Pages

Sunday, 4 May 2014

Punca Sakit Gigi Dan Cara Merawatnya

Assalammualaikum w.b.t



Anda pernah sakit gigi tak?
Seingat saya, baru sekali saya sakit gigi ketika berusia 25tahun..sebab gigi berlubang, so kenala cabut.
First time jumpa doktor gigi, terus kena cabut gigi. Nasib baiklah doktor tu hensem. hehehe...Alhamdulillah dia cabut dengan cermat dan sakit tu tak adalah sakitttt sangat-sangat. Pendek kata, tak seriklah kalau kena cabut gigi lagi. Sampai lah sekarang ni, umur dah 3 series, tak ada sakit gigi lagi. Gigi berlubang pun tak ada.

Rahsianya? Hehehhee..rajin gosok gigi :D. Jangan suka sangat makan jajan dan gula-gula.

Waktu saya sakit gigi tu pun, tak adalah sakit sebenarnya. Cuma rasa sengal-sengal dan selalu  makanan lekat kat situ, so memang dah agak gigi saya berlubang, terus pergi jumpa doktor. So, saya tak dapat lah nak ceritakan kesakitan sebab sakit gigi nih.

Sebelum tu, mari kita pelajari susunan gigi kita, yang mana tumbuh dulu. :)


Ok, dah tau. Jom kita selidik apa punca-punca yang menyebabkan kita sering sakit gigi.

Punca-Punca Sakit Gigi



Gambar di atas menerangkan secara ringkas punca-punca sakit gigi.
Saya cuba jelaskan secara lebih terperinci tapi ringkas ye :)

1) Gigi Reput / Rosak (Dental Decay): Kebanyakkan sakit gigi adalah disebabkan ini.

2) Kerosakan Urat Saraf Gigi: Berpunca daripada gigi yang reput atau rosak dan juga disebabkan tampalan gigi yang dalam sebelum ini. Boleh mengakibatkan gusi bengkak dan juga bisul.

3) Tampalan Gigi Rosak: Tampalan pada gigi sebelum ini sudah pecah/rosak dan gigi berlubang terjadi semula.

4) Gigi Retak: Mungkin disebabkan bersukan.

5) Gigi Terlalu Sensitif: Banyak kebarangkalian yang menjadi punca kepada gigi menjadi terlalu sensitif, antaranya disebabkan penyakit gusi, akar gigi yang terdedah (Root exposure) dan gigi terhakis (seperti dalam gambar yang berikutnya).




6) Kesan Daripada Gigi Geraham Bongsu Yang Berkedudukan Tidak Selaras Dengan Gigi Sedia Ada

7) Penyakit Gusi. Berikut saya letakkan gambar bagi mudah untuk anda fahami.


Beza Gusi Yang Sihat vs Tidak Sihat




Apa kesannya penyakit gusi keatas badan kita?


8) Sakit Rahang termasuklah TMJ Disorder Symptoms dan juga disebabkan oleh gerudi dan menggetap gigi.


9) Sakit Selepas Menerima Rawatan Gigi: Ini adalah normal, tidak perlu risau.

10) Acute Sinusitis: Disebabkan oleh simptom-simptom di atas dan di sekitar gigi paling belakang bahagian atas.


11) Menggunakan Teether Ketika Bayi
Ramai ibu-ibu termasuk saya menganggap pemberian teether kepada bayi elok bagi pertumbuhan gigi bayi yang kononnya gigi bayi akan lebih cepat tumbuh. Tapi sebenarnya ia mendorong sakit gigi bila dewasa kelak. Harap lepas ni, kita tak perlu lagi bagi Teether pada anak kita.




Cubalah Shaklee Untuk Melegakan Sakit Gigi

Untuk Gigi Berlubang : Ambil 1 biji Zinc Complex. Tumbuk dan tambahkan sedikit air untuk menjadi 'paste'. Kemudian sapukan atau tampalkan pada gigi yang berlubang tadi.



Untuk Gusi Bengkak: Kumur dengan air garam terlebih dahulu. Kemudian ambil Vita-E, Ostematrix & B-Complex. Insya Allah dapat melegakan bengkak gusi.


Pengambilan Ostematrix Bagus Untuk Gigi Dan Tulang
Ostematrix ini kaya dengan kalsium yang diperlukan oleh badan kita. So sangat sesuai bagi mereka yang selalu sakit gigi, sengal-sengal tulang. Ostematrix ini juga kaya dengan magnesium, fosforus dan vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Kesemua nutrien dalam Ostematrix ini amat perlu untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Ostematrix ini sama seperti segelas susu dan juga bersamaan dengan 80 biji badam. Selain menguatkan gigi dan tulang, ia juga dapat memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas dan sakit sendi. 

Amalan Harian
Selain dari pengambilan vitamin di atas, amalan menggosok gigi sesudah makan amat digalakkan bagi mengelakkan kerosakan gigi.
Kurangkan meminum minuman berais yang boleh menyebabkan ngilu pada gigi.
Elakkan makan coklat dengan kerap, elakkan pengambilan gula-gula.

Insyallah, dengan amalan pemakanan yang sihat, dan juga vitamin yang bersesuaian dapat menjaga kesihatan gigi dan tulang kita.

Senyum lebih bermakna dengan gigi yang sihat dan kuat!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment