Monday 18 August 2014

Cara Mudah Mencuci Gigi Bayi Anda

Assalammualaikum w.b.t

Ramai ibu-bapa yang tidak tahu tentang penjagaan  yang mudah bagi gigi bayi mereka. Ramai juga yang tidak tahu bilakah umur yang sesuai untuk memperkenalkan berus gigi kepada sicomel mereka. Perlu tunggu semua gigi tumbuh kah?


Ammar dah setahun setengah umurnya, tapi giginya masih tak tumbuh banyak lagi. Gigi bawah dibahagian depan ada dua batang, geraham sebatang. Atas pulak, dibahagian ada 4, ada nampak baru nak tumbuh lagi dua dan satu gigi geraham. Dah makan macam-macam, nasi lah, mee goreng lah, kuih muih lah dan macam-macam lagi. So, gigi dia cepat ada kesan kuning dan menyelaputi giginya yang masih baru tu.

Saya ada cara mudah untuk mencuci gigi Ammar ni, saya amalkan sejak dia berumur 1 tahun lagi sebab dia mula tumbuh gigi bila berumur setahun. Dia tak meronta pun sebab saya minta izin dari dia dulu...hehehe. Kalau tak mintak izin, mau gamat satu rumah, tak akan dapat cuci gigi dia sampai sudah. Bila mood dia ok, saya mula mencuci gigi dia dan dia pun merelakannya. :)

Baca berikutnya untuk tips mudah mencuci gigi bayi.

Cara Mudah Mencuci Gigi Bayi

1) Ambil kain tuala atau lampin yang bersih.
2) Basahkan kain tuala/lampin tadi dengan air suam/air masak. Saya tak gunakan air paip sebab faktor-faktor kebersihan.
3) Mulakan menggosok dengan lembut di permukaan giginya. Jangan kuat sangat ya. Perlu lembut dan perlahan.
4) Kesan kuning dan sisa makanan yang melekat pada gigi bayi anda sudah hilang. Amalkan setiap hari.

Kenalkan Berus Gigi Bayi

Secara jujurnya, saya masih belum beri berus gigi kepada Ammar. Tak beli pun lagi! Hahaha. Sebab syok pulak dok gosok-gosok gigi dia tu. Hehehe.

Tapi anda dah boleh mula berikan berus gigi tanpa ubat gigi kepada bayi apabila bayi anda sudah mempunyai gigi yang banyak dan sudah pandai memegang objek.

Berikan bayi anda dengan berus gigi yang lembut khas untuk bayi tanpa ubat gigi. Ini kerana untuk melatih anak anda menggosok gigi dengan sendiri sekaligus sedikit sebanyak dapat mencuci giginya. Anda pun boleh memberus giginya dengan perlahan dengan menggunakan berus tadi. Diingatkan sekali lagi, memberus gigi bayi tanpa menggunakan ubat gigi adalah digalakkan diawal pertumbuhan gigi bayi. Tapi boleh juga diberikan ubat gigi tanpa fluorida kepada bayi anda. Ini kerana fluorida tidak sesuai dan tidak boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia dibawah 2 tahun. Kandungan fluorida itu sendiri akan merosakkan gigi bayi anda nanti.

Tiada umur tertentu untuk memperkenalkan berus gigi kepada bayi anda. Ini kerana setiap bayi mempunyai tahap pertumbuhan gigi yang berbeza. Ada sesetengah bayi yang sudah mempunyai gigi yang banyak ketika berusia 6 bulan, maka anda sudah boleh mencuci giginya dengan kain atau berus gigi yang lembut.

Untuk lebih lanjut dan jelas, anda bolehlah minta nasihat daripada doktor anda. Saya hanya berkongsi pengalaman. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment