Friday 27 June 2014

Tempoh Penyusuan Dalam Islam

Assalammualaikum w.b.t


Saya ingin kongsikan tips penyusuan dalam islam apabila saya ada terbaca perdebatan mengenai tempoh penyusuan susu ibu yang betul di laman group di Facebook. Ada yang berpendapat, tidak perlu memberi makanan atau minuman lain kepada bayi selain susu ibu sehingga 2 tahun mengikut kaedah islam. Dan ada yang tidak bersetuju kerana risau kurangnya nutrisi yang diterima oleh bayi sekiranya hanya memberi susu ibu.

Saya pun google, dan dapatlah entri ini. Sama-sama kita hayati.

TEMPOH PENYUSUAN DALAM ISLAM

Saya hanya mengambil sebahagian daripada kenyataan Eksekutif Kanan Penyelidikan Program dan Pembangunan Kandungan TVAlhijrah, Tuan @Syed Shahridzan. Ini adalah antara penjelasan beliau berhubung tempoh yang ideal bagi penyusuan ibu dalam islam. Dimana ada yang masih tertanya-tanya, bolehkah bayi hanya diberi susu ibu sahaja selama 2tahun? 

Menurut Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah di dalam al-Majmu'ah li al-Fatawa:
وقَوْله تَعَالَى ( حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ) يَدُلُّ عَلَى أَنَّ هَذَا تَمَامُ الرَّضَاعَةِ ، وَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غِذَاءٌ مِنْ الْأَغْذِيَةِ "
‘Firman Allah itu (Dua tahun lengkap, bagi sesiapa yang ingin melengkapkan penyusuan) menunjukkan bahawa tempoh itu adalah penyusuan yang lengkap. Apa(susuan) yang lebih dari itu(dua tahun) merupakan sebahagian daripada makanan (untuk anak).’

Tafsir yang diutarakan oleh Ibnu Taimiyyah RHM menguatkan lagi kedudukan tempoh 2 tahun bukanlah tempoh yang disangkakan iaitu tempoh maksimum, malah melalui fatwa beliau di atas menunjukkan penyusuan melebihi 2 tahun adalah dibenarkan oleh syarak.

Sepertimana yang telah dijelaskan, maksud ayat suci tersebut, tempoh dua tahun adalah tempoh yang paling ideal untuk tumbesaran kanak-kanak agar membesar dengan lebih sempurna, iaitu sebaik-baiknya para ibu menyusukan anak-anak mereka sekurang-kurangnya dua tahun. Fakta ini dikuatkan dengan fakta perubatan yang menyatakan, seorang bayi mampu membesar dengan baik hanya dengan susu ibu meskipun tanpa diiringi pemakanan yang lain dalam tempoah 2 tahun. (Rujuk: Majalah al-Buhuth al-Islamiyyah, keluaran 37, ms 329).


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment