Friday 23 May 2014

Kelas Antenatal 2014 di Hotel De Palma Shah Alam

Assalammualaikum w.b.t

Ahad lepas (18/5/14), anak saya Ammar dimasukkan ke wad kanak-kanak di SALAM Specialist Shah Alam akibat demam virus (viral fever). 4 malam jugaklah berkampung di SALAM. Alhamdulillah Ammar dah makin sihat tapi manja akibat fobia dan duduk di
hospital tu masih ada.

Sebelum keluar dari SALAM tu, saya ada ternampak flyers ni:-


Ada Kelas Antenal yang dianjurkan oleh pihak SALAM Specialist di Hotel De Palma pada 9 Ogos dan 8 November 2014 nanti. Untuk bulan Mei 2014 baru je lepas. Huhuhu.

Penceramah untuk Kelas Antenatal ini adalah doktor-doktor pakar dari SALAM Specialist sendiri. Antaranya doktor pakar kanak-kanak, doktor pakar sakit puan, pengurus jururawat/bidan, pakar pemakanan dan juga pegawai fisioterapi.

Hanya RM30.00 untuk satu pasangan. Murah je. Termasuk makan sekali. Goodie bag pun ada. Bagi saya, murah dan berbaloi sangat untuk kelas antenatal yang memakan masa 9 1/2 jam sehari.

Apa dia Kelas Antenatal ni?
Kelas Antenatal ini merupakan kelas persediaan awal untuk ibu-ibu hamil dalam memperlengkapkan diri untuk bersalin, terutama yang pertama kali hamil.
Antara yang bakal dibicarakan nanti adalah pemakanan semasa hamil, penjagaan bayi, kehamilan dan kelahiran serta teknik penyusuan badan.

Berikut adalah jadual Kelas Antenatal yang dianjurkan oleh SALAM Specialist:


Siapa Yang Perlu Hadir?
Pasangan yang sedang menunggu kelahiran bayi sangat dialukan. Ibu-ibu yang dah bersalin dan dah ada anak pun boleh jugak, boleh guna ilmu tu untuk kelahiran yang akan datang.

Kepada anda yang berminat bolehlah hubungi nombor yang tertera kat dalam gambar tu. Bukan kat saya tau. Saya hanya menyampaikan berita je. Hihi. Selamat menimba ilmu antenatal!


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment