arah pusat saya dan warna kemerah-merahan. Banyak plak tu. Saya ingatkan alergik rupanya kesan regangan (stretch mark). Memang seram tengok kesan regangan tu. Tak sanggup tengok pun ada. Sapu krim je...

Kesan regangan ini merupakan salah satu perubahan fizikal wanita mengandung dan sangat merisaukan semua wanita mengandung. Ye lah, mestilah concern dengan perubahan diri bila lepas bersalin nanti kan.
Kalau boleh tak nak la ada kesan regangan ni, sebab nampak tak lawa dah. Tapi tak apa, berkorban untuk suami tercinta, melahirkan zuriatnya besar pahala yang kita dapat. :)

Apa itu Kesan Regangan (Stretch Mark)?
Kesan Regangan (Stretch Mark) merupakan garis-garis halus pada kulit yang terbentuk dibahagian bawah perut pada kebiasaannya, paha dan bahagian yang lain. Tidak memberikan apa-apa kesan buruk mahupun risiko kepada bayi dan juga diri ibu yang mengandung. So, tak perlu risau.

Kenapa Kesan Regangan (Stretch Mark) Ini Terbentuk?
Kulit bertindak balas dengan pergerakan badan yang meregang dan mengecut secara berterusan. Tapi, bila tempoh kehamilan, kulit seolah-olah tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk bertindak balas terhadap perubahan ini. lalu akan mengakibatkan tisu kulit terkoyak dari dalam.Bila tisu yang terkoyak dari dalam sedang dalam proses pemulihannya, maka ia akan menimbulkan parut yang dikenali sebagai kesan regangan (Stretch Mark).

Bila ia Mula Terjadi?
Kebiasaannya terjadi pada trimester terakhir kehamilan, iaitu bulan ke 7, 8 dan 9. Ada yang terjadi pada peringkat awal ketika perut wanita mengandung mula membesar.
Bagi wanita yang berkulit cerah, kesan regangan ini akan kelihatan kemerah-merahan, manakala yang berkulit gelap biasanya mempunyai kesan regangan yang lebih cerah dari kulit di sekelilingnya.

Bahagian Mana Yang Berlaku Kesan Regangan?
Kebanyakkan wanita mengandung akan mengalami kesan regangan di bahagian bawah perut menghala ke pusat. Namun, ada juga yang terbentuk di payudara, paha, pinggul dan punggung. Ianya akan terbentuk di bahagian yang mempunyai banyak lemak.


Cara-Cara Mengelakkan Kesan Regangan (Stretch Mark)
Pakar mendapati tiada cara yang pasti bagi mengelakkan kesan regangan ini terjadi ketika hamil. Namun, ada cara bagi mengurangkan kesan regangan tersebut. Antara cara-caranya:

1) Jaga Pemakanan 
     - Kolagen dan serat elastik  amat perlu bagi memastikan kulit yang pantas terbentuk kekal anjal. Semakin kuat sel kulit, semakin sukar ia terkoyak dan kesan regangan pun tidak teruk terbentuk.

2) Makanan yang disyorkan untuk menjaga kulit ketika hamil
     - Vitamin C - terdiri dari buah-buahan sitrus, lada benggala, kacang hijau, strawberi, betik, kentang, brokoli, tomato. Boleh juga ambil dalam bentuk tablet.

     - Zink - boleh didapati dari daging merah, ayam, itik, kekacang, bijirin diperkaya, tiram, produk tenusu.

     - Vitamin B3 (Niasin) - Diperolehi dari makanan tinggi protein, bijirin dan roti diperkaya, daging, ikan, telur dan kacang.
     - Vitamin B2 (Riboflavin) - Diperolehi dari daging ayam, itik, ikan, produk tenusu, bijirin diperkaya dan telur.

3) Amalkan Gaya Hidup Sihat
    - Dengan mengurangkan perubahan mood, memperbaiki corak tidur dan bersenam juga boleh mengelakkan kesan regangan dari terbentuk. Ia akan meningkatkan peredaran darah yang penting bagi mengekalkan keanjalan kulit dan menambahkan kebolehannya untuk meregang.

4) Senaman Ketika Hamil
    - Berjalan: Boleh bermula dengan perlahan dan pastikan senaman regangan dilakukan terlebih dahulu.
    - Berenang: Senaman yang paling selamat untuk wanita hamil sebenarnya. Senaman dapat meningkatkan kadar degupan jantung serta mengekalkan bentuk badan dan tahap kecergasan ibu-ibu mengandung.
    - Yoga: Selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan asalkan tidak terlalu berat. Ada kelas khas untuk ibu-ibu mengandung yang tidak melakukan banyak senaman regangan.

5) Tingkatkan Keanjalan Kulit
    Perlindungan terbaik adalah dengan meningkatkan keanjalan kulit semaksimum mungkin ketika proses kehamilan.

Di samping memastikan kulit lebih anjal dengan pengambilan makanan yang betul dan melakukan senaman yang mencukupi, ibu-ibu hamil juga disarankan menggunakan produk yang boleh disapu pada bahagian yang berisiko akan mengalami kesan regangan (stretch mark) ini untuk memaksimumkan keanjalan kulit. Ibu-ibu hamil disarankan menyapu produk-produk untuk mengurangkan kesan regangan sebanyak 2 kali sehari pada kulit sepanjang kehamilan, supaya kulit kekal terhidrat dan mampu meregang dengan lebih baik.

Terdapat banyak produk di pasaran yang boleh digunakan oleh ibu-ibu hamil bagi membantu mengurangkan kesan regangan. Produk berasaskan minyak lebih efektif bagi memastikan kulit kekal lembap dan anjal.

Dan ramai yang menasihati, rajin-rajinkanlah diri untuk sapu losyen/krim banyak-banyak ye..ia dapat mengurangkan kesan regangan menjadi lebih teruk lagi. Lagi satu, jangan garu-garu kat perut tu...nanti akan kesan parut bergaru pada perut bila lepas bersalin nanti.

Herbal Blend Multi Purpose Cream Shaklee juga merupakan salah satu produk yang sesuai digunakan untuk membantu mengurangkan kesan regangan ni. Hanya sapu secara konsisten setiap hari dan insyallah ianya berhasil.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment