Assalammualaikum w.b.t
Cute kan baby ni?
Wah...macam suspen je kan tajuk entri saya kali ini. Sebenarnya dah 2 hari ponteng update blog, rasa tak senang duduk dibuatnya. Tup tup ada idea & waktu untuk buat entri hari ini. Saya agak sibuk kebelakangan ni, sibuk berdating dengan new gadget saya. Hihihi...You all tau kan apa dia tu...disamping hal lain yang perlu diutamakan.
Apa maksud nya ya entri saya kali ini. Panggilan apa yang saya tunggu dan idamkan sangat tu. :)
Hanya Allah yang tahu betapa happynya saya. Terharu dan sebak gembira pun ada. Huhuhu...
Hehe...bukan apa-apa pun tapi saya happy sangat sebab Ammar dah mula nak belajar bercakap. Dah dekat sebulan dia pandai sebut 'Mama' dengan betul dan tak pelat.huhuhu. panggilan yang saya sangat tunggu-tunggu selama ni. Selalu panggil 'bah' je (abah)..panggil saya kadang-kadang je, yang banyaknya 'aaa aaa'. Nampak comel sangat bila dia panggil mama.. so sweet.
Tapi sejak pandai panggil Mama ni...semuanya cari mama...hihihi....balik dari berjalan dengan abahnya, terus panggil mama mama...pastu cakap bahasa perancis..hahaha.. nak makan nak minum panggil mama..duduk depan dia pun panggil mama..selagi tak menyahut 'ya', selagi tu dok panggil. Lepastu suka ulang-ulang panggil.
Best sangat bila anak dah pandai panggil Mama. Keletah makin lucu sebab dia suka bebel-bebel dengan mulut muncungnya.
Setiap masa rindu kat dia kalau berjauhan. Tak jemu nak dengar dia panggil Mama!!!!
Mood: Very very happy!!!
Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)
*****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera
Produk Hebat Shaklee
Showing posts with label Kenali Saya. Show all posts

Monday, 22 September 2014
Friday, 19 September 2014
WAHM, Itu Impian Saya
Assalammualaikum w.b.t
WAHM. Apa itu WAHM?
WAHM ialah Working At Home Mom. Melayu nya adalah Surirumah Yang Berkerja Di Rumah.
Paling mudah surirumah yang buat bisnes dari rumah.
Wahhh...saya jeles dengan WAHM seperti Kak Wana, Lin Chalo dan lain-lain WAHM yang saya kenal. Mereka ni bukan calang-calang orang, semuanya berkelulusan Ijazah dan pernah kerja makan gaji masuk kerja pukul 8.00am habis kerja pukul 5.30. Tapi keluar dari rumah pukul 7 pagi sampai rumah pukul 7 malam. Gaji hujung bulan masyuk je. Tapi puaskah anda?
Dulu lepas grad, dapat ijazah, saya berazam nak kerja SAMPAI PENCEN! Nak dapat JAWATAN TERTINGGI dalam jabatan yang saya kerja. Nak GAJI BESAR dari sekarang dan dulu-dulu. Itu cerita 10 tahun yang lalu saat saya masih mentah tentang dunia pekerjaan, masih mentah dalam kehidupan. Yang saya nampak HANYA DUIT, nak KAYA!
Namun, lama kelamaan sebenarnya bukan itu yang saya nakkan. Bukan itu yang membuatkan saya puas. Walaupun cukup bulan dapat gaji sesuai dengan lulusan ijazah saya dan dengan pengalaman berkerja selama hampir 10 tahun kini, hati saya sangat BERCITA-CITA ingin jadi WAHM.
Masyarakat kita dah terbiasa dengan Orang Perempuan Duduk Goyang Kaki Kat Rumah, Makan Duit Laki je. Senang Hidup. Maafkan saya cakap macam ni, tak semua tapi banyak. Bila isteri yang berkelulusan duduk di rumah, tak bekerja sementelah suami pula mampu menyara sepenuhnya keluarga, dicakap pula tak pandai cari kerja dan macam-macam hal lagi.
Betapa mulianya menjadi surirumah yang ada masa sepenuhnya dengan keluarga terutama anak-anak. Saya rasa sedih tiap kali pergi kerja, Ammar masih lena di sisi suami. Pulang dari kerja, Ammar dah ada di rumah bermain bersama suami. Saya rasa FAIL sebagai IBU sebab saya tidak ada cukup masa dengan Ammar, Masa siangnya banyak dihabiskan bersama Mama Ida nya (pengasuh saya). Isnin hingga Jumaat, saya hanya ada 4 jam untuk bermain dan memahami Ammar, sedangkan pengasuh saya ada masa 12 jam sehari bersama Ammar. Saya CEMBURU!
Saya rasa bersalah pada anak sendiri seolah-olah saya abai tanggungjawab saya. Sebab itulah sejak ada anak ni, hati saya meronta-ronta untuk menjadi WAHM yang berjaya. Saya dah mula berjinak secara serius dalam bisnes menjual produk bayi dan keperluan bayi serta ibu-ibu. Terkini, saya sudah mula membeli mesin jahit global gsm-505 padahal saya tak tahu menjahit langsung. Dan semestinya Shaklee. Ini semua bukan suka-suka untuk mengisi masa lapang, tapi sebagai pembakar semangat saya untuk terus bercita-cita menjadi WAHM yang berjaya.
WAHM bukan surirumah yang tiada ilmu kini, rata-rata sekarang sedar bahawa bekerja sendiri lebih berkat lebih memuaskan hati. Diumur 3 siri, saya sudah tidak mampu menahan telinga dan menahan emosi. Mental saya seolah-olah dibuli, saya yang membiarkan mental saya dibuli. Ruginya hidup saya kalau selamanya saya biarkan terus dibuli. Hidup ini singkat, biarlah diisi dengan perkara yang boleh menggembirakan kita, biarlah emosi kita tenang tidak terlalu memikirkan hal mudah yang menjadi rumit akibat dicipta oleh manusia sendiri. Saya tak suka jadi hamba kerja.
Saya ingin jadi WAHM yang berjaya, saya rela simpan Ijazah yang saya ada untuk banyak masa bersama keluarga disamping mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya hanya dari rumah.
Doakan saya ye. Aminnnn
Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************

Subscribe to:
Posts (Atom)