Thursday 24 July 2014

Kempiskan Perut Selepas Bersalin

Assalammualaikum w.b.t


Masalah utama wanita tidak kiralah yang bujang ataupun yang sudah berkahwin adalah masalah perut buncit. Betul tak? Tapi ada wanita yang perutnya sentiasa flat walaupun dah beranak 4 5 orang. Jelesnya!!!
Macamana diorang jaga perut diorang ye? Saya pun tak dapat nak kekalkan perut flat tu. Huhuhuhu. Untuk wanita yang sudah bersalin, kunci utama untuk kekalkan perut yang flat tu ketika dalam pantang. Perlu pantang betul-betul dan perlu berbengkung ketat-ketat. Tak lupa jugak perlu bertungku. Masa berpantang paling tak selesa kan? Paling cerewet nak jaga diri. Kalau nak badan cantik semula kena lah tahan kan? :)

So, saya nak kongsikan tips-tips untuk kempiskan perut yang boleh diamalkan ketika dalam pantang. Tapi petua ni sesuai jugak untuk yang rajin berbengkung walaupun tak berpantang. Jom kita sama-sama tengok apa tips-tips tu.

TIPS KEMPISKAN PERUT KETIKA BERPANTANG/LEPAS BERSALIN

1) Asam Jawa
- Rebus asam jawa dengan campurkan sedikit air. Kuantiti asam jawa tu biarlah cukup untuk sapuan ke keliling perut dan pinggang. Biarkan suam sedikit tapi bukan suam suam kuku. Biar agak panas sedikit tapi janganlah sampai melecet pulak perut. Sapu ke perut kemudian bolehlah berbarut atau berbengkung.

2) Kapur Dan Limau Nipis/Purut
- Setengah orang guna limau nipis, ada jugak yang guna limau purut. Caranya hanya hiris limau tersebut kemudian perah airnya kedalam bekas. Lalu masukkan kapur dan sebatikan dengan air limau tadi kemudian sapu pada perut diikuti dengan bengkung.

3) Halia Dan Bawang Putih.
- Yang ini agak panas ya :). Ambil 2 3 ulas bawang putih bersama 1 inci halia yang dibuang kulitnya. Tumbuk lumat dan sehingga ada seperti air. Ambil air tersebut dan sapu pada perut. Jangan biarkan sisa-sisa bawang dan halia itu melekat pada kulit sebab nanti akan terlebih panas. Risau melecet pulak nanti.

4) Daun Lidah Buaya Dan Asam Jawa
- Ambil daun lidah buaya dan panaskan bersama dengan asam jawa dan sedikit air. Tunggu sehingga lidah buaya dan asam jawa itu sebati. Kemudian sejukkan sehingga suam dan seterusnya sapu pada perut dan mulakan bengkung.

Bengkung pulak ada banyak jenis, tapi saya cadangkan beli lah bengkung jenis zig zag. Gambar bawah ni contoh bengkung yang ada di pasaran. Saya pun jual jugak tau. :)


Bengkung Moden

Bengkung Moden
Bengkung Tali
Bengkut Lilit
Bengkung Zig Zag
Bolehlah pilih bengkung yang anda suka. Yang penting, perlu diikat ketat-ketat dan kurangkan pergerakan. Kalau boleh biarlah berbengkung selama 44 hari untuk mendapatkan perut yang kempis sebelum mengandung :)

Kalau ada ibu-ibu sedang mencari SET BERPANTANG SHAKLEE, bolehlah hubungi saya ya. Set Berpantang Shaklee ini juga boleh membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan perut yang kempis.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 22 July 2014

Minyak Ikan Bagus Untuk Menjana Minda

Assalammualaikum w.b.t



Sekarang ni minyak ikan hebat diperkatakan disebabkan oleh kualiti dan kebaikan yang terdapat di dalam minyak ikan. Ramai juga yang telah mengambil minyak ikan sebagai supplemen tambahan untuk memperbaiki kesihatan mereka. Minyak ikan ini sebenarnya terkenal dengan kebaikannya untuk otak kita. Minyak ikan ini mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi.

Sudah banyak kajian yang dibuat dan berjaya membuktikan bahawa minyak ikan ini kaya dengan khasiat dan kebaikan untuk meningkatkan kuasa otak. Ia sesuai untuk semua peringkat umur. Menurut kajian terbaru oleh jurnal kesihatan American Academy of Neurology pada January 2014, mendapati mereka yang mengambil asid lemak omega-3 yang tinggi daripada ikan memiliki volum otak yang lebih besar ketika sudah tua sama seperti otak sihat yang berusia satu hingga dua tahun.

Usia Penyebab Penyakit
Peningkatan usia menjadi punca kepada perubahan kepada saiz otak, vaskular (pembuluh darah) dan kognisi. Ia juga membawa kepada pengecutan otak yang menyumbang kepada serangan strok, white matter lesions, demensia, melemahkan ingatan dan penyakit Alzheimer.

Hasil  kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 yang tinggi juga akan membantu melewatkan penuaan dan demensia. Selain itu, diet yang kurang pengambilan asid lemak omega-3 akan membantu mempercepatkan penuaan dan kehilangan memori dan kemampuan berfikir.

Untuk memastikan otak kita sentiasa sihat, kita perlu mengekalkan kadar EPA dan DHA yang cukup dalam tubuh dimana kedua-kedua ini boleh didapati dari asid lemak omega-3. Antara sumber minyak ikan yang baik untuk kesihatan adalah daripada ikan salmon, trout, sardin dan hering, dan seeloknya diambil paling kurang lima kali seminggu atau dua kali seminggu dan mengambil zat tambahan minyak ikan setiap hari.

Antara Kebaikan Lain Minyak Ikan:



Justeru itu, Shaklee juga ada mengeluarkan produk khas untuk membantu kita mengekalkan tahap EPA dan DHA dengan mudah. Hanya pengambilan 3biji sehari mampu meningkatkan asid lemak omega-3 di dalam tubuh kita.

Kenapa Omega Guard Shaklee?

Omega Guard Shaklee ini merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Omega Guard ini diekstrak dari ikan laut dalam air sejuk seperti sardin, makerel, hering dan anchovies yang terletak di perairan negara Jepun. Ianya bukan dari hati minyak ikan. Kandungan asid lemak Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. 

Omega Guard adalah yang terbaik di pasaran jika dibandingkan dengan yang lain kerana Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuklah EHA, DHA, ALA dan banyak lagi. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard tanpa memusnahkan nutrien yang terdapat didalamnya.

Antara Manfaat Omega Guard Shaklee:


Kenapa Omega Guard diperbuat dari ikan laut dalam?
Seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui rahsia pada tahun 1970. Dimana penduduk Eskimo yang tinggal di Greenland, Denmark hidup dalam keadaan berbeza tapi mempunyai tahap kesihatan yang jauh lebih baik. Mereka tidak mempunyai masalah jantung, lelah dan tekanan darah tinggi berbanding penduduk Eskimo yang menetap di Amerika Utara. Penyelidikan lanjut mendapati ikan laut air sejuk menunjukkan ianya mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platelet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

So, sebab itulah kebanyakan susu formula untuk bayi dan kanak-kanak mengandungi EHA dan DHA untuk pertumbuhan otak bayi dan kanak-kanak. Untuk dewasa pula, pilihlah Omega Guard sebagai pilihan supplemen terbaik untuk anda sekeluarga. ;)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday 21 July 2014

Shaklee Dan Israel Ada Kaitan?

Assalammualaikum w.b.t


Rasanya semua sudah maklum mengenai kekejaman zionis ke atas Palestin. Tiap kali ada berita mengenai isu kekejaman ini di berita, saya memang tak sanggup nak tengok. Anak-anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan, kerakusan,kekejaman dan ketidakperimanusiaan zionis. Tiap kali itulah saya akan berdoa agar Allah s.w.t mengutuskan bantuan walau dalam apa jua bentuk pun, tiap kali itulah airmata ini akan mengalir kerana terkenangkan keadaan kanak-kanak dan bayi disana.

Tak tergambar oleh saya apakah perasaan mereka, tentunya siksa menanggung kesakitan. Yang mana tidak pernah terluka lagi pasti setiap masa diselubungi rasa takut dan tidak tenteram untuk tidur bahkan makan sekalipun. Ya Allah! Nauzubillah....dijauhkanlah. Anak kita walau terjatuh sedikit pun sudah melalak inikan pula di bedil di bom. Allahu Akbar!

Sejak isu Israel serang Palestin ni, emel, whatsapp, insta dan segala macam portal sosial lagi sedang hangat memperkatakan perihal boikot produk Israel ataupun syarikat antarabangsa yang menyumbang kepada dana Israel untuk menyerang Palestin. Bila isu kekejaman zionis ni seolah terpadam di kaca tv dan akhbar, maka hal boikot ni pun macam terpadam sama. Namun, harap semangat kita untuk boikot produk atau syarikat penyumbang kepada Israel biarlah berterusan. Saya sendiri sudah boikot beberapa produk antarabangsa, ini saja yang mampu saya lakukan.

Bila disebut syarikat antarabangsa adalah penyumbang besar kepada dana Israel, Shaklee juga ada tersenarai sebagai penyumbang. Shaklee yang berpangkalan di USA tidak mustahil boleh menjadi penyumbang sama seperti jenama antarabangsa yang lain. Saya pun terkesima sebentar tatkala heboh di Facebook mengatakan Shaklee membantu Israel. Disertakan bukti sekali dengan jelas bahawa Shaklee ni penyumbang dana Israel. OMG!

Betul ke? Kalau Shaklee penyumbangnya, secara tak langsung saya juga salah seorang penyumbangnya. Sebab saya adalah pengguna tegar Shaklee. Nak kata apa lagi kan? Bukti jelas dah ada. Benarkah Shaklee ni penyumbang dana Israel? Nak boikot Shaklee ke? Susah bagi saya untuk boikot Shaklee.....

Alhamdulillah, akhirnya saya tak jadi nak boikot Shaklee. Terus bersemangat semula untuk ambil produk Shaklee macam biasa tanpa rasa bersalah dan berdosa ;). Akhirnya dengan jelas dan nyata, Shaklee mengeluarkan pengumuman seperti di bawah ni.


Rasa lega sangat bila Shaklee buat kenyataan ni. Dah terbukti Shaklee BUKAN penyumbang dana kejejaman zionis Israel tu. Ia sentiasa selamat! Diharap dengan kenyataan ni dapat menjawab teka teki anda juga.

Jom sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan rakyat Palestin dengan bermacam bentuk bantuan, ringankan beban mereka. Aaammmiinnnnnnn.....

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday 20 July 2014

Short Tips Elak Anak Menangis Di Pasaraya

Assalammualaikum w.b.t

Kanak-Kanak Menangis Tanpa Sebab, IbuBapa Naik Resah 
Topik kali ini saya kira macam menarik jugak, kan? :) Idea ni timbul sebab malam tadi pergi shopping baju raya. Memang sesak betul, sesak parking, sesak nafas pun ada..Jalan pun dah macam semut. Punya dok syok shopping-shopping, terperasan ada seorang budak lelaki menangis melalak-lalak nak kan sesuatu. Saya tak pandang sangat, buat-buat tak tahu saja, nanti dikata busy body pulak. Tapi saya pun tak tau apa sebabnya budak ni nangis-nangis. Kalau budak tu anak saya, confirm stop shopping dan terus balik. Even Ammar tidur masa saya tengah syok shopping pun boleh balik terus, inikan pula nangis-nangis macam tu.

Yang sebenarnya, atas ibubapa itu sendiri (maafkan saya andai tersilap dan ada yang terasa). Didikan awal itu penting. Kadangkala kita perlu berkata NO! bila kena pada waktunya dan tempatnya. Supaya anak-anak ini faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Ya, budak-budak tengah belajar tapi harus diingat, masa umur kanak-kanaklah kita harus lentur sebaik mungkin.

Justeru, saya ingin kongsikan tips ringkas yang saya perolehi daripada kakak ipar saya cara dia mendidik anak supaya tidak melalak-lalak nak kan sesuatu di pasaraya. Suami saya sendiri mengakui akan hal ini, anaknya tidak banyak kerenah dan tidak pandai meminta-minta ketika bershopping.

Short Tips Elak Anak Menangis Di Pasaraya

1) Jangan Sesekali Biasakan Anak Bermain Dengan Kerusi Muzik
- Anak tidak pandai meminta buat pertama kali, jadi jangan biasakan anak anda dengan kerusi muzik tu. Sekali anda benarkan, hmmm...seterusnya dia yang akan meminta untuk bermain.

2) Jangan Sesekali Benarkan Anak Anda Mengambil Sendiri Mainan/Makanan Yang Dia Mahukan
- Anda boleh bertanya apa yang dia mahukan tapi jangan benarkan mereka ambil sendiri. Kemudian, beritahu mereka yang mainan/makanan tersebut perlu dibayar terlebih dahulu dan boleh bermain/makan apabila sudah sampai dirumah nanti.

3) Jangan Sesekali Membenarkan Mereka Memegang Mainan/Makanan Hingga Ke Kaunter
- Beri arahan bahawa barang mainan/makanan tersebut tidak boleh dipegang oleh kanak-kanak. Cuba beri alasan sehingga anak anda faham dan bersetuju dengan alasan anda.

4) Jangan Sesekali Membuka Mainan/Makanan Ketika Masih Di Dalam Pasaraya
- Walaupun sudah dibayar, perlu beritahu kepada anak anda supaya menunggu sehingga sampai di rumah nanti.

5) Kenalpasti Waktu Tidur Dan Makan Anak Anda
- Kadangkala, kanak-kanak ini menangis sebab mengantuk ataupun lapar. Beri perhatian pada anak terlebih dahulu, beri susu atau makan terlebih dahulu. Elakkan keluar bershopping ketika waktu tidur anak anda. Ini juga boleh mengelakkan mereka mengamuk di pasaraya.

Saya juga sedang mempraktikan tips-tips ini, anak saya masih berusia satu tahun setengah. Harap-harap bila dah makin membesar, dia tidaklah mengamuk atau menangis tak tentu hala di pasaraya nanti. Ibu-ibu diluar sana, cuba praktikkan juga ya. Kalau dah terbiasa lakukan, adakan sesi kaunseling atau soal jawab dengan anak supaya dia faham dengan arahan NO untuk sesuatu perkara. Insyallah ia dapat membantu.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday 18 July 2014

Sembelit Membahayakan, Punca Dan Simptom Sembelit

Assalammualaikum w.b.t

Sembelit Membahayakan
Tahukah anda bahawa sistem perkumuhan yang normal dan sihat adalah ianya 'membuang' setiap hari?
Kalau anda tergolong dalam kategori ini, tahniah, badan anda sihat! Kalau anda tergolong dalam golongan yang 'membuang' 3 hari sekali atau seminggu sekali, ini tanda sistem perkumuhan anda tidak sihat dan anda perlukan rawatan. Sebab, sembelit ini jangan dipandang mudah ya. Banyak risiko yang kita akan hadapi sekiranya kita ada masalah untuk 'membuang'.

Ada sesetengah golongan terpaksa mengambil ubat untuk menolong mereka 'membuang' tapi selalunya bila sudah beberapa hari tidak 'membuang' dan dalam erti kata lain, perut dah sakit dan angin dalam perut pun dah penuh.

Ada yang terpaksa ambil ini:-

pelawas sembelit
Sejujurnya saya pernah mencuba cecair di atas ini ketika dalam pantang dulu. Masa tu saya mengalami masalah sukar untuk membuang sehinggakan sembelit saya dah pada tahap yang saya kira teruk jugaklah sebab rasa sakit sangat-sangat. Rasa nak membuang tapi tak dapat. Huhuhuhuh. So saya belilah cecair ini dari farmasi, tapi tak beri kesan pun kat saya. Sakitnya hati! Banyak hari jugaklah saya menanggung seksa akibat sembelit. Membuang jugak akhirnya tapi bayangkan saya duduk dalam toilet dekat sejam! Aduh.....

Sebenarnya, cecair di atas tidak digalakkan sangat untuk digunakan kerana ia seolah-olah memaksa usus kita bekerja secara tergesa-gesa untuk membuang. Tidak elok untuk badan dan usus kita secara khususnya.
Doktor juga tidak menyarankan digunakan untuk bayi dan kanak-kanak (ini berdasarkan doktor di klinik panel saya la.) Jadi elakkan penggunaan ini ya.

Lepas pada kes itu, saya dah tak nak kejadian yang sama berulang kembali. Macamana saya lakukannya? Nanti saya cerita. Sebelum itu saya nak ceritakan tentang faktor-faktor penyebab berlakunya sembelit dan rawatan untuk sembelit.

Sembelit ini boleh diklasifikan dengan keadaan dimana anda terasa ingin membuang air besar tapi terpaksa duduk lama dan meneran untuk membuangnya. Sembelit juga disebabkan oleh pergerakan atau laluan sukar najis di dalam usus. Masalah sembelit ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita pada masa kini, ini tidak sihat! Seperti saya nyatakan pada permulaan entri ini, anda mungkin mengalami masalah sembelit sekiranya dalam seminggu itu anda hanya membuang tiga kali atau kurang dan sekiranya ada membuang najis, ianya keras dan kering.

Menurut Pakar Gastroenterologi & Hepatologi Hospital Fatimah Ipoh, Dr. Saravana K., sembelit biasanya berlaku apabila bahan buangan atau najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman dan menyebabkannya menjadi keras dan kering.
Biasanya, bahan buangan pencernaan (najis) yang bergerak melalui usus anda dengan pengecutan otot. Di dalam usus besar (kolon), kebanyakkan air dan garam yang terdapat dalam najis ini diserap semula kerana ia penting untuk pelbagai fungsi badan kita. Sekiranya tidak ada cecair yang mencukupi atau makanan kaya dengan serat dalam diet kita, atau pengecutan otot besar (kolon) menjadi perlahan, najis akan mengeras, kering. Inilah yang penyebab kepada sembelit.

Faktor-Faktor Penyebab Sembelit

a) Kurangnya pengambilan cecair dan serat dalam diet seharian
b) Melambatkan keinginan untuk membuang air besar
c) Kekurangan aktiviti fizikal
d) Sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome)
e) Perubahan dalam gaya hidup atau rutin termasuk mengandung, penuaan dan melancong
f) Waktu makan dan pemakanan yang tidak menentu
g) Sesetengah penyakit boleh mengakibatkan sembelit (strok, kencing manis, tiroid dan parkison)
h) Penggunaan yang kerap atau penyalahgunaan julap (pencuci perut)
i) Masalah dengan usus besar (kolon) dan rektum seperti halangan usus atau diverticulosis
j) Ubat-ubatan tertentu
k) Ganggua hormon seperti tiroid yang tidak begitu aktif
l) Rekahan dubur dan buasir yang menghasilkan kekejangan otot
m) Kehilangan garam dalam badan melalui muntah dan cirit birit
n) Kecederaan pada saraf tunjang

Simptom-Simptom Sembelit

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapat khidmat nasihat sebelum terlewat sekiranya:

a) Apabila anda berasa keliru sama ada ianya sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar
b) Tanda-tanda yang teruk dan berlarutan lebih daripada tiga minggu (namun dinasihatkan perlu berjumpa doktor sekiranya tidak membuang selama seminggu)
c) Pergerakan usus berlaku lebih daripada 3 hari
d) Sakit perut yang teruk
e) Terdapat darah dalam najis
f) Sembelit yang silih berganti dengan cirit-birit
g) Sakit pada dubur
h) Najis seperti berbentuk pensil atau nipis
i) Kehilangan berat badan yang tidak tahu puncanya

Rawatan Yang Diberikan Oleh Doktor

Kebiasaannya, doktor akan memberikan rawatan kepada anda dengan membuat pemeriksaan rektum iaitu akan melihat di bahagian luar dubur. Pemeriksaan lebih mendalam adalah dengan cara kolonoskopi.
Kolonoskopi ini dilakukan dengan memasukkan tiub nipis ke dalam dubur. Kemudian akan melalui usus besar untuk melihat masalah di bahagian dalam usus. Kemudian doktor akan mengambil sampel tisu untuk ujian biopsi. Ngeri je kan? huhuhuhu

Cara Mengatasi Sembelit
Namun, sembelit ini boleh diatasi dengan pengambilan cecair/air dengan banyak. Makan buah-buahan.
Selain itu, boleh dirawat dengan pengambilan julap (pencuci perut) untuk melancarkan sistem usus anda.

Saya juga ada Set Sembelit untuk anda.
Ia terdiri daripada Alfalfa dan Herb-Lax.



Alfalfa ni banyak faedahnya untuk sistem perkumuhan atau pembuangan kita. Kenapa Alfalfa elok untuk mengatasi sembelit? Antaranya :-

- sebagai agen detox untuk keluarkan toksin dan lemak yang tidak diperlukan oleh badan melalui sistem pembuangan.
- merawat gangguan pencernaan
- membantu masalah penghadaman


Herb-Lax pula tidak kurang hebatnya. Dimana ia memang dicipta khusus sebagai julap atau pencuci perut kita.

Tengok fungsi Herb-Lax ni:-
1) Pembersihan Najis Yang Tersekat
2) Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3) Membantu masalah sembelit.
4) Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
5) Mengempiskan Perut
6) Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dengan air panas, sebagai minuman teh herba.

Insyallah, ia sudah berkesan pada saya. Dulu memang seminggu sekalu je saya membuang..itu pun bila perut dah penuh dengan angin dan tak selesa. Sekarang ni, alhamdulillah hampir setiap hari saya membuang. Dan tidak lagi sembelit. Lancar je membuang...tak perlu teran lebih-lebih ;).

Yang paling bestnya, berat badan saya pun dah berkurang!!!

Ok, anda juga perlu beri perhatian pada masalah sembelit anda walaupun sembelit ini bersifat sementara. Kerana, ia juga mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti kanser kolorektal, gangguan hormon atau penyakit autoimun.


Nak Order Set Sembelit Sekarang?



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 17 July 2014

Antara Punca Kanser Payudara

Assalammualaikum w.b.t

Jom Kita Melawan Kanser Payudara!!!
Fight Against Breast Cancer!
Sekarang ni, kanser payudara bukan lagi disebabkan penyakit keturunan ya. Perlu diingat. Wanita menyusukan bayi juga belum tentu terselamat dari kanser payudara. Kenapa? Sebab sekiranya tidak mengosongkan payudara anda, anda paling berisiko untuk dapat kanser payudara ini. Sebab itulah penting untuk wanita menyusukan bayi perlu sentiasa kerap menyusu secara direct-feeding dan perlu dipam juga walaupun anda menyusukan bayi secara terus. Ini bagi memastikan payudara anda benar-benar kosong.

Kerapkali bengkak susu juga penyumbang utama kanser payudara. Ini terjadi kerana, susu yang tidak dikeluarkan akan menjadi ketulan dan ada yang bernanah, so inilah punca-punca berlakunya kanser payudara. Kes terbaru, pasti anda tahu kan, penyanyi Ifa Raziah telah selamat membuang ketulan di kedua-dua belah payudaranya. Beliau menyatakan ia berpunca dari sikap dia menghentikan penyusuan secara mendadak dan sering berlakunya bengkak susu. Awas ya!

Sebelum ini, saya ada menulis entri mengenai kisah sepupu  saya yang meninggal dunia akibat kanser payudara. Umur masih muda, belum 40-an lagi. Anak paling kecil baru berusia 3 tahun. Sayangnya, 4 orang anaknya kini sudah bergelar anak yatim. Tapi ketentuan Ilahi, siapalah kita dapat menghalangnya.
Ikuti kisah itu disini.

Saya ingin sentuh tentang cara pemakanan arwah sepupu saya ni untuk perkongsian kita bersama. Saya suka tekankan cara pemakanan kita merupakan titik tolak kepada sesuatu penyakit. Betul tak? Dalam Islam sendiri pun ada menyatakan yang punca penyakit adalah dari perut kita. Dimana perut kita itu adalah dari cara pemakanan kita sendiri. Saya bukannya untuk mengaibkan arwah tapi mungkin kita dapat iktibar darinya. Sebab cara pemakanan beliau agak berbeza dengan kami sepupu-sepupu yang lain. Saya tidak membuat kajian atau rujukan mengenai punca kanser payudara mengikut kajian doktor dan seumpamanya untuk entri kali ini. Hanya mahu tekankan cara pemakanan yang mungkin antara penyebab kanser payudara ini.

Apa yang arwah suka makan yang saya selalu perhatikan yang menjadi penyebab kanser payudara:-

1) Bontot Ayam
- Arwah memang suka bontot ayam sangat-sangat. Selalunya digoreng dan dicicah dengan sos. Bontot ayam kan banyak lemak. Tak elok untuk kesihatan.

2) Kulit Ayam Tidak Dibuang
- Memang tidak pernah dibuang dan suka makan kulit ayam yang digoreng. Lemak-lemak disebalik kulit ayam juga tidak dibuang. Sedap katanya.

3) Organ Dalaman Ayam/Daging
- Beliau pun suka makan hati atau pedal ayam dan juga perut lembu. Tidak kisahlah macamana cara masaknya. Kadangkala, ada darah beku ayam yang kelihatan seperti pejal seolah-olah hati ayam yang melekat pada tulang ayam (dibahagian dalam ayam) tidak dibuang tapi dibasuh bersih-bersih. Sengaja dimasak dan dimakan, sedap juga katanya.

4) Sup Daging/Tulang/Gear Box
- Arwah memang suka makan sup ni. Suami pun puji sup yang arwah masak memang sedap. Ya, diakui memang sedap! Tapi arwah suka makan daging/tulang yang ada lemak-lemak.

Ini sahaja rasanya yang saya ingat. Kalau ada lagi nanti, saya just add in ja :)
Kalau boleh kita elakkanlah memakan organ dalaman dan juga bahagian yang berlemak berlebihan. Tapi kalau nak kena penyakit juga walaupun dah jaga sebaik mungkin, itu adalah utusan Allah.

Sekiranya anda ingin mengelakkan diri dari kanser dari peringkat awal, eloklah diamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini. Hanya 1 sudu diperlukan setiap hari sebagai mengawal sel-sel kanser disamping untuk kekal bertenaga, kekal awet muda dan sihat. Kepada individu yang sudah mempunyai kanser juga digalakkan ambil Vivix Shaklee ini. Yang penting, anda tidak menjalani apa-apa terapi kemo lagi untuk merawat kanser. Insyaallah, dengan Vivix boleh membantu mengawal sel kanser dari merebak.

Inilah rupa Vivix Shaklee tu:

Vivix Shaklee
Banyak faedah Vivix Shaklee ni, antaranya seperti dalam entri ini: KLIK DISINI.

Kalau anda nak order, bolehlah order terus disini.


p/s: Entri mengenai cara pemakanan ini adalah berdasarkan ideologi pemikiran saya sahaja mengikut logik. Anda boleh merujuk sumber-sumber lain untuk lebih tepat.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 15 July 2014

Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Assalammualaikum w.b.t

Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Tajuk entri kali ini sebenarnya merujuk kepada diri saya sendiri. :) Lebih tepat lagi, merujuk kepada teruna kesayangan saya, Ammar. Mengikut kiraan doktor, Ammar adalah kanak-kanak yang mempunyai kurang berat badan yang mana tidak seiring dengan usianya yang berumur 1 tahun setengah. Beratnya baru mencecah 10kilo. Ringan je kan? Tapi Ammar ni seorang kanak-kanak yang hyperactive jugak lah. Tak pernah reti duduk diam, ada je yang dia nak buat.

Sedari baby lagi, sedari dalam pantang lagi, Ammar bukanlah seperti baby lelaki lain yang dikatakan kuat menyusu. Dia hanya minum sedikit sahaja susu, bayangkan ketika berusia setahun,  dia hanya mampu menghabiskan 4 oz susu sahaja, kadang-kadang tak habis. Sekarang ni pun, kadang-kadang 6 oz sahaja yang paling maksimum dia minum. Kenapa? Sebab susu dia tak sedap? Saya pun tak pasti. huhuhu.
Saya menyusui badan sehingga usianya 7 bulan dan campur dengan susu formula pada ketika itu sekiranya ada ketikanya susu badan saya tidak cukup untuknya. Saya memberikan susu jenama Lactogen sehingga 5 bulan. Dan selepas itu bertukar kepada jenama S-26 sehingga kini, doktor pun beritahu S-26 ni bagus untuk baby dan kanak-kanak dan boleh membuatkan anak kita naik berat badan. Tapi Ammar tidak!.

Saya mula memberikan solid food ketika usianya 6 bulan dengan memperkenalkan puri kentang dan bubur nasi yang dicampur dengan kurma/lobak/kentang/brokoli/bayam. Saya mula memperkenalkan nasi ketika usianya menginjak setahun dan sampai sekarang dia suka makan nasi. Sejak itu, dia dah mula kurang minum susu sebab mungkin perutnya sudah kenyang dengan nasi dan makanan pejal yang lain (biskut, roti, kuih muih...junk food tidak sama sekali). Dan kini, lagilah bahaya sebab kadangkala hanya minum susu 4 kali sehari yang mana setiap kali minum tak sampai pun 5oz. Secara puratanya, hanya minum 20oz sehari. Anak anda bagaimana pula? Sekarang ni saya perlu tanyakan dia dahulu sebelum bancuh susu untuknya, jika dia menggeleng, janganlah dibancuh dan janganlah dipaksa minum, semahu-mahunya dia akan menolak tidak mahu minum susu.

Saya tidaklah sampai bimbang teramat sangat dengan berat badan Ammar. Walaupun ada yang mulut berbunyi yang kurang enak, saya diamkan saja. Saya lebih kenal anak saya. Ammar sebenarnya seorang yang kuat makan bukan kuat minum susu. Dia makan banyak dan aktif sangat-sangat, mungkin juga faktor genetik yang mempunyai keluarga yang kurus dan tinggi disebelah suami, membuatkan Ammar nampak tidak berisi tapi Ammar nampak tinggi lampai (bukan sebab dia kurus ya).

Ooppps, terpanjang melebar pulak bila cerita pasal anak ni. hehehe..so back to original topic. Saya ingin kongsikan di sini antara makanan yang boleh kita berikan untuk anak-anak yang mempunyai kurang berat badan (underweight) ni, saya dapat info ini dari Majalah SDK edisi Ogos 2014 yang cover dia gambar Rita Rudaini & Izreen tu.

Makanan Bagi Meningkatkan Berat Badan Anak Anda

Mengikut kajian, ibu-ibu perlu menyajikan makanan yang kaya dengan Zink untuk anak anda. Antara makanan yang mempunyai kandungan Zink yang tinggi  adalah:-

1) Tiram
- Boleh dimasukkan kedalam hidangan pasta dan jangan lupa tambahkan sedikit sayuran bersama-sama.

2) Daging
- Kanak-kanak lebih menggemari ayam berbanding daging. Mungkin disebabkan tekstur ayam lebih lembut berbanding daging. Cuba sajikan hidangan daging ala english style seperti steak daging yang dihidang bersama kentang goreng dan sayur kukus (stim). Boleh juga dihidangkan bebola daging bersama spageti.

3) Ketam
- Jarang kita bagi anak kita makan ketam kan? Sebab susah nak makan. Tapi ketam memang mempunyai kandungan zink yang sangat tinggi. Boleh cuba resepi ketam masak mentega untuk menggalakkan anak anda menikmatinya.

4) Kekacang (Gajus & Badam)
- Jadikan kekacang ini sebagai snek tambahan untuk anak anda. Boleh dicampurkan ke dalam resepi biskut atau dimakan begitu sahaja.

Cara Lain? 
- Tingkatkan pengambilan karbohidrat dalam pengambilan seharian seperti nasi, gandum, roti dan seumpamanya.
- Memberikan makanan tambahan seperti supplemen untuk meningkatkan selera makan anak anda. Shaklee mempunyai produk khas untuk membantu masalah ini iaitu Meal Shakes. Saya akan mula memberikan Meal Shakes kepada Ammar bermula bulan depan, tak sabar nak tengok perubahan dia. Ini lah rupa Meal Shakes tu:-

Meal Shakes Shaklee
Sila KLIK DISINI untuk melihat entri mengenai keistimewaan Meal Shakes Shaklee ini.

Punca Anak Kurang Berat Badan

Pakar memutuskan bahawa antara punca anak kurang berat badan adalah seperti:-

Alahan Kepada Susu Formula
- Seeloknya dapatkan nasihat dari doktor, susu formula manakah yang sesuai untuk anak anda. Kadangkala bila kita tukar susu formula, berat anak mula meningkat. Cubalah.

Kurang Selera Makan Akibat Kekurangan Zink Dalam Badan
- Bolehlah cuba senarai makanan yang saya senaraikan di atas.

Tidak Mengambil Makanan Yang Mengandungi Kandungan Kalori Yang Mencukupi
- Antara makanan yang mengandungi kalori yang tinggi adalah seperti: Kekacang, Ikan, Telur, Pasta, Daging.

Seperti kata pakar nutrisi dari Virginia Tech di bawah ini, dapat disimpulkan bahawa saiz anak yang kecil tidak bermakna anak kita itu mempunyai masalah kurang berat badan.


Sesetengah kanak-kanak memang mempunyai badan yang kekal kurus namun ianya seimbang dengan diet pemakanannya dan juga aktiviti sehariannya. Terutama kanak-kanak yang aktif. Ia adalah normal dan sihat sebenarnya.

Macamana kita nak tahu anak kita tergolong dalam kanak-kanak underweight? Terutama sekali, perlulah dapatkan khidmat nasihat dari doktor anda adakah anak anda tergolong dalam underweight ini. Selalunya pakar atau doktor akan bandingkan berat anak anda dengan ketinggiannya. Jika anak anda adalah underweight, bacaan BMI nya mengikut jantina vs umur adalah kurang dari 5% mengikut carta perkembangan kanak-kanak yang dibangunkan oleh Centers for Disease Control (CDC). BMI dikira seperti gambar di bawah ini:


Kiraan BMI
Mengikut pakar tersebut, dibawah ini adalah cadangan hidangan untuk membantu meningkatkan berat badan anak anda dengan menyajikan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi.

Cadangan Hidangan Makanan Oleh Pakar

1) Peanut Butter Dan Jelly Sandwich



2) Makaroni Dengan Cheese

3) Biskut Kraker Dengan Sos Kacang Dal

4) Fruit Smoothies Dengan Yogurt

5) Kentang Bakar Bersama Brokoli Dan Keju

6) Sup Daging Dengan Barli Bersama Roti (Cornbread)

7) Roti Bakar (French Toast) Atau Pankek Dengan Ham Dan Buah-buahan

Nampak sedap kan semua cadangan hidangan oleh pakar ni. Harap-harap dapatlah beri sedikit idea untuk ibu-ibu diluar sana mempelbagaikan menu harian untuk anak-anak. Kita pun boleh tumpang sekaki sebab makanan ni banyak khasiatnya.

Namun, Ibu-ibu diluar sana janganlah bimbang sekiranya mempunyai masalah yang sama dengan saya. Asalkan cukup makan dan minum yang kita berikan, asalkan dia aktif, asalkan dia sihat, itu sudah cukup sebenarnya. Teruskan menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang ya. :)

Kalau ada ibu-ibu yang nak cepat dan pantas, bolehlah cuba MEAL SHAKES SHAKLEE tu. ;)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday 9 July 2014

Denggi: Antara Tradisi Dan Moden


Assalammualaikum w.b.t

Tak sangka saya terkena demam denggi ketika ramadhan tahun ni. Pada hari rabu lepas (2/7/14), badan saya sejuk sangat-sangat hingga menggigil. Duduk tak kena serba tak kena. Sebelah malam pergi ke klinik doktor hanya sahkan demam panas biasa saja.

Keesokkannya saya hanya berbaring lesu, jalan seperti tak pijak tanah rasanya, terhuyung hayang pening kepala. Memang lembik je..badan masih seram sejuk. Kejap panas kejap sejuk...sebelah malam pula demam agak berkurangan.

Pagi hari jumaat berikutnya (4/7/14), saya teman suami ke Salam Specialist sebab dia pun banyak hari dah demam tapi tak baik-baik. Saya pun nak buat checkup susulan sebab demam masih belum kebah walaupun makan ubat klinik tempohari.

Suami saya sudah selesai proses ambil darah dan cuma tunggu untuk pengesahan manakala saya pula sedang diinterview oleh doktor. Doktor Nik pada ketika itu terus cakap geramnya dia nak buat test denggi kat saya. Sebab muka saya kemerahan dan pucat. So redhakan je la dia ambil darah dari badan saya dan diarahkan berehat di wad sementara sehingga result keluar. Nah, saya penghidap denggi! Suami pula tidak. Nasib baik bukan dua2 yang kena, kesian Ammar nanti.

Saya dan suami buat keputusan untuk nenangguhkan kemasukan wad pada keesokkan harinya (selepas berbincamg dengan doktor). Tapi belah malamnya, saya dah tak keruan di rumah. Jadi ambil keputusan untuk ke Salam Specialist serah diri, wad pulak penuh. Seterusnya buat keputusan ke KPJ Specialist hinggalah hari ini (9/7/14). Platelet masih rendah, sekarang ni bacaan platelet 55 sahaja tapi dah naik sikit banding pagi tadi.

Sepanjang tempoh denggi ni, macam-macam petua yang saya dapat. Tentulah yang bersifat tradisional. Saya ingin kongsikan disini berdasarkan pengalaman saya ye :)

Cara Mudah Menaikkan Platelet Darah Ketika Denggi

1) Sup Ketam/ Rebusan Ketam

Ini yang paling popular sekali :). Ada yang bagibpetua jangan dibasuh ketam tersebut dan terus rebus begitu sahaja. Minum airnya. Ada juga yang basuh dulu ketam tersebut dan dibuat sup ketam. Sedap jugak tapi masa tu keadaan saya agak teruk, memang muntah semua yang saya makan..macam rugi je ketam tu terbuang macam tu je..tak sempat pun badan ni nak ambik zat dari ketam. Tapi lepas muntah tu, saya minum lagi supnya.

Keputusan: Platelet saya terus merudum dari 95 ke 45 :(.


2) Air rebusan pucuk betik muda

Eewwww...tu je yang saya dapat gambarkan. Pahit tak perlu cakap lah. Buah peria tu lagi sedap dari air rebusan pucuk betik ni. Tapi nak baik punya pasal, saya minum juga setengah gelas. Minum ketika suam-suam. Bukan suam kuku nanti tak lepas nak telan.

Keputusan: Platelet masih merudum dari 45 ke 23. :( :(

3) 100 plus

Yang ni saya tak kata berkesan tapi memberikan tenaga kepada saya. Sebab badan saya makin kurang air makin kurang tenaga manakala darah pula semakin mencair akibat denggi. Hidung saya ada kesan seperti mahu berdarah namun syukur tak berlarutan.

4) Epal Hijau

Hati atau limpa kita akan membengkak ketika diserang denggi. Memang tak selesa macam sakit senak perut. Saya makan epal hijau untuk kurangkan rasa sakit di bahagian abdomen tu...macam buang angin la sebab kat hospital tak ada minyak angin. Tak adalah hilang terus tapi mengurangkan rasa sebu kat perut saya (orang lain saya tak tau).


5) Air Masak Yang Banyak

Setiap 1 jam saya akan minum segelas air kosong/masak dan setiap sejam jugak lah saya akan ke toilet untuk buang air kecil. Siang dan malam. Sebab hanya melalui air sahaja dapat membantu naiknya platelet darah kita semula. Memang betul pun, doktor pun turut sarankan benda yang sama. Sebab badan kita akan dihidrasi dan menjadi kering.

6) Performance Drink Shaklee

Secara jujurnya saya tidak berkesempatan untuk minum Performance Drink Shaklee ni sebab stok saya dah habis. Tak sempat nak beli sebelum masuk wad. Performance Drink ni sama seperti 100 plus, ia memberikan tenaga dan membuatkan kita kembali cergas. Sesuai untuk demam denggi sebab badan kita akan dinyahhidrat (dehydration) dan menjadi kering akibat kurangnya air dalam badan. Performance Drink ini berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk badan kita. Ia mengelakkan badan kita dinyahhidrat atau merosotnya kandungan air dalam badan kita.

performance drink shaklee untuk denggi
Perfomance Drink Shaklee

Sebenarnya Tiada Ubat Untuk Demam Denggi
Ya, ini yang diutarakan oleh jururawat dan doktor bila saya tanya ubat untuk demam denggi saya. Mereka hanya memantau platelet darah kita supaya tidak terus merudum yang akan mengakibatkan pendarahan yang seterusnya boleh membawa maut. Mereka hanya memberikan ubat untuk simptom-simptom yang dihidapi oleh pesakit demam denggi untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan ianya berlarutan. Antara ubat yang diberikan adalah:

a) Drip untuk elakkan dihidrasi
b) Ubat Untuk Hati bengkak - Jenama Gaviscon
c) Ubat Untuk Gatal - Jenama Hovid (sapu)
d) Ubat untuk Sakit Perut
e) Ubat Untuk Batuk/ Demam/Pening jika ada
f) Ubat untuk Loya/Muntah/Angin

Sepanjang seminggu saya terkena demam denggi ni, kesemua simptom di atas telah saya lalui. Berikut adalah simptom-simptom mengikut hari yang saya hidapi.

Simptom-Simptom Denggi Mengikut Hari

Hari Pertama:
Demam panas secara tiba-tiba.

Hari Kedua & Ketiga
Demam panas tidak berkurang. Badan menjadi letih dan lesu. Muka kemerahan dan kering. Tidak lalu makan. Platelet kebiasaannya sudah menurun ke 150 dan kebawah.

Hari Keempat
Kepala mula pening. Tidak berdaya untuk berjalan jauh atau lama, terasa seperti terhuyung hayang. Terasa seperti mahu pitam. Mula sakit dan lenguh disetiap sendi badan. Selera makan makin berkurang. Rasa sakit di bahagian ulu hati. Tidak selesa untuk tidur akibat perut sakit ekoran dari bengkak di bahagian ulu hati. Bacaan platelet sudah di bawah 100.

Hari Kelima
Mula muntah-muntah dan cirit birit. Pendarahan di hidung. Tidak ada selera makan. Kepala masih pening, badan masih lesu dan kering. Ulu hati masih bengkak, tidak boleh tidur mengiring. Bacaan platelet sudah di bawah 50. Bintik-bintik merah mula kelihatan dan sedikit gatal.

Hari Keenam
Bacaan platelet sudah serendah 20. Membimbangkan sekiranya tiada tanda-tanda untuk naik semula. Simptom yang sama seperti di hari kelima, tetapi badan makin lesu dan terasa penat dan tidak selesa di ulu hati. Kepala pening dan jalan tidak bermaya.

Hari Ketujuh
Bacaan platelet sama pada hari keenam tapi kebiasaannya akan meningkat apabila diambil bacaan kedua dan ketiga pada hari ketujuh ini. Platelet meningkat ke angka 40. Simptom sama seperti hari kelima.

Hari Kelapan
Kebiasaannya bacaan platelet akan meningkat. Pada hari kelapan dan bacaan terakhir pada hari kelapan adalah 70. Masih rendah, tapi ada peningkatan sejak hari ketujuh, jadi doktor membenarkan saya pulang (saya mintak keluar awal sebenarnya sebab rindu sangat pada Ammar). Selalunya, bacaan 100 ke atas baru dibenarkan pulang. Hari kelapan badan masih lagi lesu, letih dan kepala pening bila berdiri terlalu lama atau berjalan jauh. Selera makan masih tiada. Sudah tidak muntah. Bintik-bintik merah masih kelihatan dan beransur hilang pada hari ke-10.

Hari Ke-12
Barulah simptom-simptom berkurangan,tapi masih kurang selera makan dan badan cepat letih. Akan ambil masa lagi seminggu dua untuk pulih kepada asal sebelum denggi.

P/S: Platelet ialah agen pembekuan darah dalam badan kita secara semulajadi. Sekiranya platelet darah kita semakin rendah, maka darah dalam badan kita mencair dan akan berisiko berlakunya pendarahan. Bacaan normal platelet darah adalah 200 ke atas.

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Hampir seminggu jugak saya berdemam denggi ni. Doakan saya cepat sembuh ya. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 3 July 2014

Testimoni Vivix Shaklee


Assalammualaikum w.b.t



Dalam entri saya yang lepas, saya mengatakan Vivix ini tonik yang hebat. Betul ke Vivix Shaklee ni hebat?
Antara 8 kebaikan Vivix Shaklee ini adalah seperti dalam gambar dibawah ini.


Disini juga saya lampirkan beberapa testimoni yang menyatakan keberkesanan Vivix Shaklee ini. Bukan rekaan tapi yang benar-benar belaka :). Testimoni asal & original dari pengguna Vivix Shaklee. Jom sama-sama kita tengok.

 RAHSIA Cantik Ayu Raudhah



Vivix Untuk Pesakit Kayap


Vivix Untuk Stroke

Vivix Untuk Perokok Tegar
Vivix Untuk Diabetes

Vivix Untuk Kanser



Banyakkan faedah Vivix ni. Vivix Shaklee memang dicipta khusus untuk memperbaiki kesihatan seperti darah tinggi, kecing manis, jantung, merawat perokok tegar dan sebagainya.

Ini adalah antara manfaat Vivix yang lain.


Bolehla pm saya ye untuk order ataupun anda boleh membeli dengan sendiri melalui sistem layan diri online shopping shaklee, hanya klik link di bawah ini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id&enc_widget_id=41a60377ba920919939d83326ebee5a1

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 1 July 2014

Tips Kekal Bertenaga Ketika Berpuasa Mengikut Islam


Assalammualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, hari ini dah hari ketiga kita berpuasa. Di awal bulan puasa ni, selalunya kita akan rasa mengantuk, lesu di tempat kerja. Lemah longlai jadinya. Sebab badan kita masih lagi dalam proses untuk menerima perubahan jadual makan yang baru.

Jangan risau, saya ada tips untuk kekal bertenaga mengikut kaedah Islam. Jom sama-sama kita amalkan, Insyaallah.

TIPS KEKAL BERTENAGA DI BULAN PUASA

Kalau nak kurangkan dahaga dan lapar di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaallah kurang lapar dan dahaga.

1. Mesti sahur.
2. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
3. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal.
Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kalilah kita baca surah Al Ikhlas.
4. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
5. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat 1 kali dan makan
buah kurma, baca lagi makan kurma lagiii..sampailah 7 kali.

Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja ditengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA :-

Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan
dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt.

Sekiranya anda ingin lebih kekal bertenaga dengan mengambil vitamin atau supplement, sudah tentu saya ada cadangan untuk anda.

Saya cadangkan untuk anda SET 3 GEM SHAKLEE ini:


Boleh diminum ketika berbuka dan bersahur. Hanya campurkan semuanya, goncang dan minum. Sesuai juga untuk yang gastrik.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera