Friday, 18 July 2014

Sembelit Membahayakan, Punca Dan Simptom Sembelit

Assalammualaikum w.b.t

Sembelit Membahayakan
Tahukah anda bahawa sistem perkumuhan yang normal dan sihat adalah ianya 'membuang' setiap hari?
Kalau anda tergolong dalam kategori ini, tahniah, badan anda sihat! Kalau anda tergolong dalam golongan yang 'membuang' 3 hari sekali atau seminggu sekali, ini tanda sistem perkumuhan anda tidak sihat dan anda perlukan rawatan. Sebab, sembelit ini jangan dipandang mudah ya. Banyak risiko yang kita akan hadapi sekiranya kita ada masalah untuk 'membuang'.

Ada sesetengah golongan terpaksa mengambil ubat untuk menolong mereka 'membuang' tapi selalunya bila sudah beberapa hari tidak 'membuang' dan dalam erti kata lain, perut dah sakit dan angin dalam perut pun dah penuh.

Ada yang terpaksa ambil ini:-

pelawas sembelit
Sejujurnya saya pernah mencuba cecair di atas ini ketika dalam pantang dulu. Masa tu saya mengalami masalah sukar untuk membuang sehinggakan sembelit saya dah pada tahap yang saya kira teruk jugaklah sebab rasa sakit sangat-sangat. Rasa nak membuang tapi tak dapat. Huhuhuhuh. So saya belilah cecair ini dari farmasi, tapi tak beri kesan pun kat saya. Sakitnya hati! Banyak hari jugaklah saya menanggung seksa akibat sembelit. Membuang jugak akhirnya tapi bayangkan saya duduk dalam toilet dekat sejam! Aduh.....

Sebenarnya, cecair di atas tidak digalakkan sangat untuk digunakan kerana ia seolah-olah memaksa usus kita bekerja secara tergesa-gesa untuk membuang. Tidak elok untuk badan dan usus kita secara khususnya.
Doktor juga tidak menyarankan digunakan untuk bayi dan kanak-kanak (ini berdasarkan doktor di klinik panel saya la.) Jadi elakkan penggunaan ini ya.

Lepas pada kes itu, saya dah tak nak kejadian yang sama berulang kembali. Macamana saya lakukannya? Nanti saya cerita. Sebelum itu saya nak ceritakan tentang faktor-faktor penyebab berlakunya sembelit dan rawatan untuk sembelit.

Sembelit ini boleh diklasifikan dengan keadaan dimana anda terasa ingin membuang air besar tapi terpaksa duduk lama dan meneran untuk membuangnya. Sembelit juga disebabkan oleh pergerakan atau laluan sukar najis di dalam usus. Masalah sembelit ini seolah-olah sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat kita pada masa kini, ini tidak sihat! Seperti saya nyatakan pada permulaan entri ini, anda mungkin mengalami masalah sembelit sekiranya dalam seminggu itu anda hanya membuang tiga kali atau kurang dan sekiranya ada membuang najis, ianya keras dan kering.

Menurut Pakar Gastroenterologi & Hepatologi Hospital Fatimah Ipoh, Dr. Saravana K., sembelit biasanya berlaku apabila bahan buangan atau najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman dan menyebabkannya menjadi keras dan kering.
Biasanya, bahan buangan pencernaan (najis) yang bergerak melalui usus anda dengan pengecutan otot. Di dalam usus besar (kolon), kebanyakkan air dan garam yang terdapat dalam najis ini diserap semula kerana ia penting untuk pelbagai fungsi badan kita. Sekiranya tidak ada cecair yang mencukupi atau makanan kaya dengan serat dalam diet kita, atau pengecutan otot besar (kolon) menjadi perlahan, najis akan mengeras, kering. Inilah yang penyebab kepada sembelit.

Faktor-Faktor Penyebab Sembelit

a) Kurangnya pengambilan cecair dan serat dalam diet seharian
b) Melambatkan keinginan untuk membuang air besar
c) Kekurangan aktiviti fizikal
d) Sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome)
e) Perubahan dalam gaya hidup atau rutin termasuk mengandung, penuaan dan melancong
f) Waktu makan dan pemakanan yang tidak menentu
g) Sesetengah penyakit boleh mengakibatkan sembelit (strok, kencing manis, tiroid dan parkison)
h) Penggunaan yang kerap atau penyalahgunaan julap (pencuci perut)
i) Masalah dengan usus besar (kolon) dan rektum seperti halangan usus atau diverticulosis
j) Ubat-ubatan tertentu
k) Ganggua hormon seperti tiroid yang tidak begitu aktif
l) Rekahan dubur dan buasir yang menghasilkan kekejangan otot
m) Kehilangan garam dalam badan melalui muntah dan cirit birit
n) Kecederaan pada saraf tunjang

Simptom-Simptom Sembelit

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapat khidmat nasihat sebelum terlewat sekiranya:

a) Apabila anda berasa keliru sama ada ianya sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar
b) Tanda-tanda yang teruk dan berlarutan lebih daripada tiga minggu (namun dinasihatkan perlu berjumpa doktor sekiranya tidak membuang selama seminggu)
c) Pergerakan usus berlaku lebih daripada 3 hari
d) Sakit perut yang teruk
e) Terdapat darah dalam najis
f) Sembelit yang silih berganti dengan cirit-birit
g) Sakit pada dubur
h) Najis seperti berbentuk pensil atau nipis
i) Kehilangan berat badan yang tidak tahu puncanya

Rawatan Yang Diberikan Oleh Doktor

Kebiasaannya, doktor akan memberikan rawatan kepada anda dengan membuat pemeriksaan rektum iaitu akan melihat di bahagian luar dubur. Pemeriksaan lebih mendalam adalah dengan cara kolonoskopi.
Kolonoskopi ini dilakukan dengan memasukkan tiub nipis ke dalam dubur. Kemudian akan melalui usus besar untuk melihat masalah di bahagian dalam usus. Kemudian doktor akan mengambil sampel tisu untuk ujian biopsi. Ngeri je kan? huhuhuhu

Cara Mengatasi Sembelit
Namun, sembelit ini boleh diatasi dengan pengambilan cecair/air dengan banyak. Makan buah-buahan.
Selain itu, boleh dirawat dengan pengambilan julap (pencuci perut) untuk melancarkan sistem usus anda.

Saya juga ada Set Sembelit untuk anda.
Ia terdiri daripada Alfalfa dan Herb-Lax.



Alfalfa ni banyak faedahnya untuk sistem perkumuhan atau pembuangan kita. Kenapa Alfalfa elok untuk mengatasi sembelit? Antaranya :-

- sebagai agen detox untuk keluarkan toksin dan lemak yang tidak diperlukan oleh badan melalui sistem pembuangan.
- merawat gangguan pencernaan
- membantu masalah penghadaman


Herb-Lax pula tidak kurang hebatnya. Dimana ia memang dicipta khusus sebagai julap atau pencuci perut kita.

Tengok fungsi Herb-Lax ni:-
1) Pembersihan Najis Yang Tersekat
2) Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3) Membantu masalah sembelit.
4) Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
5) Mengempiskan Perut
6) Membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dengan air panas, sebagai minuman teh herba.

Insyallah, ia sudah berkesan pada saya. Dulu memang seminggu sekalu je saya membuang..itu pun bila perut dah penuh dengan angin dan tak selesa. Sekarang ni, alhamdulillah hampir setiap hari saya membuang. Dan tidak lagi sembelit. Lancar je membuang...tak perlu teran lebih-lebih ;).

Yang paling bestnya, berat badan saya pun dah berkurang!!!

Ok, anda juga perlu beri perhatian pada masalah sembelit anda walaupun sembelit ini bersifat sementara. Kerana, ia juga mungkin mempunyai masalah kesihatan yang lain seperti kanser kolorektal, gangguan hormon atau penyakit autoimun.


Nak Order Set Sembelit Sekarang?



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment