Penggunaan Puting Kosong Baby |
Sampai sekarang pun, kalau dia nangis, sumbat je pacifier, diamlah dia. Nak tidur, sumbat pacifier, tidurlah dia. Tapi sekarang ni dah stage untuk ajar dia tidak terlalu kerap menggunakan pacifier. Ada jugak yang cakap mulut Ammar muncung sebab pacifier tu, sebenarnya tidak 100%, sedari lahir lagi mulut dia dah berbentuk M bukan JO tau. :)
Saya ada terbaca di majalah SDK mengenai penggunaan puting kosong pada baby. Apa yang perlu kita ambil berat dan langkah-langkah penggunaan puting kosong ini. Untuk artikel penuh, anda boleh rujuk majalah SDK edisi Ogos 2014.
Saya kongsikan mengikut kefahaman saya ye.
Seperti yang kita maklum, puting kosong atau pacifier ni merupakan salah satu alat penenang kepada bayi samada ketika mereka resah, takut, ketika menangis mahupun ketika mahu tidur. Ada baik dan buruknya penggunaan puting kosong ni. Bagi ibu-ibu yang memberikan anak mereka dengan puting kosong ini, beberapa perkara perlu dititik beratkan.
Gunakan Puting Yang Bersih
- Puting kosong perlulah disteril atau dibasuh dengan sebersih-bersihnya sebelum memberikan kepada bayi supaya mereka tidak dijangkiti kuman. Disarankan beli pacifier yang mempunyai penutup siap-siap seperti gambar dibawah ini. Kerana kebersihan lebih terjaga. Cuci sehingga bersih dipangkal puting yang melekat pada pemegangnya kerana pada bahagian tersebut kotoran senang melekat. Kalau tiada alat untuk sterile, boleh je rendam dengan air panas untuk seketika.
Tukar Puting Kosong Sekiranya Rosak
Hadkan Penggunaan Dan Beri Bila Perlu Sahaja
- Ibu-ibu perlu hadkan penggunaan puting kosong baby dan memberikannya pada waktu-waktu tertentu sahaja seperti ketika baby sedang menangis atau ketika mahu tidur. Penggunaan puting kosong yang kerap boleh membuatkan baby mudah kembung kerana mereka seolah-olah menghisap angin. Selain itu, boleh juga menyebabkan infeksi pada telinga baby.
Ceraikan Bila Tiba Waktunya
- Saya pun tengah menunggu waktu yang sesuai untuk pisahkan puting kosong dari Ammar. Ammar dah nak masuk setahun setengah bulan ni. Tapi nampak dia suka dan selesa sangat dengan puting nya tu. Tak ada putingnya, saya dan suami haru biru. Susah nak diamkan dia kalau tak ada puting kosong tu. Seeloknya perlu dipisahkan sebelum baby berusia setahun. Sebab pada ketika ini, gigi mereka sedang mula tumbuh dan lembut, dikhuatiri akan menganggu pertumbuhan gigi bayi nanti, dan risau jugak kalau-kalau 'jo' nanti. Tapi apa lah nak takut kan, braces kan ado. Hehehe
Ibu mertua saya ada memberi tips untuk ceraikan puting kosong dari Ammar, antaranya Sapu gula-gula hacks pada puting kosong tersebut. Insyallah, mujarab sebab ibu mertua dah lakukan dulu pada suami dan adik beradiknya yang lain :)
Saya pun nak cuba bila Ammar dah nak masuk 2 tahun nanti. Hehehe.. Anda cubalah dan bagitau saya tau pengalaman anda. :)
Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera
No comments:
Post a Comment