Pages

Sunday, 14 September 2014

Cara Yang Betul Menegur Kesalahan Anak

Assalammualaikum w.b.t

Entri kali ini saya nak share dari entri Warga Prihatin, saya ada share di Facebook Mama Dan Baby Sihat setahun yang lalu.

Topik yang saya kira sangat membantu saya sebagai ibu yang baru setahun jagung membesarkan Muhammad Ammar Haziq yang kini berusia setahun 6 bulan. Sementelah, sekarang ni pulak dia kuat meragam, kuat merajuk, selalu buat mama nya naik angin. Huhuhuhu...Rasanya sekarang ni masa yang sangat sesuai saya recap dan share di blog ni.

Sepanjang bergelar ibu ni, dah macam-macam nasihat yang saya terima macamana cara nak handle perangai anak-anak yang kian membesar terutama yang berusia 1 tahun hingga 4 tahun. Sebab waktu umur diorang macam ni lah, kita diuji sejauh mana kesabaran kita, macamana kita berkompromi dengan anak kita yang masih tak tahu apa-apa.

Rakan yang pertama menasihati: Jangan biar anak menangis lama-lama, nanti dia jadi DEGIL!
Rakan yang kedua: Jangan marah atau pukul anak kalau dia buat silap, sebab dia tak tahu apa-apa.
Rakan yang ketiga: Terus pujuk anak kalau dia meragam, nanti lama-lama makin susah nak pujuk.
Rakan yang keempat: Biar anak menangis kalau dia tak sakit, jangan dipujuk, nanti dia dah biasa guna tangisan sebagai alat untuk dominasi kita.

Hmm....agak-agak mana satu yang perlu saya ikut ya?

Tapi entri kali ni nak cerita perihal cara kita menegur anak kita. Perlukah kita diam dahulu, perlukah kita marah diorang selepas beberapa ketika atau tegur mereka on the spot?
Ammar pun tak kurang hebatnya jugak sekarang ni, dah pandai merajuk tanpa sebab, menangis tanpa sebab dan macam-macam hal lagi. Ada juga kenakalan dia yang sangat menguji kesabaran saya sebagai ibu, tapi saya pun tak pasti cara yang betul untuk menegur tindakan dia tu sebab dia masih kecil.

Diharap, entri dari Warga Prihatin ni banyak membantu kita macamana cara untuk menegur anak kita. Betulkah cara kita menegur anak on the spot? Apakah kesannya? Jom kita sama-sama fahami.



Setiap anak pasti akan melakukan kesilapan dan kenakalan. Anak yang besar, anak yang kecil, sama sahaja. Cuma bentuk kenakalan dan kesalahan mereka sahaja yang berbeza. Kali ini kami bawakan satu parenting tips yang mudah dan sesuai untuk menangani anak-anak kecil yang nakal.

Sebaik sahaja kita berjaya menangkap anak kita melakukan kesilapan, apa yang kita perlu buat? Tegur on the spot! Ini adalah mekanisma mendidik anak tentang “do and don't s” dan “damage control”. Ia mengajar anak tentang “rules and regulations, boundary and limitation” sejak bayi lagi.

Mari kita lihat contoh ini. 

Kita lihat anak kita yang berumur tiga tahun mencubit adiknya yang masih kecil. Apa yang perlu dibuat? Terus tegur dan hukum mereka? ataupun tunggu ayahnya balik dan kemudian laporkan kepada ayahnya untuk diambil tindakan?

Tindakan pertama akan segera menghentikan perlakuan mencubit adik itu, dan memberikan mesej kepada anak bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Tindakan kedua akan menghimpunkan kesemua kesalahan anak yang telah dihukum pada hari itu, dan ditegur/dihukum kesemuanya pada malam hari. 

Anak-anak kecil terutamanya yang belum bersekolah banyak melakukan kesilapan dan kenakalan setiap hari. Ini disebabkan oleh sifat mereka yang suka mencuba, suka mengikut-ikut apa yang mereka lihat, serta masih tidak tahu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ada yang mereka lakukan itu baik, dan pasti juga ada banyak yang salah. Selain itu, memang sifat anak-anak kecil ini tidak mampu untuk mengingati kesemua yang mereka lakukan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga masih keliru dengan masa.

Oleh itu, setiap kali kita mendapati anak kita melakukan sesuatu kesalahan, maka perlulah kita menegur mereka pada ketika itu juga, ketika ditangkap melakukan kesalahan tersebut. Jika kesalahan itu besar atau berulang dan perlu dihukum, hukumlah mereka pada ketika itu juga. Rotan, ketuk ketampi, time frame, atau apa-apa hukuman yang bersesuaian. Berbanding dengan menghimpunkan kesemua kesalahan yang mereka telah lakukan dalam tempoh sehari, dan dinasihati/dihukum pada penghujung hari, kaedah ini adalah kurang berkesan berbanding tegur on the spot. Mengapa?

Pertama, daya ingatan anak-anak. Jika ditegur dan dihukum on the spot, mereka masih ingat lagi dengan jelas apa yang telah mereka lakukan. Pada waktu itu juga mereka tahu apa yang telah dibuat itu salah. Mereka mungkin telah pun lupa pada apa yang telah mereka lakukan jika tidak ditegur "on the spot".

Kedua, terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan dalam satu-satu hari. Setelah ditegur/dihukum on the spot, mereka akan tahu untuk kesilapan yang mana mereka ditegur/dihukum. Sebaliknya, mereka akan keliru dan mungkin tidak tahu daripada banyak perkara yang telah mereka lakukan pada hari tu, atas kesalahan manakah mereka ditegur dan dihukum itu. Itu tidak termasuk kerusakan dan kerugian akibat kenakalan mereka yang juga bertimbun. Ingat, biasanya satu kesalahan yang kita tangkap “red handed” ada 10 lagi yang tidak kita ketahui.

Ketiga, dengan menegur on the spot, mereka akan segera menghentikan kesalahan yang telah mereka lakukan itu dan tidak mengulanginya lagi. Penting untuk menghentikannya segera berbanding dengan menghentikan sesuatu yang telah terbiasa kerana telah berulang kali dilakukan.

Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.

Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.

sumber: warga prihatin


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment