Tuesday 12 August 2014

Kisah Benar: Bahaya Makan Ubat/Vitamin Sekaligus

Assalammualaikum w.b.t

Pernah tak anda dengar yang kita tak boleh ambil ubat atau vitamin sekaligus dalam satu masa? Bukan sekadar vitamin itu tidak diserap dengan betul, ada lagi bahayanya kenapa tak boleh ambil serentak.



Saya pasti anda akan pergi ke hospital atau klinik bila sakit atau demam kan? Doktor akan bekalkan anda dengan segala macam ubat yang kadangkala bermacam warna yang dapat sama seperti gambar diatas. Sampai je dirumah, anda terus telan ubat tu sekaligus dalam satu suapan. Pernah buat macam tu tak?

No, no,no. Itu sangat tidak digalakkan dan mengundang bahaya.

Ini KISAH BENAR, kenapa saya katakan ianya bahaya. Ketika itu saya berumur 14tahun, datuk saya demam masa tu. Macam biasalah dia akan ke klinik untuk mendapat rawatan. Pulang ja ke rumah, dia mengambil ubat yang diberikan oleh doktor yang kebanyakkan yang berbentuk kapsul dua warna tu. Dia pun letak kat tapak tangan terus masukkan ke mulut dan telan, minum air dan tidur sebab tak larat katanya.

Tak lama lepastu, datuk saya terjaga dan mengadu sakit perut amat sangat. Sekali lagi pergi ke klinik yang sama. Doktor mendapati didalam perut datuk saya tadi mengandungi segumpal ubat yang tidak hadam. Huhuhuhu...itu punca kenapa datuk saya sakit perut. Selepas rawatan, doktor menyarankan jangan mengambil ubat atau vitamin dengan cara sedemikian. Paling elok, makanlah satu persatu. Supaya ubat atau vitamin itu tidak bergumpal sesama sendiri. Sebab itulah ia boleh mengundang bahaya jika dimakan semua sekaligus.

Mungkin orang lain tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan, tapi ia berlaku pada datuk saya akibat tabiatnya yang suka makan ubat sekaligus. Sekarang ni, dia dah tak berani buat macam tu dah. Makan satu persatu, macam saya jugak ;).

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

2 comments:

  1. itu mungkin salah satu puncanya.. tapi dari apa yg Zarns Dir cerita, tidur sejurus selepas makan ubat juga kurang baik. ianya mungkin juga boleh jadi puncanya.. seelok-eloknya duduk dahulu beberapa minit sejurus selepas makan ubat, supaya ubat mudah turun ke dalam perut dan mudah dihadam.

    malah, ada sesetengah ubat yang "stricth", mmg memerlukan pemakannya agar tidak baring sejurus selepas makan ubat sekurang-kurangnya 30 minit. :)

    saya singgah sini dari blog mialiana.. :)

    jemput singgah : Hikayat Budak Pening

    ReplyDelete
  2. Salam Pha Is...mungkin juga salah satu nya..seperti saya cakap tadi, pada masa tu dia memang tak larat sangat...sebelum ni pun datuk saya selalu macam tu sebelum terkena kes macam ni...lepas telan ubat dia terus baring..mungkin masa tu yang nak terkena..lepas pada tu dia tak buat macam tu dah,..tapi kadang2 terus baring...alhamdulilla x ada apa2..

    alhamdulillah...umurnya masih panjang hingga kini...dah berusia 80 tahun...masih sihat masih boleh bawa kereta..syukur...

    ReplyDelete