Monday 19 May 2014

Beza Saiz Bayi Dalam Kandungan Dan Makanan Segera

Assalammualaikum w.b.t

Saya nak share pasal mengandung lagi.. hihihi...sebab masih teringat-ingat masa mengandung dulu. Sibuk mencari-cari info pasal saiz bayi saya dalam kandungan, macamana keadaan dia.

Kalini saya nak share saiz bayi dalam kandungan dubandingkan dengan saiz makanan segera yang kita ambil seharian (yang mana tak makan tu, ini boleh dianggap panduan juga ye).

Saiz Bayi Dalam Kandungan VS Makanan Segera

Minggu Pertama: 
Saiz bayi hanyalah sekecil gula pasir. Anda boleh nampak dengan jelas tak saiz gula pasir tu? Kecil je kan? Namun di usia kandungan 1 minggu, kita masih belum dapat tanda-tanda hamil dan scan pun masih tidak nampak..

Minggu ke-4:
Hanya sebesar gula-gula manik untuk diletakkan diatas donut atau kek. Masih kecil lagi tapi sudah boleh dikesan dengan 3d scanner, tapi nampak macam tompokan bulatan sahaja; saya pernah scan untuk pastikan saya hamil pada usia kandungan 4 minggu. :)


Minggu ke-6:
Sebesar cip coklat je! Masih kecil dan comel. Jika dilihat pada gambar proses pembesaran bayi dalam kandungan, mata, telinga dan hidung sudah ada tapi masih dalam proses pembentukan.

Minggu ke-8:

Dah besar sikit. Hanya sebesar sebiji jeli kacang merah. Di usia kandungan 8 minggu, tangan dan kaki mula terbentuk. Tiada lagi bentuk pelik seperti diusia 6 minggu.

Minggu ke-12:
Bersaiz separuh dari Sosej Bersalut yang digoreng.
Dah besar sikit dah kan? Bentuk pun dah agak cantik dan punggung dah terbentuk kecil. Opps..dia dah mula membuang air kecil tau. Mengikut islam pula, roh kita sudah ditiup pada usia ini.

Minggu ke-18:
Sudah sebesar tin minuman seperti coca cola, pepsi dan seumpamanya.
Alat kelamin bayi sudah terbentuk elok dan sudah boleh bezakan antara bayi lelaki atau perempuan. Tapi kadangkala tak boleh nampak bila scan.

Minggu ke-24:
Banana Split!!! Nyummy.....itulah saiz bayi anda ketika di usia 24 minggu.
Bentuk bayi sudah makin cantik. Bayi anda sudah mula bergerak di dalam rahim anda dan kadangkala anda akan merasa bayi anda sendawa dari dalam. Awesome kan? 

Minggu ke-30:
Sebesar pek besar jajan / cekedis seperti mr potato atau twisties. Bayi ketika ini sudah pandai mengerdipkan matanya dan juga sudah mula bermimpi. Hebat kan? Sedangkan ibu sudah mula rasa sakit pinggang dan belakang dan juga pedih ulu hati.

Minggu terakhir, minggu 40: 
(ada yang awal 2 minggu ada yang seminggu, ada yang lewat dari 40 minggu)

Sudah sebesar bucket combo KFC. Dah berupa seorang bayi yang sebenar dan bersedia untuk dilahirkan pada bila-bila masa sahaja. 



Kepada ibu-ibu yang baru hamil atau sedang dipertengahan kehamilan, gambar di atas menerangkan secara ringkas tentang proses pembesaran bayi anda. Harap dapat membantu ibu-ibu semua. :)


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment