Friday 29 August 2014

Tanda Dan Cara Merawat Demam Campak

Assalammualaikum w.b.t

INFO - DEMAM CAMPAK: TANDA & CARA MERAWAT


Saya baru je kena demam campak 3 bulan lepas. Umur dah 30 series baru pertama kali kena, so memang tak tau tanda-tanda demam campak ni. Cuma masa saya kena dulu saya perasan ada merah di muka sebiji tapi kecik je, macam nak tumbuh jerawat tapi ada air kat dalam tu. Saya tak picit sebab saya memang jenis tak suka picit jerawat atau kudis.

Lepastu perasan semakin besar di sebelah petang dan ada lagi sebiji dua di tangan tapi kecik sangat. Saya biar je dulu. Tapi plan nak pergi klinik belah malamnya sebab badan ada sikit panas. Bila nak bersiap-siap pergi klinik, sikat rambut ada berair plak.. suruh hubby tengok ada la 3 4 biji pulak. Hmm campak la ni.. Doktor pun sahkan demam campak...kena lock up 2 minggu...huhuhu.

So saya nak share tanda-tanda demam campak yang lain secara umum dan juga cara merawat serta pantang larang demam campak ;)

Tanda2 Campak:
- mata merah, bengkak
- batuk(kerana bintik2 dah keluar kat dalam)
- peluh berbau hanyir..
- bagi kanak2.. menangis lebih

*jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang2 nya 3 hari, kerana untuk tidak campak tadi terbantut...
*selepas 3 hari, campak akan keluar (bintik2 merah)..
*Jika tak dapat tahan dengan kepanasan badan tadi, gunakan kain yang lembap, dan lap kan ke badan, di bawah ketiak atau letak kan di atas dahi...

Cara Merawat:
selepas campak keluar.. guna kan cara berubat ini:-
- Bg pesakit minum air kelapa(bukan kelapa gading @ kuning), dengan makan sedikit isi kelapa untuk beberapa hari..
- Baca kan doa pada bahan dan air kelapa..
- Mesti mandi dengan kadar yang agak banyak, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas.. akhir sekali baru lah kepala..

Tanda Campak telah habis:
- ade bintik2 merah di tapak kaki

Kalau tak tahan gatal:
Jika tak tahan akibat campak yang keluar dengan banyak..Guna kan daun mamu..letak kan di bawa bantal, tilam, katil..
masuk kan daun mamu dan pecah2 kan daun tersebut ke dalam timba, isi kan air dan mandi dengan air tersebut..

Pantang larang:
tak boleh kena air hujan.. (akan meninggalkan parut hitam)
tak boleh mandi laut (selama 6 bulan)

Bagi menghilang kan parut hitam:
daun asam jawa & bedak sejuk asli..
tumbuk hingga lumat daun asam jawa tadi & campurkan denagn bedak sejuk..
sapu kan di satu badan pada waktu malam sebelum tidur..
pada pagi nya, mandi dengan air yang telah di doa kan..
Buat 3 kali sehari selama 3 hari...
InsyaAllah, campak akan sembuh dan parut akan hilang... semoga Allah menyembuh kan kita semua..

Ayat yang perlu di baca:
Al-Fatihah
Selawat Syifa
lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)

Harsp dapat membantu you all. ;)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 28 August 2014

Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu

Assalammualaikum w.b.t



Mitos mengenai Penyusuan Susu Ibu 

" Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi. - Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan"


Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”

Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”

Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”

Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur;ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”

Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”

Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”

Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

P/S: Saya ada Set Menyusu Shaklee untuk anda.  KLIK SINI untuk ketahui rahsia susu meriah. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday 27 August 2014

Short Tips: Elakkan Bayi Dari Tersedak Susu

Assalammualaikum w.b.t


Tersedak susu selalunya berlaku di kalangan bayi, terutamanya yang disusukan melalui botol. Adalah agak biasa jika bayi termuak/termuntah sedikit selepas menyusu tetapi keadaan ini akan menjadi merbahaya jika bayi termuntah susu di dalam tidur.

Kejadian ini juga senang berlaku jika botol dibiarkan di dalam mulut ketika tidur dan tidak dipantau oleh penjaga. Ketika tidur, susu dari botol akan tetap mengalir walaupun tidak disedut. Ini akan menyebabkan susu terkumpul di dalam mulut dan boleh menyebabkan kanak-kanak atau bayi lemas dan seterusnya tersedak jika mereka hendak.

Pastikan bayi disendawakan selepas menyusu dan jika mereka tidak sendawa dan terus tertidur, tidurkan bayi di dalam keadaan mengiring dan tinggikan sedikit kepala supaya mereka tidak tersedak. Kanak-kanak berumur satu tahun juga berisiko untuk tersedak walaupun risikonya kecil.


Lain-Lain masalah berkaitan dengan bayi yang kita boleh elak dan rawatkan, KLIK SINI. Di entri tersebut ada menerangkan apa yang patut anda lakukan sekiranya anak tersedak makanan dan sebagainya.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 26 August 2014

Short Tips: Panduan Untuk Ibu Mengepam Susu Badan

Assalammualaikum w.b.t


Hari ini nak share sikit tips pendek untuk ibu-ibu yang mengepam susu badan untuk buat stok untuk si comel anda. Ini sebenarnya apa yang saya amalkan dulu ketika menyusukan Muhammad Ammar Haziq ;)


Short Tips: Panduan Untuk Ibu Mengepam Susu Badan

Bagi ibu-ibu yang menyusui anak & mengepam susu untuk buat stok susu perahan. Berikut adalah tips:

1) jangan pendekkan masa mengepam. Lebih tak apa. Tempoh ideal adalah 10-20minit.
2) tenangkan fikiran dan posisi badan perlu selesa tatkala mengepam. Jangan membongkok.
3) amalkan zikir ya matin ketika mengepam
4) kalau bekerja, jangan basuh botol susu pam & alatan lain yang alirkan susu ke dalam botol. Cuma perlu simpan dalam peti ais @ cooler bag.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday 20 August 2014

Bantal Busuk Kanak-Kanak: Kenapa Perlu Ada Bantal Busuk Dan Cara Memisahkannya

Assalammualaikum w.b.t

Anda pernah ada bantal busuk tak waktu kecil-kecil dulu? Angkat tangannn...hehehe
Saya ada tau, bantal sebesar separuh dari bantal orang dewasa, tiada sarung, bantal tu warna hijau. Wah ingat lagi uuuuu....bantal tu saya guna sampai lah darjah empat kalau tak silap. Bantal tu dah di'convert' jadi bantal lain dah. huhuhuhu


Yang mana pernah ada bantal busuk dulu tu, apa yang anda rasa waktu peluk bantal tu? Rasa tenang dan nyaman je kan? Saya dulu guna bantal busuk ni masa nak tidur je, peluk cium lepastu letak kat muka...lepas tu tertidur terus.... :)

Ammar pun tak terkecuali...ikut sebijik perangai mamanya ni. Mesti nak kena ada bantal busuk dia tu baru dapat tidur lena. Kalau menangis pun nak jugak peluk bantal busuk dia. Bangun je tidur terus capai soother dan bantal busuk dia. Tapi dia tak adalah sampai ke tahap menggetel bucu bantal atau menggigit bantal. Cuma diusung kesana kemari didalam rumah dan dalam kereta bila balik ke kampung.

PERLUKAH KITA RISAU??
Ada juga baby dan kanak-kanak suka menghisap atau menggigit bantal busuk diorang. Jangan pandang serong terhadap tabiat anak-anak kita yang satu ni sebab ia berupaya menenangkan mereka dengan lebih cepat.

Mereka AKAN RASA LEBIH SELESA, SELAMAT DAN TENANG jika bantal busuk ada bersama. Senang untuk tidur, senang untuk berhenti menangis dan senang untuk bermain sendiri.

CARA MEMISAHKAN MEREKA DARI BANTAL BUSUK
Ada juga ibubapa yang merasa bimbang si anak tidak mahu berenggang langsung dengan bantal busuk. Nak masuk sekolah pun nak bawa bantal busuk. Nak pergi kedai pun nak bawa bantal busuk. Itu dah tahap kritikal dah tu dan perlu risau.

So, macamana caranya nak bendung dari awal?
Memandangkan anak saya pun ada bantal busuk, ini apa yang saya buat:-

1 - Sentiasa basuh sarung bantalnya: supaya bau bantal tu akan hilang. Jadi, dia takkan terikat dengan satu bau secara berterusan. Gunalah softlan ke Daia ke..

2 - Sentiasa tukar sarung: Minggu ni pakai sarung pink..minggu depan corak mickey pulak. So anak-anak tak akan bergantung pada satu corak & warna sahaja. Dapat elakkan dia dari menjadi begitu setia pada bantal busuk tertentu sahaja.

3 - Komunikasi dari awal: Anda boleh tahu yang anak anda sudah faham bahasa kita. Sudah faham apabila disuruh atau diajar. Bercakap dengan dia apabila dia mahu menggunakan bantal busuk pada waktu yang tidak sesuai. Contohnya ketika makan, beritahu dia bantal tak boleh makan sekali dan ajar dia simpan di tempat yang sepatutnya. Anak akan faham dan ikut, Insyaallah...

4 - Ajar dia simpan selepas guna: Sama seperti no 3 tadi. Bezanya setiap kali bangun tidur (contoh) dan dia menggendong bantal tu agak lama, minta dia simpan di tempat tidur.

5 - Beri dia bantal lain sebagai ganti : Yang ni susah sikit sebab kalau dah terbiasa dengan bantal busuk yang lama. Cuba dengan bertukar-tukar sarung dengan bantal yang lama dulu. So anak tak kan terikat dengan bantal busuk yang lama lebih lama.

Ini apa yang saya amalkan. Alhamdulillah dia menggunakan bantal pada masa yang sesuai sahaja. Tengah melatih dia tanpa bantal busuk terus pulak ni.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday 18 August 2014

Cara Mudah Mencuci Gigi Bayi Anda

Assalammualaikum w.b.t

Ramai ibu-bapa yang tidak tahu tentang penjagaan  yang mudah bagi gigi bayi mereka. Ramai juga yang tidak tahu bilakah umur yang sesuai untuk memperkenalkan berus gigi kepada sicomel mereka. Perlu tunggu semua gigi tumbuh kah?


Ammar dah setahun setengah umurnya, tapi giginya masih tak tumbuh banyak lagi. Gigi bawah dibahagian depan ada dua batang, geraham sebatang. Atas pulak, dibahagian ada 4, ada nampak baru nak tumbuh lagi dua dan satu gigi geraham. Dah makan macam-macam, nasi lah, mee goreng lah, kuih muih lah dan macam-macam lagi. So, gigi dia cepat ada kesan kuning dan menyelaputi giginya yang masih baru tu.

Saya ada cara mudah untuk mencuci gigi Ammar ni, saya amalkan sejak dia berumur 1 tahun lagi sebab dia mula tumbuh gigi bila berumur setahun. Dia tak meronta pun sebab saya minta izin dari dia dulu...hehehe. Kalau tak mintak izin, mau gamat satu rumah, tak akan dapat cuci gigi dia sampai sudah. Bila mood dia ok, saya mula mencuci gigi dia dan dia pun merelakannya. :)

Baca berikutnya untuk tips mudah mencuci gigi bayi.

Cara Mudah Mencuci Gigi Bayi

1) Ambil kain tuala atau lampin yang bersih.
2) Basahkan kain tuala/lampin tadi dengan air suam/air masak. Saya tak gunakan air paip sebab faktor-faktor kebersihan.
3) Mulakan menggosok dengan lembut di permukaan giginya. Jangan kuat sangat ya. Perlu lembut dan perlahan.
4) Kesan kuning dan sisa makanan yang melekat pada gigi bayi anda sudah hilang. Amalkan setiap hari.

Kenalkan Berus Gigi Bayi

Secara jujurnya, saya masih belum beri berus gigi kepada Ammar. Tak beli pun lagi! Hahaha. Sebab syok pulak dok gosok-gosok gigi dia tu. Hehehe.

Tapi anda dah boleh mula berikan berus gigi tanpa ubat gigi kepada bayi apabila bayi anda sudah mempunyai gigi yang banyak dan sudah pandai memegang objek.

Berikan bayi anda dengan berus gigi yang lembut khas untuk bayi tanpa ubat gigi. Ini kerana untuk melatih anak anda menggosok gigi dengan sendiri sekaligus sedikit sebanyak dapat mencuci giginya. Anda pun boleh memberus giginya dengan perlahan dengan menggunakan berus tadi. Diingatkan sekali lagi, memberus gigi bayi tanpa menggunakan ubat gigi adalah digalakkan diawal pertumbuhan gigi bayi. Tapi boleh juga diberikan ubat gigi tanpa fluorida kepada bayi anda. Ini kerana fluorida tidak sesuai dan tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia dibawah 2 tahun. Kandungan fluorida itu sendiri akan merosakkan gigi bayi anda nanti.

Tiada umur tertentu untuk memperkenalkan berus gigi kepada bayi anda. Ini kerana setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan gigi yang berbeza. Ada sesetengah bayi yang sudah mempunyai gigi yang banyak ketika berusia 6 bulan, maka anda sudah boleh mencuci giginya dengan kain atau berus gigi yang lembut.

Untuk lebih lanjut dan jelas, anda bolehlah minta nasihat daripada doktor anda. Saya hanya berkongsi pengalaman. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday 15 August 2014

Alfalfa Punca Bau Badan

Assalammualaikum w.b.t


Kenapa saya katakan Alfalfa punca bau badan sedangkan ramai yang cakap Alfalfa boleh merawat bau badan? Mana satu betul ni?

Ini FAKTA tau....jika anda baru sahaja ambil Alfalfa, anda akan mengalami masalah BAU BADAN DAN BADAN CEPAT BERPELUH. Badan BAU BUSUK DAN KETIAK BASAH.

Serius betul!

Kalau tak berbau pun, badan anda akan mengeluarkan peluh lebih dari biasa. So, anda perlu meningkatkan tahap kebersihan diri supaya bakteria tidak merebak.

TEMPOH UNTUK HILANG BAU BADAN SEBAB ALFALFA

Ia bergantung pada individu. Kalau badan anda mempunyai banyak toksin maka lagi lambatlah bau badan akan hilang.

KENAPA ALFALFA PUNCA BAU BADAN?

Sebab fungsi Alfalfa itu sendiri dapat MELAWAN ALAHAN, dimana ia mampu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap dan BAU BADAN dengan berkesan.

Alfalfa mengandungi ANTIOKSIDAN sebagai agen melindungi badan, memperlahankan kemusnahan sel dan memelihara kesihatan tubuh. Melalui kaya dengan antioksidan, Alfalfa berupaya membuang toksin dari dalam badan, menggalakkan sistem imun badan dan memelihara protein sel badan kita.

Sebab itulah badan kita akan berbau bila kita mengambil Alfalfa. Toksin dikeluarkan melalui kelenjar-kelenjar peluh terutama di ketiak.

Dengan pengambilan yang berterusan, bau badan ini akan terhapus dengan sendirinya, ketiak pun sudah tidak basah dan berbau.

TAKUT NAK MAKAN ALFALFA
Kalau badan anda tidak mempunyai toksin yang banyak, so badan anda tak akan berbau ya. Malah dapat menghindar dari BAU BADAN pula nanti.

Bila toksin dah berjaya disingkir dari badan, badan anda lebih sihat dan imunisasi lebih tinggi.

ALFALFA ADA KELEBIHAN LAIN

1 - Mengetatkan laluan miss V
2 - Mencantikkan kulit sebab toksin dah dibuang
3 - Bertindak sebagai pembersih darah kerana bebas toksin.
4 - Mengawal kolesterol
5 - Membantu anda untuk kurus
6 - Merawat masalah sembelit
7 - Meningkatkan susu badan

Dan lain-lain lagi seperti yang diterangkan dalam gambar ni:-


Jangan risau bau badan hanyalah diperingkat awal pengambilan.. nikmati juga kelebihan alfalfa yang lain pada masa yang sama.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)  *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 12 August 2014

Kisah Benar: Bahaya Makan Ubat/Vitamin Sekaligus

Assalammualaikum w.b.t

Pernah tak anda dengar yang kita tak boleh ambil ubat atau vitamin sekaligus dalam satu masa? Bukan sekadar vitamin itu tidak diserap dengan betul, ada lagi bahayanya kenapa tak boleh ambil serentak.



Saya pasti anda akan pergi ke hospital atau klinik bila sakit atau demam kan? Doktor akan bekalkan anda dengan segala macam ubat yang kadangkala bermacam warna yang dapat sama seperti gambar diatas. Sampai je dirumah, anda terus telan ubat tu sekaligus dalam satu suapan. Pernah buat macam tu tak?

No, no,no. Itu sangat tidak digalakkan dan mengundang bahaya.

Ini KISAH BENAR, kenapa saya katakan ianya bahaya. Ketika itu saya berumur 14tahun, datuk saya demam masa tu. Macam biasalah dia akan ke klinik untuk mendapat rawatan. Pulang ja ke rumah, dia mengambil ubat yang diberikan oleh doktor yang kebanyakkan yang berbentuk kapsul dua warna tu. Dia pun letak kat tapak tangan terus masukkan ke mulut dan telan, minum air dan tidur sebab tak larat katanya.

Tak lama lepastu, datuk saya terjaga dan mengadu sakit perut amat sangat. Sekali lagi pergi ke klinik yang sama. Doktor mendapati didalam perut datuk saya tadi mengandungi segumpal ubat yang tidak hadam. Huhuhuhu...itu punca kenapa datuk saya sakit perut. Selepas rawatan, doktor menyarankan jangan mengambil ubat atau vitamin dengan cara sedemikian. Paling elok, makanlah satu persatu. Supaya ubat atau vitamin itu tidak bergumpal sesama sendiri. Sebab itulah ia boleh mengundang bahaya jika dimakan semua sekaligus.

Mungkin orang lain tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan, tapi ia berlaku pada datuk saya akibat tabiatnya yang suka makan ubat sekaligus. Sekarang ni, dia dah tak berani buat macam tu dah. Makan satu persatu, macam saya jugak ;).

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday 11 August 2014

Water Tracker: Aplikasi Untuk Bantu Anda Minum Air

Assalammualaikum w.b.t


Sebut pasal banyak mana kita minum air kosong setiap hari, mesti ramai yang tak dapat ikut cadangan sekurangnya 8 gelas air sehari kan? Nak pulak bulan ni banyak open house yang hidangkan air yang manis-manis, berais pulak tu. Menyelerakan sungguh, hilang dahaga. Tak payah minum air kosong dah..huhuhuhu...salah tu, lagi banyaklah kita kena minum air kosong untuk detox segala macam manis masin yang ada dalam badan kita.

Tapi kita selalu lupa nak minum air dan terlupa jugak dah berapa kuantiti air kosong yang kita dah minum, kan? So, saya nak berkongsi salah satu aplikasi yang mengingatkan kita untuk bantu minum air pada waktunya.

Aplikasi untuk bantu kita minum air yang saya nak cadangkan ini adalah Water Tracker. Anda boleh download terus melalui Play Store (Android), iPhone pun ada. Saya dah menggunakannya, alhamdulillah saya dapat disiplinkan diri untuk minum air yang secukupnya sehari-hari.

Kenapa saya pilih Water Tracker sebagai aplikasi untuk remind saya untuk minum air? Kenapa Water Tracker ini banyak membantu saya untuk minum air secukupnya dalam seharian? Ini jawapannya:

Fungsi Water Tracker:

1) Aplikasi yang mempunyai alarm secara automatik untuk mengingatkan anda untul minum air.


2) Kuantiti air yang perlu diminum berdasarkan berat badan anda, umur anda dan juga tahap keaktifan anda.
3) Kekerapan air yang perlu diminum mengikut saiz sukatan cawan/botol minuman anda.

4) Menyimpan rekod kuantiti air yang sudah diambil dalam sehari.

5) Mempunyai statistik untuk sebulan.


6) Paparan Utama aplikasi menunjukkan jumlah yang diambil dalam sehari.

Panduan menggunakan Water Tracker: Aplikasi Reminder Untuk Kita Minum Air.

1) Apabila anda sudah men'download', ikon dibawah ini sudah disimpan di dalam senarai 'shortcut' aplikasi telefon pintar anda.


2) Klik pada ikon tersebut, seterusnya paparan berikut akan dipaparkan:


Hanya dengan menyentuh dan meleretkan jari anda dari kanan ke kiri, anda sudah boleh menggunakan aplikasi Water Tracker ini.

Selepas itu, anda akan dapat lihat paparan muka utama aplikasi Water Tracker seperti dibawah ini:-

Dipaparkan disini kuantiti air perlu diminum telah diset secara default oleh aplikasi iaitu 2000ml dan jumlah yang sudah diambil ialah 0.0ml.

Langkah seterusnya untuk setkan Water Tracker yang sesuai untuk anda:-

1) Klik pada ikon ini:
Kemudian paparan dibawah ini dipaparkan.
Setkan kuantiti air yang selalunya anda minum. Contoh, anda selalu minum menggunakan cawan yang boleh menampung 100ml air. So setkan 100ml. Untuk gambar botol dan tumbler pun disetkan mengikut pengambilan sebenar anda untuk setiap kali anda minum air. Ini hanya untuk memudahkan anda memilih kuantiti yang diambil kelak.

2) Masih di paparan  sama, Klik pada "Calculate" untuk tentukan jumlah air yang perlu anda ambil dalam sehari. Kemudian paparan ini akan dipaparkan:

Setkan waktu untuk anda minum air sepanjang hari, contohnya dari pukul 8.00am hingga 7.00pm. Maka aplikasi ini akan berfungsi mengikut waktu yang ditentukan oleh anda dan ianya ajan menentukan kekerapan untuk anda minum dalam sehari.

Bila sudah siap isi, klik save dan akan kembali ke paparan sebelum ini.

3)  Aplikasi ini sudahpun BERMULA.
Nantikan 'alarm'nya untuk mengingatkan anda untuk minum air.

4) Seterusnya, apabila alarm berbunyi,ikon bentuk botol kecil akan dipaparkan diruangan status paling atas di telefon pintar anda. Klik ikon tersebut dan anda akan dibawa ke paparan utama aplikasi Water Tracker ini semula.


Kemudian, anda perlu minum air dan seterusnya klik pada kuantiti air yang diminum seperti yang terpapar dibawah ini (kuantiti yang dipapar adalah mengikut tetapan yang anda buat sebelum ini).


Sebagai contoh, anda telah minum sebanyak 250ml, maka klik pada 250ml. Sekiranya 260ml, maka klik 250ml dan kemudian klik lagi ikon 1ml selama 10kali (andai anda telah set kuantiti 1botol itu adalah 19ml, maka klik 1 kali sajalah). Ulangi langkah ini setiap kali anda minum walaupun alarm tidak berbunyi.

Jumlah air yang telah diminum akan dipaparkan diruangan ini:

5) Water Tracker akan memaparkan samada anda sudah cukup minum air dalam sehari atau sebaliknya seperti dibawah ini:


Dipaparkan jumlah yang telah diminum dan target sebenar yang perlu anda minum. % akan dikira berdasarkan jumlah air yang telah minum.

SELAMAT MENCUBA!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday 8 August 2014

Bakteria Usus Punca Mabuk Ketika Hamil

Assalammualaikum w.b.t

Bila kita sebut tentang kehamilan, atau orang dapat tahu yang kita mengandung, mesti ada yang bertanyakan tentang morning sickness ataupun mabuk ketika hamil. Boleh dikatakan semua wanita yang hamil akan mengalaminya samada teruk atau tidak.

Macamnilah keadaan kita yang sedang mabuk hamil, rasa macam nak tidur kat toilet je kan?
Selalunya morning sickness ni berlaku pada trimester pertama (3 bulan terawal kehamilan).


Apa sebenarnya punca kepada terjadinya mabuk ketika hamil ni? Makan itu tak boleh, makan ini muntah. Tengok makanan pun tak lalu...kesian kan?

Mengikut kata Pakar Gastroenterologi Dan Pengamal Perubatan Semulajadi, Dr Vagif Soultanov di akhbar Metro, seramai 90% wanita hamil berdepan dengan mabuk hamil seperti loya dan muntah. Seolah-olah ini sudah jadi sinonim buat ibu hamil. Katanya lagi, melalui loya dan muntak ketika hamil ni merupakan perlindungan semulajadi tubuh untuk menyingkirkan makanan tercemar yang berkemungkinan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan dan juga ibu itu sendiri.

Tapi ada juga ibu-ibu yang mengalami masalah mabuk hamil yang berterusan berbulan lamanya dan ada juga berat badan turun melebihi 5%. Ini sudah tidak normal dan dikenali sebagai hyperemesis gravidarum (HG) dan boleh mengancam nyawa.

Pakar telah mendapati bahawa punca kepada masalah mabuk hamil ini akibat dari bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H.pylori). H.pylori ini merupakan spesis bakteria yang dikenalpasti ketika tahun1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Jangkitan dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui air liur.

Apa kaitan H.pylori ini dengan mabuk hamil ya? 
Penyelidik membuat hipotesis (penyelidikan) terhadap fasa pertama kehamilan, mendapati perubahan kepekatan bendalir dalam tubuh wanita hamil bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perutnya, seterusnya mengaktifkan bakteria H.pylori yang terpendam didalam lapisan perut.

Jangkitan H.pylori ini membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan apabila tubuh berusaha sedaya upaya untuk menyingkirkan bakteria tersebut tetapi gagal. Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik adalah tidak disyorkan kerana boleh membahayakan janin. Ini
kerana, H.pylori adalah sejenis karsinogen yang paling berbahaya.

Hasil penyelidikan di Rusia, ekstrak jejarum konifer pain yang dikenali sebagai Bioeffective A, dapat membantu perut dan usus kembali berfungsi dengan normal. Selain itu, Bioeffective A ini juga berpotensi sebagai bahana terapeutik tambahan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah standard yang digunakan dalam penghapusan H.pylori.

Namun, mabuk hamil ini tidak boleh dihapuskan macam itu sahaja. Ini pandangan saya. Ada ubat atau supplement yang boleh mengurangkan rasa loya, muntah dan pening yang boleh diambil tanpa menjejaskan bayi dalam kandungan. Ada wanita yang bernasib baik, hanya pening-pening kepala di awal kehamilan dan tiada muntah atau alahan lain. Bertuah nya kan?

Jom kita ketahui apa pula cara-cara untuk mengatasi masalah mabuk hamil ni. Hanya klik link dibawah ini untuk ke entri tersebut.

Cara-Cara Mengatasi Masalah Mabuk Ketika Hamil - KLIK SINI

KLIK SINI untuk Tanda-Tanda Awal Kehamilan.

Tadi, saya ada sebut tentang ubat atau supplement yang boleh diambil bagi mengatasi masalah mabuk ketika hamil ni. Saya tak cadangkan ubat, tapi saya cadangkan supplement tambahan. SET KEHAMILAN SHAKLEE ni memang elok diambil oleh wanita hamil dan salah satu fungsinya adalah mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.


+

Antara Kelebihan Set Kehamilan Shaklee ini:

imej dari google
Seperti biasa, andainya anda mahu mencuba produk shaklee, boleh hubungi saya at anytime :) Saya dah merasai kebaikan produk Shaklee, maka saya ikhlas ingin berkongsi kelebihannya dengan anda juga.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday 7 August 2014

Ujian Saringan Kesihatan Di SALAM Specialist

Assalammualaikum w.b.t


Hari ini saya nak share tentang memperkenalkan gaya hidup sihat. Kerajaan kita pun sekarang ni juga mengutamakan kesihatan rakyatnya dengan pelbagai program kesihatan. Salah satunya melalui Baucer PERKESO kepada kakitangan kerajaan/swasta. Percuma pulak tu.

Dalam menyahut seruan kerajaan, pihak SALAM Specialist juga telah melancarkan Pakej Ujian Saringan Kesihatan (screening package) yang sangat praktikal, cepat dan berkemampuan.


Dengan serendah RM75.00*, anda akan mendapat khidmat saringan kesihatan seperti:-

- Hepatitis B
- Hati dan Buah Pinggang
- Tahap Kolesterol
- dan banyak lagi.

Anda boleh hubungi pihak SALAM Specialist untuk butiran lanjut. Cara nak hubungi adalah seperti berikut:-


Berdasarkan pengalaman saya dan suami, SALAM Specialist antara yang terbaik setakat ni jika dibandingkan dengan hospital swasta di Shah Alam ni. Servis di SALAM Specialist ni cepat dan mesra serta menyediakan kelengkapan peribadi kepada pesakit yang menghuni di SALAM Specialist. Sistem pendaftaran, kemasukan wad dan juga proses keluar wad pun cepat.

SALAM Specialist juga menyediakan khidmat kaunseling untuk pesakit luar sama seperti klinik-klinik lain.

Selain itu, sekiranya anda ingin mendapatkan kesihatan yang baik atau untuk memperbaiki lagi tahap kesihatan, bolehlah cuba Set Kesihatan Optimum dari Shaklee ni.



P/S: saya bukan staff SALAM Specialist / Sedara mara / sepupu sepapat dan seumpamanya ya. Hehehe.. sekadar berkongsi.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday 5 August 2014

Testimoni GLA Shaklee: Mudah Hamil, Period Teratur, Kulit Cantik

Assalammualaikum w.b.t

Bulan August tahun ni, Shaklee buat promosi beli 6 percuma 1 untuk GLA Complex. GLA Complex ni boleh dikatakan sebagai teman rapat kepada wanita. Kenapa ya? Hmmm.....nanti saya huraikan dengan lebih details pada entri keesokkan hari. Insyallah.



Sebelum tu, mari kita tengok testimoni original tanpa editing dari pengguna GLA Complex Shaklee ini.














Sekarang anda tahu kan kenapa saya kata GLA Complex ni ibarat teman rapat wanita? Sebab GLA ni membantu meningkatkan kesuburan wanita supaya mempunyai peluang yang tinggi untuk hamil. Ada juga yang dulunya teruk senggugut tapi tiada senggugut lagi selepas mengamalkan GLA ni.

Dapatkanlah satu untuk anda, tak rugi pun. Harga pun murah je, pm sy ye :)


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday 4 August 2014

Penggunaan Puting Kosong Baby

Assalammualaikum w.b.t

tips untuk ceraikan puting kosong
Penggunaan Puting Kosong Baby 
Baby memang sinonim dengan puting kosong atau pacifier kan? Tapi ada jugak ibu-ibu yang memang tak beri langsung pacifier ni kepada baby mereka, bagus tindakan tu sebenarnya. Macam saya pulak, saya berikan Ammar pacifier sejak umurnya seminggu sebab dia suka mengempeng tapi tak menghisap pun susu. Sekadar letak ja. Kakak ipar dan mertua kesian kan saya pada waktu tu, jadinya cadangkan beri pacifier ni sebagai ganti dan memudahkan dia tidur dengan lena.

Sampai sekarang pun, kalau dia nangis, sumbat je pacifier, diamlah dia. Nak tidur, sumbat pacifier, tidurlah dia. Tapi sekarang ni dah stage untuk ajar dia tidak terlalu kerap menggunakan pacifier. Ada jugak yang cakap mulut Ammar muncung sebab pacifier tu, sebenarnya tidak 100%, sedari lahir lagi mulut dia dah berbentuk M bukan JO tau. :)

Saya ada terbaca di majalah SDK mengenai penggunaan puting kosong pada baby. Apa yang perlu kita ambil berat dan langkah-langkah penggunaan puting kosong ini. Untuk artikel penuh, anda boleh rujuk majalah SDK edisi Ogos 2014.
Saya kongsikan mengikut kefahaman saya ye.

Seperti yang kita maklum, puting kosong atau pacifier ni merupakan salah satu alat penenang kepada bayi samada ketika mereka resah, takut, ketika menangis mahupun ketika mahu tidur. Ada baik dan buruknya penggunaan puting kosong ni. Bagi ibu-ibu yang memberikan anak mereka dengan puting kosong ini, beberapa perkara perlu dititik beratkan.

Gunakan Puting Yang Bersih
- Puting kosong perlulah disteril atau dibasuh dengan sebersih-bersihnya sebelum memberikan kepada bayi supaya mereka tidak dijangkiti kuman.  Disarankan beli pacifier yang mempunyai penutup siap-siap seperti gambar dibawah ini. Kerana kebersihan lebih terjaga. Cuci sehingga bersih dipangkal puting yang melekat pada pemegangnya kerana pada bahagian tersebut kotoran senang melekat. Kalau tiada alat untuk sterile, boleh je rendam dengan air panas untuk seketika. 


Tukar Puting Kosong Sekiranya Rosak
-  Kalau anda ada bajet lebih, tukarlah puting kosong baby anda tu sekerap yang mungkin. Jangan biarkan dia bergantung pada satu puting kesukaannya. Nanti susah nak ceraikan. Pastikan puting baby anda itu tidak bocor, tidak berlubang, tidak retak atau pecah untuk mengelakkan dari bakteria terkumpul dan merebak kepada baby anda. Sekiranya masih elok, boleh digunakan seperti biasa.

Hadkan Penggunaan Dan Beri Bila Perlu Sahaja
- Ibu-ibu perlu hadkan penggunaan puting kosong baby  dan memberikannya pada waktu-waktu tertentu sahaja  seperti ketika baby sedang menangis atau ketika mahu tidur. Penggunaan puting kosong yang kerap boleh membuatkan baby mudah kembung kerana mereka seolah-olah menghisap angin. Selain itu, boleh juga menyebabkan infeksi pada telinga baby.

Ceraikan Bila Tiba Waktunya
- Saya pun tengah menunggu waktu yang sesuai untuk pisahkan puting kosong dari Ammar. Ammar dah nak masuk setahun setengah bulan ni. Tapi nampak dia suka dan selesa sangat dengan puting nya tu. Tak ada putingnya, saya dan suami haru biru. Susah nak diamkan dia kalau tak ada puting kosong tu. Seeloknya perlu dipisahkan sebelum baby berusia setahun. Sebab pada ketika ini, gigi mereka sedang mula tumbuh dan lembut, dikhuatiri akan menganggu pertumbuhan gigi bayi nanti, dan risau jugak kalau-kalau 'jo' nanti. Tapi apa lah nak takut kan, braces kan ado. Hehehe

Ibu mertua saya ada memberi tips untuk ceraikan puting kosong dari Ammar, antaranya Sapu gula-gula hacks pada puting kosong tersebut.  Insyallah, mujarab sebab ibu mertua dah lakukan dulu pada suami dan adik beradiknya yang lain :)

Saya pun nak cuba bila Ammar dah nak masuk 2 tahun nanti. Hehehe.. Anda cubalah dan bagitau saya tau pengalaman anda. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday 3 August 2014

Kenapa Collagen Shaklee Tak Berkesan

Assalammualaikum w.b.t


Zaman sekarang ni ramai yang nakkan kolagen dalam diet dan penjagaan diri. Sebab semuanya nak cantik, nak awet muda & nak kekalkan keanjalan kulit. Tak nak tua sebelum usia dan tak nak nampak tua bila dah berusia. Kan? Saya pun macam tu jugak sebabtu saya ambik Set Kecantikan Shaklee: Collagen Shaklee & Vita-E.

Collagen Shaklee akan beri impak seawal 3 hari pengambilan. Wow, cepatnya!!!! Tapi harus diingat ianya terpulang pada individu jugak tau! Dan ada juga yang ambil Collagen Shaklee ni tapi tak nampak kesan pun. Kenapa ya?

SEBAB-SEBAB COLLAGEN SHAKLEE TAK BERI KESAN

1) Nak Cepat


- Kebanyakan pengguna semuanya nak cepat. Kalau boleh, hari ini makan esok dah nampak gebu dan flawless. Saya pun sama jugak! Nak cepat tak sabar. Belum sempat collagen tu nak meresap sempurna ke dalam tubuh kita lebih tepat lagi kedalam kulit kita, tak sempat collagen tu nak memperbaharui sel-sel kulit kita....kita dah stop makan collagen. Lepas tu cakap collagen tak berkesan untuk kita. Padahal tak habis sekotak pun makan. Collagen yang salah ke. Huhuhu...

2) Tak Ikut Waktu Makan


- Setiap vitamin ada waktu makannya tersendiri. Tak boleh ikut suka, tak berkesanlah jawabnya. Macam Collagen Shaklee ni perlu diambil sebelum tidur. Anda pula ambik waktu bila? Collagen perlu ambil sebelum tidur sebab badan kita akan berehat ketika tidur dan barulah collagen ni bertindakbalas ke atas badan kita dengan lancar tanpa gangguan.

3) Malas atau Tak Suka Minum Air Kosong


- Kebanyakkan kita tak suka minum air kosong. Selalu minum air manis-manis je. Tak semestinya anda perlu minum air kosong dengan banyak bila ambil vitamin atau supplemen. Tak ambil apa-apa supplemen pun kena minum air kosong banyak-banyak. Air kosong penting untuk badan kita untuk serap vitamin dan salurkan keseluruhan badan kita. Bila air dalam badan tak cukup macamana khasiat Collagen ni nak berkesan? Sebab tak cukup 'minyak' untuk sampai ke 'destinasi'. ;)
- Saya nak share jugak antara kelebihan lain bila kita minum air kosong yang mencukupi. Gambar dibawah menerangkan kelebihan apabila kita meminum air kosong di awal pagi.


4) Kejap Makan Kejap Tak
- Ini pun salah satu puncanya. Kita tak disiplin! Apa-apa ubat atau supplemen pun kalau kita tak disiplin mengamalkannya, dah tentulah tak nampak kesan atau lambat berkesan. Bila rasa nak makan barulah makan, salah tu. Nanti badan pun confused sebab baru je nak bertindak balas tapi kita dah stop makan lepastu sambung makan semula selepas 3 hari atau seminggu misalnya, badan terpaksa pulak start semula dari 0. So memang sampai sudah tak berkesan. Perlu disiplinkan diri dan motivasi diri kena tinggi. Tak nak cantik ke??? Disiplinkanlah diri anda untuk cantik!


5) Tak Ikut Cara Makan Yang Betul
- Tadi saya sentuh waktu makan Collagen Shaklee. Sekarang nak sentuh cara makan dia pulak, lebih tepat lagi cara bancuhan Collagen Shaklee dengan betul. Ada yang bancuh menggunakan air panas sebab tak suka minuman berais. Air panas atau air suam boleh merosakkan bakteria baik yang yang mengandungi khasiat collagen yang terdapat di dalam Collagen Shaklee ni, bilamana khasiat ini sudah rosak atau terhapus maka secara automatiknya anda seolah-olah meminum collagen yang tiada collagen. Sebab itulah tiada kesan apa-apa pun ke atas anda.

Cara Bancuhan Collagen Powder Shaklee:

* Dibancuh 1 sachet sehari sahaja bersama-sama dengan minuman kegemaran anda.
* Boleh dibancuh dengan Milo / Horlicks / Sirap / Ribena / Jus Buah / Sunquick dan lain-lain
* TIDAK BOLEH dibancuh dengan AIR PANAS / SUAM
* HANYA dibancuh dengan minuman berAIS atau air kosong
* JANGAN bancuh dengan minuman berkafein: TEH / KOPI / NESCAFE dan seumpamanya.
* JANGAN bancuh dengan minuman bergas dan beralkohol termasuklah minuman isotonik.

6) Campur Aduk Makan Collagen Shaklee Dengan Supplement Lain


- Tak kisahlah anda ambil supplement Shaklee atau jenama lain. Anda dinasihatkan tidak campur adukkan dan makan sekaligus. Sebab nanti badan dan otak kita keliru untuk proses yang mana satu dahulu. Contohnya, anda mengambil pil kurus, pil migrain, pil senggugut dan collagen sekaligus. Otak kita tak tahu nak mulakan yang mana satu. Maka, dicadangkan anda perlu jarakkan pengambilan setiap jenis vitamin/supplement selama 30minit minimum untuk beri ruang vitamin tersebut untuk hadam dan proses. Disarankan Collagen Shaklee adalah yang paling akhir dalam senarai vitamin anda untuk dimakan, sebab ianya perlu dimakan sejurus sebelum tidur.

Ini saja perkongsian yang saya dapat huraikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. :)

TESTIMONI SENDIRI:

Testimoni Collagen Powder Shaklee dan Vita-E Shaklee
KLIK DI SINI UNTUK mengetahui COLLAGEN POWDER SHAKLEE dengan lebih terperinci!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera