Sunday 11 May 2014

Menangani Mabuk Dan Mual Ketika Hamil

Assalammualaikum w.b.t


Morning Sickness akan dilalui oleh semua ibu-ibu yang hamil pada trimester yang pertama. Ada yang sampai lemah longlai dibuatnya. Waktu saya hamil dulu, alhamdulillah tidaklah teruk sangat. Tapi memang tak larat dibuatnya. Asal makan je, mesti muntah balik..Pagi-pagi tu memang lumrah la, asyik pening lalat je. Masa tu ingat lagi, bulan puasa...lepas waktu berbuka je, abis keluar semua sekali , macam tu jugaklah waktu bersahur..memang lembik bulan puasa tu sampai kan doktor nasihatkan saya jangan puasa, latih diri berpuasa perlahan-lahan. Alhamdulillah, saya mampu  berpuasa penuh untuk setengah bulan...setengah bulan lagi tu terpaksa lah berganti puasa..huhuhu.

Anda pulak macamana ya? Ada yang tak boleh bau nasi, ada yang tak boleh bau lauk-lauk mentah. Semuanya ni cabaran ketika mengandung, tapi bila diingatkan balik, rasa bahagia je..

Morning sickness ini selalunya berlaku pada awal pagi tapi tak semua wanita hamil mengalaminya. Ada yang mengalaminya pada waktu petang dan malam. Pakar mengatakan, morning sickness ni boleh dikurangkan dengan pengambilan makanan yang betul. Jom kita tengok!

Strategi Mengelakkan Mabuk Ketika Hamil

1) Elakkan tidak makan sepanjang hari atau dalam tempoh yang lama
     - Makanlah beberapa keping biskut selepas anda bangun dari tidur di awal pagi. Kemudian, pastikan anda memakan sesuatu dalam tempoh setiap 2-3 jam.

2) Meminum sedikit air setiap masa
    - Elakkan meminum air dengan banyak sekaligus semasa waktu makan. Dengan meminum air banyak sekaligus boleh menyebabkan rasa mual. Amalkan meminum air sedikit demi sedikit dan dicadangkan untuk minum air kosong, susu atau jus untuk mengelakkan daripada dehidrasi (dehydrate).

3) Memakan Vitamin pada waktu yang betul
    - Kini terdapat vitamin yang khusus untuk mengelakkan atau mengurangkan mual-mual atau morning sickness. Sekiranya setiap kali mengambil vitamin membuatkan anda rasa mual, cuba mengambil vitamin dengan makanan atau sebelum tidur.

4) Halia dan Lemon
    - Halia adalah rawatan alternatif bagi melegakan perut seperti perut sebu. Lemon pula dapat melegakan rasa mual di tekak.Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan rasa mual dengan cara memakannya atau menghidunya. Tapi saya pilih lemon sebagai pilihan utama.

5) Cuba Vitamin B6
    - Vitamin B6 membantu dalam mengurangkan mabuk hamil. Selalunya vitamin B6 ini diberikan oleh doktor bersama-sama dengan ubat lain bagi menangani mabuk kehamilan.

6) Makan dengan betul
    - Kajian mengatakan dengan pengambilan makanan yang sihat dapat mengurangkan simptom hyperemesis gravidarum (mabuk yang teruk sehingga terpaksa masuk hospital). Kajian oleh British Journal of Nutrition mendapati wanita hamil yang memakan banyak makanan laut, sayur-sayuran allium (seperti bawang putih, bawang merah dan daun kucai) dan air 12 bulan sebelum hamil kurang kurang mendapat mabuk hamil atau morning sickness berbanding wanita hamil yang kurang mengambil makanan tersebut.

Cadangan Makanan Bagi Mengurangkan Mual atau Morning Sickness

1) Makanan kering dan kosong: seperti biskut, popcorn untuk bekalkan protein dan kalsium
2) Lemon Tea: aromanya dapat melegakan rasa mual di tekak.
3) Kekacang Rangup (yang kurang kalori dan rendah lemak)
4) Jeruk / Cip Kentang: elakkan dari makan terlalu banyak
5) Buah-buahan sejuk: seperti buah epal yanh sejuk dan juga tembikai serta jus buah yang lain.
6) Sayuran mentah yang rangup: lobak merah, saderi, timun, bell pepper dan lobak putih.

Cadangan Hidangan Bagi Wanita Hamil

1) Mi sejuk atau salad pasta bersama minyak zaitun/cuka balsam sebagai kuah salad. Tambahkan kacang-kacang yang telah dihancurkan, sayur-sayuran yang rangup atau telur rebus.
 
2) Nasi perang bersama avokado yang telah dipotong, hirisan lobak merah, taugeh dan ayam.

3 Sandwic Tuna dan jus lemon bersama timun.

Insyallah, dengan corak pemakanan yang betul, memakan vitamin dengan betul, ia dapat mengurangkan rasa mual atau morning sickness anda. Tambahan pula, anda sentiasa kekal sihat bertenaga melakukan tugas seharian. Shaklee juga ada produk untuk menangani masalah morning sickness ni, akan saya ceritakan di entri yang lain.

Kepada anda yang sedang hamil dan sedang mabuk teruk, bersabarlah. Allah telah memilih anda untuk menjadi ibu dan pendidik kepada hamba Allah yang bakal lahir nanti. Bersyukurlah kerana tidak semua wanita dapat merasai pengalaman ini.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment