Saturday 3 May 2014

Petua Untuk Banyakkan Susu Badan Dengan Mudah

Assalammualaikum w.b.t

Ada ibu-ibu yang tengah mencari petua atau cara-cara nak menambahkan susu badan? Memang tepat sekali entri kali ni. Saya berkesempatan menyusukan Ammar selama 7 bulan sahaja secara direct feeding. Tetap bersyukur sebab Allah beri kesempatan untuk menikmati pengalaman menjadi ibu yang sebenar.

Tapi ada juga ibu-ibu yang mempunyai masalah susu yang sikit sejak hari pertama bayi dilahirkan. Saya pun mengalami susu badan yang sikit, pada hari ke-4 Ammar lahir barulah dia dapat minum susu badan saya, seronok dan bahagia tak terkata! Alhamdulillah ada jugak akhirnya rezeki untuk Ammar.

Sepanjang tempoh 7 bulan menyusukan Ammar, pelbagai petua dan tips telah saya cuba secara kaedah cuba jaya :). Senarai kat bawah ni, antara petua yang dah saya cuba jaya, jom baca. :)




Petua Untuk Banyakkan Susu Badan

1 - Makan nasi banyak - sesetengah orang berjaya dapat banyak susu dengan makan nasi yang banyak, tapi saya tidak. Berat naik mendadak pulak.



2 - Makan Sup Sayur Sawi - saya amalkan sejak dalam pantang dan ia berkesan untuk badan saya. Susu meriah dari biasa.

3 - Makan Sup Lobak Putih - saya ada jugak cuba, tapi tak nampak sangat kesan.



4 - Makan Kurma - selain untuk susu, ia bagus untuk badan. Saya campur dengan longan kering dan minum, ia berkesan jugak. 

5 - Makan Buah Tin - tak ada kesan untuk saya, tapi anda boleh cuba.

6 - Minum rebusan/rendaman halba - badan saya tak boleh terima, saya demam jadinya sebab panas.


7 - Minum susu dan air suam banyak -  Yup, amatlah berkesan. Sebab badan memerlukan banyak air bila menyusukan bayi.


8 - Minum Milo dan Horlick -  berkesan jugak. Selalu minum di awal pagi.



9 - Minum oat campur susu dan milo - susu meriah, tiap-tiap malam sebelum tidur mesti minum. Saya campur dua jenis oat; plain dan oat bijirin penuh. Sedap!



10 - Minum rebusan longan kering dengan gula batu, campur dengan Red Dates - sangat berkesan untuk saya. Sedap pun sedap jugak. Susu jadi banyak.Kat Tesco dan HERO Supermarket ada jual. Senang je nak buat, cuma rebuskan semua sekali. Kalau rasa nak cepat dan malas, cuma rendamkan dalam air panas. Kalau nak lagi cepat, boleh juga cuba minuman ni, tapi saya suka saya buat sendiri. Ini dia gambarnya:



11 - Minum Soya Vsoy Multigrain - minuman ni kaya dengan bijirin yang diperlukan untuk ibu menyusukan bayi.



12 - Produk berasaskan soya: Tauhu, Tofu Jepun, Tempe - berkesan jugak kat saya. Selalunya saya makan ketika makan tengahari.

13 - Sayuran Hijau lain: Bayam, Kailan dsb.

14 - Habbatussauda - saya ada juga makan habbatussauda ni bersama dengan Alfalfa (bukan pada waktu yang sama).

15 - Set Penyusuan Bajet Shaklee - Susu badan saya pun meriah dan pekat. Dan jangan panik kalau susu badan berwarna hijau ye, sebab Alfalfa berwarna hijau yang dibuat daripada Alfalfa secara semulajadi.

Selain petua-petua melalui pemakanan kat atas ni, ada juga tips-tips yang perlu ibu-ibu ikut bagi memastikan susu badan tetap meriah.

Tips Mudah Bagi Susu Tetap Meriah

1 - Buat Jadual Pam Susu; set kan sekurangnya 6 sesi pam untuk sehari.

2 - Guna Electric Double Breast Pump - Masa jadi lebih singkat dan susu cepat keluar. Sesuai untuk ibu bekerja.


3 - Buat Power Pumping - 



4 - Tandem Pumping: Pam susu ketika menyusukan bayi. Seperti gambar dibawah ini:



5 - Direct Feeding dengan kerap: Membantu meransang pengeluaran susu. Berbeza dengan pam, direct feeding lagi mujarab.

6- Jangan Skip Waktu Pam: Ini bahaya. Jangan sesekali skip. Kalau nak skip jugak, susukan bayi secara direct. Ia boleh mengganggu sistem pengeluaran susu badan kita, sebab otak akan fikir yang badan kita tak perlu hasilkan susu lagi bila kita skip atau berhenti pam/menyusui bayi.

7 - Elakkan tekanan

8 - Berurut untuk banyakkan susu: Berurut degan bidan kampung yang boleh mengurut di bahagian payudara kita bagi melancarkan urat-urat susu kita. Saya mencubanya ketika dalam pantang, alhamdulillah berhasil.

9 - Pam atau susukan bayi pada setiap 3 jam: Payudara kita tidak akan kering sebenarnya. Lagi kerap kita susukan bayi atau pam, lagi banyak susu akan terhasil.

10 - Cari lokasi yang sesuai dan tenang untuk anda pam susu atau menyusukan bayi.

Harap dapat memberi idea dan manfaat kepada ibu-ibu yang sedang berusaha untuk memeriahkan susu badan. Tapi, perlu diingatkan petua pemakanan diatas ini bergantung kepada penerimaan individu juga.

Selamat mencuba dan selamat Beramal!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment