Pages

Wednesday, 9 July 2014

Denggi: Antara Tradisi Dan Moden


Assalammualaikum w.b.t

Tak sangka saya terkena demam denggi ketika ramadhan tahun ni. Pada hari rabu lepas (2/7/14), badan saya sejuk sangat-sangat hingga menggigil. Duduk tak kena serba tak kena. Sebelah malam pergi ke klinik doktor hanya sahkan demam panas biasa saja.

Keesokkannya saya hanya berbaring lesu, jalan seperti tak pijak tanah rasanya, terhuyung hayang pening kepala. Memang lembik je..badan masih seram sejuk. Kejap panas kejap sejuk...sebelah malam pula demam agak berkurangan.

Pagi hari jumaat berikutnya (4/7/14), saya teman suami ke Salam Specialist sebab dia pun banyak hari dah demam tapi tak baik-baik. Saya pun nak buat checkup susulan sebab demam masih belum kebah walaupun makan ubat klinik tempohari.

Suami saya sudah selesai proses ambil darah dan cuma tunggu untuk pengesahan manakala saya pula sedang diinterview oleh doktor. Doktor Nik pada ketika itu terus cakap geramnya dia nak buat test denggi kat saya. Sebab muka saya kemerahan dan pucat. So redhakan je la dia ambil darah dari badan saya dan diarahkan berehat di wad sementara sehingga result keluar. Nah, saya penghidap denggi! Suami pula tidak. Nasib baik bukan dua2 yang kena, kesian Ammar nanti.

Saya dan suami buat keputusan untuk nenangguhkan kemasukan wad pada keesokkan harinya (selepas berbincamg dengan doktor). Tapi belah malamnya, saya dah tak keruan di rumah. Jadi ambil keputusan untuk ke Salam Specialist serah diri, wad pulak penuh. Seterusnya buat keputusan ke KPJ Specialist hinggalah hari ini (9/7/14). Platelet masih rendah, sekarang ni bacaan platelet 55 sahaja tapi dah naik sikit banding pagi tadi.

Sepanjang tempoh denggi ni, macam-macam petua yang saya dapat. Tentulah yang bersifat tradisional. Saya ingin kongsikan disini berdasarkan pengalaman saya ye :)

Cara Mudah Menaikkan Platelet Darah Ketika Denggi

1) Sup Ketam/ Rebusan Ketam

Ini yang paling popular sekali :). Ada yang bagibpetua jangan dibasuh ketam tersebut dan terus rebus begitu sahaja. Minum airnya. Ada juga yang basuh dulu ketam tersebut dan dibuat sup ketam. Sedap jugak tapi masa tu keadaan saya agak teruk, memang muntah semua yang saya makan..macam rugi je ketam tu terbuang macam tu je..tak sempat pun badan ni nak ambik zat dari ketam. Tapi lepas muntah tu, saya minum lagi supnya.

Keputusan: Platelet saya terus merudum dari 95 ke 45 :(.


2) Air rebusan pucuk betik muda

Eewwww...tu je yang saya dapat gambarkan. Pahit tak perlu cakap lah. Buah peria tu lagi sedap dari air rebusan pucuk betik ni. Tapi nak baik punya pasal, saya minum juga setengah gelas. Minum ketika suam-suam. Bukan suam kuku nanti tak lepas nak telan.

Keputusan: Platelet masih merudum dari 45 ke 23. :( :(

3) 100 plus

Yang ni saya tak kata berkesan tapi memberikan tenaga kepada saya. Sebab badan saya makin kurang air makin kurang tenaga manakala darah pula semakin mencair akibat denggi. Hidung saya ada kesan seperti mahu berdarah namun syukur tak berlarutan.

4) Epal Hijau

Hati atau limpa kita akan membengkak ketika diserang denggi. Memang tak selesa macam sakit senak perut. Saya makan epal hijau untuk kurangkan rasa sakit di bahagian abdomen tu...macam buang angin la sebab kat hospital tak ada minyak angin. Tak adalah hilang terus tapi mengurangkan rasa sebu kat perut saya (orang lain saya tak tau).


5) Air Masak Yang Banyak

Setiap 1 jam saya akan minum segelas air kosong/masak dan setiap sejam jugak lah saya akan ke toilet untuk buang air kecil. Siang dan malam. Sebab hanya melalui air sahaja dapat membantu naiknya platelet darah kita semula. Memang betul pun, doktor pun turut sarankan benda yang sama. Sebab badan kita akan dihidrasi dan menjadi kering.

6) Performance Drink Shaklee

Secara jujurnya saya tidak berkesempatan untuk minum Performance Drink Shaklee ni sebab stok saya dah habis. Tak sempat nak beli sebelum masuk wad. Performance Drink ni sama seperti 100 plus, ia memberikan tenaga dan membuatkan kita kembali cergas. Sesuai untuk demam denggi sebab badan kita akan dinyahhidrat (dehydration) dan menjadi kering akibat kurangnya air dalam badan. Performance Drink ini berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk badan kita. Ia mengelakkan badan kita dinyahhidrat atau merosotnya kandungan air dalam badan kita.

performance drink shaklee untuk denggi
Perfomance Drink Shaklee

Sebenarnya Tiada Ubat Untuk Demam Denggi
Ya, ini yang diutarakan oleh jururawat dan doktor bila saya tanya ubat untuk demam denggi saya. Mereka hanya memantau platelet darah kita supaya tidak terus merudum yang akan mengakibatkan pendarahan yang seterusnya boleh membawa maut. Mereka hanya memberikan ubat untuk simptom-simptom yang dihidapi oleh pesakit demam denggi untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan ianya berlarutan. Antara ubat yang diberikan adalah:

a) Drip untuk elakkan dihidrasi
b) Ubat Untuk Hati bengkak - Jenama Gaviscon
c) Ubat Untuk Gatal - Jenama Hovid (sapu)
d) Ubat untuk Sakit Perut
e) Ubat Untuk Batuk/ Demam/Pening jika ada
f) Ubat untuk Loya/Muntah/Angin

Sepanjang seminggu saya terkena demam denggi ni, kesemua simptom di atas telah saya lalui. Berikut adalah simptom-simptom mengikut hari yang saya hidapi.

Simptom-Simptom Denggi Mengikut Hari

Hari Pertama:
Demam panas secara tiba-tiba.

Hari Kedua & Ketiga
Demam panas tidak berkurang. Badan menjadi letih dan lesu. Muka kemerahan dan kering. Tidak lalu makan. Platelet kebiasaannya sudah menurun ke 150 dan kebawah.

Hari Keempat
Kepala mula pening. Tidak berdaya untuk berjalan jauh atau lama, terasa seperti terhuyung hayang. Terasa seperti mahu pitam. Mula sakit dan lenguh disetiap sendi badan. Selera makan makin berkurang. Rasa sakit di bahagian ulu hati. Tidak selesa untuk tidur akibat perut sakit ekoran dari bengkak di bahagian ulu hati. Bacaan platelet sudah di bawah 100.

Hari Kelima
Mula muntah-muntah dan cirit birit. Pendarahan di hidung. Tidak ada selera makan. Kepala masih pening, badan masih lesu dan kering. Ulu hati masih bengkak, tidak boleh tidur mengiring. Bacaan platelet sudah di bawah 50. Bintik-bintik merah mula kelihatan dan sedikit gatal.

Hari Keenam
Bacaan platelet sudah serendah 20. Membimbangkan sekiranya tiada tanda-tanda untuk naik semula. Simptom yang sama seperti di hari kelima, tetapi badan makin lesu dan terasa penat dan tidak selesa di ulu hati. Kepala pening dan jalan tidak bermaya.

Hari Ketujuh
Bacaan platelet sama pada hari keenam tapi kebiasaannya akan meningkat apabila diambil bacaan kedua dan ketiga pada hari ketujuh ini. Platelet meningkat ke angka 40. Simptom sama seperti hari kelima.

Hari Kelapan
Kebiasaannya bacaan platelet akan meningkat. Pada hari kelapan dan bacaan terakhir pada hari kelapan adalah 70. Masih rendah, tapi ada peningkatan sejak hari ketujuh, jadi doktor membenarkan saya pulang (saya mintak keluar awal sebenarnya sebab rindu sangat pada Ammar). Selalunya, bacaan 100 ke atas baru dibenarkan pulang. Hari kelapan badan masih lagi lesu, letih dan kepala pening bila berdiri terlalu lama atau berjalan jauh. Selera makan masih tiada. Sudah tidak muntah. Bintik-bintik merah masih kelihatan dan beransur hilang pada hari ke-10.

Hari Ke-12
Barulah simptom-simptom berkurangan,tapi masih kurang selera makan dan badan cepat letih. Akan ambil masa lagi seminggu dua untuk pulih kepada asal sebelum denggi.

P/S: Platelet ialah agen pembekuan darah dalam badan kita secara semulajadi. Sekiranya platelet darah kita semakin rendah, maka darah dalam badan kita mencair dan akan berisiko berlakunya pendarahan. Bacaan normal platelet darah adalah 200 ke atas.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Hampir seminggu jugak saya berdemam denggi ni. Doakan saya cepat sembuh ya. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment