Tuesday 15 July 2014

Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Assalammualaikum w.b.t

Makanan Untuk Kanak-Kanak Kurang Berat Badan

Tajuk entri kali ini sebenarnya merujuk kepada diri saya sendiri. :) Lebih tepat lagi, merujuk kepada teruna kesayangan saya, Ammar. Mengikut kiraan doktor, Ammar adalah kanak-kanak yang mempunyai kurang berat badan yang mana tidak seiring dengan usianya yang berumur 1 tahun setengah. Beratnya baru mencecah 10kilo. Ringan je kan? Tapi Ammar ni seorang kanak-kanak yang hyperactive jugak lah. Tak pernah reti duduk diam, ada je yang dia nak buat.

Sedari baby lagi, sedari dalam pantang lagi, Ammar bukanlah seperti baby lelaki lain yang dikatakan kuat menyusu. Dia hanya minum sedikit sahaja susu, bayangkan ketika berusia setahun,  dia hanya mampu menghabiskan 4 oz susu sahaja, kadang-kadang tak habis. Sekarang ni pun, kadang-kadang 6 oz sahaja yang paling maksimum dia minum. Kenapa? Sebab susu dia tak sedap? Saya pun tak pasti. huhuhu.
Saya menyusui badan sehingga usianya 7 bulan dan campur dengan susu formula pada ketika itu sekiranya ada ketikanya susu badan saya tidak cukup untuknya. Saya memberikan susu jenama Lactogen sehingga 5 bulan. Dan selepas itu bertukar kepada jenama S-26 sehingga kini, doktor pun beritahu S-26 ni bagus untuk baby dan kanak-kanak dan boleh membuatkan anak kita naik berat badan. Tapi Ammar tidak!.

Saya mula memberikan solid food ketika usianya 6 bulan dengan memperkenalkan puri kentang dan bubur nasi yang dicampur dengan kurma/lobak/kentang/brokoli/bayam. Saya mula memperkenalkan nasi ketika usianya menginjak setahun dan sampai sekarang dia suka makan nasi. Sejak itu, dia dah mula kurang minum susu sebab mungkin perutnya sudah kenyang dengan nasi dan makanan pejal yang lain (biskut, roti, kuih muih...junk food tidak sama sekali). Dan kini, lagilah bahaya sebab kadangkala hanya minum susu 4 kali sehari yang mana setiap kali minum tak sampai pun 5oz. Secara puratanya, hanya minum 20oz sehari. Anak anda bagaimana pula? Sekarang ni saya perlu tanyakan dia dahulu sebelum bancuh susu untuknya, jika dia menggeleng, janganlah dibancuh dan janganlah dipaksa minum, semahu-mahunya dia akan menolak tidak mahu minum susu.

Saya tidaklah sampai bimbang teramat sangat dengan berat badan Ammar. Walaupun ada yang mulut berbunyi yang kurang enak, saya diamkan saja. Saya lebih kenal anak saya. Ammar sebenarnya seorang yang kuat makan bukan kuat minum susu. Dia makan banyak dan aktif sangat-sangat, mungkin juga faktor genetik yang mempunyai keluarga yang kurus dan tinggi disebelah suami, membuatkan Ammar nampak tidak berisi tapi Ammar nampak tinggi lampai (bukan sebab dia kurus ya).

Ooppps, terpanjang melebar pulak bila cerita pasal anak ni. hehehe..so back to original topic. Saya ingin kongsikan di sini antara makanan yang boleh kita berikan untuk anak-anak yang mempunyai kurang berat badan (underweight) ni, saya dapat info ini dari Majalah SDK edisi Ogos 2014 yang cover dia gambar Rita Rudaini & Izreen tu.

Makanan Bagi Meningkatkan Berat Badan Anak Anda

Mengikut kajian, ibu-ibu perlu menyajikan makanan yang kaya dengan Zink untuk anak anda. Antara makanan yang mempunyai kandungan Zink yang tinggi  adalah:-

1) Tiram
- Boleh dimasukkan kedalam hidangan pasta dan jangan lupa tambahkan sedikit sayuran bersama-sama.

2) Daging
- Kanak-kanak lebih menggemari ayam berbanding daging. Mungkin disebabkan tekstur ayam lebih lembut berbanding daging. Cuba sajikan hidangan daging ala english style seperti steak daging yang dihidang bersama kentang goreng dan sayur kukus (stim). Boleh juga dihidangkan bebola daging bersama spageti.

3) Ketam
- Jarang kita bagi anak kita makan ketam kan? Sebab susah nak makan. Tapi ketam memang mempunyai kandungan zink yang sangat tinggi. Boleh cuba resepi ketam masak mentega untuk menggalakkan anak anda menikmatinya.

4) Kekacang (Gajus & Badam)
- Jadikan kekacang ini sebagai snek tambahan untuk anak anda. Boleh dicampurkan ke dalam resepi biskut atau dimakan begitu sahaja.

Cara Lain? 
- Tingkatkan pengambilan karbohidrat dalam pengambilan seharian seperti nasi, gandum, roti dan seumpamanya.
- Memberikan makanan tambahan seperti supplemen untuk meningkatkan selera makan anak anda. Shaklee mempunyai produk khas untuk membantu masalah ini iaitu Meal Shakes. Saya akan mula memberikan Meal Shakes kepada Ammar bermula bulan depan, tak sabar nak tengok perubahan dia. Ini lah rupa Meal Shakes tu:-

Meal Shakes Shaklee
Sila KLIK DISINI untuk melihat entri mengenai keistimewaan Meal Shakes Shaklee ini.

Punca Anak Kurang Berat Badan

Pakar memutuskan bahawa antara punca anak kurang berat badan adalah seperti:-

Alahan Kepada Susu Formula
- Seeloknya dapatkan nasihat dari doktor, susu formula manakah yang sesuai untuk anak anda. Kadangkala bila kita tukar susu formula, berat anak mula meningkat. Cubalah.

Kurang Selera Makan Akibat Kekurangan Zink Dalam Badan
- Bolehlah cuba senarai makanan yang saya senaraikan di atas.

Tidak Mengambil Makanan Yang Mengandungi Kandungan Kalori Yang Mencukupi
- Antara makanan yang mengandungi kalori yang tinggi adalah seperti: Kekacang, Ikan, Telur, Pasta, Daging.

Seperti kata pakar nutrisi dari Virginia Tech di bawah ini, dapat disimpulkan bahawa saiz anak yang kecil tidak bermakna anak kita itu mempunyai masalah kurang berat badan.


Sesetengah kanak-kanak memang mempunyai badan yang kekal kurus namun ianya seimbang dengan diet pemakanannya dan juga aktiviti sehariannya. Terutama kanak-kanak yang aktif. Ia adalah normal dan sihat sebenarnya.

Macamana kita nak tahu anak kita tergolong dalam kanak-kanak underweight? Terutama sekali, perlulah dapatkan khidmat nasihat dari doktor anda adakah anak anda tergolong dalam underweight ini. Selalunya pakar atau doktor akan bandingkan berat anak anda dengan ketinggiannya. Jika anak anda adalah underweight, bacaan BMI nya mengikut jantina vs umur adalah kurang dari 5% mengikut carta perkembangan kanak-kanak yang dibangunkan oleh Centers for Disease Control (CDC). BMI dikira seperti gambar di bawah ini:


Kiraan BMI
Mengikut pakar tersebut, dibawah ini adalah cadangan hidangan untuk membantu meningkatkan berat badan anak anda dengan menyajikan makanan yang mengandungi kalori yang tinggi.

Cadangan Hidangan Makanan Oleh Pakar

1) Peanut Butter Dan Jelly Sandwich



2) Makaroni Dengan Cheese

3) Biskut Kraker Dengan Sos Kacang Dal

4) Fruit Smoothies Dengan Yogurt

5) Kentang Bakar Bersama Brokoli Dan Keju

6) Sup Daging Dengan Barli Bersama Roti (Cornbread)

7) Roti Bakar (French Toast) Atau Pankek Dengan Ham Dan Buah-buahan

Nampak sedap kan semua cadangan hidangan oleh pakar ni. Harap-harap dapatlah beri sedikit idea untuk ibu-ibu diluar sana mempelbagaikan menu harian untuk anak-anak. Kita pun boleh tumpang sekaki sebab makanan ni banyak khasiatnya.

Namun, Ibu-ibu diluar sana janganlah bimbang sekiranya mempunyai masalah yang sama dengan saya. Asalkan cukup makan dan minum yang kita berikan, asalkan dia aktif, asalkan dia sihat, itu sudah cukup sebenarnya. Teruskan menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang ya. :)

Kalau ada ibu-ibu yang nak cepat dan pantas, bolehlah cuba MEAL SHAKES SHAKLEE tu. ;)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment