Tuesday 6 May 2014

8 Surah Yang Mampu Memusnahkan Sel Kanser


Assalammualaikum w.b.t.

Hari ini dah 19 hari arwah sepupu saya kembali ke rahmatullah akibat kanser payudara. Semasa dia sedang gigih bertarung melawan penyakitnya, saya giat mencari doa-doa dan zikir bagi mengurangkan penderitaan yang dia alami. Pada waktu itu, arwah sudah berada di tahap empat, baru kami semua tahu. Pada waktu ini juga dia sudah tak boleh bangun dan tidak mahu makan sebab selalu muntah-muntah. Ubat pun dah tak memberi kesan pada tahap ini, hanya ubat penahan sakit sahaja yang diberi, itupun melalui drip 2 hari sekali, sebab dia dirawat dirumah bukan di hospital.

Saya dapat surah ini dari sebuah google yang kebetulan saya tengah mencari ilmu-ilmu tentang kanser payudara. Saya sempat berikan surah ini kepada adik arwah untuk dibacakan kepada arwah, sayangnya saya tidak sempat untuk membaca untuk arwah hingga akhir hayatnya ekoran kekangan masa dan jarak.

So, saya ingin kongsikan di sini 8 surah yang mampu memusnahkan sel kanser untuk anda semua. Semoga memberi manfaat hendaknya.


8 Surah Yang Mampu Memusnahkan Sel Kanser

** Seeloknya dibacakan sendiri oleh pesakit, seandainya tidak mampu atau tidak pandai, boleh meminta orang lain untuk membacanya. 


Seelok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kita hanya berikhtiar, penyembuhnya adalah Allah jua. Berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t.


Sekiranya anda ingin menghindar dari penyakit kanser ini, cubalah Vivix Shaklee yang dirumus khas bagi membantu masalah ini. Akan saya ceritakan kelebihan Vivix ini pada entri yang lain. 



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)
*****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment