Pages

Saturday, 28 June 2014

Cara Membekalkan Susu Perahan Ke Rumah Pengasuh


Assalammualaikum w.b.t

Saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang bekerja dan membekalkan susu badan yang dipam ke rumah pengasuh. Buat ibu baru pasti masih lagi mencari solusi terbaik untuk membekalkan susu perahan setiap hari. Entri kali ini saya ingin kongsikan cara yang betul untuk bekalkan susu perahan ke rumah prngasuh. Tips ini telah dikongsikan oleh rakan FB saya, zam zariah. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau kerana sudi berkongsi tips yang beliau amalkan.


Cara-Cara Nak Bekalkan Susu EBM ke Rumah Pengasuh



- Sesuai untuk ibu bekerja dari pukul 7am sehingga 2pm

- Susu yang perlu disimpan dalam setiap botol mestilah cukup2 untuk sekali sesi penyusuan. Contoh: baby anda hanya boleh habiskan 2oz maka perlu simpan 2oz dalam setiap botol.

- Perlu kaji berapa jumlah oz yang baby anda minum sepanjang tempoh anda bekerja. Kalau jumlahnya 20oz, maka bekalkanlah 20oz dalam 10botol. 2oz x 10 = 20oz dalam satu hari.

Caranya:

cara membekalkan susu perahan, susu ebm ke rumah pengasuh, mama dan baby sihat

1. 5 botol yg dilabelkan setiap satunya dengan no 1 2 3 4 5..

2. Botol yg bernombor ganjil adalah susu freshmilk yang baru di pam sebelum pada awal pagi sebelum pergi ke rumah pengasuh/tempat kerja.

3. Nombor genap pula perlu diisi dengan susu ebm yang beku yang telah dicairkan pada belah malamnya (malam sebelumnya perlu pindahkan susu ebm beku ke tempat chiller untuk digunakan keesokkan harinya)

4. Masukkan kedalam cooler bag yang dikelilingi dengan icepack (cooler yang berisi icepack akan kekal sejuk selama 8-10jam). Sekiranya tempat pengasuh ada peti ais, maka bolehlah pindahkan susu dari cooler kedalam chiller peti sejuk.

5. Beritahu pengasuh, berikan susu ebm anda mengikut turutan nombor yang telah ditulis tadi.

6. Sekiranya anda bekerja 7am-6pm, bolehlah anda tambahkan susu ebm beku yang telah dicairkan & juga susu ebm yang belom beku yang berada di dalam chiller.

7. Contoh jika baby anda minum 3oz sekali minum dan habiskan 18oz sehari. Maka anda perlu bekalkan 6botol susu ebm. Berdasarkan panduan diatas, anda juga boleh berbuat begini:

- No. 1: Susu ebm freshmilk yang diperah awal pagi sebelum pergi kerja
- No.2 & 4: Susu ebm beku yang telah dicairkan
- No.3 & 5: Susu ebm yang anda simpan dari chiller (yang tidak pernah dibekukan)
- No.6: Susu ebm frozen yang baru diambil dari tempat beku

Diharap tips di atas ni dapat membantu ibu-ibu semua bagi membekalkan susu ibu yang mencukupi dan penuh khasiat setiap hari.

Ada ibu-ibu yang susunya merudum? Jom cuba SET PENYUSUAN DARI SHAKLEE. Insyaallah dapat membantu.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment