Sunday 7 December 2014

Pesanan Rasullullah s.a.w Sebelum Kita Masuk Tidur

Assalammualaikum w.b.t


Hari ini sibuk melayan si Ammar seharian. Penat tapi membahagiakan! Semua ibu-ibu macam tu kan?

Sebelum masuk tidur, tengah buat housekeeping dalam laptop saya ni. Memang dah lama tak godek-godek. Godek punya godek, saya terjumpa note ni: Pesanan Rasulullah s.a.w sebelum masuk tidur.
Apa yang perlu buat sebelum masuk tidur. Dah lama saya simpan ni untuk panduan saya. Rasanya eloklah saya kongsikan disini untuk manfaat semua orang. Jom sama-sama kita amalkan. Sampaikanlah kepada mereka yang lain ya :) Kalau tak buat pun, sampaikan pesanan Rasulullah ni pun dah dapat pahala.

12 Pesanan Dari Rasulullah s.a.w Sebelum Kita Masuk Tidur

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk

2. Membersih atau mengibas tempat tidur kita.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Membaca tasbih Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34. (mafhum dari HR Muslim)

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. (mafhum dari yang direkod Bukhari)

6. Niat untuk bangun Tahajjud.

7. Ambil wudhu dan solat sunat taubat 2 rakaat.

8. Membaca doa tidur.

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal. Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.



Mari kita sama-sama amalkan ya. Selamat malam semua!!!



Thursday 27 November 2014

Hukum Memakai Telekung Lycra Berwarna

Assalammualaikum w.b.t

Dah berbulan tak update blog ni. Bukan tak ada idea tapi sibuk dengan urusan harian. Sibuk lagi....macam alasan je.. huhu.. memang betul saya agak sibuk kebelakangan ni. Huhuhu.

Malam tadi saya cadang nak beli telekung baru yang lycra yang macam-macam warna tu. Saya tertanya-tanya tentang 'Hukum Memakai Telekung Lycra Berwarna?'. So saya tanya En.Google. Jawapan yang dapat tak mengecewakan saya. Jadinya, saya share la kat sini harini untuk kebaikan bersama. Baca petikan yang saya 'copy paste' dari web tersebut.

HUKUM MEMAKAI TELEKUNG LYCRA BERWARNA

Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.

JAWAPAN
Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.

Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.

Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada wanita ataupun mungkin lelaki yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan  suci atau tidak najis. Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.
Wanita yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka.
Sebahagian wanita suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.

Pastikan bahan halal dan suci
Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.
Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.

Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.

Menggunakan bahan-bahan yang boleh membawa kemudaratan adalah diharamkan kerana Islam melarang umatnya mencampakkan mereka ke dalam lembah kemudaratan.
Mengenai soalan telekung pula, sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.

Haram jika mahu menunjuk-nunjuk
Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.

Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni.
Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.

Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.

Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai.
Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.

Kepada wanita yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.

sumber: Mingguan Wanita

Wednesday 29 October 2014

Khasiat Buah Untuk Badan Kita

Assalammualaikum w.b.t

Nak share sikit good info yang saya dapat pagi tadi dari seorang rakan. Secara ringkasnya jambu batu, betik, nenas dan pisang emas sangat bagus untuk khasiat tubuh badan.

Untuk selanjutnya, bolehlah baca dibawah ni ye :)

TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
 
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Simposium Makanan Berfungsi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
 
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
 
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.
 
Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.
Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.
 
Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.
Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya.
"Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida.
"Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.
 
Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.
 
Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.
Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''
 
Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia.
"Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM telah menjalankan kajian terhadap khasiat buah-buahan tempatan sejak tiga tahun lalu.
 
"Kami memilih buah kerana semua orang suka makan buah. Ia berbeza dengan sayur-sayuran kerana tidak semua orang gemarkan sayur,'' jelas beliau.
Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
 
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
 
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.
Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi.
 
"Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya .

Sunday 12 October 2014

Review Instagram Chumel House


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, malam ini hujan di Shah Alam. Harap-harap jerebu ni makin bertambah baik. Tak larat dah nak sedut udara yang tak sihat.

 Entri kali ni nak review Instagram Chumel House. Hihi.

Chumel House ni kepunyaan saya jugak. Dah dekat 2 tahun beroperasi secara online dan secara part time. Just untuk isi masa lapang dan menggunakan platform media sosial sebaik mungkin. Disamping memburu cita-cita untuk membuka fizikal butik suatu hari nanti. Sebelum ini beroperasi melalui Facebook Page Chumel House dan kini lebih tertumpu kepada Instagram yang tengah hot sekarang ni. :)

Chumel House merupakan online store untuk keperluan ibu dan bayi serta kanak-kanak.


Antara produk yang dijual oleh Chumel House adalah:

- Set Pengurusan Uri
- Set Tilam Kekabu Bayi dan Stroller Pad
- Barut, Bedung Bayi dan Tungku Bayi
- Nursing Pillow
- Nursing Cover
- Bantal Karipap
- Botol Menyusu Bayi
- Breastpump dan aksesori
- Diaper Bag
- Warmer dan Sterilizer
- Bra Menyusu, Bengkung Bersalin,
- Cooler Bag dan keperluan untuk menyimpan susu perahan (EBM)
- Nursing Tea, Milk Booster
- Baju Menyusu
- Set Bersalin, Set Kurus, Set Berpantang Shaklee
- Alat Mainan Bayi dan Kanak-Kanak
- dan banyak lagi.

Jenama yang ada ditawarkan oleh Chumel House pula ialah:

- Autumnz
- Baby Bullet
- Carters
- Fisher Price
- Grandma Secret
- Jingle Jungle
- Lamaze
- MAM
- Medela
- Mothercare
- NUK
- Philips Avent
- Rumble Tuff
- Shaklee
- Simple Dimple
- Snow Bear
- Spectra
- Tommee Tippee
- dan banyak lagi.

So, sekarang anda dah jelaskan apa yang  Chumel House jualkan kan?
Yang pasti HARGA LEBIH MURAH DARI BIASA.

Inilah Instagram Chumel House dengan ID Instagram ialah chumelhouse.


Cukuplah sikit dulu intro pasal Instagram Chumel House. Nak tau lagi banyak sudi-sudikanlah follow ye :)

Terima Kasih!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera
Instagram: chumelhouse

Friday 10 October 2014

Bacaan Jerebu Di Malaysia

Assalammualaikum w.b.t


Tetiba hari ni nak sentuh topik jerebu pulak. Sebabnya, sekarang ni di Shah Alam dah jerebu teruk (pada pandangan saya la). Semua tempat dah macam berkabus asap putih je. Keluar rumah rasa tak selesa pandangan mata, tak dapat nak melihat jauh.

Dalam tahun ni dah banyak kali berjerebu. Paling teruk sekali bulan Jun kalau tak silap. Sampaikan terpaksa pakai mask sebab udara dah bau asap macam baru lepas bakar sampah. Terukkan kat Shah Alam ni. Kilang pun banyak, sebab tu la.

Minggu ni lagi sekali kena jerebu. Nak bawa Ammar main kat luar pun tak berani. Nanti dapat penyakit pulak. Huhuhu.

Bacaan Jerebu setakat hari ini seperti kat gambar bawah ni. Sumber yang boleh dipercayai. Hehehe. Data ni saya ciplak dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran di tempat saya bekerja dan diperolehi dari jabatan alam sekitar.

Tengoklah carta ni, Selangor paling banyak yang berjerebu. Huhuhu...Dah sampai tak sihat pulak tu.

So warga Selangor, kerapkan minum air masak. Elakkan keluar dari rumah jika tidak perlu. Pakai mask supaya tidak menghidu asap jerebu.

Marilah kita berdoa semoga jerebu ni cepat hilang. Aminn

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 7 October 2014

Kebaikan Infused Water Kepada Kita


Assalammualaikum w.b.t

Sihat semua? Dah banyak hari or berminggu dah saya tak update blog ni. Sebab broadband ku buat hal la, tangan sakit sebab kesan dari surgery hari tu pun sama sampaikan sebulan tak masak & tak boleh angkat berat dan jugak tak boleh nak laju menaip. huhuhu....

Alhamdulillah, hari ini macam line clear ja untuk saya update blog ni. Perasan kan tajuk entri saya kalini. Kebaikan Infused Water Kepada Kita. Kenapa saya pilih tajuk ni? Hmm...sebab ada kawan sekerja saya whatsapp kelebihan infused water ni dan dia kini 'gila' dengan infused water ni. Heheheh..hari-hari bawa infused water ke ofis. Saya pernah dengar sebelum ini tapi tak ambil port sangat.

Bila ada masa ni, barulah saya berpeluang google pasal Infused Water ni. Sekali search, keluar air-air yang nampak sangat refreshing dan dapat hilangkan dahaga walaupun minum seteguk. Penangan tengok gambar je tu, belum lagi ada depan mata dan minum.

Cuba tengok ni, nampak sedap kan?


APA ITU INFUSED WATER?
Kerap dengar atau baca ayat "Infused Water", tapi anda tahu tak makna infused water ni? Infused water ini sangat bagus untuk detoks segala kotoran dalam badan kita dan juga mengekalkan tahap  hidrasi badan kita. Tiada had berapan hirisan yang perlu anda masukkan ke dalam air, boleh letak seberapa yang anda suka dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30minit sebelum diminum. Paling sedap jika diminum sejuk atau yang baru keluar dari peti ais :)

Secara ringkasnya adalah air rendaman hirisan buah-buahan citrus dan berries. Contoh strawberi, cranberi, limau nipis, oren. Ada juga infused water dari timun, nenas, daun pudina, daun teh dan banyak lagi. Tapi infused water dari buahan jenis berry dan citrus adalah yang popular. Nanti saya kongsikan resepinya. Rasa dan khasiat original dari buah-buahan yang direndam tadi meresap masuk kedalam molekul-molekul air tanpa tambahan pewarna dan perisa. Tiada gula, tiada soda, dan seumpamanya. Semuanya original dari buah tersebut. Air yang digunakan pula adalah air sejuk atau disimpan dalam peti sejuk semalaman. So air dari dalam buah tadi dapat meresap masuk ke dalam air dan bersatu sehingga menjadikan rasa air itu segar dan penuh khasiat.

KHASIAT/KEBAIKAN INFUSED WATER
Khasiat infused water ini bergantung kepada pemilihan buah-buahan yang kita pilih. Contoh, kalau nak kurus anda perlu gabungkan hirisan timun, limau nipis dan lemon. Untuk anda, saya senaraikan beberapa kelebihan atau khasiat infused water ini mengikut gabungan buah-buahan yang dipilih.

1. Timun + Limau Nipis + Lemon = Mengawal keseimbangan air dalam badan, perut tidak selesa, mengawal selera makan, mengekalkan tahap hidrasi dan juga sistem penghadaman.

2. Teh Hijau + Mint + Limau Nipis = Untuk membakar lemak, sistem penghadaman yang lancar, untuk kelegaan sakit kepala dan kesegaran nafas.

3. Strawberi + Kiwi = Untuk kesihatan kardiovaskular (jantung dan seumpamanya), perlindungan sistem imunisasi badan, kitaran kadar gula dalam darah dan sistem penghadaman.

4. Lemon + Limau Nipis + Oren = Untuk serap vitamin C ke dalam badan, memperkuatkan sistem imunisasi dan juga pedih ulu hati (perlu diminum dalam keadaan sejuk).

Banyak lagi sebenarnya, anda boleh google yang lain-lain.

CARA MUDAH SEDIAKAN INFUSED WATER
Mudah sahaja nak buat infused water ni. Gambar dibawah ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat infused water.



Secara ringkasnya, misalannya anda mahu membuat infused water dari strawberi dan kiwi.
Caranya:

1- Anda perlu hiriskan buah strawberi dan kiwi tersebut.
2- Masukkan kedalam bekas kaca (jar).
3- Masukkan ais atau air sejuk. Dan tutup. Tunggu 30minit atau boleh disimpan semalaman didalam peti sejuk dan minum pada keesokkan paginya.

Mudah je kan? Sedap pulak tu!

Anda boleh klik link dibawah ini untuk mencuba resepi infused water. Jom kita sama-sama cuba nak? Tapi saya tak ada buah la pulak nak buat malam ni. Huhuhuhu. Anda cuba dulu then saya kat komen ya.

LINK RESEPI INFUSED WATER: 
1- http://www.fruitinfusedwater.com/
2- http://www.infusedwaterrecipes.com/

Ooopss, sebelum terlupa. Shaklee pun ada juga produk terhebat dan terhangat di pasaran untuk detoks dan melancarkan sistem penghadaman kita. Ini dia:-


Bukan untuk detoks semata-mata, tapi ada kelebihan lain lagi. Antaranya:

- meningkatkan susu badan
- menguruskan badan
- merawat keputihan
- mengetatkan miss V
- mengawal kolesterol
dan banyak lagi DISINI mengenai Alfalfa ini.

Ini sahaja coretan hari ini, hihihi...hope beri manfaat kepada kita semua ya. Amin.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday 1 October 2014

Cara Dan Adab Mandikan Bayi

Assalammualaikum w.b.t

Kali ini saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat dari Facebook juga sekitar setahun lepas. Belek semula post lama dari facebook page saya, terjumpa artikel ni yang saya pernah kongsikan dulu. Cuma tak diabadikan disini. Harap topik kali ini beri manfaat kepada bakal ibu bapa.

✿ ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR ✿

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

➥ Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

➥ Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

➥ Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

➥ Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

➥ Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

➥ Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

➥ Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

➥ Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

kredit: najla & uwais shop

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 30 September 2014

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama saya tak update blog ni. Bukan sebab tak ada idea, bukan sebab malas TAPI saya super duper BUSY dengan projek menjadi vendor kepada 2 butik. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Bangi. Wah, vendor apakah itu? Hehehe....nanti saya war-warkan kat sini ye. :)

Saya ni suka sangat makan NASI IMPIT DENGAN KUAH KACANG. Kalau musim raya memang wajib saya makan nasi impit kuah kacang tak kiralah kat rumah sendiri atau rumah orang...nama pun musim raya kan ;) Dah bertahun tak masak kuah kacang tapi bulan lepas berani mati jugak buat sendiri kuah kacang nasi impit sebab ada jamuan 'pot luck'. Alhamdulillah ramai yang cakap sedap.. hidungku sudah kembang semangkuk! Hahaha.

So saya teringin pulak nak share resepi kuah kacang nasi impit saya ni. Jom tengok kenapakah diorang cakap sedap...hihi...

BAHAN-BAHAN:
Kacang Tanah 250gram
Santan dari sebiji kelapa
Bawang Merah 5 ulas (ditumbuk)
Bawang Putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili Boh 2 sudu besar (nak pedas boleh tambah)
Serai 2 batang dititik
Asam Keping sekeping sederhana besar
Gula Merah 3 senduk
Gula Pasir 1 senduk (nanti rasa kalau tak cukup boleh tambah).
Garam

CARA-CARANYA:
1 -  Tumiskan bawang tadi sehingga naik bau
2 - Masukkan cili kering yang sudah dibancuh dengan santan (sikit sahaja masukkan santan kedalam cili boh). Tumis sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan kacang yang sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Kacau sebati sehingga naik bau.
4 - Masukkan santan, asam keping, serai. Renehkan seketika.
5 - Kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa. Renehkan sehingga pekat.

Itu saja. Selalunya kuah tu saya renehkan dekat sejam baru lah angkat untuk makan. Lagi lama lagi sedap. Cubalah.

Monday 22 September 2014

Panggilan Mama Yang Ditunggu

Assalammualaikum w.b.t


Cute kan baby ni?

Wah...macam suspen je kan tajuk entri saya kali ini. Sebenarnya dah 2 hari ponteng update blog, rasa tak senang duduk dibuatnya. Tup tup ada idea & waktu untuk buat entri hari ini. Saya agak sibuk kebelakangan ni, sibuk berdating dengan new gadget saya. Hihihi...You all tau kan apa dia tu...disamping hal lain yang perlu diutamakan.

Apa maksud nya ya entri saya kali ini. Panggilan apa yang saya tunggu dan idamkan sangat tu. :)

Hanya Allah yang tahu betapa happynya saya. Terharu dan sebak gembira pun ada. Huhuhu...

Hehe...bukan apa-apa pun tapi saya happy sangat sebab Ammar dah mula nak belajar bercakap. Dah dekat sebulan dia pandai sebut 'Mama' dengan betul dan tak pelat.huhuhu. panggilan yang saya sangat tunggu-tunggu selama ni. Selalu panggil 'bah' je (abah)..panggil saya kadang-kadang je, yang banyaknya 'aaa aaa'. Nampak comel sangat bila dia panggil mama.. so sweet.

Tapi sejak pandai panggil Mama ni...semuanya cari mama...hihihi....balik dari berjalan dengan abahnya, terus panggil mama mama...pastu cakap bahasa perancis..hahaha.. nak makan nak minum panggil mama..duduk depan dia pun panggil mama..selagi tak menyahut 'ya', selagi tu dok panggil. Lepastu suka ulang-ulang panggil.

Best sangat bila anak dah pandai panggil Mama. Keletah makin lucu sebab dia suka bebel-bebel dengan mulut muncungnya.

Setiap masa rindu kat dia kalau berjauhan. Tak jemu nak dengar dia panggil Mama!!!!

Mood: Very very happy!!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday 19 September 2014

WAHM, Itu Impian Saya

Assalammualaikum w.b.t



WAHM. Apa itu WAHM?
WAHM ialah Working At Home Mom. Melayu nya adalah Surirumah Yang Berkerja Di Rumah.
Paling mudah surirumah yang buat bisnes dari rumah.

Wahhh...saya jeles dengan WAHM seperti Kak Wana, Lin Chalo dan lain-lain WAHM yang saya kenal. Mereka ni bukan calang-calang orang, semuanya berkelulusan Ijazah dan pernah kerja makan gaji masuk kerja pukul 8.00am habis kerja pukul 5.30. Tapi keluar dari rumah pukul 7 pagi sampai rumah pukul 7 malam. Gaji hujung bulan masyuk je. Tapi puaskah anda?

Dulu lepas grad, dapat ijazah, saya berazam nak kerja SAMPAI PENCEN! Nak  dapat JAWATAN TERTINGGI dalam jabatan yang saya kerja. Nak GAJI BESAR dari sekarang dan dulu-dulu. Itu cerita 10 tahun yang lalu saat saya masih mentah tentang dunia pekerjaan, masih mentah dalam kehidupan. Yang saya nampak HANYA DUIT, nak KAYA!

Namun, lama kelamaan sebenarnya bukan itu yang saya nakkan. Bukan itu yang membuatkan saya puas. Walaupun cukup bulan dapat gaji sesuai dengan lulusan ijazah saya dan dengan pengalaman berkerja selama hampir 10 tahun kini, hati saya sangat BERCITA-CITA ingin jadi WAHM.

Masyarakat kita dah terbiasa dengan  Orang Perempuan Duduk Goyang Kaki Kat Rumah, Makan Duit Laki je. Senang Hidup. Maafkan saya cakap macam ni, tak semua tapi banyak. Bila isteri yang berkelulusan duduk di rumah, tak bekerja sementelah suami pula mampu menyara sepenuhnya keluarga, dicakap pula tak pandai cari kerja dan macam-macam hal lagi.

Betapa mulianya menjadi surirumah yang ada masa sepenuhnya dengan keluarga terutama anak-anak. Saya rasa sedih tiap kali pergi kerja, Ammar masih lena di sisi suami. Pulang dari kerja, Ammar dah ada di rumah bermain bersama suami. Saya rasa FAIL sebagai IBU sebab saya tidak ada cukup masa dengan Ammar, Masa siangnya banyak dihabiskan bersama Mama Ida nya (pengasuh saya). Isnin hingga Jumaat, saya hanya ada 4 jam untuk bermain dan memahami Ammar, sedangkan pengasuh saya ada masa 12 jam sehari bersama Ammar. Saya CEMBURU!

Saya rasa bersalah pada anak sendiri seolah-olah saya abai tanggungjawab saya. Sebab itulah sejak ada anak ni, hati saya meronta-ronta untuk menjadi WAHM yang berjaya. Saya dah mula berjinak secara serius dalam bisnes menjual produk bayi dan keperluan bayi serta ibu-ibu. Terkini, saya sudah mula membeli mesin jahit global gsm-505 padahal saya tak tahu menjahit langsung. Dan semestinya Shaklee. Ini semua bukan suka-suka untuk mengisi masa lapang, tapi sebagai pembakar semangat saya untuk terus bercita-cita menjadi WAHM yang berjaya.

WAHM bukan surirumah yang tiada ilmu kini, rata-rata sekarang sedar bahawa bekerja sendiri lebih berkat lebih memuaskan hati. Diumur 3 siri, saya sudah tidak mampu menahan telinga dan menahan emosi. Mental saya seolah-olah dibuli, saya yang membiarkan mental saya dibuli. Ruginya hidup saya kalau selamanya saya biarkan terus dibuli. Hidup ini singkat, biarlah diisi dengan perkara yang boleh menggembirakan kita, biarlah emosi kita tenang tidak terlalu memikirkan hal mudah yang menjadi rumit akibat dicipta oleh manusia sendiri. Saya tak suka jadi hamba kerja.

Saya ingin jadi WAHM yang berjaya, saya rela simpan Ijazah yang saya ada untuk banyak masa bersama keluarga disamping mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya hanya dari rumah.
Doakan saya ye. Aminnnn


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 18 September 2014

Cara Merawat Bengkak Susu Secara Tradisional

Assalammualaikum w.b.t



Lunch tadi sembang-sembang dengan kawan, dia baru keluar dari hospital, bersalin kan anak kedua, perempuan tapi kena duduk dalam wad selama 2 minggu sebab bayi nya lahir tak cukup bulan. Lahir pada minggu ke 35 melalui ceaser ekoran dari darah tinggi yang sangat tinggi.

Dah tentulah sembang-sembang pasal anak dan ibu-ibu. Itu dah jadi topik utama kalau mak-mak berlepak ya, bukan buat ketupat. Ooopss.

Dia cerita pengalaman dia masa di hospital tempohari. Syukur susu dia banyak jika dibandingkan dengan anak pertama dulu. Anak pertama pun lahir tak cukup bulan (lahir pra-matang), lahir pada usia kandungan 7 bulan.

Masa di dalam wad ibu dan anak (wad lepas bersalin), ada ibu muda ni baru je melahirkan anak sulung. Umur ibu ini dalam lingkungan 23 tahun. Alhamdulillah, di usia muda dah bergelar ibu.
Ibu muda ni mengalami bengkak susu yang sangat teruk sebab susunya banyak tapi baby tak pandai nak hisap lagi. Penyudahnya, ibu muda ni menangis kesakitan tak henti-henti. Nurse pun tak tahu nak buat apa dah. Tolong urut, tolong picit, tolong suapkan pada bayi pun tak menjadi juga. Payudara ibu muda ni dah bengkak dan mengeras. Ye la, susu banyak terhasil tapi tak boleh nak keluar. Apa lah agaknya rahsia dia dapat susu yang meriah macamtu? Set Penyusuan Lengkap Shaklee tak? Hehehhehe....just joking. Kawan saya pun tak tanya. :)

Ok, berdasarkan pengalaman dari anak pertama, atas nasihat dari doktor juga, kawan saya ni menghulurkan bantuan sebab kesian tengok ibu muda ni menangis-nangis. Nurse pun macam dah give-up. Apa yang dia buat adalah sangat simple dan mudah. Tak terlintas di fikiran saya pun dan saya pun tak tahu cara tu berkesan. Ibu muda tu dah tak sakit dan susu mencurah-curah keluar.

Cara Merawat Bengkak Susu Secara Tradisional

Bila sebut tradisional, tentu anda fikir ia berkait dengan herba kan? Oh tidak! Tak guna apa-apa herba atau minyak pun. Caranya mudah saja. Langkahnya seperti dibawah:

1) Ambil tuala bersih. Tuala Good Morning pun dah ok.
2) Bersihkan puting dengan air suam dahulu. Manalah tahu tersumbat di luaran.
3) Basahkan tuala tadi dengan air panas. Air panas yang baru lepas mendidih. Memang panas tapi anda kenalah tahan sekejap. Celupkan dalam air panas.
4) Terus tekap atau letakkan tuala yang masih panas di payudara anda atau tempat bengkak susu tadi. Sekali lagi, kena tahan. Kejap je panas.
5) Sambil itu, urut perlahan menghala ke puting anda. 
6) Insyaallah, susu akan keluar dan bengkak susu hilang.

Lagi satu, kebetulan pula puting ibu muda ini tadi jenis tenggelam (masuk ke dalam). Barulah kawan saya tahu salah satu puncanya. Bayi tak dapat hisap dengan betul. Dia pun bagi idea pada nurse cara macamana nak keluarkan puting ke luar kepada keadaan yang sepatutnya.

1) Ambil syringe atau picagari. Pastikan muat untuk puting anda.
2) Potong dibahagian hadapan syringe tu
3) Tekapkan pada puting yang tenggelam tadi.
4) Tarik syringe tersebut seperti kita sedang menarik ubat masuk ke dalam syringe.
5) Ulang langkah tersebut sehingga puting keluar. Kena lakukan banyak kali supaya puting tidak tenggelam semula. Kena tahan sakit sikitlah. :)

Mudah je kan? Kalau anda rasa tips ni berguna, share-share la dengan teman anda.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 16 September 2014

New Gadget: Mesin Jahit Global GSM-505

Assalammualaikum w.b.t



Hari ini nak sembang sikit, out of topic. :) Selalu cerita atau share pasal tips-tips dan pasal vitamin je kan. So, hari ini cerita lain sikit.

Mood tengah excited ni!! Hehehehe...
Mesin jahit yang saya tunggu-tunggu dah pun sampai tengahari tadi. Selepas seminggu buat pesanan secara online di Lazada dan bayar cash semasa terima barang tadi.

Tak pernah mimpi pun, tak pernah terlintas pun di fikiran nak beli mesin jahit ni sebenarnya. Mana-mana mesin jahit sekalipun. Memang saya ni kaki dan tangan bangku. Keras dan tak kreatif langsung.
Memang tak pandai menjahit. Nak jahit lurus pun terketar-ketar kepala lutut..huhuhu

Tetiba, saya rasa nak beli mesin jahit ni terus membuak-buak...nak jugak ada mesin jahit walau macamana sekalipun. Nak jugak belajar menjahit. Dengan ilmu menjahit yang kosong ni, saya nekad saya beli jugak Mesin Jahit Global GSM-505 ni. Saya nak cabar diri saya sendiri. Lagipun, saya ada projek untuk jangka masa panjang, nak jadi WAHM. Ya, saya boleh!!!!

Inilah rupa mesin jahit itu:-

Mesin Jahit Global GSM-505
Comel je mesin jahit ni, tak besar sangat dan sangat ringan. Sesuai lah untuk beginner yang baru nak belajar menjahit macam saya ni. Nak beli yang mahal siap-siap risau pula tak pandai-pandai ataupun buat perhiasan je kat rumah. Better beli yang murah tapi berbaloi dengan Mesin Jahit Global GSM-505 ni. Harganya cuma RM159.00 Free Delivery, saya order kat Lazada.com.

Sebelum ni, saya ada baca review pengguna yang dah menggunakan mesin jahit Global GSM-505 ni, semuanya memuji dan berpuas hati dengan 'kecekapan' mesin ni dan sangat sesuai untuk beginner.
Setakat nak jahit baju kurung, jahit sarung bantal atau jahit langsir tu boleh sangatlah. Tapi saya rasa kain yang tebal-tebal tak sesuai rasanya sebab mesin ini bukan jenis 'heavy duty'.

Tak sabarnya nak mula menjahit! Tengah fikir-fikir nak jahit sarung bantal Ammar dulu kot. Nanti saya upload gambar kalau menjadi sarung bantal tu. Hehehhe

Ini packing dari Lazada yang saya terima melalui kurier TA-Q-BIN.


Bila plastik dah dibuka, inilah kotak Mesin Jahit Global GSM-505 itu. :)


Benang dah dipasang siap-siap pada mesin. Ada disediakan foot pedal dan bobbin jugak.


Lain-lain aksesori disediakan:

  • 1 x Global Sewing Machine GSM-505
  • 1 x Adapter
  • 1 x Pedal
  • 3 x Roll of yarn
  • 2 x Needle
  • 1 x User manual
  • 1 x Warranty Card

Warranty pulak selama 6 bulan untuk alat gantian dan 12 bulan untuk teknikal. Okey lah kan?

Nanti saya buat entri review Mesin Jahit Global GSM-505 ni pulak ye. Macamana ia berfungsi, susah ke senang ke apa ke. Manatau ada ibu-ibu atau anak-anak gadis pun nak beli jugak mesin ni.
Bagi saya, tak rugi beli pun sebab senang nak bawa kemana-mana. Thumbs up!


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday 15 September 2014

Senarai Barang Untuk Ibu Menyusu Yang Berkerja

Assalammualaikum w.b.t


Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu baru yang menanam azam untuk menyusui bayi anda selama yang mungkin. Mudahan sampai 2 tahun. Ibu yang bekerja terutamanya, banyak dugaan untuk anda sepanjang tempoh penyusuan ni, almaklumlah kalau kita berkerja dengan orang. Waktu pam kita perlu jaga tapi pada masa yang sama kita kena ikut arahan bos. Tambahan pulak kalau sibuk dan kerja bertimbun-timbun untuk siapkan. Dalam hati kita ni pulak sibuk menghitung waktu untuk mengepam, kalau miss waktu pam akan beri kesan terhadap penghasilan susu kita. Macam tu la yang saya rasakan dulu.

Sebelum saya sentuh topik entri kali ini, saya nak share sikit persediaan sebagai ibu menyusu yang berkerja macam saya dulu. Ini pengalaman saya sendiri, lain orang mungkin lain caranya.

Sebagai ibu baru pada masa tu, saya perlu sediakan diri saya dari segi mental dan fizikal.
Badan tak boleh penat sangat, hati tak boleh runsing sangat, nanti susu tak banyak yang dapat. Kalau saya stress masa mengepam lagilah sikit yang dapat.

TIPS Dari Saya
Untuk mengelakkan saya stress bila masuk kerja nanti, saya sudah mengolah jadual pam saya mengikut jadual waktu saya berkerja nanti. Ada 3 sesi rehat, iaitu pagi, tengahari dan petang. Maka jadual saya pun tiga kali jugak. Tempoh mengepam juga saya ikut tempoh rehat di tempat kerja jugak. Iaitu 15 minit, 30 minit dan 15 minit.
Ini bagi membiasakan badan dan otak saya supaya dapat signal yang sama bila saya berkerja nanti, Tak adalah otak keliru dengan jadual saya yang tiba-tiba berubah dan Insyaallah susu akan kekal meriah!

Saya banyakkan mengepam dari menyusu secara terus pada waktu siang tapi akan menyusukan secara terus (direct feeding) ketika malam sampailah ke pagi. Supaya badan dan otak kita akan biasa dengan jadual kita ditempat kerja nanti.

Saya nak share lagi tapi rasanya saya nak buat entri khas pasal persediaan sebagai ibu menyusu yang berkerja nanti. Insyaallah, tunggu ye :)

Ok, back to the original topic. Mungkin ramai ibu-ibu baru yang sedang menghitung hari untuk masuk kerja semula atau bakal-bakal ibu yang tak ada idea apakah barang keperluan bagi ibu menyusu yang berkerja. Barang apa yang perlu di bawa, barang apa yang perlu beli dan sebagainya. So, saya kongsikan disini ya (berdasarkan pengalaman sendiri jugak).

SENARAI BARANG KEPERLUAN BAGI IBU MENYUSU YANG BERKERJA

** sesuai untuk rumah pemgasuh atau nursery. Saya menghantar anak saya ke pengasuh.

1) Breastpump - Seeloknya double breastpump sebab menjimatkan masa dan dapat lebih banyak susu.

Contoh Double Breastpump
2) Cooler Bag - Untuk simpan susu perahan. Seeloknya beli yang boleh simpan breastpump sekali. Sangat penting untuk menyimpan stok susu perahan, tak perlu simpan di dalam peti sejuk. Ia mampu menyimpan susu perahan anda selama 8-10jam dengan baik. Setibanya dirumah, pindahkan susu perahan ke dalam peti sejuk.

Cooler Bag 2 in 1: Atas tempat untuk simpan breastpump, bawah untuk simpan stok susu perahan
3) Breast Milk Storage Bottle - Botol susu untuk menyimpan susu perahan. Kalau sekali pam anda dapat 8oz, ada 3 sesi pam, so anda perlu lah membawa 6 botol susu kosong. 1 botol selalunya paling banyak pun boleh simpan 5oz susu. Ada jenama Autumnz, Jingle Jungle dan sebagainya.

Storage Bottle
4) Breast Milk Storage Bag - Sterile Bag untuk menyimpan susu. Saya selalu gunaka ketika emergency, manatau tetiba hari tu susu terlebih meriah dan tak cukup botol susu. So, storage bag ni sebagai penyelamat. :)


5) Ice Pack - Sangat perlu untuk mengekalkan susu perahan kita sentiasa dalam keadaan sejuk supaya susu tak akan basi dan susu bebas dari bakteria. Beli 3 atau 4 pack (selalunya satu kotak ada 3 pack) dan letakkan ke dalam Cooler Bag sebelum pergi berkerja. Pastikan ice pack sudah dibekukan lebih dari 8 jam bagi memastikan ia kekal sejuk dan bertahan selama 8 jam di pejabat.




OPTIONAL 

1) Nursing Cover - Kalau anda pam ditempat terbuka seperti Surau, anda digalakkan memakai Nursing Cover untuk menutup payudara anda :)


2) Washable/Disposable Breastpad - Sekiranya anda mempunyai susu yang banyak sehingga basah, disarankan memakai breastpad ini.


3) Air Yang Mencukupi - Penting untuk penghasilan susu ibu, paling kurang adalah 3 liter sehari.

4) Supplemen Tambahan Seperti Set Penyusuan Lengkap Shaklee. Dapat membantu anda tidak stress, dapat membantu memperbaiki hormon anda, dapat memberikan tenaga dan protein sekaligus menyumbang kepada penghasilan susu yang meriah!

P/S: Saya pun ada menjual produk keperluan ibu menyusu, anda boleh lah ke Facebook Chumel House, atau Instagram: chumelhouse. PM terus pun boleh ke 0125970799 (SMS, Whatsapp, Telegram).

Untuk mengetahui cara-cara membekalkan susu perahan ke rumah pengasuh pula, anda boleh KLIK SINI untuk lebih lanjut. Senang dan mudah je asalkan ikut caranya. Pengasuh pun senang nak handle susu perahan anda. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday 14 September 2014

Cara Yang Betul Menegur Kesalahan Anak

Assalammualaikum w.b.t

Entri kali ini saya nak share dari entri Warga Prihatin, saya ada share di Facebook Mama Dan Baby Sihat setahun yang lalu.

Topik yang saya kira sangat membantu saya sebagai ibu yang baru setahun jagung membesarkan Muhammad Ammar Haziq yang kini berusia setahun 6 bulan. Sementelah, sekarang ni pulak dia kuat meragam, kuat merajuk, selalu buat mama nya naik angin. Huhuhuhu...Rasanya sekarang ni masa yang sangat sesuai saya recap dan share di blog ni.

Sepanjang bergelar ibu ni, dah macam-macam nasihat yang saya terima macamana cara nak handle perangai anak-anak yang kian membesar terutama yang berusia 1 tahun hingga 4 tahun. Sebab waktu umur diorang macam ni lah, kita diuji sejauh mana kesabaran kita, macamana kita berkompromi dengan anak kita yang masih tak tahu apa-apa.

Rakan yang pertama menasihati: Jangan biar anak menangis lama-lama, nanti dia jadi DEGIL!
Rakan yang kedua: Jangan marah atau pukul anak kalau dia buat silap, sebab dia tak tahu apa-apa.
Rakan yang ketiga: Terus pujuk anak kalau dia meragam, nanti lama-lama makin susah nak pujuk.
Rakan yang keempat: Biar anak menangis kalau dia tak sakit, jangan dipujuk, nanti dia dah biasa guna tangisan sebagai alat untuk dominasi kita.

Hmm....agak-agak mana satu yang perlu saya ikut ya?

Tapi entri kali ni nak cerita perihal cara kita menegur anak kita. Perlukah kita diam dahulu, perlukah kita marah diorang selepas beberapa ketika atau tegur mereka on the spot?
Ammar pun tak kurang hebatnya jugak sekarang ni, dah pandai merajuk tanpa sebab, menangis tanpa sebab dan macam-macam hal lagi. Ada juga kenakalan dia yang sangat menguji kesabaran saya sebagai ibu, tapi saya pun tak pasti cara yang betul untuk menegur tindakan dia tu sebab dia masih kecil.

Diharap, entri dari Warga Prihatin ni banyak membantu kita macamana cara untuk menegur anak kita. Betulkah cara kita menegur anak on the spot? Apakah kesannya? Jom kita sama-sama fahami.



Setiap anak pasti akan melakukan kesilapan dan kenakalan. Anak yang besar, anak yang kecil, sama sahaja. Cuma bentuk kenakalan dan kesalahan mereka sahaja yang berbeza. Kali ini kami bawakan satu parenting tips yang mudah dan sesuai untuk menangani anak-anak kecil yang nakal.

Sebaik sahaja kita berjaya menangkap anak kita melakukan kesilapan, apa yang kita perlu buat? Tegur on the spot! Ini adalah mekanisma mendidik anak tentang “do and don't s” dan “damage control”. Ia mengajar anak tentang “rules and regulations, boundary and limitation” sejak bayi lagi.

Mari kita lihat contoh ini. 

Kita lihat anak kita yang berumur tiga tahun mencubit adiknya yang masih kecil. Apa yang perlu dibuat? Terus tegur dan hukum mereka? ataupun tunggu ayahnya balik dan kemudian laporkan kepada ayahnya untuk diambil tindakan?

Tindakan pertama akan segera menghentikan perlakuan mencubit adik itu, dan memberikan mesej kepada anak bahawa apa yang dilakukannya itu salah. Tindakan kedua akan menghimpunkan kesemua kesalahan anak yang telah dihukum pada hari itu, dan ditegur/dihukum kesemuanya pada malam hari. 

Anak-anak kecil terutamanya yang belum bersekolah banyak melakukan kesilapan dan kenakalan setiap hari. Ini disebabkan oleh sifat mereka yang suka mencuba, suka mengikut-ikut apa yang mereka lihat, serta masih tidak tahu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Ada yang mereka lakukan itu baik, dan pasti juga ada banyak yang salah. Selain itu, memang sifat anak-anak kecil ini tidak mampu untuk mengingati kesemua yang mereka lakukan untuk satu tempoh masa yang panjang. Mereka juga masih keliru dengan masa.

Oleh itu, setiap kali kita mendapati anak kita melakukan sesuatu kesalahan, maka perlulah kita menegur mereka pada ketika itu juga, ketika ditangkap melakukan kesalahan tersebut. Jika kesalahan itu besar atau berulang dan perlu dihukum, hukumlah mereka pada ketika itu juga. Rotan, ketuk ketampi, time frame, atau apa-apa hukuman yang bersesuaian. Berbanding dengan menghimpunkan kesemua kesalahan yang mereka telah lakukan dalam tempoh sehari, dan dinasihati/dihukum pada penghujung hari, kaedah ini adalah kurang berkesan berbanding tegur on the spot. Mengapa?

Pertama, daya ingatan anak-anak. Jika ditegur dan dihukum on the spot, mereka masih ingat lagi dengan jelas apa yang telah mereka lakukan. Pada waktu itu juga mereka tahu apa yang telah dibuat itu salah. Mereka mungkin telah pun lupa pada apa yang telah mereka lakukan jika tidak ditegur "on the spot".

Kedua, terlalu banyak perkara yang telah mereka lakukan dalam satu-satu hari. Setelah ditegur/dihukum on the spot, mereka akan tahu untuk kesilapan yang mana mereka ditegur/dihukum. Sebaliknya, mereka akan keliru dan mungkin tidak tahu daripada banyak perkara yang telah mereka lakukan pada hari tu, atas kesalahan manakah mereka ditegur dan dihukum itu. Itu tidak termasuk kerusakan dan kerugian akibat kenakalan mereka yang juga bertimbun. Ingat, biasanya satu kesalahan yang kita tangkap “red handed” ada 10 lagi yang tidak kita ketahui.

Ketiga, dengan menegur on the spot, mereka akan segera menghentikan kesalahan yang telah mereka lakukan itu dan tidak mengulanginya lagi. Penting untuk menghentikannya segera berbanding dengan menghentikan sesuatu yang telah terbiasa kerana telah berulang kali dilakukan.

Hari ini ramai ibu bapa moden sudah lupa mendidik anak melalui pencegahan (hudud). Depan ibu bapa, depan tetamu anak boleh panjat atas meja, ramas kuih dan tembikai yang dihidang pada tetamu. Berlari-lari depan orang tua tanpa adab, salam orang tua tanpa tunduk, malah tarik tangan orang tua sampai nak tersungkur. Bagi kami itu sudah masalah berat. Hasilnya ramai anak muda kini SUKAR DITEGUR.

Warga Prihatin mendapati habit ini boleh mendisplinkan anak. Ia mengurangkan kerusakan dan kecederaan. Yang penting mengurangkan KEDEGILAN anak. Marilah kita sama-sama menegur anak kita ON THE SPOT setiap kali kita nampak mereka melakukan kesalahan.

sumber: warga prihatin


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday 12 September 2014

Kenali Warna-Warni Najis Bayi Anda

Assalammualaikum w.b.t



Siapa yang dah mempunyai anak, mesti akan rasa happy bila anak 'poo-poo' kan? Kalau sehari anak tak poo-poo atau membuang, tentu resah dibuatnya. Mesti fikir macam-macam dah, anak sembelit ke? Anak tak sihat ke?

Kalau dalam sehari anak poo-poo banyak kali pun, risau juga. Sakit perutkah dia? Kan?
Macam itulah prihatinnya kita sebagai ibu dan bapa terhadap anak kita yang masih kecil.

Kali ini, saya nak sentuh topik berkenaan warna-warna najis bayi kita. Kalau anda perhatikan, warna-warna najis bayi kita tak semuanya sama dan tak selamanya sama. Kenapa ye? Apa puncanya?
Jangan risau lebih, jom kita baca dulu ye.

Kenali Warna-Warni Najis Bayi Anda
Tar Hitam Kehijauan


Ini dipanggil mekonium, najis pertama bayi anda. Ia kelihatan seperti minyak enjin, tidak terlalu berbau dan ia adalah biasa (normal).

Buih Hijau Terang


Najis berbuih ala-ala alga yang disebabkan oleh terlalu banyak susu awal rendah kalori yang diambil oleh bayi anda dan kurangnya susu awal yang berkhasiat.

Mustard Kuning Berkrim


Najis biasa bagi bayi yang menyusu badan. Teksturnya berkrim seperti mustard Dijon dan keju lembut yang bercampur dengan keju lembut.

Hijau Gelap Lekit Kehitaman


Jika bayi anda mengambil zat besi tambahan, situasi ini adalah normal. Jika tidak, dapatkan nasihat doktor untuk memastikan semuanya baik.

Pes Mentega Kacang


Najis berwarna sawo matang, kuning-coklat atau hijau-coklat yang berbau tajam dan kelihatan seakan-akan mentega kacang yang biasanya terjadi kepada bayi yang mengambil susu formula.

Pelbagai Warna Seperti Pelangi


Ada jugak ya? :)
Najis mengandungi cebisan makanan berwarna-warni seperti merah, oren dan biru yang kadang-kala terjadi bila makanan yang tercerna melepasi usus terlalu cepat.

Harap memberi manfaat kepada kita sebagai ibu bapa, jangan cepat panik kalau poo-poo bayi atau anak anda bertukar warna. Cuba ingat apa yang dia makan sebelumnya.

Saya nak cadangkan Meal Shakes Shaklee ni untuk anak anda yang berusia satu tahun keatas. Bagus untuk sistem imunisasi mereka (anak tak mudah dapat demam), tingkatkan selera makan dan menghindar sembelit dan lain-lagi kebaikan. Satu balang ni boleh tahan selama sebulan lebih.


KLIK pada gambar untuk mengetahu tentang Meal Shakes dengan lebih lanjut dan jelas.

sumber rujukan: Mami Baby Ogos 2012

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 11 September 2014

Bagus Sangatkah Bisnes Shaklee Ni?

Assalammualaikum w.b.t

Hmm...minggu ni rasa macam nak bercerita pasal Shaklee ni pulak. Selalunya saya share tips-tips berkenaan parenting je kan? Apa lah salahnya kalau cerita sikit pasal Shaklee.

You all pun dah tau kan saya ni jugak SID a.k.a agen Shaklee....dah setahun lebih join Shaklee. Baru setahun jagung dalam bisnes Shaklee dan masih lagi merangkak untuk belajar mengenai kesemua produk Shaklee.

Ramai yang tertanya, hebat sangat ke bisnes Shaklee ni? Sampaikan ramai sangat yang join. Kat Facebook jangan cakaplah, penuh dengan iklan Shaklee je (oopss...iye ke..hehhe)..

Pertama sekali, Shaklee ni bukanlah JENAMA MALAYSIA, Shaklee ni berpangkalan di Amerika Syarikat. Dah lebih 60 tahun Shaklee ni. Yup! Shaklee mempunyai pakar R&D sendiri untuk menciptakan sesuatu produk keluarannya, setiap produk pula diambil dari sumber yang semulajadi dan diuji secara klinikal. Produknya bukannya BELI DARI KILANG DAN COP JENAMA SHAKLEE. Kualiti dan keasliannya sentiasa dipantau. Ianya dijamin SELAMAT!

Tak mahu cerita panjang, KLIK SINI untuk kenali Shaklee dengan lebih dalam.



SHAKLEE TAK SAMA SEPERTI BISNES MLM YANG LAIN
Kenapa saya cakap Shaklee ni tak sama macam MLM yang lain? Mungkin pada yang belum kenal Shaklee akan cakap Shaklee pun MLM, KENA CARI ORANG, KENA PERGI SEMINAR, KENA KELUAR MODAL YANG BANYAK...BLA BLA BLA..

Oh Sayangku, tidak sama sekali!

1) HABUAN DARI DOWNLINE
Saya dulu pernah masuk MLM sebelum Shaklee tapi ternyata Shaklee ni berbeza. Mengamalkan KONSEP SIAPA RAJIN DIA DAPAT, Shaklee tidak mengamalkan upline mendapat HABUAN DARI DOWNLINEnya, tak sama seperti MLM yang lain. Apabila ahli baru mendaftar dibawah saya sebagai contohnya, beliau hanya perlu membayar RM75.00 untuk seumur hidup dan dapat Starter Kit Shaklee dan Shaklee akan poskan terus kepada beliau. Saya tidak dapat SESEN pun! Kalau MLM yang lain, mungkin bernilai RM50 satu kepala kalau anda dapat bawa masuk satu anak misalnya. Tapi Shaklee tidak begitu.

2) JUAL PRODUK BUKAN CARI DOWNLINE
Shaklee lebih tertumpu kepada jual produk bukan tertumpu untuk cari downline. Anda TIADA DOWNLINE pun boleh hidup dengan Shaklee. Boleh berjaya dengan kaki sendiri. Shaklee yakin dengan produknya maka anda TIDAK DIWAJIBKAN MENCARI AHLI DIBAWAH ANDA. Itulah bezanya Bisnes Shaklee. Kalau berpuluh tahun anda tidak aktif dan tidak mempunyai downline, Shaklee tidak akan banned anda, tidak akan blocked akaun Shaklee anda, tidak akan pindahkan anda ke upline yang lain. Sebab yang penting baginya adalah PRODUK SHAKLEE....anda mahu duit lebih, buatlah bisnes dengan Shaklee..tak nak buat pun tak mengapa.

3) TIDAK WAJIB BELI
Bila anda sudah jadi ahli, anda adalah SID Shaklee seumur hidup walaupun anda tidak pernah beli apa-apa pun sejak anda daftar sebagai ahli. Sebab Shaklee tiada PAKSAAN UNTUK MAINTAIN BELI setiap bulan. Tidak ada minimum yang perlu anda beli setiap bulan. Tak nak beli terus pun tak apa. Tapi kalau dah masuk ahli, rugilah kalau tak guna kelebihan ahli untuk beli produk Shaklee kan?

4) TIDAK WAJIB JUAL KAT ORANG
Tak perlu susah-susah cari orang untuk jual produk Shaklee kalau anda dah jadi ahli Shaklee. Sebab anda TIDAK DIWAJIBKAN JUAL kat orang lain. Kenapa? Sebab anda boleh beli untuk diri sendiri seumur hidup jugak, tak nak seumur hidup pun boleh...nak setahun sekali beli pun boleh...tak nak pun boleh :) ..Shaklee tidak kenakan syarat-syarat pun untuk apa anda mendaftar sebagai ahli. Yang penting baginya adalah produk Shaklee dapat memperbaiki kesihatan anda dan orang sekeliling anda, bukannya anda perlu jual produk Shaklee.

5) SIAPA RAJIN DIA DAPAT
Rentetan dari no 1. Upline yang MALAS tak akan dapat apa-apa dari Shaklee walaupun downlinenya buat jualan ribu raban. It's true. Ada SID yang downlinenya dah jadi Master tapi SID tu masih menjadi ahli biasa. Sebab apa? Sebab dia makan untuk sendiri je, tapi downline dia rajin, buat bisnes sampingan dengan Shaklee, downline nya yang kaya. Sebab bonus dari Shaklee mengamalkan konsep siapa buat lebih dia dapat lebih. Tak pandang sistem upline dan downline, semuanya sama rata.

6) BONUS BULANAN
Haa...ini untuk orang yang rajin dan betul komited dengan bisnes Shaklee sebab nak buat bisnes sampingan untuk dapat income sampingan. Shaklee akan beri bonus sekiranya telah mencapai target 150uv keatas setiap bulan. Ini yang Shaklee beri, belum lagi untung cash yang anda akan dapat bila jual produk Shaklee kat orang lain, untung cash tu mencecah 30% dari harga ahli. So dalam bulan tu anda akan dapat UNTUNG CASH + BONUS SHAKLEE = $$$$. :) Nak tau lebih lanjut? PM saya ye.

7) TIADA SEMINAR, TIADA WORKSHOP DSB
Shaklee tidak menekankan untuk mengadakan seminar, table talk, workshop dan sebagainya. Shaklee tidak buat pun. Tapi ada Master-Master yang buat coaching menerusi talian seperti Facebook, Whatsapp dan juga melalui GotoMeeting. So, anda tidak perlu bersusah payah untuk keluarkan duit untuk mengutip ilmu macamana nak buat duit dengan Shaklee, asalkan anda ada telefon sudah memadai. Semua coaching menerusi talian.

Namun, ada juga Master-Master buat perjumpaan atau seminar untuk coaching macamana nak berjaya dengan Shaklee ni. Ini atas inisiatif Master sendiri. Tak wajib datang pun. Contohnya Master akan buat coaching untuk buat blog, macamana nak buat blog jadi popular.

8) TAK PERLU BELI STOK UNTUK JUAL
Anda hanya bayar RM75.00 untuk mendaftar sebagai ahli dan akan dapat Starter Kit. Dalam Kit tersebut tiada produk Shaklee, harap maklum. Tapi ada katalog, buku panduan dan profil Shaklee serta kelengkapan yang lain sekiranya anda mahu buat bisnes dengan Shaklee. Kalau tak nak, simpan je. Ada masa, baca katalog dan buku yang diberikan.

Seandainya, anda nak buat bisnes dengan Shaklee. Nak buat duit dengan Shaklee. Anda tak perlu beli stok pun, tak perlu buat stok. Anda hanya promote di FB atau blog, bila ada pelanggan order, apa yang anda perlu buat hanyalah order dari Shaklee dan Shaklee akan terus poskan kepada pelanggan anda. Order pun melalui online jugak. Hari ini order, esok dah sampai (di sekitar Lembah Klang).

9) GANJARAN DARI SHAKLEE
Tak nak cerita lebih, tengok je gambar ni. Tak faham, sila pm saya ye..hihihihi


Gambar konvensyen Shaklee di Amerika Syarikat:



Mungkin ada yang masih ragu-ragu, boleh berjayakah dengan Shaklee ni..nah, saya beri link blog Master-Master Shaklee yang dah bergelar Jutawan Shaklee..Dulu mereka juga berkerja tapi kini menjadi Surirumah Sepenuh Masa dan bergelar WAHM (Working At Home Mother).. Diorang semua ni dah dapat macam-macam dari Shaklee atas usaha gigih diorang.

Inilah impian saya suatu hari nanti!!!

1) Master Lin Chalo
Blog Url: http://sweetbonda.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/SweetBonda

2) Presidential Master Mama Cery
Blog Url: http://www.mamafaiz.com/
FB: https://www.facebook.com/Magikacerysikelipkelip

3) Master Ainul Malik
Blog Url: http://healthierlife4uandme.blogspot.com/
FB: https://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

4) Master Lyna
Blog Url: http://vitaminsemulajadi.com/
FB: https://www.facebook.com/vitaminsemulajadi

dan ramai lagi.

Mereka dah buktikan mereka boleh, hanya ANDA MAMPU MENGUBAHNYA! Anda yang pilih:


Nak JADI AHLI jugak? PM je saya :)



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************

Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera