Pages

Monday, 21 July 2014

Shaklee Dan Israel Ada Kaitan?

Assalammualaikum w.b.t


Rasanya semua sudah maklum mengenai kekejaman zionis ke atas Palestin. Tiap kali ada berita mengenai isu kekejaman ini di berita, saya memang tak sanggup nak tengok. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan, kerakusan,kekejaman dan ketidakperimanusiaan zionis. Tiap kali itulah saya akan berdoa agar Allah s.w.t mengutuskan bantuan walau dalam apa jua bentuk pun, tiap kali itulah airmata ini akan mengalir kerana terkenangkan keadaan kanak-kanak dan bayi disana.

Tak tergambar oleh saya apakah perasaan mereka, tentunya siksa menanggung kesakitan. Yang mana tidak pernah terluka lagi pasti setiap masa diselubungi rasa takut dan tidak tenteram untuk tidur bahkan makan sekalipun. Ya Allah! Nauzubillah....dijauhkanlah. Anak kita walau terjatuh sedikit pun sudah melalak inikan pula di bedil di bom. Allahu Akbar!

Sejak isu Israel serang Palestin ni, emel, whatsapp, insta dan segala macam portal sosial lagi sedang hangat memperkatakan perihal boikot produk Israel ataupun syarikat antarabangsa yang menyumbang kepada dana Israel untuk menyerang Palestin. Bila isu kekejaman zionis ni seolah terpadam di kaca tv dan akhbar, maka hal boikot ni pun macam terpadam sama. Namun, harap semangat kita untuk boikot produk atau syarikat penyumbang kepada Israel biarlah berterusan. Saya sendiri sudah boikot beberapa produk antarabangsa, ini saja yang mampu saya lakukan.

Bila disebut syarikat antarabangsa adalah penyumbang besar kepada dana Israel, Shaklee juga ada tersenarai sebagai penyumbang. Shaklee yang berpangkalan di USA tidak mustahil boleh menjadi penyumbang sama seperti jenama antarabangsa yang lain. Saya pun terkesima sebentar tatkala heboh di Facebook mengatakan Shaklee membantu Israel. Disertakan bukti sekali dengan jelas bahawa Shaklee ni penyumbang dana Israel. OMG!

Betul ke? Kalau Shaklee penyumbangnya, secara tak langsung saya juga salah seorang penyumbangnya. Sebab saya adalah pengguna tegar Shaklee. Nak kata apa lagi kan? Bukti jelas dah ada. Benarkah Shaklee ni penyumbang dana Israel? Nak boikot Shaklee ke? Susah bagi saya untuk boikot Shaklee.....

Alhamdulillah, akhirnya saya tak jadi nak boikot Shaklee. Terus bersemangat semula untuk ambil produk Shaklee macam biasa tanpa rasa bersalah dan berdosa ;). Akhirnya dengan jelas dan nyata, Shaklee mengeluarkan pengumuman seperti di bawah ni.


Rasa lega sangat bila Shaklee buat kenyataan ni. Dah terbukti Shaklee BUKAN penyumbang dana kejejaman zionis Israel tu. Ia sentiasa selamat! Diharap dengan kenyataan ni dapat menjawab teka teki anda juga.

Jom sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan rakyat Palestin dengan bermacam bentuk bantuan, ringankan beban mereka. Aaammmiinnnnnnn.....

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment