Sunday, 20 July 2014

Short Tips Elak Anak Menangis Di Pasaraya

Assalammualaikum w.b.t

Kanak-Kanak Menangis Tanpa Sebab, IbuBapa Naik Resah 
Topik kali ini saya kira macam menarik jugak, kan? :) Idea ni timbul sebab malam tadi pergi shopping baju raya. Memang sesak betul, sesak parking, sesak nafas pun ada..Jalan pun dah macam semut. Punya dok syok shopping-shopping, terperasan ada seorang budak lelaki menangis melalak-lalak nak kan sesuatu. Saya tak pandang sangat, buat-buat tak tahu saja, nanti dikata busy body pulak. Tapi saya pun tak tau apa sebabnya budak ni nangis-nangis. Kalau budak tu anak saya, confirm stop shopping dan terus balik. Even Ammar tidur masa saya tengah syok shopping pun boleh balik terus, inikan pula nangis-nangis macam tu.

Yang sebenarnya, atas ibubapa itu sendiri (maafkan saya andai tersilap dan ada yang terasa). Didikan awal itu penting. Kadangkala kita perlu berkata NO! bila kena pada waktunya dan tempatnya. Supaya anak-anak ini faham apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Ya, budak-budak tengah belajar tapi harus diingat, masa umur kanak-kanaklah kita harus lentur sebaik mungkin.

Justeru, saya ingin kongsikan tips ringkas yang saya perolehi daripada kakak ipar saya cara dia mendidik anak supaya tidak melalak-lalak nak kan sesuatu di pasaraya. Suami saya sendiri mengakui akan hal ini, anaknya tidak banyak kerenah dan tidak pandai meminta-minta ketika bershopping.

Short Tips Elak Anak Menangis Di Pasaraya

1) Jangan Sesekali Biasakan Anak Bermain Dengan Kerusi Muzik
- Anak tidak pandai meminta buat pertama kali, jadi jangan biasakan anak anda dengan kerusi muzik tu. Sekali anda benarkan, hmmm...seterusnya dia yang akan meminta untuk bermain.

2) Jangan Sesekali Benarkan Anak Anda Mengambil Sendiri Mainan/Makanan Yang Dia Mahukan
- Anda boleh bertanya apa yang dia mahukan tapi jangan benarkan mereka ambil sendiri. Kemudian, beritahu mereka yang mainan/makanan tersebut perlu dibayar terlebih dahulu dan boleh bermain/makan apabila sudah sampai dirumah nanti.

3) Jangan Sesekali Membenarkan Mereka Memegang Mainan/Makanan Hingga Ke Kaunter
- Beri arahan bahawa barang mainan/makanan tersebut tidak boleh dipegang oleh kanak-kanak. Cuba beri alasan sehingga anak anda faham dan bersetuju dengan alasan anda.

4) Jangan Sesekali Membuka Mainan/Makanan Ketika Masih Di Dalam Pasaraya
- Walaupun sudah dibayar, perlu beritahu kepada anak anda supaya menunggu sehingga sampai di rumah nanti.

5) Kenalpasti Waktu Tidur Dan Makan Anak Anda
- Kadangkala, kanak-kanak ini menangis sebab mengantuk ataupun lapar. Beri perhatian pada anak terlebih dahulu, beri susu atau makan terlebih dahulu. Elakkan keluar bershopping ketika waktu tidur anak anda. Ini juga boleh mengelakkan mereka mengamuk di pasaraya.

Saya juga sedang mempraktikan tips-tips ini, anak saya masih berusia satu tahun setengah. Harap-harap bila dah makin membesar, dia tidaklah mengamuk atau menangis tak tentu hala di pasaraya nanti. Ibu-ibu diluar sana, cuba praktikkan juga ya. Kalau dah terbiasa lakukan, adakan sesi kaunseling atau soal jawab dengan anak supaya dia faham dengan arahan NO untuk sesuatu perkara. Insyallah ia dapat membantu.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment