Sunday 27 April 2014

Jangkitan Salur Kencing Ketika Hamil


Assalammualaikum w.b.t

Kadang-kadang kita ambil enteng perihal kesihatan diri kita. Bila demam ke apa ke, semuanya anggap biasa. Bila dah teruk barulah menyesal. Tak elok macamtu...seeloknya bila ada apa-apa yang merunsingkan kita atau dapat rasa tidak selesa atau tidak sihat, jumpa la doktor. Jangan buat andaian sendiri.

Ok, kali ni nak sentuh tentang jankitan salur kencing ketika hamil. Anda pernah dengar? Pernah alami? Atau tak pernah langsung. Jom sama-sama kita ketahui apa puncanya dan cara merawatnya.

Apa itu Jangkitan Salur Kencing?
Berpunca daripada bakteria yang memasuki sistem urinari dan membiak di dalamnya yang menyebabkan jangkitan. Dianggarkan 4 - 10% wanita hamil mendapat bakteria ini dan 20-40% daripada wanita ini kemudiannya mendapat simptom-simptom jangkitan salur kencing jika tidak dirawat.

Semua Wanita Berisiko
Semua wanita berisiko untuk mendapat jangkitan salur kencing ini, tapi sekiranya wanita hamil yang mendapat jangkitan ini, kesannya lebih teruk kerana akan berjangkit ke buah pinggang.
Ini disebabkan oleh perubahan kedudukan salur kencing ketika hamil memudahkan lagi jangkitan ini merebak ke buah pinggang.

Sebab tu la, kita akan melakukan pemeriksaan air kecing setiap kali kita pergi pregnancy check-up. Untuk mengesan jangkitan ini lebih awal dan sekiranya telah berjangkit so dapat merawatnya seawal yang mungkin bagi mengelakkan kelahiran pra-matang dan lain-lain risiko seperti darah tinggi.

Simptom-Simptom
Bergantung kepada usia dan kawasan jangkitan salur kencing. Tanda-tanda awal adalah gata atau rasa pedih pada bahagian uretra (tiub salur air kencing).

Tanda-Tandanya:

  • Kerap membuang air kecil sepanjang hari dan malam
  • Rasa hendak membuang air kecil tetapi hanya beberapa titisan yang keluar dan rasa sakit.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  • Demam atau seram sejuk * 
  • Air kencing keruh, berwarna gelap atau mengandungi darah dan berbau kuat dan hancing. *
  • Sakit di bahagian bawah abdomen, belakang atau tepi badan. *
  • Loya atau muntah-muntah *
Bagi yang bertanda *, simptom-simptom ini ada yang perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Jangkitan tanpa sebarang simptom juga mungkin berlaku kepada wanita hamil.

Rawatan
Doktor akan memberikan ubat berdasarkan keperluan khusus individu, sejarah perubatan, simptom-simptom dan keputusan ujian air kencing. Rawatan termasuklah pemberian antibiotik dalam jangka masa tertentu bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Perlulah mengikut arahan doktor dan sekiranya berhenti mengambil ubat yang diberikan pada masa yang sepatutnya, bakteria yang masih ada didalam salur kencing akan menyebabkan jangkitan semuala.

Pencegahan

  • Sentiasa menyapu dan mengeringkan sekitar vagina dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan bakteria
  • Buang air kecil dengan kerap sepanjang hari. Jangan sesekali menahan kencing apabila merasa hendak membuang air kecil. Dengan membuang air kecil, bakteria didalam salur air kencing akan keluar bersama dan jangkitan dapat dielakkan.
  • Sentiasa membuang air kecil dalam tempoh 10minit selepas hubungan intim dengan suami. Supaya bakteria dapat dibersihkan dan tidak akan masuk ke dalam.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari bagi menggalakkan pembuangan air kecil dengan lancar dan membantu mengeluarkan bakteria.
  • Elakkan meminum kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini merengsakan pundi kencing dan boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Apabila pendarahan berlaku, bakteria dengan mudah memasuki salur kencing.
  • Jangan biarkan meatus (bukaan uretra) di dalam keadaan lembap untuk jangka masa yang lama. Kelembapan akan mendorong bakteria membiak dan masuk ke dalam salur kencing. Mandian buih, pakaian lembap atau ketat, pemakaian seluar dalam nylon dan pakaian spandex (bergetah) akan meningkatkan kelembapan dan kerengsaan.
Empat Jenis Jangkitan Salur Kencing
  • Ureteritis - Jangkitan di ureter
  • Pyelonephritis - berlaku apabila bakteria naik ke uterer dan menjangkiti buah pinggang
  • Cystisis - Jangkitan pada pundi kencing. Yang biasa berlaku terhadap wanita.
  • Urethritis - Jangkitan pada uretra. Disebabkan oleh bakteria najis.

Bahaya jugak sebenarnya jangkitan salur kencing ni, kadangkala kita memandang remeh pasal ni kan? Yang penting, kebersihan diri tu amat penting terutama ketika hamil supaya tidak menjangkiti bayi dalam kandungan tu nanti.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ********************************************************************************* Mama Dan Baby Sihat 

PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment