Tuesday 13 May 2014

16 Tips Gaya Ibu Hamil

Assalammualaikum w.b.t


16 tips gaya ibu hamil, mama dan baby sihat
Masih teringat-ingat waktu mengandung dulu. Dengan perut boyot tapi perasan comel!...hahahaha...
Wanita  mengandung ni kan seksi. Tapi bab nak mencari baju jadi masalah jugak, bulan ke-6 saya dah mula pakai baju mengandung dan seluar khas untuk ibu hamil.

Kat sini saya nak kongsikan 16 tips gaya ibu hamil, tips ni semua saya dapat dari Kosmo Ahad yang saya rasa teruja nak kongsi kat blog ni..sesuai untuk ibu hamil dan bakal-bakal ibu..
Jom kita tengok apa dia 16 tips ni.

16 Tips Gaya Ibu Hamil

1) Tiga Bulan Pertama, Pakaian Sedia Ada Boleh Dipakai
Untuk tempoh 3 bulan pertama, kebanyakkan pakaian kita masih muat dipakai kecuali pakaian yang ketat. Pada tempoh ini, perut kita masih kecil dan pakaian seharian yang sedia ada yang tidak ketat masih boleh dipakai. Disarankan untuk membeli baju yang bersaiz besar apabila anda betul-betul memerlukannya. So, anda boleh jimat!

2) Pilih Butik Pakaian Mengandung
Sebelum membuat keputusan untuk membeli baju mengandung, seeloknya membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau kedai yang menjual pakaian ibu mengandung. Supaya memudahkan anda untuk membelinya nanti, tambah lagi anda sudah dapat idea corak atau stail mana menjadi idaman hati. Disamping, rajin-rajinlah mencari butik-butik atau kedai yang membuat promosi. Boleh jimat lagi!

Gorgeous nye!!!


3) Pastikan Pakaian Hamil Menceriakan
Janganlah memilih pakaian dari rekaan yang tampak bosan dan suram. Anda perlu nampak ceria dan menarik lagi tertarik ketika hamil. Pilihlah warna dan rekaan yang menceriakan. Tidak perlu sembunyikan perut yang kian membesar dengan memakai sweater atau cardigan, hamil itu kan seksi!
Macam gambar kat bawah ni ke, kan ceria tu.



4) Pastikan Baju Hamil Tidak Terlalu Ketat Dan Tidak Terlalu Longgar
Elakkan membeli pakaian hamil yang tidak selesa seperti terlalu ketat sehingga nampak sebahagian perut boyot anda atau terlalu sendat, ini boleh menyebabkan gatal dan sebagainya. Seeloknya pilih pakaian yang selesa dan just nice  untuk susuk tubuh anda yang sedang hamil. Ibu hamil ni selalunya rasa panas, seeloknya carilah pakaian yang agak longgar, bukan terlalu longgar dan besar, ya!

5) Pinjam Baju Suami 
Seandainya saiz suami anda besar dari anda, apa salahnya meminjam baju suami anda. Boleh jimat!
Cuba pinjam kemeja suami dari jenis button-up shirt , ia bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu hamil. Tak kisahlah lengan panjang atau pendek, nampak kasual je.

contoh kemeja suami

nampak kasual kan?

6) Pilih Fabrik Dari Kapas Dan Lycra
Fabrik dari kapas dan lycra ini amat sesuai untuk ibu hamil sebab fabriknya sejuk, meresap peluh dan meregang. 

7) Dapatkan Kasut Yang Selesa
Semasa tempoh kehamilan, saiz tapak kaki kita akan menjadi besar sedikit dari biasa. Jadi, carilah kasut yang sesuai dan tidak bertumit tinggi. Pastikan kasut yang dipilih tidak memerlukan anda membongkok ketika memakainya dan juga pastikan kasut anda menyokong berat badan yang semakin bertambah.



Kesan daripada pemakaian kasut yang ketat ketika hamil

8) Pakaian Dalam Yang Sesuai
Pakaian dalam juga penting untuk keselesaan ketika hamil, sudah pasti saiz pun berubah. Ini kerana pada masa ini, payudara akan mula membesar untuk menampung tisu-tisu kilang susu yang terhasil. Pinggul juga akan bertambah saiznya, maka perlulah mencari pakaian dalam yang baru yang sesuai untuk susuk tubuh anda.

9) Beli Pakaian Yang Mudah Suai Padan
Belilah pakaian yang mudah di suai padan seperti rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona natural serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang. Tengok Angelina Jolie kat bawah ni, warna putih bercorak dibawah. Nampak ayu je kan?


10) Beri Tumpuan Pada Bahagian Tubuh Kegemaran
Apabila memilih pakaian hamil, berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contoh, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh memilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved.  Jika memiliki leher yang menarik, mungkin boleh memilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah.

contoh baju hamil dengan potongan cap-sleeved

11) Konsep Layering, Seluar, Skirt, Kardigan Dan Blazer Yang Mudah Suai Padan
Jenis pakaian ini sangat mudah di suai padan dengan pakaian-pakaian lain. Juga mudah dan sesuai digayakan di semua majlis.

12) Kemeja dan gaun potongan A 
Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada perut.


13) Kemeja atau Blaus Yang Beropol Dan Flora
Dapatkan kemeja atau blaus yang ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. 


Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya cukup untuk menutupi perut yang semakin membesar.

14) Aksesori Dan Skaf
Anda juga boleh bereksperimentasi dengan pemakaian skaf dan aksesori ketika menggayakan pakaian hamil. Skaf yang mempunyai warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat anda. Aksesori pula boleh membuatkan penampilan anda lebih segar dari biasa menjadi luar biasa.


15) Ibu Hamil Menyusu Badan
Kepada ibu hamil yang sedang menyusukan anak, bolehlah membeli pakaian hamil yang dicipta khas yang mempunyai bahagian dada yang boleh dibuka. Ia memudahkan anda untuk menyusukan bayi pada bila-bila masa.


16) Ibu Hamil Berkerjaya - Gaya Profesional
Bagi ibu hamil yang berkerjaya, gaya professional, sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif mampu membuatkan anda tampak lebih bergaya dan menarik serta menimbulkan imej sebagai wanita yang berkerjaya walaupun sedang hamil.


Diharap dengan perkongsian tips ni, anda yang sedang hamil atau akan hamil mendapat idea untuk memilih pakaian hamil nanti. Selamat shopping ya! 

**sumber daripada Kosmo Ahad!
Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment