Wednesday 16 April 2014

Usapan Lembut Penting Untuk Bayi

Assalammualaikum w.b.t



* imej dari google

Comelkan baby ni tidur? Hati tenang je tengok. Saya sangat suka tengok anak saya tidur, nampak lagi comel!

Bila umur bayi atau kanak-kanak bertambah, kadangkala diorang ni susah untuk tidur. Ada yang sanggup bersengkang mata kerana nak dilayan bermain. Tidak kira siang atau malam? Anak anda bagaimana?

Sejak anak lelaki saya mencecah 1 tahun 2 bulan, dia banyak habiskan masa siangnya dengan bermain. Kadangkala hanya tidur 3-4jam sahaja di siang hari, dimana ini tidak bagus untuknya. Di sebelah malam pula, akan tidur bermula dari jam 9.00 hinggalah jam 7.00pagi (ini adalah mengikut purata seharian). Syukur, dia banyak tidur di malam hari tapi berdasarkan kajian umur anak saya memerlukan jumlah tidur 13-14 jam sehari. Lihat jadual di bawah ini:


Kalau dulu anak saya sangat mudah untuk tidur, bagi je susu, tak lama lepas tu tidurlah dia. Sekarang ni agak susah sikit, walaupun berdodoi, masih tidak tidur dan merengek sebab terlalu mengantuk. Apa yang saya buat adalah, saya mengusap belakang badannya dengan lembut, mengusap perutnya dengan lembut seterusnya memicit lembut di kakinya. Alhamdulillah, dia tidak merengek dan seterusnya tidur lena hingga ke pagi, sesekali terjaga untuk minum susu dan tidur semula.

Menurut kajian pun usapan atau urutan lembut sangat membantu menenangkan bayi dan kanak-kanak untuk mudah tidur. Selain itu, usapan atau urutan lembut ini boleh menenangkan keresahan mereka. Sehinggakan diluar negara mempunyai kelas khas mengenai urutan terhadap bayi. Betapa pentingnya urutan atau usapan lembut ni kepada bayi!

PENTINGNYA USAPAN / URUTAN LEMBUT TERHADAP BAYI

Memang sangat penting! Ini kerana, dengan usapan yang lembut ini dapat membantu anak anda tidur lena, membesar dengan cepat dan menjadi lebih bijak! Semua mahukan anak yang bijak, kan? Maka, kerapkanlah mengusapnya. Tahukah anda bahawa kulit bayi mempunyai 5 million titik ransangan? Menurut kajian oleh Cochrane Review, mendapati bayi yang kerap diusap kurang menangis dan merengek berbanding bayi yang jarang diusap. Ini terjadi kerana sentuhan kulit ke kulit merendahkan tahap hormon ketegangan (stress hormone cortisol) bayi.

Urutan atau usapan lembut ini sangat penting sehinggakan mampu membantu sistem imunisasi bayi, kemahiran bayi dan kecerdasan bayi serta membantu menambah berat bayi dengan sihat.

TIPS URUTAN / USAPAN LEMBUT KEPADA BAYI 

1) Cari masa yang sesuai, contohnya ketika anak anda mahu tidur atau selepas mandi.
2) Cari lokasi yang sesuai, contohnya didalam bilik yang selesa untuk bayi tidur, lampu dipadamkan adalah sangat digalakkan.
3) Guna minyak bayi atau minyak zaitun ketika melakukan usapan.
4) Urut atau usap dengan lembut di sekitar badan bayi anda terutama belakang dan abdomen.
5) Perhatikan bahagian yang disukai oleh bayi anda, contohnya: bayi akan diam apabila belakangnya diusap.
6) Pastikan bayi anda tidak sakit atau demam dan juga tidak terlalu kenyang atau lapar ketika melakukan urutan atau usapan lembut ini.

5 KAEDAH MEMBUAT USAPAN/URUTAN DENGAN BETUL

1) Dimulakan dengan tapak kaki



  • Bayi dalam keadaan baring seperti mahu menukar pampers nya. Mulakan dengan sebelah kaki bayi, mulakan usapan dari pangkal paha dan seterusnya bawa ke kakinya. Dan tukar ke sebelah lagi bila selesai. Ia dapat menghilangkan lenguh-lenguh di kaki bayi anda.
  • Apabila selesai kedua-dua belah kaki, ambil sebelah kaki bayi anda dan letakkan di telapak tangan anda. Tekankan dengan lembut ibu jari anda ke tumitnyasehingga ke jari-jari kakinya, pastikan anda tidak menekan secara berterusan hingga ke jari kakinya. Lakukan secara tekan pada satu tempat kemudian alihkan kepada satu tempat lagi dan tekan secara lembut serta tidak tekan terlalu lama dan dalam. Ulangi lagi di sebelah kakinya.
2) Perut 

  • Masih dalam keadaan baring, usap bahagian perut dan abdomen bayi anda secara mengikut arah jam dengan lembut. Usap juga disebelah kanan dan kiri badan bayi anda.
3) Tangan 


  • Pegang pergelangan tangan bayi anda dengan sebelah tangan anda. Kemudian, usaplah dengan lembut dimulakan dengan atas lengan (berhampiran bahu) diakhiri dengan pergelangan tangannya. Lakukannya berulang kali.
  • Kemudian,menekan dengan lembut pada tapak tangan bayi anda. Seperti yang dilakukan pada tapak kaki sebentar tadi.
  • Usap dengan lembut jari jemarinya.
  • Melakukan senaman ringan dengan memegang pergelangan tangan bayi anda dan lipatkan tangan bayi anda sehingga mencecah bahunya. Lakukan dengan lembut.
4) Muka

  • Mulakan meletakkan jari jemari anda pada wajahnya dengan lembut. Buat bulatan kecil pada wajahnya.
  • Letakkan jari telunjuk anda pada sekitar hujung matanya di bahagian dalam (dekat dengan hidungnya), di bahagian atas tulang pipi. Usaplah dengan lembut menggunakan jari telunjuk tadi. 
  • Usap dengan lembut bibirnya, ikuti alur bibirnya dengan lembut berulang kali.
  • Kemudian, usaplah disekitar bahagian dagunya.
  • Dengan menggunakan jari jemari anda, usaplah pula disekitar telinganya dengan lembut.
5) Belakang Badan

  • Dalam keadaan meniarap (boleh juga dilakukan dengan mengiringkan bayi). Gerakkan jari jemari anda dengan membuat bulatan kecil disekitar belakangnya bermula dari atas belakang dan bawa hingga ke pangkal punggungnya. Elakkan menekan tulang belakangnya (Spine), iaitu tulang di tengah-tengah badan kita yang merupakan terletaknya saraf tunjang kita. 
  • Letakkan kedua - dua tapak tangan anda secara rapat dibelakangnya. Usaplah bermula dari bahagian atas belakangnya dan bawa ke pangkal punggungnya. Ulangi beberapa kali.


Cubalah!!! Bayi anda pasti sukakannya! Juga sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

Sebagai seorang ibu, kesihatan perlu dijaga juga supaya dapat meluangkan masa dengan bayi anda dengan mudah dan tenang. Pengambilan supplemen untuk kesihatan supaya tidak mudah penat dan dihindar dari penyakit amat diperlukan. KLIK SINI untuk ketahui supplement apakah yang sesuai bagi ibu-ibu yang mahukan sentiasa bertenaga.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment