Pages

Monday, 30 June 2014

Soalan Lazim Mengenai Vivix Shaklee

Assalammualaikum w.b.t


Di entri yang sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai Vivix Shaklee yang saya gambarkan ianya sebagai Tonik Terhebat. Entri kali ini pula, seperti ulangan semula mengenai Vivix Shaklee namun ia lebih mudah difahami sekiranya terdapat perkataan yang sukar difahami pada entri yang sebelumnya. Disini ada soalan dan jawapan lazim secara terperinci mengenai Vivix Shaklee ini.

Jom kita ikuti sama-sama.

Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *

Q : Apakah resveratrol?
A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?
A : Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday, 29 June 2014

Vivix Shaklee: Tonik Terhebat!

Assalammualaikum w.b.t


vivik tonik terhebat

Vivix Tonik Terhebat!
Itu perkataan pertama yang akan keluar dari mulut saya apabila orang bertanyakan mengenai Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee ini dipanggil Tonik? Salah satunya ia berbentuk cecair pekat. 



Disebabkan oleh campuran botani di dalam Vivix ini sendiri yang merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol. Vivix seolah-olah minuman tonik atau minuman magik yang mana salah satu fungsinya adalah antipenuaan. Vivix Shaklee ini mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Ramuan utama yang ada didalam Vivix Shaklee
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan. 

Vivix Shaklee ini lebih dikenali sebagai tonik antipenuaan dimana ia mencegah penuaan diperingkat selular. Setiap hari sel kita diserang dengan tekanan, diet tidak seimbang dan toksin alam sekitar. Lebih banyak serangan yang dihadapi, lebih tinggilah peluang mendapat penyakit berkaitan kesan penuaan yang bakal dihidapi.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular

1) Kerosakan DNA - setiap hari sel tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Ia merosakkan pangkalan genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

2) Pengawalan Genetik - Menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular.

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel Sel - Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan fungsi mitochondria ini menurun maka fungsi sel turut menurun.

4) Penimbunan Protein AGE - Penimbunan protein AGE yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan pada tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Maka, Vivix Shaklee ini telah dicipta untuk mengatasi masalah 4 mekanisma yang dihuraikan tadi. Vivix Shaklee berupaya melindungi dan memperbaiki sellular DNA, dapat mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular. Selain itu, Vivix juga menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel. Akhir sekali, Vivix juga 10 kali lebih kuat daripada resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.


Vivix Shaklee Bukan Hanya Untuk Anti-Penuaan
Hebatnya Vivix Shaklee ini, ia dicipta bukan sekadar untuk anti-penuaan semata-mata. Ia dicipta juga untuk memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga dan kesejahteraan. 

Pendek kata, Vivix Shaklee ini untuk keseluruhan sistem badan kita. Sebab itulah ia digelar Tonik Terhebat!

Dan sebab itulah ia sesuai diambil untuk mengelakkan kanser. 

Cara Makan Vivix Shaklee

  • Hanya 1 sudu teh (5ml) sekali setiap hari

** 1 botol Vivix Shaklee ini boleh bertahan selama sebulan.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Fakta Kelebihan Ais

Assalammualaikum w.b.t

mama dan baby sihat


Tahukah anda mengenai Kebaikan Ais atau Air sejuk? Dulu, saya hanya tahu keburukan ais, contoh: jangan makan aiskrim bila batuk. Orang tua mesti marah kalau minum air berais banyak sangat dalam sehari. Tapi saintis sudah mengkaji kelebihan ais ini. Berikut adalah huraiannya.

" Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia."

:: FAKTA KELEBIHAN AIS

:: Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

:: Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa..

:: Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

:: Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. kalau rase diri tu macam cepat lupe cube la kunyah kiub ais..

:: Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan danberterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.. Tak sangka ais ni elok untuk batuk ??

:: Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

:: Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan...sawan sangat bahaya..boleh buat cacat seumur hidup ..takotnya.

:: Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syariat ia dibalut dengan kain hitam.

:: Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. . Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

:: Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat...klau macam tu orang yang kena histeria eloklah dimandikan dengan ais batu ..hihihi

:: Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

:: Air sejuk akan menguatkan tulang bayi..eh..jangan pulak mandikan baby ngan ais..ni air paip biasa o.k la..sejuk dah air paip tu...klau gune ais nak biar biru budak tu

:: Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

:: Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan..wow . Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

:: Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma.

:: Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

:: Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

:: Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

:: Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk...ade jugak dengar ni sblom ni ...Petua orang tua-tua ..

:: Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Petikan dari Majalah An-Nur - Dr.Nohissam Mustafa


Baru sekarang saya tahu betapa banyaknya kebaikan ais ni. Banyak kelebihannya untuk tubuh badan kita sendiri,kan?

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Saturday, 28 June 2014

Cara Membekalkan Susu Perahan Ke Rumah Pengasuh


Assalammualaikum w.b.t

Saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana yang bekerja dan membekalkan susu badan yang dipam ke rumah pengasuh. Buat ibu baru pasti masih lagi mencari solusi terbaik untuk membekalkan susu perahan setiap hari. Entri kali ini saya ingin kongsikan cara yang betul untuk bekalkan susu perahan ke rumah prngasuh. Tips ini telah dikongsikan oleh rakan FB saya, zam zariah. Terima kasih banyak-banyak kepada beliau kerana sudi berkongsi tips yang beliau amalkan.


Cara-Cara Nak Bekalkan Susu EBM ke Rumah Pengasuh



- Sesuai untuk ibu bekerja dari pukul 7am sehingga 2pm

- Susu yang perlu disimpan dalam setiap botol mestilah cukup2 untuk sekali sesi penyusuan. Contoh: baby anda hanya boleh habiskan 2oz maka perlu simpan 2oz dalam setiap botol.

- Perlu kaji berapa jumlah oz yang baby anda minum sepanjang tempoh anda bekerja. Kalau jumlahnya 20oz, maka bekalkanlah 20oz dalam 10botol. 2oz x 10 = 20oz dalam satu hari.

Caranya:

cara membekalkan susu perahan, susu ebm ke rumah pengasuh, mama dan baby sihat

1. 5 botol yg dilabelkan setiap satunya dengan no 1 2 3 4 5..

2. Botol yg bernombor ganjil adalah susu freshmilk yang baru di pam sebelum pada awal pagi sebelum pergi ke rumah pengasuh/tempat kerja.

3. Nombor genap pula perlu diisi dengan susu ebm yang beku yang telah dicairkan pada belah malamnya (malam sebelumnya perlu pindahkan susu ebm beku ke tempat chiller untuk digunakan keesokkan harinya)

4. Masukkan kedalam cooler bag yang dikelilingi dengan icepack (cooler yang berisi icepack akan kekal sejuk selama 8-10jam). Sekiranya tempat pengasuh ada peti ais, maka bolehlah pindahkan susu dari cooler kedalam chiller peti sejuk.

5. Beritahu pengasuh, berikan susu ebm anda mengikut turutan nombor yang telah ditulis tadi.

6. Sekiranya anda bekerja 7am-6pm, bolehlah anda tambahkan susu ebm beku yang telah dicairkan & juga susu ebm yang belom beku yang berada di dalam chiller.

7. Contoh jika baby anda minum 3oz sekali minum dan habiskan 18oz sehari. Maka anda perlu bekalkan 6botol susu ebm. Berdasarkan panduan diatas, anda juga boleh berbuat begini:

- No. 1: Susu ebm freshmilk yang diperah awal pagi sebelum pergi kerja
- No.2 & 4: Susu ebm beku yang telah dicairkan
- No.3 & 5: Susu ebm yang anda simpan dari chiller (yang tidak pernah dibekukan)
- No.6: Susu ebm frozen yang baru diambil dari tempat beku

Diharap tips di atas ni dapat membantu ibu-ibu semua bagi membekalkan susu ibu yang mencukupi dan penuh khasiat setiap hari.

Ada ibu-ibu yang susunya merudum? Jom cuba SET PENYUSUAN DARI SHAKLEE. Insyaallah dapat membantu.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 27 June 2014

Tempoh Penyusuan Dalam Islam

Assalammualaikum w.b.t


Saya ingin kongsikan tips penyusuan dalam islam apabila saya ada terbaca perdebatan mengenai tempoh penyusuan susu ibu yang betul di laman group di Facebook. Ada yang berpendapat, tidak perlu memberi makanan atau minuman lain kepada bayi selain susu ibu sehingga 2 tahun mengikut kaedah islam. Dan ada yang tidak bersetuju kerana risau kurangnya nutrisi yang diterima oleh bayi sekiranya hanya memberi susu ibu.

Saya pun google, dan dapatlah entri ini. Sama-sama kita hayati.

TEMPOH PENYUSUAN DALAM ISLAM

Saya hanya mengambil sebahagian daripada kenyataan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan TVAlhijrah, Tuan @Syed Shahridzan. Ini adalah antara penjelasan beliau berhubung tempoh yang ideal bagi penyusuan ibu dalam islam. Dimana ada yang masih tertanya-tanya, bolehkah bayi hanya diberi susu ibu sahaja selama 2tahun? 

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday, 26 June 2014

Perlu Ke Minum Air 3 Liter Sehari?

Assalammualaikum w.b.t



Kenapa Pentingnya pengambilan AIR 3 liter sehari? 


Selalu kita dengar "Kena minum air 3 liter sehari" antaranya daripada pakar nutrisi, agen2 produk kesihatan lain & juga SID SHAKLEE sendiri.

Sebabnya::::
● Badan kita perlukan air sekurangnya 3 liter untuk melancarkan sistem urin kita seperti buah pinggang & pundi kencing. Cuba lihat air kencing anda, adakah warna putih atau kuning? Sekiranya kuning itu tandanya badan anda tidak cukup air.


● Membantu melancarkan pengaliran darah. Meminimakan pening kepala kerana air mengandungi molekul2 oksigen untuk otak.


● Jika anda 《NAK KURUS》, minumla air sebanyak mungkin kerana air adalah salah satu cara untuk membuang kotoran dalam badan melalui air kecil.


● Pengambilan supplement untuk 《KURUS MEMERLUKAN AIR》yang mencukupi bagi melancarkan penyerapan supplement tersebut ke dalam badan kita. Bergantung sepenuhnya pada supplement melambatkan proses pelangsingan anda kerana badan anda perlukan air untuk menghadamnya. Sebagai contoh, anda mengisar buah-buahan untuk membuat jus. Jus itu menyihatkan tapi masih memerlukan air untuk membuatnya menjadi jus..begitulah jua pengambilan SET PELANGSINGAN SHAKLEE!!!!

MINUMLAH AIR + SET PELANGSINGAN SHAKLEE
untuk hasil yang optimum dengan cepat dan berkesan! 


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Set Slimming Shaklee Tak Berkesan Pada Saya


Assalammualaikum w.b.t.

♡ Set Slimming Shaklee tak berkesan pun, Ek? ♡

"aku makan set slimming shaklee, tak ada apa2 perubahan pun"

"Tak bagus pun la set kurus shaklee tu"

"Tak yahla ambik, tak berkesan pun"......

Saya pun cakap macamtu dulu. Dah habis sebotol Alfalfa, dah habis sebotol Lecithin tapi tak nampak kurus pun. 

Rasa macam nak stop! Oh no, rugi kalau stop sebab ada lagi satu set yg baru dibuka.

Lepas tu, sy teruskan jugak makan set tu sampai la sekarang. Dah 2 bulan lebih baru nampak kesan, saya sendiri pun tak perasan. Apa sebabnya saya lambat kurus bila ambik set ni????




APA SEBAB LAMBAT???:--


♡ saya suka minuman kafein..
♡ saya kurang minum air
♡ tak kawal makan mentang2 dah ambil supplement. Tu salah ya..otak kita confused nak kurus ke nak gemuk
♡ Tak makan supplement spt yg dicadangkan
♡ Tak ikut waktu untuk ambil supplemen
♡ akhir sekali, badan saya jenis gemuk daging...so memang lambat untuk turun

Apapun, kena sabar kalau tak nampak kesan dalam sebulan. Sebab badan nak biasakan dengan supplemen yg kita ambil. Jangan salahkan supplemen jika impak tu tiada. Edit diri kita dlu ya...

Saya dah kurus, anda tak nak cuba ke? Pm je...


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday, 25 June 2014

Collagen Powder Shaklee Yang Power!

Assalammualaikum w.b.t.


Collagen Powder Shaklee untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan.

Sekarang ni kebanyakkan produk kecantikan akan mempromosikan produk mereka sudah termasuk dengan collagen. Berapa peratuskah kandungan collagen tu? Saya pun tak pasti, tak tahu. :) Berkesan atau tidak saya pun tak tahu.

Collagen Powder Shaklee ini adalah collagen yang semulajadi, diekstrak dari sisik ikan merah yang diyakini mempunyai tahap collagen yang tinggi berdasarkan ujian klinikal.

Disamping bahan utamanya, terdapat lagi 7 kandungan bahan yang diekstrak untuk menjadikan Collagen Powder Shaklee ini hebat. Ia ditunjukkan didalam gambar dibawah:


Kenapa Sisik Ikan?
Collagen Powder ni bahan utamanya adalah dari Sisik Ikan Merah? Sisik Ikan?  Diulangi, ya dari sisik ikan merah! Kenapa ya? Mengikut kajian klinikal (bukan hanya Shaklee sahaja), khasiat dari ikan yang menghasilkan sumber collagen adalah lebih baik collagennya daripada collagen yang terhasil daripada lembu atau khinzir.

Collagen Dari Ikan Adalah Yang Terbaik!
Seperti yang terangkan tadi, collagen dari ikan adalah lebih baik dan banyak khasiat dari sumber collagen yang lain untuk membantu menganjalkan kulit kita. Mari kita selidiki lebih dalam lagi.

Fish Collagen (collagen ikan) juga dikenali sebagai Marine Collagen. Ia diekstrak dari cold sea fish (ikan lautan sejuk). Walaupun ia diekstrak  secara moden untuk diambil collagennya namun tahap khasiat nutrisi semulajadi collagen itu sendiri sentiasa diambil berat dan diutamakan. Collagen dari ikan adalah lebih mahal daripada collagen lembu dan yang lain-lain. Collagen dari ikan ini mempunyai tahap alergik yang paling rendah berbanding yang lain.

Collagen dari ikan ini adalah mempunyai tahap bioavailability yang hebat dimana ia mempunyai bahan yang semulajadi yang mudah diserap nutrisinya ke dalam badan kita untuk mendapatkan khasiatnya dengan berkesan. Contohnya untuk menganjalkan kulit, collagen dari ikan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesannya.

Lihat testimoni di bawah ini:


Seawal 3-4 hari sudah nampak kesan. Ditambah lagi dengan 7 bahan yang lain mampu mempertingkatkan keanjalan kulit dari dalam dengan cepat.

Apa Yang Kita Dapat Melalui Collagen Powder Shaklee


  • Menjadikan kulit kita lebih licin dan segar
  • Mengekalkan kelembapan kulit kita
  • Menghalang atau melewatkan proses kedutan
  • Memulihara kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit

 Bila Perlu Ambil Collagen
Ramai diantara kita mengambil collagen ketika pertengahan 30-an dimana yang sebenarnya collagen kita mulai berkurang ketika awal 30-an. Di usia 30-an, kedutan mula terjadi dan keanjalan kulit mula berkurang. Jadi kenapa tunggu 30-an baru nak mula ambil collagen?

Kajian mencadangkan mengambil collagen seawal 20-an, jadi kita akan dapat menambahkan keanjalan kulit yang sedia ada serta dapat melewatkan proses kedutan terjadi atau penuaan.

Ada lagi testimoni mengenai Collagen Powder Shaklee ni, sila KLIK SINI.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 24 June 2014

Kenali Najdah Team

Assalammualaikum w.b.t.


Entri kali ni saya nak perkenalkan team yang sangat awesome kepada anda semua. Najdah Team ni terdiri daripada Shaklee Independent Distributor yang gojes-gojes. ;)

Najdah bermaksud pertolongan. So sesuai sangatlah sebab kami ingin menolong anda semua untuk mendapatkan kesihatan yang sebaik mungkin. Juga seiring dengan tagline Shaklee: Creating Healthier Lives. Erti kata lain: Membina Kehidupan Yang Lebih Sihat.

Jom kenali warga Najdah Team ini:





Yang lain-lain:
Nurul Abdullah
COD Area: Puchong Putri, Puchong Perdana
HP: 012-6673428
Blog: coretanmamalisa.blogspot.com

Nurfadzlina
COD Area: Shah Alam
HP: 016-2021367

Nurul Nazratul Najmi
COD Area: Kg Baru, Jalan TAR, Keramat, Jalan Ampang, Sentul

Leez
COD Area: Kajang, Semenyih, Branang
HP: 012-3389795

Linda
COD Area: Kg Melayu Subang, Shah Alam
HP: 011-27103467

Kalau anda nak cod atau konsultasi percuma tentang produk Shaklee bolehla hubungi kami di atas ni ye.
Insyallah kami akan memberikan khidmat yang terbaik kepada anda.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday, 22 June 2014

Krim Ajaib: Herbal Blend

Assalammualaikum w.b.t

Herbal Blend Multipurpose Cream
Herbal Blend Multipurpose Cream ni memang hangat dipasaran! Tiap kali Shaklee restock, memang berebut SID nak borong. Restock pagi, petang dah habis. Bukan restock quantity tu sedikit, tapi ramai SID dan customer yang memborong. Produk yang sangat ditunggu-tunggu ramai. 

Kenapa sampai macam tu sekali ya? Ajaib sangatkah? :)

Tentulah ajaib, kalau tak, takkanlah habis macam pisang goreng panas! Saya pun guna untuk kegunaan saya dan bayi saya. Mari saya kongsikan keajaiban Herbal Blend ini.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini berbentuk krim yang mudah meresap ke dalam kulit  dan tidak berminyak. Berbau mentolentum dan dingin kepada kulit lalu memberikan keselesaan kepada anda dan juga bayi anda. Ia kaya dengan emollients dan diformulasi secara khusus untuk kulit yang kasar, kusam dan kering. 

Krim ajaib yang tidak berminyak ini akan meninggalkan kulit yang licin dan segar sebaik sahaja ia disapukan dengan lembut. Tidak lupa juga ia diformulasi untuk permukaan kulit yang kering dan kasar yang lain seperti siku, lutut dan tumit kaki.


Herbal Blend ini berbentuk tiub dengan isi kandungan seberat 113g atau bersamaan 4oz. Dan ia adalah PARABEN FREE!

Siapa Yang Memerlukan Herbal Blend?

Penghidap Eczema


Bagi yang menghidapi eczema atau dalam erti kata lain, keadaan kulit yang menjadi gatal-gatal, kering dan merekah/menggelupas, kadangkala berair dan berdarah. Kebiasaanya terjadi pada bayi sebelum usianya menginjak 2 tahun dan akan beransur pulih ketika belasan tahun. Eczema tidak boleh dipulihkan tapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Selalunya akan menjangkiti disekitar tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini berupaya untuk mengurangkan kegatalan kepada penghidap eczema ini dan dapat menghindar eczema ini berlarutan. Hanya sapu pada tempat gatal sekerap yang mungkin.

Bayi - Ruam Lampin, Ruam Susu, Gatal Akibat Gigitan Nyamuk/Serangga dan Alahan Lain
Herbal Blend Multipurpose Cream ini juga seolah-olah dicipta khusus untuk bayi, kerana seperti yang saya katakan tadi, krimnya berbau mentolentum yang segar dan dingin.

Permukaan kulit bayi yang gatal akibat ruam lampin umpamanya, tidak memberikan rasa pedih dan panas kepada bayi. Malah melegakan kegatalan kulit bayi dengan segera. Dan juga, anda tidak perlu menunggu berminggu-minggu untuk nampak perubahannya. Pengalaman saya, ia boleh dilihat selama 3 hari sahaja (bergantung kepada keadaan kulit individu juga).

Tumit Pecah
Tumit pecah terjadi akibat keadaan tumit yang kering dan kasar seterusnya tumit akan merekah dan pecah. Sesuai disapukan Herbal Blend ini setiap hari dan lihatlah keajaibannya!

Pengganti Minyak Gamat
Sama fungsinya seperti minyak gamat. Andaikata minyak gamat habis, bolehlah jadikan  Herbal Blend ni sebagai ganti. Boleh sapu untuk terkena minyak panas, luka-luka kecil, gigitan nyamuk/serangga, gatal-gatal dan lain-lain.

Kesan Regangan Akibat Hamil (Stretch Mark)
Kebanyakkan ibu-ibu akan mempunyai kesan regangan akibat hamil. Yang beza hanyalah banyak dan sedikit, teruk dan tidak teruk. Jika tidak dikawal dari awal, memang akan ada kesan regangan yang menyakitkan mata sendiri. Amalkan sapu Herbal Blend ini ketika hamil, sekiranya sekarang baru mengetahuinya, masih belum terlambat, sapulah dan insyallah kesan regangan akan pudar.
Entri terdahulu mengenai Kesan Regangan, KLIK SINI.

Hilangkan Parut
Tidak kiralah parut lama atau baru, Herbal Blend Multipurpose Cream ini dicipta khusus untuk hilangkan parut juga. Tidak kisahlah parut apa sekali pun, hanya disiplin menyapu krim ajaib ini. Parut pun pudar dan hilang.

Puting Susu Luka
Ibu-ibu yang menyusukan bayi selalunya akan mengalami keadaan dimana bayi suka menggigit dan menyentap puting susu ibu. Akibat gigitan itu puting ibu akan terluka dan pedih. Sapulah krim ajaib ini selepas menyusukan anak dan sebelum tidur.

Losyen Harian
Sesuai dengan kategori produk ini sebagai Penjagaan Harian (Daily Care), Herbal Blend juga boleh dijadikan losyen badan kerana fungsinya akan melembutkan kulit kita. Krimnya yang tidak berminyak malah dingin ketika memakainya akan memberikan keselesaan kepada kita. Kulit yang kusam dan kasar akan kembali lembut dan licin.

AWAS: Penghidap G6PD tidak boleh menggunakan Herbal Blend Multipurpose Cream ini. 

TESTIMONI HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

Ini antara testimoni dari pengguna yang menggunakan Herbal Blend Multipurpose Cream ini. Saya hanya kongsikan sedikit disini, dan akan kongsikan lagi pada entri akan datang, tunggu tau :)





Memang ajaibkan Herbal Blend Multipurpose Cream ni? Banyak kegunaanya, sebab tu ramai yang berebut-rebut beli krim ni. Krim wajib ada dirumah sekarang ni. Anda bila lagi? :)


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 20 June 2014

Persediaan Hadapi Ramadhan Bagi Ibu Menyusui Bayi

Assalammualaikum w.b.t


Lagi 8 hari je lagi kita nak menginjak ke bulan ramadhan... apa persedian anda? Selalunya untuk orang yang dah berkahwin macam saya ni, mesti beli stok makanan banyak-banyak. :)

Kalau saya, yang wajib ada mestilah telur, ikan bilis, ikan masin, sardin. Macam menu orang bujang je kan? Hihihi, tapi menu ni lah jadi penyelamat kalau-kalau terbangun lambat ketika bersahur. :) Ataupun bila dah tak lalu nak makan kari / masak lemak / sup ke apa ke. Bulan puasa ni selera lain macam sikit. Betul tak?

Saya terpanggil untuk buat entri persediaan hadapi ramadhan bagi ibu menyusui bayi bilamana ada rakan whatsapp bertanyakan hal ni. Dia risau kalau-kalau susunya merudum ketika ramadhan nanti.
Saya akan kongsikan apa yang telah saya praktikkan dulu. Harap dapat membantu ibu-ibu diluar sana.

Persediaan Mental
Mental kena kuat ketika ramadhan bahkan sebelum ramadhan lagi. Yakin dengan diri bahawa boleh menjalani ibadah puasa dengan jayanya walaupun menyusui bayi.

Mental kena set bahawa anda masih boleh menyusu seperti biasa, set dalam minda yang susu badan anda cukup untuk bayi anda di bulan mulia nanti. Sentiasa positif anda mampu!

Persediaan Diri
Mental kuat saja tak cukup kalau diri anda tidak kuat. Faham kan maksud saya. Diri kita perlu sentiasa sihat, sentiasa segar dan sentiasa cukup dengan nutrien. Barulah susu badan sentiasa ada untuk menggantikan susu yang sudah diperah atau disusukan terus kepada bayi.

Tidur yang cukup pun salah satu penyumbang untuk mencapai tahap kesihatan diri yang optimum. Tidur selama mana yang boleh kerana kita perlu berjaga semula untuk bersahur. Yang penting tidur yang berkualiti iaitu kita tak akan rasa tak cukup tidur bila kita berjaga nanti.

Macamana nak sediakan diri supaya kekal bertenaga, kekal bernutrien sedangkan kita berpuasa? Saya ada jawapannya tapi sebentar ya. :)

Persediaan Pemakanan
Point yang sangat saya suka bila menyentuh bab pemakanan. Cukupkah nutrien yang kita dapat hasil dari pemakanan yang kita makan setiap kali atau setiap hari? Mampukah makanan itu memberikan kita susu badan yang banyak atau susu badan yang mencukupi untuk bayi kita?

Adakah makanan yang diambil boleh meningkatkan susu badan dan adakah makanan itu boleh menjejaskan pengeluaran susu badan? Jawapannya: Ya!

Makanan Yang Boleh Menjejaskan Pengeluaran Susu
Elakkan dari mengambil makanan berikut:-

1) Makanan Pedas seperti kari, sambal dll
2) Makanan Yang Sejuk: aiskrim, air berais, air gas, timun dan seumpamanya.
3) Kubis: tak kisahlah apa jenis kubis sekalipun
4) Minuman Kafein: Kopi, Teh, Nescafe. Boleh minum tapi kuantiti yang sikit dan tidak kerap.
5) Ulam ulaman juga tidak digalakkan
6) Jamu sebab ia panas dari dalam

Makanan Yang Boleh Menambahkan Susu Badan. Saya suka share tips ni, sila klik link ini sebab saya dah terangkan secara terperinci di entri ini:
http://mamadanbabysihat.blogspot.com/2014/05/petua-untuk-banyakkan-susu-badan-dengan.html

Tips Untuk Susu Badan Sentiasa Meriah Ketika Ramadhan
Bulan ramadhan tahun lepas saya masih menyusui Ammar, ketika itu dia berusia 5 bulan. Apa yang saya buat dan makan ketika berpuasa adalah seperti berikut:-

1) Tidak skip jadual pam
2) Menyusukan bayi secara direct feeding sebanyak mungkin.
Fikiran perlu tenang dan positif serta berzikir ketika pam atau direct feeding.

Cara makan untuk susu badan sentiasa meriah di bulan puasa:

1) Ketika Berbuka Puasa

  • Meminum air rebusan/rendaman longan kering bersama red dates.
  • Kurma lebih dari 3 biji, saya dah lupa berapa tapi saya akan berselawat sebelum makan dan niat       untuk tambahkan susu badan.
  • Sup sawi kosong adalah menu wajib.
  • Banyak ambil ayam/ikan
  • Makan alfalfa 3 biji selepas berbuka

2) Sebelum Tidur

  • Minum segelas oat instant + susu tepung + milo/horlick + oat wholegrain
  • Makan kurma
  • Makan biskut
  • Minum air kosong
3) Ketika Sahur


  • Minum air rebusan/rendaman longan kering dan red dates, selalu yang suam-suam
  • Saya selalu tak lalu nak makan nasi ketika sahur, jadi saya gantikan dengan bubur pisang/bubur kacang, makan dengan roti wholegrain.
  • Makan Kurma
  • Makan Alfalfa

* tahun ni saya akan minum ESP pulak ketika bersahur, stok ESP dah ada siap-siap :)

Banyakkan berzikir ketika pam dan menyusukan bayi. Berdoa dan mohonlah kepada Allah, nescaya Dia akan tolong kita. 

Ok, ini je yang saya rasa saya mampu kongsikan kat sini. Bolehlah anda mencubanya, manatau berkesan untuk anda. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday, 19 June 2014

Pesanan Dan Tips Hadapi Ramadhan Dari Seorang Doktor

Assalammualaikum w.b.t.

Saya nak share kat sini tentang pesanan dan tips dari seorang doktor untuk kita menjalani ibadah puasa tak lama lagi. Doktor ini merupakan kawan kepada kenalan yang sama-sama berkecimpung dengan Shaklee. :)

Banyak tips yang dikongsi oleh doktor ini termasuklah pemilihan makanan yang sesuai ketika ramadhan.

Jom sama-sama kita baca apa pesanan dan tips dari doktor ni...


Sangat berguna,kan?
Doktor pun ada menyarankan pengambilan ESP Shaklee dan Cinch Shake Shaklee. Mereka pun percaya pada produk Shaklee, kenapa tidak anda?

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Testimoni Herblax Yang Awesome

Assalammualaikum w.b.t

Saja nak share testimoni Herblax ni banyak-banyak. Saya pun ambil Herblax ni, memang lancar je sistem pembuangan, perut pun tak sebu ;)

Jom kita tengok testimoni dari pengguna Herblax Shaklee yang awesome ni.




Banyak faedahnya kan, ni baru separuh dari manfaat Herblax. Nanti saya kongsikan lagi di entri akan datang ye.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday, 18 June 2014

Istimewanya Herblax

Assalammualaikum w.b.t.


Entri kali ni saya nak sentuh tentang Herblax. Botolnya sangat comel, kecil je. Tapi jangan pandang pada botolnya yang kecil, banyak keistimewaannya Herblax ni. Nanti saya huraikan. 

Sebenarnya saya juga ada mengambil Herblax ini untuk kurus dan membantu masalah sistem pembuangan saya. Opps, sebab kadangkala saya akan mengalami sembelit terutama bila saya berpuasa kerana kurangnya pengambilan cecair seperti air. Alhamdulillah, berat saya turun dan sembelit saya juga sudah kurang.

Inilah wajah Herblax, comel je. Botolnya kecil je. 

Kelebihan Herblax yang dikatakan istimewa.
Herblax ini lebih dikenali sebagai agen detox. Detox adalah proses pembuangan toksin, lemak dan lendir dari dalam badan kita melalui usus besar. Ia membantu mencuci bahagian usus kita serta membuang sisa-sisa toksin dari badan. Apabila saluran usus kita sudah bersih maka senanglah ia untuk menyerap nutrien seperti vitamin dan lain-lain.

Herblax ini diperbuat daripada 9 herba semulajadi termasuklah Alfalfa Leave, Fennel Seeds, Culver's Root dan Senna Leave. Herblax sangat menyokong pelawasan yang teratur tapi perlulah meminum air yang secukupnya untuk menyokong proses ini.

Manfaat Utama adalah:-
1) Pembersihan Najis Yang Tersekat
2) Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3) Membantu masalah sembelit.
4) Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
5) Mengempiskan Perut
6) Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dengan air panas, sebagai minuman teh herba.

Siapa Yang Perlu Ambil Herblax ?

Wanita Lepas Bersalin
- Herblax sesuai untuk wanita berpantang bersalin kerana melancarkan sistem perkumuhan dan najis menjadi lembut. Boleh mengelakkan dari sembelit.

Untuk Kurus
- Selain itu, untuk wanita yang ingin kurus juga boleh mengambil Herblax untuk membuang lemak dan lendir yang tak diperlukan oleh badan. Tak lupa juga fungsi Herblax yang boleh mengempiskan perut. 

Pesakit Gout
- Dengan fungsinya sebagai agen detox, pastinya toksin-toksin dari pesakit gout akan dibuang melalui proses pembuangan dan akan mengurangkan risiko sakit akibat gout.

Untuk Yang Kerap Sembelit
- Disarankan mengambil Herblax kerana ia dapat membantu melancarkan sistem pembuangan yang tersekat secara lembut.

Penghidap Buasir
- Buasir terjadi akan sistem penghadaman itu sendiri yang melibatkan sistem usus. Ada banyak faktor yang menjadi punca kepada buasir, nanti saya akan huraikan di entri akan datang. Herblax dapat mengurangkan risiko sakit ketika proses pembuangan kerana ia membantu membuang dengan lembut.

Cara-Cara Pengambilan Herblax

a) Untuk Kesihatan berpanjangan - 2 kali seminggu: 4 biji setiap kali sebelum tidur

b) Untuk Pembersihan Usus / Detox / Melawan Kanser / Mengawal Berat Badan 
    - 2 kali sehari: 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)


Perhatian: Healing Crisis
* Kepada mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan mengalami cirit-birit pada peringkat awal pengambilan. 
* Untuk yang normal, Herblax akan menampakkan kesan dalam tempoh 8-12 jam selepas pengambilan. 
* Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius, boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8 biji dan boleh kembali kepada dos biasa setelah proses penghadaman / pembuangan kembali normal.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 17 June 2014

Resepi Makanan Semasa Berpantang

 Assalammualaikum w.b.t


Hmmm....teringat waktu saya berpantang bersalin tahun lepas. Menu ikan bilis goreng dengan lada hitam tumbuk, makan dengan nasi panas-panas...Nyum nyum...sedap!!

Bila dah masuk minggu kedua, saya makan sup sawi kosong dengan ikan bilis atau ikan haruan goreng. Pon sodap!!!

So untuk ibu-ibu yang bakal berpantang, saya kongsikan resepi untuk you all. Resepi ni juga elok untuk pantang bersalin secara caesar dan kanak-kanak berkhatan.


RESEPI KETIKA BERPANTANG:

1) Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan masin digoreng tanpa minyak
b) Lada hitam

Cara-cara:
- Tumbuk bahan di atas, boleh tambah perahan jus limau sekiranya suka.
- Gaulkan sebati

2) Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
a) 1 keping Ikan tenggiri
b) 1/2 biji bawang besar yang dihiris
c) 2 biji lada besar
d) beberapa hirisan halia

Cara-cara:
-  Ikan digoreng bersama hirisan halia
- Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang besar tapi jangan hancur.
- Hidang bersama nasi panas

3) Ikan Bilis Goreng & Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan bilis yang sudah dibasuh
b) Minyak
c) Lada hitam

Cara-cara:
- Goreng ikan bilis sehingga garing tapi dengan menggunakan sedikit minyak
- Lada hitam ditumbuk lumat.
- Kemudian taburkan lada hitam tadi ke atas nasi panas, makan bersama ikan bilis goreng tadi.

4) Sup Sawi

Bahan-bahan:
a) Sawi
b) bawang merah

Cara-cara:
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan bawang seterusnya sawi.
- Tambahkan garam dan angkat. Makan bersama nasi panas.

5) Sup Ikan Haruan 

Bahan-bahan:
a) Sepotong Ikan Haruan yang telah dibersihkan
b) Halia
c) Asam keping
d) Bawang Merah
e) Kunyit Hidup

Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang secukupnya
- Renehkan sehingga masak sebati, jangan lupa letak garam secukupnya.

6) Sambal Tok-Tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
a) Ikan Bilis
b) Bawang Merah
c) Bawang Putih
d) Lada Hitam

Cara-cara:
- Goreng bahan tadi kemudian tumbuk campur dengan sedikit garam
- Hidang bersama nasi panas

7) Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam

Bahan-bahan:
a) 4cm halia muda
b) 3cm kunyit hidup
c) garam secukupnya
* kesemua bahan ini dikisar dan diperap dengan ayam/daging

Cara-cara:
- Bakar ayam/daging yang diperap tadi
- Sediakan air asam dengan menggunakan 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
- Hidangkan dengan nasi panas.

8) Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
a) Daging batang pinang dihiris nipis
b) Halia dimayang halus
c) Bawang putih diketuk
d) Bawang besar dihiris bulat
e) 1 biji lada benggala (boleh gunakan cili hidup sekiranya nak pedas)
f) sedikit sos tiram
g) sedikit kunyit hidup/serbuk, garam/bahan perasa
h) Air asam jawa atau bancuhan tepung jagung dengan air

Cara-cara:
- Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam
- Bila lembut, masukkan bawang putih dan halia, masukkan sos tiram dan bahan perasa
- Masukkan lada benggala/cili dan hirisan bawang besar
- Sekiranya mahu berkuah, boleh masukkan air asam jawa/air bancuhan tepung jagung.

9) Lengkuas Muda Masak Merah
- Bagus untuk memperbaiki rahim wanita serta mengetatkan organ wanita selepas bersalin.

Bahan-bahan:
a) Lengkuas muda dihiris nipis - direbus sehingga kering untuk buang pahit dan maung
b) Sedikit ikan bilis
c) Bawang Merah
d) Bawang Putih
e) Lada Merah

Cara-cara:
- Tumbuk lada, ikan bilis dan bawang. Kemudian tumis dengan sedikit minyak
- Masukkan garam dan lengkuas tadi dan kacau sehingga sebati

10) Ayam Panggang

Bahan-bahan:
a) Ayam
b) 1 batang serai dititik
c) 1 sudu jintan manis
d) 1/2 sudu jintan putih
e) 1cm kunyit hidup
f) 1cm lengkuas
g) 1cm halia
h) 4 ulas bawang merah
i) 2 ulas bawang putih
j) Garam
k) Air asam jawa
l) 1/2  cawan air

Cara-cara:
- Ayam dilumur dengan garam, sedikit bawang merah, halia, bawang putih dan kunyit.
- Tumbuk juga lengkuas dan bahan-bahan lain
- Panggan ayam.
- Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan air asam jawa dan garam.
- Tambah sedikit air untuk berkuah. Bila sudah masak, siramkan ke atas ayam panggang yang sudah masak tadi.

Sedap kan? Lepas ni, bolehlah bertukar-tukar menu untuk tempoh berpantang nanti. Tapi kena kawal makan jugak tau, mentang-mentang sedap..hihihi..Tak apa, Set Pantang Shaklee kan ado...boleh kurus pulak tu.. ;)
Jom cuba!

* sumber dari blog sirap limau & pengalaman berpantang sendiri

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera