Thursday 24 April 2014

Bayi Selalu Kembung & Sakit Perut (Colic), Kenapa?

Assalammualaikum w.b.t


mama dan baby sihat

Baby yang baru lahir hingga umurnya sekitar 1 tahun kerap kembung kan? Kadang-kadang kita sendiri pun tak pasti dan terfikir-fikir apa yang aku makan sampaikan anak aku kembung. Especially untuk ibu-ibu yang menyusu badan, dah ikut cara berpantang habis-habisan pun anak masih lagi kembung.

Bila baby ni kembung, mula lah tak tentu arah kita dibuatnya. Ada baby yang menangis tak henti, ada yang tak tidur malam, ada yang nak dipeluk je, ada yang nak berdukung je. Tapi yang selalunya, baby nangis lah, sebab perut diorang tak selesa sangat-sangat. Macam perut kita masuk angin kalau makan nangka banyak-banyak, macam tu la diorang rasa gamaknya.

Saya pun tak pasti apa punca sebenarnya. Orang-orang tua ada cakap kalau kita makan benda yang angin macam nangka, baby kita pun akan kembung jugak. Tapi walaupun kita tak makan apa-apa pun, baby tetap kembung jugak. Hmm...so bukan sebab makanan semata-mata la. Jom kita tengok apa sebenarnya penyebab kepada kembung di kalangan bayi ni.

Sebelum itu, macamana kita nak tahu baby kita tu kembung.


Simptom:
1) Bila baby anda menangis tanpa henti untuk tempoh yang agak lama dari biasa. Selalunya lebih kuat tangisan nya dari biasa.
2) Baby tidak akan duduk diam, mengenggam jarinya ketika menangis.
3) Bila kita jentik perutnya, bunyi debuk debuk macam kita jentik tilam or bantal. Cer jentik. :)
4) Perut baby macam buncit sikit, sebab ada gas dalam perut.

Punca Kembung?

1) Tangisan
- Melalui tangisan pun baby boleh kembung. Sebab bila dia menangis, mulut akan terbuka dan ternganga, secara tak langsung baby menyedut udara ke dalam perut.

2) Sistem Penghadaman masih baru
- Perut baby masih baru dan sedang belajar untuk memproses makanan (susu) yang disalurkan ke perutnya. Bayi selalunya mempunyai kurang bakteria probiotics untuk membantu penghadaman, manakala gas pula terkumpul so ia akan menyebabkan baby kembung.

3) Alergik dengan protein susu
- Sesetengah baby akan bertindak balas dengan susu dan menyebabkan alahan terutama susu formula. Kadangkala menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit serta menganggu perut baby, baby akan cirit birit dqn sebagainya.

4) Tidak Keselarasan Laktosa
- Kebanyakkan susu formula mempunyai laktosa yang mengandungi kandungan gula yang dibenarkan. Apabila laktosa tidak selaras dengan sempurna, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan enzim yang cukup untuk menukarkan gula tadi kepada glukosa serta tidak mampu untuk hadam kandungan gula tersebut.
Akibatnya baby akan cirit birit, kembung dan perut mengandungi gas.

Keadaan ini juga dipanggil sebagai transcient lactase deficiency (TLD), dimana sebenarnya jarang berlaku pada baby. Sekiranya anda mendapati anak anda menghidapi TLD ini sila berjumpa doktor dan doktor akan menyarankan untuk menukar susu kepada rendah laktosa (untuk susu formula) atau supplemen enzim laktosa (untuk ibu yang menyusui anaknya).

5) Sensitif terhadap Makanan
 - Kajian ada membuat kenyataan bahawa diet seharian ibu yang menyusui (breastfeed) juga faktor utama menyumbang kembung dan sakit perut pada baby. Sesetengah makanan yang diambil ibu akan menyerap masuk ke kilang susu ibu seterusnya disalurkan ke perut baby.

Makanan yang mempunyai gas seperti:'
a - produk tenusu (dairy)
b - kubis, brokoli, bunga kubis brussel sprout dan lain-lain sayur dalam kategori cruciferous vegetables.
c - gandum
d - kacang, buah citrus (limau, lemon), strawberry
e - coklat, tomato dan telur juga sesetengah soya.

So, elakkanlah makan makanan tu ye. Kesian baby.

6) Pertumbuhan Baby yang belum matang
- Berdasarkan teori trimester keempat yang maksudnya adalah 3 bulan terawal kelahiran baby. Pada tahap ni, baby masih belum matang dalam membina nervous system nya, nervous sistem ini berhubung rapat dengan sistem otak baby. Kembung atau sakit perut yang memulas-mulas ini (colic) diketahui melalui sistem nervous bayi yang belum matang diganggu oleh signal nervous yang berlaku pada sebelum sistem perkumuhan berlaku, ini dipanggil gastro-colic reflex.

Jika bayi kerap merasa tidak selesa akibat kembung, doktor menyarankan ibu-ibu untuk menenangkan baby dengan memberi pacifier, mengusap-usap bayi dan lain-lain supaya dia merasa tenang kembali.

7) Faktor Persekitaran
- Ada juga yang berpendapat bahawa masalah perut bayi kembung (colic) ini disebabkan oleh emosi ibu itu sendiri. Tapi yang sebenarnya, emosi ibu bapa boleh mempengaruhi emosi baby jugak. Contohnya baby akan meragam, menangis dan sebagainya.

Cuma kadangkala baby akan merasa amat sensitif dengan persekitaran, mungkin dia rasa tak selesa dan emosi nya terganggu. Faktor ini pun boleh menyumbang kepada masalah ni dengan cara baby menangis tak henti, so gas tadi masuk ke perutnya lalu jadi kembung.. :) . So, hati-hati bila bawa baby kat tempat baru ya.

8) Ketidakstabilan bakteria di dalam usus bayi
- Dalam perut baby juga ada bakteria baik yang dikenali sebagai probiotics yang membantu sistem penghadaman baby. Bakteria-bakteria ini juga membantu untuk menyerap nutrisi dari makanan yang diambil oleh baby. Didalam usus baby terdapat sebilangan kuantiti yang membantu proses tadi namun sekiranya kuantiti ini berkurang atau tidak stabil, ia boleh mengganggu penghadaman baby. Bakteria baik ini juga berupaya untuk memendekkan tempoh ketidakselesaan perut akibat kembung secara semulajadi.

Memang penat kalau baby selalu kembung perut, sebab baby ni tak akan tidur. Terpaksalah kita berjaga sampai ke pagi. Kalau ibu yang bekerja, alahai penatnya ya. Tak apa, besar ganjaran tu.

Selain itu, untuk mengurangkan kembung perut baby ni, ibu-ibu boleh juga menggunakan botol susu yang khas untuk anti-colic seperti jenama Avent, MAM, Tommee Tippee. Bagi ibu-ibu yang breastfeed, keep breastfeed baby anda, boleh juga mengurangkan kembung perut dia. Cuma jangan stress depan dia je.

Kalau ada ibu-ibu yang nak mencuba set penyusuan lengkap, boleh KLIK SINI untuk lebih lanjut.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment