Saturday, 14 June 2014

Merawat Masalah Pada Bayi Dan Kanak-Kanak Secara Semulajadi.

Assalammualaikum w.b.t


Ruam, benjol, jangkitan dan perut yang tidak hadam, semua bayi memang tidak imun dengan penyakit-penyakit remeh yang kerap menyerang manusia. Cara rawatan semulajadi adalah paling sesuai untuk bayi yang masih lagi lemah. Ketahui bagaimana rawatan semulajadi dilakukan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Kulit Kepala



Dikenali juga cradle cap atau kulit kepala berkuping. Biasanya bermula dengan ruam-ruam merah yang kemudiannya bertukar menjadi kuning, kuping keras dan rapuh.

Rawat: Sapu minyak biji aprkikot, badam atau zaitun ke atas kepala bayi dan biarkan semalaman. Keesokkan paginya, syampukan kepala bayi seperti biasa.
Syampu buatan sendiri (khas untuk kulit berkuping): tambahkan 2 titis minyak tea tree, setitis minyak lemon dan tiga sudu besar syampu bayi biasa ke dalam sebuah gelas dan goncangkannya. Gunakan setiap hari selama satu minggu, insyallah kulit berkuping akan hilang.


Kutu Kepala
Oopps, jangan biarkan kutu kepala merebak kepada bayi anda. Hindarkan bayi anda dari mendekati individu yang mempunyai kutu kepala. Ia sangat mudah untuk merebak dan sangat susah untuk menghapuskannya dalam waktu yang singkat.

Rawat: Campurkan secawan setengah air suam dengan 4 titis minyak tea tree dan goncangkan. Sapukan kepada rambut bayi selepas disyampu. Tidak perlu dibilas dan biarkan ia kering sendiri.

Tahi Mata
Tahi mata bayi yang berlebihan pasti merunsingkan ibu. Bayi yang baru lahir kerap mendapat masalah ini sehinggakan kelopak mata saling melekat. Ini berlaku akibat daripada bahagian mata putih dijangkiti dan merengsa lalu berlakulah tahi mata yang berwarna kekuningan keluar dari saluran air mata.

Rawat:  Sekiranya anda menyusu badan, titiskan perlahan-lahan susu badan ke dalam mata bayi.
Cara yang lain adalah dengan menyediakan larutan garam yang tidak terlalu pekat dengan kadar sesudu teh garam dicampurkan dengan secawan air suam. Kemudian perlahan-lahan sapu pada mata bayi yang dijangkiti dengan bebola kapas.

Hidung Tersumbat
Selalunya berlaku apabila bayi anda terkena selesema. Adakalanya juga bukan sebab selesema.

Rawat: Bolehlah merawatnya dengan campurkan dua titis minyak peppermint dan spearmint dengan sesudu minyak badam. 



Kemudian campurkan kedalam air mandian bayi. Sekiranya bayi anda selesema, lapkan hidungnya dengan bebola kapas yang telah dilembapkan.
Boleh juga menggunakan cecair saline sebagai ubat titis hidung.

Sakit Tumbuh Gigi



Perkara biasa yang akan dilalui oleh bayi yang berumur dari 5 bulan ke atas. Pada usia ini ada sesetengah bayi akan mula tumbuh gigi pertamanya. Kebiasaannya, tiap kali tumbuh gigi pasti bayi akan demam dan merengek. Ibu juga yang penat berjaga siang dan malam. Petua dibawah ini harap dapat membantu ibu-ibu semua.

Rawat: Campurkan dua susu teh lemon kering, dua cawan air mendidih dan daun lemon balm. Biarkan selama lima minit kemudian tapis dan sejukkan.

lemon balm
Bagi bayi yang berusia dibawah 2 tahun, berikan dia minum campuran tadi sebanyak setengah cawan, dicairkan dengan air suam yang dimasak dua kali sehari.
Bagi anak yang berusia 2 tahun keatas, berikan campuran tadi sebanyak tiga hingga empat kali sehari.
Sediakan juga teether yang telah dibekukan untuk bayi anda.

teether
Sekiranya bayi atau anak anda mengalami gusi bengkak, campurkan sesudu teh serbuk elm yang licin dengan air suam, urutkan perlahan-lahan pada gusinya.

serbuk elm
Untuk mengetahui proses pertumbuhan bayi mengikut umur mereka, sila klik link ini untuk lebih lanjut: http://mamadanbabysihat.blogspot.com/2014/05/turutan-pertumbuhan-gigi-bagi-bayi-dan-kanak-kanak-mengikut-umur.html

Sukar Sendawa
Ada sesetengah bayi memamg susah untuk sendawa walaupun bermacam kaedah yang kita sudah buat. Pastikan anda tetap lakukan kaedah mensendawakan bayi sehingga bayi sendawa. Ini penting bagi mengelakkan tersedak susu terjadi. Pastikan kepala bayi anda lebih tinggi dari perutnya ketika tidur.

Kepada ibu-ibu baru atau bakal ibu, gambar dibawah ditunjukkan cara sendawakan bayi dengan betul.





 


Sakit Perut
Bayi akan seringkali mengalami sakit perut atau perut yang tidak selesa. Bila perut tidak selesa, akan mendorong bayi menangis dan sukar tidur. Ada pelbagai faktor yang menyumbang terjadinya perut tidak selesa pada bayi. Saya ada huraikannya pada entri sebelum ini, sila KLIK SINI untuk membacanya.

Rawat: Air bali adalah ubat terbaik bagi kanak-kanak yang sakit perut atau mengalami perut tidak hadam.
Campurkan dua sudu teh penuh barli dengan tiga cawan air ke dalam periuk dan didihkan. Renehkan selama 20minit. Sejukkan dan berikan anak anda minum sebanyak setengah cawan, boleh ditambah dengan madu.

Cirit Birit
Cuba berikan anak anda sup lobak merah yang cair. Sup akan melapisi dinding usus kecil dan membantu melegakan cirit birit. Untuk anak anda yang berusia lebih setahun, boleh cuba dengan memberikan epal yang diparut yang telah dibuang kulitnya ke dalam piring dan biarkan berubah kepada warna perang. Berikan anak anda makan parutan itu dengan sukatan sesudu teh setiap kali.

Kulit Gatal
Kadangkala ada bayi yang mengalami masalah gatal-gatal kulit. Pastikan anda memandikan bayi anda dengan air yang telah dididihkan dan disejukkan. Elakkan dari memandikan bayi anda secara terus dengan air paip yang mengalir. Air paip adakalanya kotor dan merengsakan kulit bayi.

Sembelit
Sekiranya bayi anda sudah mula memakan makanan pejal, beri air yang secukupnya bagi mengelakkan sembelit. Selain itu, kerapkan memberi bayi anda puri sayuran dan puri buah-buahan, ia dapat membantu sistem penghadaman bayi supaya sistem perkumuhannya lebih lancar.


Luka dan Calar
Anak-anak yang semakin besar akan semakin aktif terutama di usia 2 tahun ke atas. Adakalanya mereka terjatuh dan luka. Jangan biarkan ianya melarat, berikut cara untuk merawat.

Rawat: Minyak gamat. Cuma sapukan pada luka dan biarkan ia kering sendiri. Kerapkan sapu.
minyak gamat

Selain itu, herba yarrow juga boleh mengeringkan luka dan calar.  Campurkan satu sudu teh herba yarrow, dua sudu besar herba witch hazel dan dua sudu besar air mawar ke dalam botol dan goncangkannya.

         
herba yarrow
pokok herba yarrow

Jika luka itu telah dijangkiti, tambahkan dua titis minyak tea tree.

Ruam Lampin
Selalunya ruam lampin terjadi bila kita membiarkan lampin tidak bertukar untuk tempoh yang lama. Kerapkan tukar selang 3 jam sekali dan basuh atau lapkan dengan air bersih bagi mengelakkan bakteria terkumpul sekaligus mengelakkan ruam lampin.

Rawat: Boleh menggunakan bedak berubat seperti jenama pureen dan anakku. Taburkan bedak berubat pada bahagian kemaluan dan punggungnya.



Selain itu, Herbal Blend Shaklee juga dapat membantu masalah ruam lampin pada bayi. Ianya berbentuk krim dan hanya sapukan pada bahagian yang terjadinya ruam lampin bayi. Ianya tidak panas dan ianya sedikit berangin akan memberikan keselesaan kepada bayi anda.

Herbal Blend
Testimoni Pengguna Herbal Blend Untuk Merawat Ruam Pada Bayi

Saya harap dengan perkongsian ini, dapatlah ibu-ibu menjadikan sebagai panduan untuk merawat bayi atau anak dengan cara semulajadi. Saya doakan anak-anak anda semua sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak diingini dan sentiasa sihat serta terhindar dari segala penyakit. Aminnnn.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

No comments:

Post a Comment