Sunday 27 April 2014

Jangkitan Salur Kencing Ketika Hamil


Assalammualaikum w.b.t

Kadang-kadang kita ambil enteng perihal kesihatan diri kita. Bila demam ke apa ke, semuanya anggap biasa. Bila dah teruk barulah menyesal. Tak elok macamtu...seeloknya bila ada apa-apa yang merunsingkan kita atau dapat rasa tidak selesa atau tidak sihat, jumpa la doktor. Jangan buat andaian sendiri.

Ok, kali ni nak sentuh tentang jankitan salur kencing ketika hamil. Anda pernah dengar? Pernah alami? Atau tak pernah langsung. Jom sama-sama kita ketahui apa puncanya dan cara merawatnya.

Apa itu Jangkitan Salur Kencing?
Berpunca daripada bakteria yang memasuki sistem urinari dan membiak di dalamnya yang menyebabkan jangkitan. Dianggarkan 4 - 10% wanita hamil mendapat bakteria ini dan 20-40% daripada wanita ini kemudiannya mendapat simptom-simptom jangkitan salur kencing jika tidak dirawat.

Semua Wanita Berisiko
Semua wanita berisiko untuk mendapat jangkitan salur kencing ini, tapi sekiranya wanita hamil yang mendapat jangkitan ini, kesannya lebih teruk kerana akan berjangkit ke buah pinggang.
Ini disebabkan oleh perubahan kedudukan salur kencing ketika hamil memudahkan lagi jangkitan ini merebak ke buah pinggang.

Sebab tu la, kita akan melakukan pemeriksaan air kecing setiap kali kita pergi pregnancy check-up. Untuk mengesan jangkitan ini lebih awal dan sekiranya telah berjangkit so dapat merawatnya seawal yang mungkin bagi mengelakkan kelahiran pra-matang dan lain-lain risiko seperti darah tinggi.

Simptom-Simptom
Bergantung kepada usia dan kawasan jangkitan salur kencing. Tanda-tanda awal adalah gata atau rasa pedih pada bahagian uretra (tiub salur air kencing).

Tanda-Tandanya:

  • Kerap membuang air kecil sepanjang hari dan malam
  • Rasa hendak membuang air kecil tetapi hanya beberapa titisan yang keluar dan rasa sakit.
  • Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil
  • Demam atau seram sejuk * 
  • Air kencing keruh, berwarna gelap atau mengandungi darah dan berbau kuat dan hancing. *
  • Sakit di bahagian bawah abdomen, belakang atau tepi badan. *
  • Loya atau muntah-muntah *
Bagi yang bertanda *, simptom-simptom ini ada yang perlu mendapat rawatan doktor dengan segera.

Jangkitan tanpa sebarang simptom juga mungkin berlaku kepada wanita hamil.

Rawatan
Doktor akan memberikan ubat berdasarkan keperluan khusus individu, sejarah perubatan, simptom-simptom dan keputusan ujian air kencing. Rawatan termasuklah pemberian antibiotik dalam jangka masa tertentu bergantung kepada jenis ubat yang digunakan. Perlulah mengikut arahan doktor dan sekiranya berhenti mengambil ubat yang diberikan pada masa yang sepatutnya, bakteria yang masih ada didalam salur kencing akan menyebabkan jangkitan semuala.

Pencegahan

  • Sentiasa menyapu dan mengeringkan sekitar vagina dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan bakteria
  • Buang air kecil dengan kerap sepanjang hari. Jangan sesekali menahan kencing apabila merasa hendak membuang air kecil. Dengan membuang air kecil, bakteria didalam salur air kencing akan keluar bersama dan jangkitan dapat dielakkan.
  • Sentiasa membuang air kecil dalam tempoh 10minit selepas hubungan intim dengan suami. Supaya bakteria dapat dibersihkan dan tidak akan masuk ke dalam.
  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari bagi menggalakkan pembuangan air kecil dengan lancar dan membantu mengeluarkan bakteria.
  • Elakkan meminum kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini merengsakan pundi kencing dan boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Apabila pendarahan berlaku, bakteria dengan mudah memasuki salur kencing.
  • Jangan biarkan meatus (bukaan uretra) di dalam keadaan lembap untuk jangka masa yang lama. Kelembapan akan mendorong bakteria membiak dan masuk ke dalam salur kencing. Mandian buih, pakaian lembap atau ketat, pemakaian seluar dalam nylon dan pakaian spandex (bergetah) akan meningkatkan kelembapan dan kerengsaan.
Empat Jenis Jangkitan Salur Kencing
  • Ureteritis - Jangkitan di ureter
  • Pyelonephritis - berlaku apabila bakteria naik ke uterer dan menjangkiti buah pinggang
  • Cystisis - Jangkitan pada pundi kencing. Yang biasa berlaku terhadap wanita.
  • Urethritis - Jangkitan pada uretra. Disebabkan oleh bakteria najis.

Bahaya jugak sebenarnya jangkitan salur kencing ni, kadangkala kita memandang remeh pasal ni kan? Yang penting, kebersihan diri tu amat penting terutama ketika hamil supaya tidak menjangkiti bayi dalam kandungan tu nanti.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ********************************************************************************* Mama Dan Baby Sihat 

PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Perubahan Selepas Bersalin


Assalammualaikum w.b.t

Topik kalini sangat berhubung rapat dengan wanita yang dalam pantang, terutamanya untuk ibu-ibu yang pertama kali menjadi ibu. Mesti pelbagai rasa tidak selesa, rasa sakit, rasa ngilu dan sebagainya selepas melahirkan anak.

Anda adalah seorang yang bertuah kerana dapat mengalami proses-proses kelahiran, berpantang dan membesarkan anak tercinta. Tidak mudah bagi semua orang, dan pelbagai reaksi dan pengalaman yang dikongsi berhubung hal ini.

Bagi ibu-ibu yang pertama kali menjadi ibu, entri kali ini saya ingin kongsikan apakah kesan-kesan atau simptom terhadap tubuh badan ibu yang berkemungkinan akan dihadapi oleh ibu sejurus sahaja melahirkan bayi. So, anda akan bersiap sedia dengan rasa ketidakselesaan ini bermula saat melahirkan sehinggalah 6 minggu selepas kelahiran (kadangkala lebih bergantung kepada individu dan proses ketika kelahiran).


1 - Perineum Soreness
Perineum terletak diantara vagina dan usus rectrum. Kadangkala ada ibu-ibu yang merasa sakit atau tidak selesa dibahagian ini. Ini disebabkan oleh regangan terjadi keatas perineum ketika saat melahirkan dan ianya mungkin terkoyak. Anda akan rasa lebih sakit sekiranya melakukan episiotomi iaitu belahan di hujung vagina ketika bersalin untuk memudahkan proses kelahiran.

Cara Merawat:
  • Anda perlu sentiasa melakukan senaman kegel. Iaitu senaman dengan cara kemut miss V anda ketika sedang membuang air kecil. Tahan selama 10 saat, lepas dan lakukan lagi selama 10saat. Ini akan menguatkan otot-otot disekitar vagina dan  mampu merawat sakit perineum ini.  
  • Dengan meletakkan ketulan ais yang dibalut dengan tuala bersih di sekitar perineum. 
  • Duduk diatas bantal
  • Berendam didalam air suam
  • Mengelap secara dari depan ke belakang (dari vagina ke dubur) untuk mengelakkan jangkitan bakteria terhadap luka di vagina (jahitan akibat episiotomi) dan membantu proses penyembuhan luka episiotomy dengan lebih cepat.

2 - Sakit selepas melahirkan
Kebiasaannya perut anda atau dengan lebih tepat lagi, rahim anda akan kerap berasa kejang (cramp) disebabkan oleh rahim anda dalam proses untuk mengecut dan untuk kembali kepada normal semula.
Kekejangan ini hanya bersifat sementara dan selalunya akan hilang dalam  3 4 hari selepas melahirkan.

Sekiranya anda tidak dapat menahan sakit atau sakit berlarutan, sila berjumpa doktor.

3 - Perubahan badan akibat dari cesarean?
Jika anda melahirkan bayi secara cesarean atau pembedahan, ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding melahikan secara normal. Anda akan berasa sangat penat untuk beberapa hari dan kadangkala juga seminggu selepas proses cesarean. Ini kerana badan anda kekurangan banyak darah ketika proses pembedaha dilakukan. Dan tidak dinafikan, kesan jahitan itu juga menyakitkan dan anda juga perlu elakkan kesan jahitan itu daripada jangkitan bakteria.

4 - Darah Nifas
Badan kita akan membuang darah-darah kotor dan tisu-tisu dari dalam uterus kita sebaik sahaja kita melahirkan bayi.
Pada peringkat awal iaitu sejurus selepas melahirkan sehingga beberapa hari, darah nifas akan kelihatan merah kehitaman dan kadangkala keluar berketul-ketul serta keluar darah yang banyak. Lama-kelamaan, darah nifas ini akan berubah warna kepada lebih jernih (pink) dan kuantiti yang sedikit.
Setengah orang akan mengambil masa sebulan, ada yang 2 minggu untuk darah nifas ini berhenti sepenuhnya,

5- Payudara Bengkak (Bengkak Susu)
Ini terjadi apabila payudara anda dipenuhi dengan susu yang banyak dan membengkak sekiranya tidak di pam atau tidak menyusui bayi. Memang sakit, kadangkala boleh demam. Perlu diingatkan, jangan sesekali membiarkan payudara anda sentiasa membengkak dan selalu lah mengepam sekiranya bayi anda tidak kuat minum susu atau ketika itu bayi anda sedang tidur. Sila berjumpa doktor sekiranya bengkak masih tidak surut walaupun selepas pam atau menyusu bayi. Ini adalah salah satu punca kanser payudara, so becareful ya.

Cara Untuk Merawat Bengkak Susu:
  • Mandi dengan air suam atau tuamkan tuala suam ke atas payudara yang bengkak
  • Memakai bra yang tidak berwayar, sport bra digalakkan

6 - Puting Merasa Sakit
Puting payudara anda akan merasa sakit apabila menyusukan anak buat pertama kalinya untuk beberapa hari. Kadangkala areola (sekitar puting) akan merekah ekoran dari aktivit hisapan bayi dan juga disebabkan payudara anda sudah mengembang bagi menampung penghasilan susu. 
Ada juga ibu-ibu yang menghadapi rekahan puting (nipple crack) di awal penyusuan, disebabkan oleh kekerapan bayi menghisap susu.

Cara Untuk Merawat Rekahan Puting
  • Menyapu krim untuk rekahan puting. Boleh didapati di farmasi atau butik-butik bayi. Ada jenama Avent, Autumnz, Pureen, Anakku pun ada jual.

7 - Badan Membengkak

Kebanyakkan wanita mengandung mengalami bengkak di tangan, kaki dan juga di muka. Sebab terjadinya bengkak-bengkak atau sembap dibahagian ini adalah lebihan cecair dalam badan bagi membantu proses kelahiran nanti. Selepas bersalin pun, bengkak-bengkak ini akan mengambil masa untuk surut sedikit demi sedikit.

Cara Untuk Menghilangkan bengkak:
  • Baring disebelah kiri dan tinggikan kaki
  • Pakai pakaian longgar
8 - Sembelit

Ini yang paling saya takut apabila diberi peluang bersalin lagi nanti. Sembelit sampai berhari-hari, sampai nak makan pun takut sebab 'tut' tu tak keluar padahal dah rasa kat ***tot dah.
Memang rasa sangat tak selesa di sekitar dubur dan sakit di perut sebab seolah-olah saluran tu tersumbat. Nak buang angin pun susah.

Kenapa sembelit: Sebab kurangnya cairan didalam badan, orang dalam pantang sebenarnya memerlukan air yang secukupnya bagi melancarkan proses pencernaan. Dan juga angin terkumpul didalam perut dengan banyak yang boleh menyebabkan sembelit.

Cara Untuk Mencegah Sembelit:
  • Makan makanan yang tinggi fibernya seperti buah-buahan, sayur dan bijirin serta roti bijirin penuh (whole-grain)
  • Minum banyak air (minum dengan sedikit tapi kerap)
  • Mengambil ubat untuk melawaskan dan mengelakkan sembelit.
9 - Buasir

Berlaku semasa mengandung dan juga selepas melahirkan anak.

Cara Untuk Mencegah Buasir:
  • Berendam dalam air suam
  • Sapu krim atau minyak untuk melegakan sakit sembelit.
  • Makan makanan yang tinggi fibernya seperti buah-buahan, sayur dan bijirin serta roti bijirin penuh (whole-grain)
  • Minum banyak air (minum dengan sedikit tapi kerap)
  • Jangan teran sekiranya rasa hendak membuang.
10 - Masalah urinari
Kadangkala anda akan merasa sakit atau ngilu ketika ingin membuang air kecil. Kadangkala anda rasa nak membuang air kecil tapi tak boleh. Kadangkala tak dapat nak kawal bila nak terkencing. Ini dipanggil Incontinence.

Cara Untuk Mencegahnya:
  • Minum banyak air
  • Berendam dalam air suam
Dapatkan nasihat doktor sekiranya masih berlarutan.

11 - Kitaran Haid
Tempoh haid yang baru akan bermula di sekitar 6-8 minggu untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. Bagi ibu yang menyusu pula, sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri, ada yang setelah 5 bulan selepas melahirkan barulah datang haid, ada yang setahun dan ada yang tidak haid langsung sepanjang tempoh dia menyusui bayinya. Perlu berhati-hati supaya sekiranya anda ada melakukan hubungan intim ketika anda tidak datang haid dalam tempoh yang lama akibat menyusu, risiko untuk mengandung juga tinggi.

12 - Kulit Berubah 
Anda berkemungkinan akan mempunyai kesan regangan (stretch mark) yang tak akan hilang di perut, paha dan punggung. Terutama kepada ibu-ibu yang naik berat badan secara mendadak. Amalkan sapuan krim anti regangan yang boleh didapati di farmasi atau butik bayi.

13 - Rambut Gugur Selepas Bersalin
Ini adalah situasi yang normal bagi semua ibu-ibu yang melahirkan anak, yang bezanya adalah banyak atau sedikit. Rambut akan mulai gugur dan menipis sejak melahirkan anak dan sehingga 3 atau 4 bulan seterusnya. Tapi bergantung juga kepada individu dan cara yang diamalkan untuk mengekalkan rambut yang sihat.

Sekiranya rambut anda berterusan gugur, ini caranya mencegahnya:

  • Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran. 
  • Bebaskan rambut anda dari sebarang ikatan, dandan dan seumpamanya.
  • Elakkan penggunaan hair dryer.

Ini je yang dapat saya kongsikan hasil dari pembacaan saya. Memang banyak perubahan yang akan dialami oleh kaum wanita sejak dari mengandung sehinggalah selepas melahirkan. Ada jugak yang stress akibat berat tak turun-turun...Yang penting kita sudah tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk memberikan zuriat kepada suami kita dan juga untuk membesarkan anak kita sehingga dewasa.

Kepada ibu-ibu yang bakal berpantang, bolehlah mencuba Set 3-M Shaklee yang boleh diambil ketika pantang dan juga untuk penyusuan. Ia dapat mengelakkan sembelit ketika berpantang. Boleh pm saya jika berminat ya.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)
 *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

Thursday 24 April 2014

Bayi Selalu Kembung & Sakit Perut (Colic), Kenapa?

Assalammualaikum w.b.t


mama dan baby sihat

Baby yang baru lahir hingga umurnya sekitar 1 tahun kerap kembung kan? Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti dan terfikir-fikir apa yang aku makan sampaikan anak aku kembung. Especially untuk ibu-ibu yang menyusu badan, dah ikut cara berpantang habis-habisan pun anak masih lagi kembung.

Bila baby ni kembung, mula lah tak tentu arah kita dibuatnya. Ada baby yang menangis tak henti, ada yang tak tidur malam, ada yang nak dipeluk je, ada yang nak berdukung je. Tapi yang selalunya, baby nangis lah, sebab perut diorang tak selesa sangat-sangat. Macam perut kita masuk angin kalau makan nangka banyak-banyak, macam tu la diorang rasa gamaknya.

Saya pun tak pasti apa punca sebenarnya. Orang-orang tua ada cakap kalau kita makan benda yang angin macam nangka, baby kita pun akan kembung jugak. Tapi walaupun kita tak makan apa-apa pun, baby tetap kembung jugak. Hmm...so bukan sebab makanan semata-mata la. Jom kita tengok apa sebenarnya penyebab kepada kembung di kalangan bayi ni.

Sebelum itu, macamana kita nak tahu baby kita tu kembung.


Simptom:
1) Bila baby anda menangis tanpa henti untuk tempoh yang agak lama dari biasa. Selalunya lebih kuat tangisan nya dari biasa.
2) Baby tidak akan duduk diam, mengenggam jarinya ketika menangis.
3) Bila kita jentik perutnya, bunyi debuk debuk macam kita jentik tilam or bantal. Cer jentik. :)
4) Perut baby macam buncit sikit, sebab ada gas dalam perut.

Punca Kembung?

1) Tangisan
- Melalui tangisan pun baby boleh kembung. Sebab bila dia menangis, mulut akan terbuka dan ternganga, secara tak langsung baby menyedut udara ke dalam perut.

2) Sistem Penghadaman masih baru
- Perut baby masih baru dan sedang belajar untuk memproses makanan (susu) yang disalurkan ke perutnya. Bayi selalunya mempunyai kurang bakteria probiotics untuk membantu penghadaman, manakala gas pula terkumpul so ia akan menyebabkan baby kembung.

3) Alergik dengan protein susu
- Sesetengah baby akan bertindak balas dengan susu dan menyebabkan alahan terutama susu formula. Kadangkala menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit serta menganggu perut baby, baby akan cirit birit dqn sebagainya.

4) Tidak Keselarasan Laktosa
- Kebanyakkan susu formula mempunyai laktosa yang mengandungi kandungan gula yang dibenarkan. Apabila laktosa tidak selaras dengan sempurna, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan enzim yang cukup untuk menukarkan gula tadi kepada glukosa serta tidak mampu untuk hadam kandungan gula tersebut.
Akibatnya baby akan cirit birit, kembung dan perut mengandungi gas.

Keadaan ini juga dipanggil sebagai transcient lactase deficiency (TLD), dimana sebenarnya jarang berlaku pada baby. Sekiranya anda mendapati anak anda menghidapi TLD ini sila berjumpa doktor dan doktor akan menyarankan untuk menukar susu kepada rendah laktosa (untuk susu formula) atau supplemen enzim laktosa (untuk ibu yang menyusui anaknya).

5) Sensitif terhadap Makanan
 - Kajian ada membuat kenyataan bahawa diet seharian ibu yang menyusui (breastfeed) juga faktor utama menyumbang kembung dan sakit perut pada baby. Sesetengah makanan yang diambil ibu akan menyerap masuk ke kilang susu ibu seterusnya disalurkan ke perut baby.

Makanan yang mempunyai gas seperti:'
a - produk tenusu (dairy)
b - kubis, brokoli, bunga kubis brussel sprout dan lain-lain sayur dalam kategori cruciferous vegetables.
c - gandum
d - kacang, buah citrus (limau, lemon), strawberry
e - coklat, tomato dan telur juga sesetengah soya.

So, elakkanlah makan makanan tu ye. Kesian baby.

6) Pertumbuhan Baby yang belum matang
- Berdasarkan teori trimester keempat yang maksudnya adalah 3 bulan terawal kelahiran baby. Pada tahap ni, baby masih belum matang dalam membina nervous system nya, nervous sistem ini berhubung rapat dengan sistem otak baby. Kembung atau sakit perut yang memulas-mulas ini (colic) diketahui melalui sistem nervous bayi yang belum matang diganggu oleh signal nervous yang berlaku pada sebelum sistem perkumuhan berlaku, ini dipanggil gastro-colic reflex.

Jika bayi kerap merasa tidak selesa akibat kembung, doktor menyarankan ibu-ibu untuk menenangkan baby dengan memberi pacifier, mengusap-usap bayi dan lain-lain supaya dia merasa tenang kembali.

7) Faktor Persekitaran
- Ada juga yang berpendapat bahawa masalah perut bayi kembung (colic) ini disebabkan oleh emosi ibu itu sendiri. Tapi yang sebenarnya, emosi ibu bapa boleh mempengaruhi emosi baby jugak. Contohnya baby akan meragam, menangis dan sebagainya.

Cuma kadangkala baby akan merasa amat sensitif dengan persekitaran, mungkin dia rasa tak selesa dan emosi nya terganggu. Faktor ini pun boleh menyumbang kepada masalah ni dengan cara baby menangis tak henti, so gas tadi masuk ke perutnya lalu jadi kembung.. :) . So, hati-hati bila bawa baby kat tempat baru ya.

8) Ketidakstabilan bakteria di dalam usus bayi
- Dalam perut baby juga ada bakteria baik yang dikenali sebagai probiotics yang membantu sistem penghadaman baby. Bakteria-bakteria ini juga membantu untuk menyerap nutrisi dari makanan yang diambil oleh baby. Didalam usus baby terdapat sebilangan kuantiti yang membantu proses tadi namun sekiranya kuantiti ini berkurang atau tidak stabil, ia boleh mengganggu penghadaman baby. Bakteria baik ini juga berupaya untuk memendekkan tempoh ketidakselesaan perut akibat kembung secara semulajadi.

Memang penat kalau baby selalu kembung perut, sebab baby ni tak akan tidur. Terpaksalah kita berjaga sampai ke pagi. Kalau ibu yang bekerja, alahai penatnya ya. Tak apa, besar ganjaran tu.

Selain itu, untuk mengurangkan kembung perut baby ni, ibu-ibu boleh juga menggunakan botol susu yang khas untuk anti-colic seperti jenama Avent, MAM, Tommee Tippee. Bagi ibu-ibu yang breastfeed, keep breastfeed baby anda, boleh juga mengurangkan kembung perut dia. Cuma jangan stress depan dia je.

Kalau ada ibu-ibu yang nak mencuba set penyusuan lengkap, boleh KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Tuesday 22 April 2014

Mitos Sepanjang Kehamilan

Assalammualaikum w.b.t


Anda kini sedang hamil? Tahniah!

Saya pun pernah merasai saat-saat indah ketika hamil pada pertengahan tahun 2012 sehinggalah saat melahirkan pada tanggal 21 Februari 2013. Alhamdulillah, syukur!!!

Saya dapat tahu yang saya mengandung ketika kandungan baru berusia 3 minggu. Saya dan suami tersangatlah happy, baru hampir 2 bulan kahwin saya dah disahkan mengandung. Memang kami berdua sangat menunggu saat tu disebabkan usia kami berkahwin sudah pun lewat, risau jugak kalau-kalau lambat 'lekat'. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami untuk memiliki zuriat cepat.

Sepanjang tempoh kehamilan memang sangat mengujakan walaupun sakit pinggang, sakit belakang, walaupun nak tidur cukup seksa, nak naik tangga seksa, semuanya tak selesa lah. Saya pun pernah mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Hmm..seronok je bila diingatkan balik.

Dalam tempoh 9 bulan tu, macam-macam pantang larang, tips dan petua yang saya dapat dari kedua-dua belah keluarga. Ada yang dari rakan-rakan. Tapi kat entri kali ni, saya nak kongsi tentang mitos moden yang patut atau perlu kita ikut atau buat ketika mengandung. Mitos tradisi akan saya kongsikan pada entri akan datang :)

Jom kita tengok MITOS MODEN dulu. Betul ke salah mitos-mitos ni?

MITOS #1 - Cocoa Butter Boleh mengurangkan kesan rekahan mengandung (stretch mark)
Tidak benar sama sekali ya. Sesetengah wanita tidak sesuai menggunakan cocoa butter ini dan akan mengakibatkan kulit menjadi lebih sensitif serta alahan.

Namun, penggunaan cocoa butter ini dapat mengurangkan gatal-gatal di perut.

MITOS#2 - Tidak boleh naik flight ketika awal dan akhir trimester
Hmm...menurut kajian juga ianya tidak benar. Keliru? Saya pun! :)
Sebenarnya boleh cuma syarikat penerbangan tidak mahu tanggung apa-apa risiko contohnya terberanak dalam flight, sapa nak sambut baby? sapa nak tolong potong uri? Sekali lagi, menurut kajian, wanita boleh je naik flight walaupun kandungan berusia 2 bulan...kawan saya baru je naik flight bulan lepas, ok je dia. Yang penting, tak effect pada kandungan pun. So jangan takut dah lepas ni ya.


MITOS#3 - Tak boleh bela kucing
Saya suka sangat bela kucing sebelum kahwin. Tapi kucing saya dah mati sehari sebelum saya bertunang. Selepas tu, memang tak bela kucing dah sebab tak nak sedih bila kucing mati.

Boleh je nak bela kucing, baby dalam kandungan tak effect pun. Tapi kalau ibu mengandung yang ada alahan terhadap bulu seperti kucing, memang tak bolehla. Tapi ibu mengandung tidak digalakkan mencuci tempat najis kucing sebab ada banyak bakteria di situ dan juga disebabkan oleh risiko  toxoplasmosis. Toxoplasmosis ni adalah sejenis penyakit parasit. So, better elakkan mencuci tempat najis kucing dan seumpamanya.

MITOS#4 - Sushi membahayakan
Saya suka sangat makan sushi, sashimi..nyum-nyum. Tapi ramai orang cakap bila mengandung tak boleh makan sushi. Benarkah?
Boleh je nak makan sushi tu TAPI jangan ambil ikan mackerel, ikan todak , jerung (ada orang makan sirip jerung, terutama dalam sushi). Tapi sushi mentah masih tak boleh ya sebab penuh dengan bakteria.
Sushi yang dimasak pun ada tau, mesti ramai yang xtau..kalau dah masak, boleh makan tapi kena kawal sikit kuantiti pengambilannya. Ini kerana, makanan laut seperti ikan mengandungi banyak merkuri yang tidak berapa elok jika diambil berlebihan.

Dan juga jangan makan terlalu banyak tuna, jangan lebih 12oz dalam seminggu. Sebab tuna ni banyak merkuri didalamnya, jika ambil berlebihan akan memberi kesan kepada perkembangan bayi.

MITOS#5 - Mewarna (dye) rambut
Anda penah dengar atau terbaca yang perempuan mengandung tak boleh dye rambut?
Mengikut kajian sekali lagi, boleh je nak dye rambut. Tidak memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sebab bahan kimia yang digunakan untuk mewarna rambut tersangatlah sedikit diserap oleh badan melalui pernafasan kita.

Sekiranya anda tetap risau tapi tetap nak dye rambut, dinasihatkan melakukannya ketika kandungan sudah masuk ke fasa yang kedua iaitu bulan ke 4 dan ke atas.

Sekarang ni ada dye rambut yang dikatakan diperbuat dari bahan semulajadi dan bebas kimia. Sebenarnya tidak, sebab mereka memerlukan bahan kimia sintetik untuk menghasilkannya. So awas!

MITOS#6 - Seks ketika hamil, tak boleh!
Boleh ke tak boleh? Kandungan tak ada kesan sampingan ke nanti?
Boleh je asalkan posisinya selamat.

MITOS#7 - Dilarang minum kopi
Ruginya sapa yang tak suka kopi. Aroma dia mendamaikan jiwa saya :)
Waktu saya mengandung dulu pun saya tak minum kopi. Tapi betul ke kopi dilarang minum oleh perempuan mengandung?
Boleh tapi jangan lebih dari 1 cawan sehari, baby dalam kandungan selamat. Jangan risau!

MITOS#8 - Tidur dengan posisi mengiring ke kiri
Saya penah buat tapi sama je rasa tak selesanya. Huhuhu... Mitos ni salah ya. Tiada bukti atau kajian mengatakan perempuan mengandung elok tidur mengiring. Tidur je sesuka hati asalkan selesa.

MITOS#9 - Boleh tentukan jantina bayi hanya tengok perut ibu!
Waktu saya mengandung dulu, ramai yang meneka jantina baby saya. Sebab saya tak scan pun. Ada yang cakap lelaki ada yang cakap perempuan. Tapi naluri saya ianya lelaki. Dengan doa alhamdulillah dapat baby boy.

Kajian tiada mengatakan hanya melihat perut sahaja mampu menentukan jantina bayi. Kalau tengok perut je dah dapat tau, tak adalah scan kan?


MITOS#10 - Kerap berjalan kaki mempercepatkan proses kelahiran
Tak betul, berdasarkan kajian jugak. Tapi dengan berjalan dapat mengurangkan ketidakselesaan dan dapat menenangkan ibu mengandung terutama apabila menunggu saat melahirkan.

MITOS#11 - Ibu mengandung perlu makan untuk 2 orang. Ye ke?
Ye ke macam tu. Saya dulu tetap kawal makan sebab takut berat naik banyak nanti kena minum air gula walaupun tak ada kencing manis.
Sebenarnya, ibu mengandung hanya memerlukan 300 kalori sahaja untuk sehari. Bila makan berlebihan, bayi dalam kandungan jadi lebih besar.

♡♡♡♡♡♡
Pernah ke anda dengar mitos-mitos kat atas ni? Pernahkan. Ada yang ikut jugak.. ini berdasarkan kajian para doktor di US. Yang penting kita perlu jaga kesihatan kita pada tahap yang optimum untuk bayi dalam kandungan kita.

Dalam keprihatinan kita untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, kita perlu sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat. Dengan makanan saja tak cukup, perlu ambil supplemen tambahan juga. Set Kehamilan Shaklee antara supplemen yang bagus untuk ibu mengandung.

Okla, jangan lupa untuk follow ya. Saya akan update entri untuk mitos tradisi pulak nanti..:)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Friday 18 April 2014

Kisah Sedih Dan Kanser Payudara -1

Assalammualaikum w.b.t




Pada tanggal 17 April 2014 pada jam 3.30am, saya mendapat berita sedih tapi sudah di jangka. Sepupu rapat saya disahkan meninggal dunia diusia yang saya anggap masih muda, 39 tahun. Masih muda tapi penghidap kanser payudara. Pembunuh no.1 wanita!!!

Arwah mempunyai 4 orang anak yang berumur 18 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Yang pasti anaknya yang bongsu masih tidak faham apa itu kematian.

Bila ditanya anak bongsunya, "mama mana?"..."mama akit. Mama ido". Masih pelat. Pilu rasa hati, anak sekecil ini sudah kehilangan ibunya disaat anak kecil lain seusianya masih disuap oleh ibu mereka. Kini terpaksa menumpang kasih ibu saudara pula. Sebak!

Arwah pernah berpesan pada keluarga, agar mendidik anak lelaki sulungnya berusia 8 tahun supaya rajin belajar sebab anak sulungnya itu ada potensi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Ketika arwah masih hidup, dia risaukan anak nombor tiganya kerana sangat rapat dengan dirinya. Tidak boleh hilang mamanya dari pandangan. Asal mamanya bergerak, disitu juga dia ada sekalipun sudah mempunyai adik yang berusia 2 tahun ketika itu. Selalu menangis mengalahkan adiknya. Syukur apabila memasuki pra-sekolah dan tahu mamanya sakit, dia sudah tidak manja dan tidak menangis lagi.

Anak lelaki sulungnya yang berusia 8 tahun tadi sudah pandai berdikari sejak mamanya terlantar sakit. Basuh kasut sekolah sendiri, gosok pakaian sendiri, pakai baju sekolah sendiri, buat air untuknya dan adiknya sendiri, basuh pinggan sendiri. Alangkah bahagianya arwah dapat anak yang pandai berdikari dan memahami. Lupa saya ingin maklumkan, arwah tinggal bersama dengan kedua ibubapanya sejak 3 tahun lepas.

Perihal anak bongsunya pula juga seolah-olah memahami mamanya sakiy. Sudah tidak banyak kerenah dan tidak menangis apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu ketika mamanya sakit pertama kali dulu. Tidak meminta untuk menyusu lagi dan selalu cakap: "mama akit, sian". Anak bongsunya yang bernama Iman kerap mendatangi ibunya yang terlantar sakit dirumah, perlahan-lahan meletakkan hidungnya di pipi mamanya untuk mencium mama kesayangannya. Diusapnya ubun-ubun mamanya dengan lembut dan seterusnya sambung bermain. Selalu berkelakuan sebegitu meskipun mamanya sudah tidak berupaya untuk memanggilnya sudah tidak bermaya untuk memeluknya dan meskipun sudah tidak mampu mengenalinya. Ya allah, permudahkanlah segala urusan anak kecil ini.


***bersambung di entri seterusnya kerana mata ini sudah laju mengalir.....


****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Thursday 17 April 2014

Testimoni Set Kesihatan Optimum


Dengan pengambilan Set Kesihatan Optimum Shaklee bersama-sama Lecithin dan Alfalfa, customer ni sudah bebas dari jerawat di mukanya. Sekarang dah gebu gebas!







Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

Wednesday 16 April 2014

Set Kesihatan Optimum Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Zaman sekarang ni, ramai ibu bapa yang bekerja. Balik rumah sekitar pukul 6.00 petang, ibu pula terpaksa memasak untuk makan malam pula sementara bapa melayan anak-anak.
Ada yang jadi surirumah sepenuh masa tapi masih lagi membantu suami dengan menjadi babysitter di rumah. Ada yang juga surirumah sepenuh masa tapi menguruskan anak seramai 5 orang seharian, menghantar dan menjemput anak ke/dari sekolah.
Penat kan? Saya pun kadang-kadang kepenatan melayan anak dan menguruskan anak.

Sebagai ibu bapa, kita perlu menjaga kesihatan supaya kekal sihat dan bertenaga. Susah untuk demam dan susah dijangkiti penyakit atau virus adalah mustahak dalam menguruskan keluarga.

Shaklee ada menawarkan SET KESIHATAN OPTIMUM dimana ia mampu menjaga kesihatan kita pada tahap optimum, Insyallah dengan izin Allah juga.


Set Kesihatan Optimum Ini terdiri daripada:

1) Vita-Lea : 

  • Multivitamin yang kaya dengan 28 vitamin dan mineral penting. 
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
  • Membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah
2) Vita-C:
  • Membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan yang diperlukan oleh badan.
  • Membantu  dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.
  • Anti-oksidan semulajadi.
3) B-Complex:
  • 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • Membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
  • Asid folik yang mencukupi dalam diet harian bagi wanita mengandung.

SIAPA YANG PERLUKAN SET KESIHATAN OPTIMUM?

1) Mereka yang padat dengan jadual kerja seharian. Contohnya: jururawat, doktor, operator pengeluaran, kerani/eksekutif pejabat, tukang cuci dan sebagainya.
2) Ibu-ibu yang bekerja dan menguruskan rumah.
3) Mereka yang sering mengantuk di tempat kerja.
4) Mereka yang sering sakit-sakit badan akibat kepenatan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI?

Set Kesihatan Optimum ini seperti yang saya terangkan diatas, ia merangkumi 3 vitamin yang hebat iaitu Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex. Dimana ketiga-tiga vitamin ini mampu memberikan kesihatan yang baik untuk badan kita. Ia mampu mencegah kita dari dijangkiti virus. Ia juga membentuk tulang yang kuat supaya kita tidak mudah rasa lenguh-lenguh atau sakit badan lagi.

Selain itu juga, set kesihatan optimum shaklee ini membantu menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga supaya kita tidak mudah penat dan tidak mudah mengantuk. Ia sentiasa membuatkan kita kekal bertenaga.

Dengan kekayaan vitamin dan mineral yang terdapat dalam set ini, Insyaallah ia mampu menjadikan kita individu yang sihat pada tahap yang optimum!

APA KATA MEREKA?


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Usapan Lembut Penting Untuk Bayi

Assalammualaikum w.b.t



* imej dari google

Comelkan baby ni tidur? Hati tenang je tengok. Saya sangat suka tengok anak saya tidur, nampak lagi comel!

Bila umur bayi atau kanak-kanak bertambah, kadangkala diorang ni susah untuk tidur. Ada yang sanggup bersengkang mata kerana nak dilayan bermain. Tidak kira siang atau malam? Anak anda bagaimana?

Sejak anak lelaki saya mencecah 1 tahun 2 bulan, dia banyak habiskan masa siangnya dengan bermain. Kadangkala hanya tidur 3-4jam sahaja di siang hari, dimana ini tidak bagus untuknya. Di sebelah malam pula, akan tidur bermula dari jam 9.00 hinggalah jam 7.00pagi (ini adalah mengikut purata seharian). Syukur, dia banyak tidur di malam hari tapi berdasarkan kajian umur anak saya memerlukan jumlah tidur 13-14 jam sehari. Lihat jadual di bawah ini:


Kalau dulu anak saya sangat mudah untuk tidur, bagi je susu, tak lama lepas tu tidurlah dia. Sekarang ni agak susah sikit, walaupun berdodoi, masih tidak tidur dan merengek sebab terlalu mengantuk. Apa yang saya buat adalah, saya mengusap belakang badannya dengan lembut, mengusap perutnya dengan lembut seterusnya memicit lembut di kakinya. Alhamdulillah, dia tidak merengek dan seterusnya tidur lena hingga ke pagi, sesekali terjaga untuk minum susu dan tidur semula.

Menurut kajian pun usapan atau urutan lembut sangat membantu menenangkan bayi dan kanak-kanak untuk mudah tidur. Selain itu, usapan atau urutan lembut ini boleh menenangkan keresahan mereka. Sehinggakan diluar negara mempunyai kelas khas mengenai urutan terhadap bayi. Betapa pentingnya urutan atau usapan lembut ni kepada bayi!

PENTINGNYA USAPAN / URUTAN LEMBUT TERHADAP BAYI

Memang sangat penting! Ini kerana, dengan usapan yang lembut ini dapat membantu anak anda tidur lena, membesar dengan cepat dan menjadi lebih bijak! Semua mahukan anak yang bijak, kan? Maka, kerapkanlah mengusapnya. Tahukah anda bahawa kulit bayi mempunyai 5 million titik ransangan? Menurut kajian oleh Cochrane Review, mendapati bayi yang kerap diusap kurang menangis dan merengek berbanding bayi yang jarang diusap. Ini terjadi kerana sentuhan kulit ke kulit merendahkan tahap hormon ketegangan (stress hormone cortisol) bayi.

Urutan atau usapan lembut ini sangat penting sehinggakan mampu membantu sistem imunisasi bayi, kemahiran bayi dan kecerdasan bayi serta membantu menambah berat bayi dengan sihat.

TIPS URUTAN / USAPAN LEMBUT KEPADA BAYI 

1) Cari masa yang sesuai, contohnya ketika anak anda mahu tidur atau selepas mandi.
2) Cari lokasi yang sesuai, contohnya didalam bilik yang selesa untuk bayi tidur, lampu dipadamkan adalah sangat digalakkan.
3) Guna minyak bayi atau minyak zaitun ketika melakukan usapan.
4) Urut atau usap dengan lembut di sekitar badan bayi anda terutama belakang dan abdomen.
5) Perhatikan bahagian yang disukai oleh bayi anda, contohnya: bayi akan diam apabila belakangnya diusap.
6) Pastikan bayi anda tidak sakit atau demam dan juga tidak terlalu kenyang atau lapar ketika melakukan urutan atau usapan lembut ini.

5 KAEDAH MEMBUAT USAPAN/URUTAN DENGAN BETUL

1) Dimulakan dengan tapak kaki



  • Bayi dalam keadaan baring seperti mahu menukar pampers nya. Mulakan dengan sebelah kaki bayi, mulakan usapan dari pangkal paha dan seterusnya bawa ke kakinya. Dan tukar ke sebelah lagi bila selesai. Ia dapat menghilangkan lenguh-lenguh di kaki bayi anda.
  • Apabila selesai kedua-dua belah kaki, ambil sebelah kaki bayi anda dan letakkan di telapak tangan anda. Tekankan dengan lembut ibu jari anda ke tumitnyasehingga ke jari-jari kakinya, pastikan anda tidak menekan secara berterusan hingga ke jari kakinya. Lakukan secara tekan pada satu tempat kemudian alihkan kepada satu tempat lagi dan tekan secara lembut serta tidak tekan terlalu lama dan dalam. Ulangi lagi di sebelah kakinya.
2) Perut 

  • Masih dalam keadaan baring, usap bahagian perut dan abdomen bayi anda secara mengikut arah jam dengan lembut. Usap juga disebelah kanan dan kiri badan bayi anda.
3) Tangan 


  • Pegang pergelangan tangan bayi anda dengan sebelah tangan anda. Kemudian, usaplah dengan lembut dimulakan dengan atas lengan (berhampiran bahu) diakhiri dengan pergelangan tangannya. Lakukannya berulang kali.
  • Kemudian,menekan dengan lembut pada tapak tangan bayi anda. Seperti yang dilakukan pada tapak kaki sebentar tadi.
  • Usap dengan lembut jari jemarinya.
  • Melakukan senaman ringan dengan memegang pergelangan tangan bayi anda dan lipatkan tangan bayi anda sehingga mencecah bahunya. Lakukan dengan lembut.
4) Muka

  • Mulakan meletakkan jari jemari anda pada wajahnya dengan lembut. Buat bulatan kecil pada wajahnya.
  • Letakkan jari telunjuk anda pada sekitar hujung matanya di bahagian dalam (dekat dengan hidungnya), di bahagian atas tulang pipi. Usaplah dengan lembut menggunakan jari telunjuk tadi. 
  • Usap dengan lembut bibirnya, ikuti alur bibirnya dengan lembut berulang kali.
  • Kemudian, usaplah disekitar bahagian dagunya.
  • Dengan menggunakan jari jemari anda, usaplah pula disekitar telinganya dengan lembut.
5) Belakang Badan

  • Dalam keadaan meniarap (boleh juga dilakukan dengan mengiringkan bayi). Gerakkan jari jemari anda dengan membuat bulatan kecil disekitar belakangnya bermula dari atas belakang dan bawa hingga ke pangkal punggungnya. Elakkan menekan tulang belakangnya (Spine), iaitu tulang di tengah-tengah badan kita yang merupakan terletaknya saraf tunjang kita. 
  • Letakkan kedua - dua tapak tangan anda secara rapat dibelakangnya. Usaplah bermula dari bahagian atas belakangnya dan bawa ke pangkal punggungnya. Ulangi beberapa kali.


Cubalah!!! Bayi anda pasti sukakannya! Juga sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

Sebagai seorang ibu, kesihatan perlu dijaga juga supaya dapat meluangkan masa dengan bayi anda dengan mudah dan tenang. Pengambilan supplemen untuk kesihatan supaya tidak mudah penat dan dihindar dari penyakit amat diperlukan. KLIK SINI untuk ketahui supplement apakah yang sesuai bagi ibu-ibu yang mahukan sentiasa bertenaga.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Tuesday 15 April 2014

Pneumonia = Sering menyerang bayi dan kanak-kanak


Assalammualaikum w.b.t

Saya terpanggil untuk berkongsi mengenai topik PNEUMONIA ini apabila anak kawan saya disahkan menghidap PNEUMONIA pagi tadi dan sekarang terpaksa ditahan di wad kanak-kanak.

Anak kawan saya tu baru berusia 4 tahun dan sangat aktif sebenarnya tapi sering demam dan batuk. Kesian dia. Saya juga terkejut mendapat berita ni pagi tadi. Namun, keadaan anak dia stabil cuma perlu pemantauan daripada doktor.

APA SEBENARNYA PNEUMONIA?



Pneumonia merupakan jangkitan terhadap PARU-PARU yang boleh menyerang orang dewasa dan juga kanak-kanak. Ia disebabkan oleh virus, bakteria, kuman dan parasit.
Pneumonia ini merupakan antara musuh utama yang menyebabkan punca kematian utama kanak-kanak di dunia pada masa kini.

BAHAYA TAK?
Untuk pengetahuan anda, Pneumonia telah membunuh kira-kira 1.1million kanak-kanak berumur bawah 5 tahun setiap tahun.

Paru-parunya mempunyai takungan yang kecil yang dipanggil ALVEOLI , dimana alveoli ini dipenuhi dengan udara apabila orang normal bernafas. Apabila individu tersebut mempunyai Pneumonia, Alveoli dipenuhi dengan cecair dimana akan mengakibatkan penghidap sukar untuk bernafas ekoran dari kemasukan oksigen yang terhad ke dalam paru-paru.

BAGAIMANA PNEUMONIA BOLEH DIJANGKITI OLEH KANAK-KANAK?



Pneumonia ini boleh tersebar dengan bermacam-macam cara. Virus atau bakteria selalunya didapati pada hidung dan mulut kanak-kanak dan boleh dijangkiti apabila mereka menarik nafas. Pneumonia juga boleh tersebar melalui batuk dan bersin daripada individu lain terutama keluarga terdekat yang mempunyai pnuemonia dan masalah kesihatan seperti batuk-batuk. Ada juga yang dijangkiti melalui darah yang selalu berlaku pada peringkat masih bayi lagi.

Selain itu, pneumonia juga boleh terjadi akibat daripada:-
a) Pencemaran udara didalam rumah atau bangunan, seperti asap memasak.
b) Tinggal di rumah yang dipenuhi ramai penghuni
c) Ibu bapa yang merokok

SIMPTOM PNEUMONIA
Bagi kanak-kanak, perhatikan cara mereka bernafas. Kanak-kanak yang sering batuk-batuk atau seperti sukar untuk bernafas, samada demam atau tidak, selalunya pneumonia boleh dikenalpasti pada ketika ini. Ia akan mengakibatkan kanak-kanak tersebut bernafas dengan lebih laju dari biasa dan juga dada mereka seolah-olah menarik kedalam ketika bernafas (bagi kanak-kanak normal, dada seolah mengembang ketika bernafas).

CARA MERAWAT PNEUMONIA
Pneumonia boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik. Sekiranya perlu, penghidap pneumonia perlu dirawat dihospital untuk pemantauan lebih lanjut dari pihak doktor.

CARA UNTUK MENCEGAH PNEUMONIA

1) Imunisasi -
Pengambilan imunisasi terhadap Pneumococcus dan batuk kokol/batuk kering (whooping cough) adalah imunisasi paling efektif untuk mencegah Pneumonia.

2) Pengambilan Nutrisi yang secukupnya -
Ini adalah penting untuk kanak-kanak mencegahnya secara semulajadi. Bermula dengan menyusukan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan mampu mencegah pneumonia ini.

3) Kawalan terhadap faktor persekitaran -
Kurangkan aktiviti luar apabila mengetahui persekitaran yang anda diami tidak sihat. Sebagai contoh, ketika musim jerebu. Selain itu, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum ketika dirumah dan diluar.

Secara mudahnya, anda boleh mengambil supplemen untuk anak anda bagi mencegah pneumonia ini. Pastikan supplemen itu dapat meningkatkan daya tahan penyakit atau antibodi anak anda. Cegahlah sebelum parah. Saya juga ada SET IMUNISASI KANAK-KANAK sekiranya anda ingin mencubanya. Sila ke entri ini untuk lebih lanjut mengenai set imunisasi kanak-kanak ini dengan KLIK SINI.

** sumber dari WHO
** saya bukanlah pakar kesihatan, sila berjumpa dengan doktor anda untuk lebih lanjut.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Monday 14 April 2014

Kesukaran untuk Hamil, Apa Puncanya?

Assalammualaikum w.b.t

** tidak sesuai untuk remaja bawah 18 tahun.

Syukur ada kesempatan untuk saya coretkan kat sini lagi.
Kali ni saya nak kongsikan mengenai kesukaran wanita untuk hamil. Kebetulan semalam ada bersembang dengan kawan saya mengenai topik ni, so saya rasa elok saya kongsikan dengan anda semua.


Kajian ada menyatakan 85% pasangan berkahwin mudah untuk mendapat zuriat manakala yang selebihnya amat sukar berikutan punca dan sebab yang berbeza.

ANTARA PUNCA KESUKARAN UNTUK HAMIL IALAH:-

1) Faktor umur
Wanita yang menjangkau usia 35 tahun ke atas mempunyai potensi yang sangat kurang untuk mengandung. Dr Michael Zinaman dari Loyola University Medical Center mencadangkan wanita berumur 35tahun keatas yang baru berkahwin, sebaiknya pergi mendapatkan nasihat doktor setelah 6 bulan berkahwin sekiranya masih didapati tidak mengandung.

2) Ketidakstabilan kitaran haid wanita
Tahukah anda bahawa untuk membolehkan seseorang wanita itu mengandung, sperma perlu disenyawakan dengan ovum dalam masa 12 hingga 24jam selepas kitaran ovulasi (subur) wanita berlaku. Sebab itulah penting untuk kita tahu waktu subur si isteri. Waktu subur seorang wanita adalah 14 hari sebelum kitaran haid nya tamat. Bila? Hari ke 14 selepas hari pertama isteri didatangi haid atau boleh juga dikatakan 14 hari sebelum kitaran haid pada bulan yang berikutnya. Hanya hari ke 14 ovum sedia untuk disenyawakan, sekiranya tidak maka ia akan mati dan hilang seterusnya gugur sebagai haid. Selain dari itu, tanda yang mudah dan jarang disedari wanita adalah, waktu subur mereka boleh dikenalpasti dengan bertambahnya mukus (seolah-olah keputihan) pada vagina. 

Di bawah ini, cara mudah untuk wanita mengenalpasti perbezaan mukus di vagina ketika subur dan normal.



Jika wanita mengalami masalah ketidakstabilan kitaran haid, dimana ianya tidak menentu pada setiap bulan contohnya kadangkala haid nya hanya 4 hari, kadangkala 8 hari. Dan ada juga yang mengalami haid 2 kali sebulan. Seterusnya kitaran haid nya sudah menjadi tidak menentu, ini akan menyukarkan si isteri untuk hamil ekoran dari ketidakstabilan hormon. Mengapa ini berlaku? Setiap wanita tidak sama tindakbalas terhadap hormon kesuburannya. Kebiasaannya, ia berlaku pada tahap awal haid dan hampir untuk menopous. Selebihnya adalah disebabkan beberapa faktor, mengikut laporan Times of India; antara faktornya ialah MASALAH BERAT BADAN, TIDAK MENGAMALKAN DIET PEMAKANAN YANG SIHAT DAN BETUL, KEPENATAN AKIBAT AKTIVITI/SENAMAN YANG SANGAT LASAK/BERAT,  MENYUSUKAN BAYI, dan akhir sekali adalah MASALAH KESIHATAN yang dihidapi oleh wanita tersebut.

3) Tekanan (stress) dan kurang rehat
Ya. Ini adalah salah satu sebab kenapa pasangan sukar untuk dapat zuriat. Tidak semestinya hanya pada isteri, suami juga turut memainkan peranan. Sekiranya salah seorang mengalami tekanan di tempat kerja misalnya, ia akan mengganggu kesuburan ovum/sperma tersebut. Mungkin sperma tidak dapat bertahan lama sebelum sampai ke tiub fallopio untuk disenyawakan. Dan juga ovum yang matang tidak dapat dihasilkan.

Justeru, eloklah pasangan suami isteri pergi bercuti untuk seketika. Ini memang benar, salah seorang kawan saya menghadapi tekanan di tempat kerja dan sedih kerana hampir setahun berkahwin masih lagi tidak hamil. Kawan saya dan suaminya akhirnya pergi bercuti selama seminggu, dan alhamdulillah bulan berikutnya kawan saya didapati hamil.

4) Tibu Fallopio tersumbat
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan hal ini. Sekiranya tiub fallopio anda tersumbat, maka sperma tidak dapat melaluinya untuk bersenyawa dengan ovum. Banyak faktor mengapa tiub fallopio tersumbat antaranya ialah jangkitan kuman. 

5) Ubat-ubatan yang diambil
Harus diambil perhatian terhadap ubat-ubatan atau vitamin yang anda ambil, anda perlu mendapat nasihat dari doktor untuk memastikan ia tidak menganggu hormon untuk membolehkan anda hamil. 

6) Sperma tidak matang
Ada segelintir lelaki tidak dapat menghasilkan sperma yang matang untuk disenyawakan. Sperma yang dirembeskan selepas bersama, perlu 30% dari jumlah sperma itu adalah mempunyai bentuk yang normal dan 50% daripadanya perlulah bergerak dengan betul untuk disenyawakan, sekiranya tidak mencapai tahap ini, kejayaan untuk disenyawakan adalah sangat rendah.

Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk ulasan yang lebih lanjut dan terperinci bersesuaian dengan masalah yang anda hadapi seperti 6 punca sukar untuk hamil di atas.

Anda janganlah berputus asa, Allah juga meminta untuk kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajati, Insyaallah dengan berkat usaha, doa dan tawakal, Allah perkenankan doa anda untuk mendapatkan zuriat selepas mencuba SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE. Mana tau kan? Ini salah satu cabang usaha juga.

Akan saya ceritakan pada entri yang akan datang mengenai SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE ini.



*** Perlu diingatkan bahawa SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE hanya membantu anda untuk mendapatkan zuriat BUKAN jaminan untuk dapat zuriat. Semuanya di atas kehendak Allah s.w.t juga.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)

*****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799

Shaklee Independent Distributor

Saturday 12 April 2014

Panduan untuk para ibu


Salam semua...

Ada tak pembaca kat sini yang baru sahaja bergelar ibu? Mesti banyak persoalan yang ada di fikiran sekarang ni. Macam saya jugak bila pertama kali bergelar.

Ramai pulak yang memberikan petua itu dan ini. Tapi saya banyak membaca melalui cik Google jugak..hihihihi...

Selalunya ibu-ibu akan risau pasal: " kenyang ke anak aku minum susu ni, sikit je dia minum" ataupun "sikitnya dia poo poo, perut dia tak ok ke?"

Jangan risau lagi, dibawah ni boleh dijadikan panduan untuk ibu-ibu baru.



Ada ibu-ibu sedang mencari supplemen untuk menggalakkan susu badan? Apa kata cuba SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE, insyaallah dapat membantu. Klik Sini untuk lebih lanjut mengenai SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE ini.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

Testimoni Set Kurus Shaklee


Ini adalah testimoni dari anak didik saya yang juga Shaklee Independent Distributor yang mengambil Set Kurus Optimum Shaklee. Tengoklah perbezaan sebelum dan selepas beliau. Menakjubkan!
Anda bila lagi nih? Jom sama-sama kurus, saya pun ambil jugak Set Kurus Optimum Shaklee ni.






Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Set Kurus Shaklee

Di Malaysia ni mewah dengan makanan kan? Pagi petang malam ada je juadah untuk kita makan. Tak hairanlah sekarang ni kedai 24 jam tumbuh macam cendawan. Gerai2 tepi jalan sampailah ke restoran high class.

Kalau tak pandai jaga makan maknanya kita ada potensi untuk gemuk dan di Malaysia pun dah ramai yang obesiti.

SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE ni memang tepat untuk anda yang mahu KURUS dan MEMBUANG LEMAK berlebihan. Mari saya kongsikan apa itu Set Kurus Optimum Shaklee ni.
Set Kurus Optimum Shaklee ni ada 4 agen utama untuk bantu anda mendapatkan berat badan ideal. 4 agen utama tu adalah ALFALFA, LECITHIN, OMEGA GUARD & HERB-LAX.


JOM KETAHU LANGKAH YANG PALING EFISIEN DALAM SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE:

1) DETOX / MENYAH TOKSIN DARI BADAN - ALFALFA & HERB-LAX
  • Detox adalah proses membersihkan usus dari segala toksin dan lemak yang melekat pada dinding usus melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus dibersihkan, barulah penyerapan nutrien senang berlaku.
  • Bagi individu yang tiada masalah sembelit dan sistem pembuangan air besarnya konsisten (membuang setiap hari), anda digalakkan hanya cukup untuk mengambil ALFALFA sahaja. 
  • Bagi individu yang mempunyai masalah sembelit dan tidak lawas, perlulah diambil bersama HERB-LAX namun tidak digalakkan bagi ibu yang menyusukan bayi.


2) MEMECAHKAN LEMAK - LECITHIN
  • Lecithin berupaya memecahkan lemak dan pada masa yang sama juga mengurangkan paras kolesterol dalam badan. 
  • Juga dapat menghalang obesiti dengan mempercepatkan proses pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  • Meringankan sembelit yang merupakan salah satu agen pelembut najis.


3) MENGAWAL KOLESTEROL - OMEGA GUARD
  • Juga dapat mengawal obesiti dan kolesterol dalam badan. EPA dan HDA dalam Omega Guard ini boleh merendahkan lemak dalam darah.


Dengan kombinasi 4 agen utama di atas ni, Insya Allah anda akan dapat berat badan ideal yang diinginkan ditambah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang, senaman dan juga pengambilan air kosong 3 liter sehari.

Andai anda mempunyai bajet yang mencukupi, boleh lah tambah CINCH SHAKE MIX SHAKLEE bagi melengkapkan SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE ini.


CINCH SHAKE MIX SHAKLEE ni mempunyai 3 perisa yang lazat yang kaya dengan protein, vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Terdapat perisa Chocolate, Vanilla dan Caffe Latte. Saya sedang mencuba Caffe Latte, sedap!
Pengambilan CINCH SHAKE MIX SHAKLEE ini dapat memberikan anda rasa kenyang walaupun anda tidak makan. Ini kerana ia bertindak sebagai gantian makanan (meal replacement) kepada badan anda yang mana membantu anda mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan. Hanya 1 sudu untuk sarapan sudah cukup membuatkan anda kenyang sehingga tengahari. 

CINCH SHAKE MIX SHAKLEE ini juga membantu pembentukan otot akibat proses pelangsingan badan. Dalam erti kata lain, ia dapat menganjalkan kembali otot dan badan anda daripada menggeleber akibat kurus. So, anda akan dapat potongan yang cantik bila kurus nanti. Tiada lagi isi lebih yang menggeleber.

ATAU anda juga boleh gantikan CINCH SHAKE MIX SHAKLEE ni dengan ESP!!!
ESP (Energizing Soy Protein) juga menjadi penyumbang utama dalam proses untuk kurus dalam SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE ini. Sama fungsinya dengan CINCH SHAKE MIX tadi, yang membantu pembentukan otot akibat dari proses pelangsingan, menganjalkan kembali otot-otot dan badan daripada menggeleber serta mengenyangkan anda dan bertindak sebagai gantian makanan (meal replacement). ESP kaya dengan protein yang berasaskan kacang soya. 

Bukan sahaja dapat kurus, ESP juga membantu mengekalkan awet muda dengan menganjalkan tisu-tisu kulit dan yang penting sekali, payudara anda kembali anjal! Walaupun anda dapat kurus dengan ESP, tapi Shaklee tidak melupakan kesihatan tulang dan jantung anda yang mana ESP dapat merendahkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan sakit jantung. Hebat kan?!


TESTIMONI SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE DARI SID SENDIRI YANG JUGA ANAK DIDIK SAYA. SYUKUR DIA DAH DAPAT BERAT IDEALNYA.


KEKURANGAN BAJET??? SAYA JUGA ADA MENAWARKAN SET KURUS BASIC SHAKLEE.

Tak cukup bajet nak beli SET KURUS OPTIMUM SHAKLEE?? Jangan risau, SET KURUS BASIC pun tidak kurang hebatnya! Anda boleh mengambil ALFALFA & LECITHIN sebagai permulaan untuk proses pelangsingan anda.


LAGI TESTIMONI SET KURUS BASIC & OPTIMUM SHAKLEE:-





Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)

*****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Testimoni Set Penyusuan Lengkap Shaklee










Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

Set Penyusuan Lengkap Shaklee


Set Penyusuan Lengkap Shaklee ni sesuai untuk ibu-ibu yang bersalin normal ataupun caesar. Tak ada masalah asalkan anda menyusui bayi anda :) . 

Saya juga merupakan seorang ibu kepada anak tunggal lelaki (buat masa ni la..hehhehehe) bernama Muhammad Ammar Haziq. Saya hanya sempat menyusukannya sehingga 7 bulan secara eksklusif, selepas 7 bulan dia dengan sendirinya tak mahu di breastfeed secara direct. Saya harap ibu-ibu diluar sana dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun, besar ganjarannya tau.

SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE terdiri daripada:-

ESP - Memekatkan susu ibu dan sebagai penggalak susu
Alfalfa - Meransang penghasilan susu ibu, memekatkan susu dan susu lebih lemak berkrim.
Vita-C - Ibu menyusu kehilangan vitamin C, maka Vita-C Shaklee sangat membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. 
Vita-Lea - Mengekalkan kesihatan dan pembentukan sel-sel darah merah penting untuk ibu menyusu.
B-Complex - Anti stress, meningkatkan sistem antibodi si ibu, mengekalkan emosi yang baik untuk ibu maka susu akan terhasil lebih meriah.
Ostematrix - Membekalkan kalsium kerana kalsium yang ada akan diserap oleh bayi, sangat penting untuk ibu menyusu mengambil Ostematrix.




Dengan gabungan 6 jenis vitamin dalam Set Penyusuan Lengkap Shaklee ini, si ibu akan merasa LEBIH TENANG selain:-

1) Memberikan tenaga yang berpanjangan, maka si ibu tidak lagi keletihan walaupun berjaga malam
2) Mendapat kulit yang licin dan gebu 
3) Memekatkan susu. Jangan panik bila susu merudum, kerana susu akan lebih pekat dan bayi akan cepat kenyang.
4) Meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak.

Bila si ibu tenang, tak penat, fikiran pun positif, so susu badan akan lebih terhasil lebih banyak dari biasa. Jangan lupa ikuti jadual pengepaman yang betul, selalu juga memberikan ransangan secara semulajadi untuk penghasilan susu lebih banyak dengan kerap menyusui bayi secara direct-feeding. Bergantung semata-mata pada supplemen, tidak menjanjikan susu akan meriah sekiranya anda alpa tentang jadual pengepaman dan meminum air yang secukupnya.

SELAIN BANYAKKAN SUSU, APA YANG SI IBU DAPAT DARI SET PENYUSUAN LENGKAP?

Hohohoho...mesti ibu-ibu suka kalau saya cakap ni. Selain dapat membantu memperbanyakkan susu ibu, ibu-ibu juga dapat kurus semula secara tak langsung. Sebab apa? Sebab dalam Set Penyusuan Lengkap Shaklee ni terdapat 2 supplement penting untuk kurus iaitu ESP & ALFALFA.  Best kan? Dapat susu banyak, kurus pun dapat.

Ada lagi, si ibu yang lepas bersalin mesti risau cik V nya kan? Hmm..ALFALFA dapat membantu mengetatkan kembali cik V anda. Fungsinya juga sama macam manjakani dan kacip fatimah. Ramai yang dah akuinya. Kalau anda ada masalah keputihan, ALFALFA pun dapat selesaikan nya.

Dan tak lupa juga, dalam set ini dapat menganjalkan lagi payudara si ibu. Pasti ramai si ibu risau payudara akan jatuh jika menyusu. Dengan adanya SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE ni, insyallah payudara kembali anjal!

Bagi ibu-ibu yang bersalin caesar juga dapat menghilangkan parut dan luka akan cepat sembuh dengan SET PENYUSUAN LENGKAP SHAKLEE ni. Disamping kulit pun menjadi lebih cantik!

TESTIMONI PENGGUNA SET PENYUSUAN LENGKAP:






NAK SET BAJET, SAYA JUGA ADA MENAWARKAN SET PENYUSUAN BASIC/BAJET SHAKLEE.



Hubungi saya untuk lebih lanjut nya. Saya sedia membantu. :)

Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor


Friday 11 April 2014

Set Imunisasi Kanak-Kanak


Disini saya nak kongsikan Set Imunisasi Kanak-Kanak Shaklee. Set ni terdiri daripada Meal Shakes, Omega Guard dan Chewable Vita-C Plus. Perlu diingatkan bahawa hanya kanak-kanak berusia 1 TAHUN KEATAS sahaja yang boleh mengambil set ini. Diulangi, Set Imunisasi Kanak-Kanak ni diformulasikan sesuai untuk 1 tahun keatas sahaja.

KENAPA 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA??
Sebabnya: Kanak-kanak yang berusia bawah 1 tahun tidak digalakkan meminum minuman lain selain susu ibu dan susu formula bayi. Mereka mendapat khasiat dan zat yang cukup dari susu ibu dan dipercayai tidak memerlukan makanan tambahan untuk proses tumbesaran mereka.

Jom kita kenali dulu secara terperinci Set Imunisasi Kanak-Kanak Shaklee ni.

MEAL SHAKES
- Minuman berperisa vanila yang lazat dan sangat disukai kanak-kanak (Testimoni ada mengesahkan)
- Mengandungi 24 vitamin, zat dan mineral penting
- Rendah lemak dan rendah glisemik
- Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa)
- Anti oksida - mengandungi vitamin A, C, E dan Zink, Selenium yang bertindak melawan jangkitan.
- Sesuai untuk semua peringkat umur dari 1 Tahun 
- Setiap bancuhan Meal Shakes memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin / galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

OMEGA GUARD
- Minyak ikan TERBAIK di dunia. Diesktrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.
- Mengandungi 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
- Asid lemak yang terdapat dalam Omega guard ini penting kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
- Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
- Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru dan daya tahan melawan jangkitan.

CHEWABLE VITA-C PLUS
- Menguatkan fungsi imunisasi
- Membantu menjaga kesihatan gusi dan gigi serta struktur tulang.
- Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.
- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh.
- Menyediakan vitamin C setara 1 1/2 buah oren, dengan rasa oren sebenar.
- Ideal untuk kanak-kanak atau mereka yang sukar menelan pil.

Dan ini lah rupanya Set Imunisasi Kanak-Kanak Shaklee ni:-
* Meal Shakes - berbentuk serbuk untuk dibancuh.
* Omega Guard & Chewable Vit-C Plus - berbentuk pil yang mudah hadam & tidak pahit.



BAGAIMANA KETIGA-TIGA SUPPLEMEN INI MAMPU MEMBINA DAYA TAHAN PENYAKIT (IMUNISASI) TERHADAP KANAK-KANAK?

Seperti yang saya terangkan tadi, ketiga-tiga supplemen yang ada dalam Set Imunisasi Kanak-Kanak Shaklee ni mempunyai fungsi-fungsi untuk menguatkan fungsi imunisasi atau antibodi kanak-kanak, mengawal jangkitan penyakit serta membantu proses tumbesaran kanak-kanak.

UNTUK KANAK-KANAK YANG SELALU DEMAM SAHAJA KE?

Ooo tak la. Kanak-kanak yang sihat yang susah nak demam pun boleh ambik set ni sebab dia membantu proses tumbesaran disamping menguatkan gusi, gigi dan tulang. Dan juga, Set Imunisasi Kanak-Kanak Shaklee ni membantu menguatkan daya ingatan kanak-kanak. Secara tak langsung, dapat membantu anak anda mengingati apa yang dipelajarinya seharian.

TESTIMONI DARI CUSTOMER SAYA SENDIRI:-


Hubungi saya untuk lebih lanjut nya. Saya sedia membantu. :)

Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor