Pages

Friday, 2 May 2014

Risiko Bila Hamil Di Usia 40-an.

Assalammualaikum w.b.t

Risiko Bila Hamil Di Usia 40-an.

Terima Kasih kerana sudi singgah kat blog saya ni.

Saya sentuh topik mengandung lagi kali ni...hehehe..macam kepingin nak mengandung lagi..oopssss.

Okla, saya nak kongsikan topik mengenai apa risikonya jika kita hamil di usia 40-an. Apa risiko untuk badan kita, rahim kita dan juga yang penting sekali untuk baby kita nanti. Saya pun di awal usia 30-an, manalah tau nanti termengandung di usia 40. hikhikhik. At least, topik ni sedikit sebanyak dapat membantu saya lebih bersedia untuk segala kemungkinan nanti.

Hamil Di Usia 40-an
50 tahun yang lepas, jarang kita dengar wanita hamil di usia 40-an. Kalau ada pun, itu adalah seperti istilah 'tidak sengaja'. :) Tapi sekarang ni, hamil di usia 40-an dah jadi macam perkara biasa, mungkin sebab ramai wanita kini kahwin di lewat usia 30-an ataupun mahu fokus kerjaya terlebih dahulu walaupun dah lama berkahwin. Tak kisahlah samada anda ada menggunakan ubat moden atau tradisional untuk mengandung, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu.

Komplikasi Ketika Hamil
Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah komplikasi terhadap kita bila mengandung di usia 40-an. Pada usia ini, badan kita seolah-olah tidak mampu untuk menampung tekanan atau perubahan ketika hamil. 33% yang mengandung di usia 40-an berakhir dengan keguguran. Ini berlaku ekoran daripada lemahnya telur atau ovum wanita itu sendiri.

Selain itu, lebih berisiko untuk menghadapi tekanan darah tinggi dan diabetik yang akan memberikan kesan negatif terhadap kandungan dan juga ibu. Terdapat banyak juga kes ibu hamil meninggal dunia ketika usia kehamilan mencecah 7 bulan disebabkan darah tinggi dan diabetik. Jangan ambil mudah ya dua penyakit ni.

Yang paling ditakuti adalah masalah atau risiko yang berkait rapat dengan placenta wanita ketika ia hamil, antaranya risiko pendarahan dalam placenta (yang dipanggil placental abruption) amat tinggi untuk berlaku dan yang kedua adalah kedudukan placenta yang berada hampir dengan servik, dibahagian paling bawah uterus (yang dikenali placental previa). 

Placental Abruption selalu menyebabkan kelahiran pra-matang, ini kerana oksigen & nutrisi makin berkurangan untuk bayi dalam kandungan. Manakala Placental Previa tidak sakit dan berlaku dihujung kehamilan.

Gambar di bawah ini menunjukkan keadaan placental normal, abruption & previa.   





Kebanyakkan wanita yang berusia 40-an akan berisiko untuk melahirkan bayi secara caesar berbanding secara normal.

 Risiko Kepada Bayi
Wanita yang mengandung pada usia 40-an akan lebih berisiko untuk mendapat bayi Down Syndrom. Dan juga lain-lain kecacatan kelahiran. Ini disebabkan oleh masalah kromosom berikutan faktor usia. 


Selain pada itu, juga berisiko untuk melahirkan bayi yang tidak cukup berat dari yang sepatutnya. Bayi yang tidak cukup berat ini akan lebih sukar untuk membesar dan senang dijangkiti penyakit serta proses tumbesaran juga terganggu. 

Kelahiran pra-matang juga kerap berlaku dan memerlukan sumber perubatan yang mempunyai teknologi yang canggih untuk membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan ini terus hidup dan kos perubatan juga tinggi. 


Kesihatan Diri Itu Penting
Namun, umur 40-an masih lagi boleh mengandung dengan kandungan yang sihat dan sudah tentu dapat melahirkan bayi yang sempurna dan sihat jugak. Bukannya satu kesalahan dan tak perlu rasa bersalah pun. Tapi yang penting sekali, kesihatan diri kita perlu di jaga. Bagi seorang wanita, pengambilan nutrisi yang seimbang banyak memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kandungan anda, jauhi merokok, jangan menukar atau membasuh tempat najis binatang peliharaan, dapatkan rehat yang secukupnya, melakukan senaman ringan dan mengambil vitamin atau supplemen tambahan ketika hamil.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment