Friday 20 June 2014

Persediaan Hadapi Ramadhan Bagi Ibu Menyusui Bayi

Assalammualaikum w.b.t


Lagi 8 hari je lagi kita nak menginjak ke bulan ramadhan... apa persedian anda? Selalunya untuk orang yang dah berkahwin macam saya ni, mesti beli stok makanan banyak-banyak. :)

Kalau saya, yang wajib ada mestilah telur, ikan bilis, ikan masin, sardin. Macam menu orang bujang je kan? Hihihi, tapi menu ni lah jadi penyelamat kalau-kalau terbangun lambat ketika bersahur. :) Ataupun bila dah tak lalu nak makan kari / masak lemak / sup ke apa ke. Bulan puasa ni selera lain macam sikit. Betul tak?

Saya terpanggil untuk buat entri persediaan hadapi ramadhan bagi ibu menyusui bayi bilamana ada rakan whatsapp bertanyakan hal ni. Dia risau kalau-kalau susunya merudum ketika ramadhan nanti.
Saya akan kongsikan apa yang telah saya praktikkan dulu. Harap dapat membantu ibu-ibu diluar sana.

Persediaan Mental
Mental kena kuat ketika ramadhan bahkan sebelum ramadhan lagi. Yakin dengan diri bahawa boleh menjalani ibadah puasa dengan jayanya walaupun menyusui bayi.

Mental kena set bahawa anda masih boleh menyusu seperti biasa, set dalam minda yang susu badan anda cukup untuk bayi anda di bulan mulia nanti. Sentiasa positif anda mampu!

Persediaan Diri
Mental kuat saja tak cukup kalau diri anda tidak kuat. Faham kan maksud saya. Diri kita perlu sentiasa sihat, sentiasa segar dan sentiasa cukup dengan nutrien. Barulah susu badan sentiasa ada untuk menggantikan susu yang sudah diperah atau disusukan terus kepada bayi.

Tidur yang cukup pun salah satu penyumbang untuk mencapai tahap kesihatan diri yang optimum. Tidur selama mana yang boleh kerana kita perlu berjaga semula untuk bersahur. Yang penting tidur yang berkualiti iaitu kita tak akan rasa tak cukup tidur bila kita berjaga nanti.

Macamana nak sediakan diri supaya kekal bertenaga, kekal bernutrien sedangkan kita berpuasa? Saya ada jawapannya tapi sebentar ya. :)

Persediaan Pemakanan
Point yang sangat saya suka bila menyentuh bab pemakanan. Cukupkah nutrien yang kita dapat hasil dari pemakanan yang kita makan setiap kali atau setiap hari? Mampukah makanan itu memberikan kita susu badan yang banyak atau susu badan yang mencukupi untuk bayi kita?

Adakah makanan yang diambil boleh meningkatkan susu badan dan adakah makanan itu boleh menjejaskan pengeluaran susu badan? Jawapannya: Ya!

Makanan Yang Boleh Menjejaskan Pengeluaran Susu
Elakkan dari mengambil makanan berikut:-

1) Makanan Pedas seperti kari, sambal dll
2) Makanan Yang Sejuk: aiskrim, air berais, air gas, timun dan seumpamanya.
3) Kubis: tak kisahlah apa jenis kubis sekalipun
4) Minuman Kafein: Kopi, Teh, Nescafe. Boleh minum tapi kuantiti yang sikit dan tidak kerap.
5) Ulam ulaman juga tidak digalakkan
6) Jamu sebab ia panas dari dalam

Makanan Yang Boleh Menambahkan Susu Badan. Saya suka share tips ni, sila klik link ini sebab saya dah terangkan secara terperinci di entri ini:
http://mamadanbabysihat.blogspot.com/2014/05/petua-untuk-banyakkan-susu-badan-dengan.html

Tips Untuk Susu Badan Sentiasa Meriah Ketika Ramadhan
Bulan ramadhan tahun lepas saya masih menyusui Ammar, ketika itu dia berusia 5 bulan. Apa yang saya buat dan makan ketika berpuasa adalah seperti berikut:-

1) Tidak skip jadual pam
2) Menyusukan bayi secara direct feeding sebanyak mungkin.
Fikiran perlu tenang dan positif serta berzikir ketika pam atau direct feeding.

Cara makan untuk susu badan sentiasa meriah di bulan puasa:

1) Ketika Berbuka Puasa

  • Meminum air rebusan/rendaman longan kering bersama red dates.
  • Kurma lebih dari 3 biji, saya dah lupa berapa tapi saya akan berselawat sebelum makan dan niat       untuk tambahkan susu badan.
  • Sup sawi kosong adalah menu wajib.
  • Banyak ambil ayam/ikan
  • Makan alfalfa 3 biji selepas berbuka

2) Sebelum Tidur

  • Minum segelas oat instant + susu tepung + milo/horlick + oat wholegrain
  • Makan kurma
  • Makan biskut
  • Minum air kosong
3) Ketika Sahur


  • Minum air rebusan/rendaman longan kering dan red dates, selalu yang suam-suam
  • Saya selalu tak lalu nak makan nasi ketika sahur, jadi saya gantikan dengan bubur pisang/bubur kacang, makan dengan roti wholegrain.
  • Makan Kurma
  • Makan Alfalfa

* tahun ni saya akan minum ESP pulak ketika bersahur, stok ESP dah ada siap-siap :)

Banyakkan berzikir ketika pam dan menyusukan bayi. Berdoa dan mohonlah kepada Allah, nescaya Dia akan tolong kita. 

Ok, ini je yang saya rasa saya mampu kongsikan kat sini. Bolehlah anda mencubanya, manatau berkesan untuk anda. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

1 comment: