Thursday 1 May 2014

Rambut gugur selepas bersalin

Assalammualaikum w.b.t

Kali ni saya nak sentuh pasal keguguran rambut selepas pantang, anak pertama saya. Yang kedua belum lagi. Hihihihi.... Tapi saya perasan rambut saya dah mula gugur sejak saya mengandung, pada usia kandungan 7 bulan ke atas.

Tapi lepas saya beranak rambut saya makin banyak gugur. Setiap kali mandi, memang penuh saluran air tu dengan rambut saya. Sekali sikat, segenggam rambut yang gugur. Boleh dikira tahap yang membimbangkan saya. Sampai nipis dah rambut. Huhuhu...

Sudah setahun lebih, rambut saya masih gugur macamtu. Ada orang cakap, sekejap je gugur tu sebab anak tengah membesar, anak menyembur katanya sebab tu gugur. Wallahualam.

Saya ada baca tentang keguguran rambut selepas bersalin ni, memang majoriti wanita  bersalin akan mengalaminya. Samada peringkat teruk atau tak je.
Saya pasti ramai ibu-ibu yang hadapi benda yang sama. Seram tak kalau hari-hari kita tengok rambut kita gugur sebanyak ni?

Mau botak jadinya...huhuhuhu.

Jom kita ketahui apa puncanya, apa simptomnya dan lain-lain.

Rambut Gugur Selepas Bersalin
Menurut kajian, keguguran rambut lepas bersalin ni selalunya berlaku di antara bulan ke 3 sehingga 6 bulan (bergantung pada individu). Bila kita sedang mengandung, rambut kita akan nampak bersinar dan lebat sebab badan kita sedang merembeskan hormon estrogen yang tinggi. Tapiii....bila kita bersalin je, rambut kita akan mulai gugur.

Punca Rambut Gugur
Sebenarnya, rambut kita akan gugur dalam 100 helai setiap hari tanpa kita sedari dan ini adalah normal. Sebab, 85% - 95% rambut kita sedang tumbuh dan selebihnya berada dalam keadaan lemah (resting stage). Bila tempoh keadaan lemah ini tamat, rambut akan gugur dan diganti dengan yang baru.
Bila kita mengandung, hormon estrogen ini akan membuatkan rambut kita menjadi lebih lebat. Selepas bersalin, hormon estrogen kita makin kurang dan rambut anda banyak berada di keadaan lemah menunggu masa untuk gugur.  Sebab tu la banyak rambut gugur ketika kita sikat rambut atau mandi. Kebiasaannya akan kembali normal selepas 6 bulan bersalin dan ada yang lepas setahun.

Macamana nak hindar rambut gugur
Ini adalah proses semulajadi yang berlaku akibat perubahan hormon dalam badan wanita. Tapi kita boleh mencuba produk rambut untuk menghalangnya dari menjadi lebih teruk. Contoh shampoo melebatkan rambut misalnya.

----

Jangan risau, anda tak akan botak! Ini hanyalah sementara sahaja dan mungkin akan ambil sedikit masa untuk pulih bergantung pada individu. Keguguran rambut selepas bersalin ni bukanlah disebabkan oleh kekurangan nutrisi dalam makanan seharian dan juga buka disebabkan oleh pengambilan vitamin, ia adalah tindakbalas hormon secara semulajadi. Tapi sekiranya rambut mulai gugur ketika mengandung dengan serius, ini menunjukkan kekurangan nutrisi dan mineral dalam badan anda. Perlu mendapat nasihat dari doktor.

Menjadikan rambut yang kembali lebat dan bersinar


Untuk menjadikan rambut kita kembali lebat dan bersinar, kita boleh mencuba tips-tips yang diberikan oleh pakar seperti kat bawah ni:


  • Dapatkan nasihat dari pakar berkenaan perubahan hormon anda. Normal atau tidak.
  • Elakkan mengikat rambut anda samada tocang, dendan (braids), dan elakkan mengikat tinggi rambut. Ini penyumbang kepada keguguran rambut sebab rambut anda berada dalam keadaan tegang (stress).
  • Makan banyak sayur dan buah yang kaya dengan antioksidan yang boleh menggalakan pertumbuhan rambut.
  • Gunakan shampoo dan conditioner yang mengandungi biotin dan silica
  • Elakkan menggunak sikat bergigi rapat kerana rambut sangat rapuh ketika basah.
  • Jika terpaksa gunakan hair dryer, gunakan cool setting.
  • Supplement yang boleh membantu:-
           a) Vitamin B Complex
           b) Biotin
           c) Vitamin C
           d) Vitamin E
           e) Zinc


Rambut ni amat penting bagi kita sebagai wanita. Walaupun kita bertudung, kita perlu jaga dan kekalkan rambut kita sentiasa sihat dan bermaya. Pakar juga ada menyatakan supplement seperti yang diatas boleh diambil membantu masalah keguguran rambut ni.

Boleh PM saya if nak tau lebih lanjut, jangan malu...saya pun pernah alaminya. :)

#Set Rambut Cantik Shaklee


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment