Sunday 22 June 2014

Krim Ajaib: Herbal Blend

Assalammualaikum w.b.t

Herbal Blend Multipurpose Cream
Herbal Blend Multipurpose Cream ni memang hangat dipasaran! Tiap kali Shaklee restock, memang berebut SID nak borong. Restock pagi, petang dah habis. Bukan restock quantity tu sedikit, tapi ramai SID dan customer yang memborong. Produk yang sangat ditunggu-tunggu ramai. 

Kenapa sampai macam tu sekali ya? Ajaib sangatkah? :)

Tentulah ajaib, kalau tak, takkanlah habis macam pisang goreng panas! Saya pun guna untuk kegunaan saya dan bayi saya. Mari saya kongsikan keajaiban Herbal Blend ini.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini berbentuk krim yang mudah meresap ke dalam kulit  dan tidak berminyak. Berbau mentolentum dan dingin kepada kulit lalu memberikan keselesaan kepada anda dan juga bayi anda. Ia kaya dengan emollients dan diformulasi secara khusus untuk kulit yang kasar, kusam dan kering. 

Krim ajaib yang tidak berminyak ini akan meninggalkan kulit yang licin dan segar sebaik sahaja ia disapukan dengan lembut. Tidak lupa juga ia diformulasi untuk permukaan kulit yang kering dan kasar yang lain seperti siku, lutut dan tumit kaki.


Herbal Blend ini berbentuk tiub dengan isi kandungan seberat 113g atau bersamaan 4oz. Dan ia adalah PARABEN FREE!

Siapa Yang Memerlukan Herbal Blend?

Penghidap Eczema


Bagi yang menghidapi eczema atau dalam erti kata lain, keadaan kulit yang menjadi gatal-gatal, kering dan merekah/menggelupas, kadangkala berair dan berdarah. Kebiasaanya terjadi pada bayi sebelum usianya menginjak 2 tahun dan akan beransur pulih ketika belasan tahun. Eczema tidak boleh dipulihkan tapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Selalunya akan menjangkiti disekitar tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini berupaya untuk mengurangkan kegatalan kepada penghidap eczema ini dan dapat menghindar eczema ini berlarutan. Hanya sapu pada tempat gatal sekerap yang mungkin.

Bayi - Ruam Lampin, Ruam Susu, Gatal Akibat Gigitan Nyamuk/Serangga dan Alahan Lain
Herbal Blend Multipurpose Cream ini juga seolah-olah dicipta khusus untuk bayi, kerana seperti yang saya katakan tadi, krimnya berbau mentolentum yang segar dan dingin.

Permukaan kulit bayi yang gatal akibat ruam lampin umpamanya, tidak memberikan rasa pedih dan panas kepada bayi. Malah melegakan kegatalan kulit bayi dengan segera. Dan juga, anda tidak perlu menunggu berminggu-minggu untuk nampak perubahannya. Pengalaman saya, ia boleh dilihat selama 3 hari sahaja (bergantung kepada keadaan kulit individu juga).

Tumit Pecah
Tumit pecah terjadi akibat keadaan tumit yang kering dan kasar seterusnya tumit akan merekah dan pecah. Sesuai disapukan Herbal Blend ini setiap hari dan lihatlah keajaibannya!

Pengganti Minyak Gamat
Sama fungsinya seperti minyak gamat. Andaikata minyak gamat habis, bolehlah jadikan  Herbal Blend ni sebagai ganti. Boleh sapu untuk terkena minyak panas, luka-luka kecil, gigitan nyamuk/serangga, gatal-gatal dan lain-lain.

Kesan Regangan Akibat Hamil (Stretch Mark)
Kebanyakkan ibu-ibu akan mempunyai kesan regangan akibat hamil. Yang beza hanyalah banyak dan sedikit, teruk dan tidak teruk. Jika tidak dikawal dari awal, memang akan ada kesan regangan yang menyakitkan mata sendiri. Amalkan sapu Herbal Blend ini ketika hamil, sekiranya sekarang baru mengetahuinya, masih belum terlambat, sapulah dan insyallah kesan regangan akan pudar.
Entri terdahulu mengenai Kesan Regangan, KLIK SINI.

Hilangkan Parut
Tidak kiralah parut lama atau baru, Herbal Blend Multipurpose Cream ini dicipta khusus untuk hilangkan parut juga. Tidak kisahlah parut apa sekali pun, hanya disiplin menyapu krim ajaib ini. Parut pun pudar dan hilang.

Puting Susu Luka
Ibu-ibu yang menyusukan bayi selalunya akan mengalami keadaan dimana bayi suka menggigit dan menyentap puting susu ibu. Akibat gigitan itu puting ibu akan terluka dan pedih. Sapulah krim ajaib ini selepas menyusukan anak dan sebelum tidur.

Losyen Harian
Sesuai dengan kategori produk ini sebagai Penjagaan Harian (Daily Care), Herbal Blend juga boleh dijadikan losyen badan kerana fungsinya akan melembutkan kulit kita. Krimnya yang tidak berminyak malah dingin ketika memakainya akan memberikan keselesaan kepada kita. Kulit yang kusam dan kasar akan kembali lembut dan licin.

AWAS: Penghidap G6PD tidak boleh menggunakan Herbal Blend Multipurpose Cream ini. 

TESTIMONI HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM

Ini antara testimoni dari pengguna yang menggunakan Herbal Blend Multipurpose Cream ini. Saya hanya kongsikan sedikit disini, dan akan kongsikan lagi pada entri akan datang, tunggu tau :)





Memang ajaibkan Herbal Blend Multipurpose Cream ni? Banyak kegunaanya, sebab tu ramai yang berebut-rebut beli krim ni. Krim wajib ada dirumah sekarang ni. Anda bila lagi? :)


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment