Tuesday 10 June 2014

Atasi Bau Badan Secara Semulajadi


Assalammualaikum w.b.t


Badan berbau??? Euwww!! Memalukan kalau badan kita berbau. Tambahan pula kita seorang perempuan. Ketiak basah, badan berbau kurang enak; pasti keyakinan dalam diri berkurang kan? Saya ada baca tentang cara semulajadi untuk individu yang mempunyai masalah bau badan ini. Berikut adalah ringkasan yang saya baca.

Puncanya??
Berpunca dari rembesan air dari dalam badan yang berlebihan terutamanya di ketiak adalah punca utama bau badan. Kebanyakkan kita menggunakan deodorant, spray, minyak wangi untuk menghindar bau badan tapi itu cuma bertahan sementara sahaja.

Kebersihan Diri Kunci Utama.
Rawatan yang berkesan adalah dari kita sendiri dengan mengamalkan tahap kebersihan yang optimum. Mandi dengan kerap, paling kurang 2 kali sehari mampu membuang daki-daki dan kotoran yang ada pada badan. Memakai pakaian bersih, menukar pakaian bila perlu dan menggunakan bedak talkum supaya dapat mengurangkan bau yang tidak enak.

Rawatan Herba.
Alfalfa merupakan salah satu herba terbaik untuk mengatasi masalah bau badan ini. Alfalfa mengandungi bahan klorofil yang bertindak sebagai antibakteria yang mampu memusnahkan bakteria pada tubuh badan kita.


Parsley juga salah satu herba semulajadi untuk masalah bau badan. Parsley bertindak sebagai herba antiseptik yang mengurangkan bau badan. Boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicampurkan dengan teh panas untuk mengawal bau badan.

Parsley
Rosemary juga herba yang bagus untuk atasi bau badan ini. Rosemary banyak digunakan dalam deodorant pada hari ini.

Rosemary

Rawatan Melalui Pemakanan.
Pengambilan makanan seharian juga memberi kesan terhadap bau badan kita. Pemilihan makanan yang tidak sesuai juga mendorong bau badan yang kurang enak. Contohnya pengambilan lemak tepu, makanan segera atau makanan diproses serta produk tenusu juga salah satu punca bau badan.
Elakkan mengambil makanan yang pedas dan makanan panas yang menjadi punca badan berpeluh seterusnya menyebabkan badan berbau.
Digalakkan memakan buah-buahan segar, salad dan sayuran yang boleh membantu menyahtoksin dari badan kita.
Dengan mengamalkan pengambilan air yang mencukupi untuk badan kita mampu menghindar bau badan. Kekurangan vitamin dan mineral dalam badan juga salah satu punca badan berbau.
Selain itu, pengambilan makanan yang mengandungi magnesium dan zinc yang mencukupi juga mampu menghindar bau badan.
Antara makanan yang mengandungi magnesium ialah bayam, ikan tenggiri, kacang soya, beras perang, avocado dan pisang. 

bayam
ikan tenggiri

kacang soya

beras perang
avocado
pisang


Manakala yang mengandungi zinc ialah tiram, daging, bayam, coklat, ayam, kacang merah dan cendawan butang (putih).



daging
bayam

tiram
kacang merah

cendawan butang
coklat


Deodorant Semulajadi
Seperti yang dinyatakan diatas, sebahagian makanan merupakan deodorant semulajadi kepada badan kita terutama sayuran hijau seperti bayam, kailan dan seumpamanya, Elakkan menggunakan deodorant yang dijual dipasaran kerana ia mengandungi bahan kimia yang menutup liang-liang peluh dan seterusnya menjadi toksin termendap didalam badan kita yang menjadi punca badan berbau. 
Bahan semulajadi yang boleh dijadikan deodorant adalah seperti cuka epal (apple cider vinegar), air mawar, minyak lavender, minyak tea tree dan jus lemon.

minyak tea tree


Secara kesimpulan yang dapat saya rumuskan disini adalah kebersihan diri dan juga amalan pemakanan sangat penting untuk dititik beratkan. Jaga diri kita, jaga makanan kita insyallah bau badan pun tak ada dan insyallah dapat menghindar penyakit juga.

Sama-sama kita amalkan cara semulajadi merawat bau badan ini, lagi elok berbanding menggunakan deodorant yang ada bahan kimia. ;) Oops, tadi ada juga dinyatakan bahawa Alfalfa dan kacang soya juga penyumbang kepada menghindar bau badan, apa lagi, jom lah cuba Alfalfa Shaklee dan ESP Shaklee. Telan pil atau minum sahaja, pilihan di tangan anda! ;)

Hubungi saya untuk lebih lanjut. Saya sedia membantu :)
*****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment