Friday, 18 April 2014

Kisah Sedih Dan Kanser Payudara -1

Assalammualaikum w.b.t




Pada tanggal 17 April 2014 pada jam 3.30am, saya mendapat berita sedih tapi sudah di jangka. Sepupu rapat saya disahkan meninggal dunia diusia yang saya anggap masih muda, 39 tahun. Masih muda tapi penghidap kanser payudara. Pembunuh no.1 wanita!!!

Arwah mempunyai 4 orang anak yang berumur 18 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Yang pasti anaknya yang bongsu masih tidak faham apa itu kematian.

Bila ditanya anak bongsunya, "mama mana?"..."mama akit. Mama ido". Masih pelat. Pilu rasa hati, anak sekecil ini sudah kehilangan ibunya disaat anak kecil lain seusianya masih disuap oleh ibu mereka. Kini terpaksa menumpang kasih ibu saudara pula. Sebak!

Arwah pernah berpesan pada keluarga, agar mendidik anak lelaki sulungnya berusia 8 tahun supaya rajin belajar sebab anak sulungnya itu ada potensi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Ketika arwah masih hidup, dia risaukan anak nombor tiganya kerana sangat rapat dengan dirinya. Tidak boleh hilang mamanya dari pandangan. Asal mamanya bergerak, disitu juga dia ada sekalipun sudah mempunyai adik yang berusia 2 tahun ketika itu. Selalu menangis mengalahkan adiknya. Syukur apabila memasuki pra-sekolah dan tahu mamanya sakit, dia sudah tidak manja dan tidak menangis lagi.

Anak lelaki sulungnya yang berusia 8 tahun tadi sudah pandai berdikari sejak mamanya terlantar sakit. Basuh kasut sekolah sendiri, gosok pakaian sendiri, pakai baju sekolah sendiri, buat air untuknya dan adiknya sendiri, basuh pinggan sendiri. Alangkah bahagianya arwah dapat anak yang pandai berdikari dan memahami. Lupa saya ingin maklumkan, arwah tinggal bersama dengan kedua ibubapanya sejak 3 tahun lepas.

Perihal anak bongsunya pula juga seolah-olah memahami mamanya sakiy. Sudah tidak banyak kerenah dan tidak menangis apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu ketika mamanya sakit pertama kali dulu. Tidak meminta untuk menyusu lagi dan selalu cakap: "mama akit, sian". Anak bongsunya yang bernama Iman kerap mendatangi ibunya yang terlantar sakit dirumah, perlahan-lahan meletakkan hidungnya di pipi mamanya untuk mencium mama kesayangannya. Diusapnya ubun-ubun mamanya dengan lembut dan seterusnya sambung bermain. Selalu berkelakuan sebegitu meskipun mamanya sudah tidak berupaya untuk memanggilnya sudah tidak bermaya untuk memeluknya dan meskipun sudah tidak mampu mengenalinya. Ya allah, permudahkanlah segala urusan anak kecil ini.


***bersambung di entri seterusnya kerana mata ini sudah laju mengalir.....


****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

1 comment: