Sunday, 27 April 2014

Perubahan Selepas Bersalin


Assalammualaikum w.b.t

Topik kalini sangat berhubung rapat dengan wanita yang dalam pantang, terutamanya untuk ibu-ibu yang pertama kali menjadi ibu. Mesti pelbagai rasa tidak selesa, rasa sakit, rasa ngilu dan sebagainya selepas melahirkan anak.

Anda adalah seorang yang bertuah kerana dapat mengalami proses-proses kelahiran, berpantang dan membesarkan anak tercinta. Tidak mudah bagi semua orang, dan pelbagai reaksi dan pengalaman yang dikongsi berhubung hal ini.

Bagi ibu-ibu yang pertama kali menjadi ibu, entri kali ini saya ingin kongsikan apakah kesan-kesan atau simptom terhadap tubuh badan ibu yang berkemungkinan akan dihadapi oleh ibu sejurus sahaja melahirkan bayi. So, anda akan bersiap sedia dengan rasa ketidakselesaan ini bermula saat melahirkan sehinggalah 6 minggu selepas kelahiran (kadangkala lebih bergantung kepada individu dan proses ketika kelahiran).


1 - Perineum Soreness
Perineum terletak diantara vagina dan usus rectrum. Kadangkala ada ibu-ibu yang merasa sakit atau tidak selesa dibahagian ini. Ini disebabkan oleh regangan terjadi keatas perineum ketika saat melahirkan dan ianya mungkin terkoyak. Anda akan rasa lebih sakit sekiranya melakukan episiotomi iaitu belahan di hujung vagina ketika bersalin untuk memudahkan proses kelahiran.

Cara Merawat:
  • Anda perlu sentiasa melakukan senaman kegel. Iaitu senaman dengan cara kemut miss V anda ketika sedang membuang air kecil. Tahan selama 10 saat, lepas dan lakukan lagi selama 10saat. Ini akan menguatkan otot-otot disekitar vagina dan  mampu merawat sakit perineum ini.  
  • Dengan meletakkan ketulan ais yang dibalut dengan tuala bersih di sekitar perineum. 
  • Duduk diatas bantal
  • Berendam didalam air suam
  • Mengelap secara dari depan ke belakang (dari vagina ke dubur) untuk mengelakkan jangkitan bakteria terhadap luka di vagina (jahitan akibat episiotomi) dan membantu proses penyembuhan luka episiotomy dengan lebih cepat.

2 - Sakit selepas melahirkan
Kebiasaannya perut anda atau dengan lebih tepat lagi, rahim anda akan kerap berasa kejang (cramp) disebabkan oleh rahim anda dalam proses untuk mengecut dan untuk kembali kepada normal semula.
Kekejangan ini hanya bersifat sementara dan selalunya akan hilang dalam  3 4 hari selepas melahirkan.

Sekiranya anda tidak dapat menahan sakit atau sakit berlarutan, sila berjumpa doktor.

3 - Perubahan badan akibat dari cesarean?
Jika anda melahirkan bayi secara cesarean atau pembedahan, ia akan mengambil masa yang lebih lama berbanding melahikan secara normal. Anda akan berasa sangat penat untuk beberapa hari dan kadangkala juga seminggu selepas proses cesarean. Ini kerana badan anda kekurangan banyak darah ketika proses pembedaha dilakukan. Dan tidak dinafikan, kesan jahitan itu juga menyakitkan dan anda juga perlu elakkan kesan jahitan itu daripada jangkitan bakteria.

4 - Darah Nifas
Badan kita akan membuang darah-darah kotor dan tisu-tisu dari dalam uterus kita sebaik sahaja kita melahirkan bayi.
Pada peringkat awal iaitu sejurus selepas melahirkan sehingga beberapa hari, darah nifas akan kelihatan merah kehitaman dan kadangkala keluar berketul-ketul serta keluar darah yang banyak. Lama-kelamaan, darah nifas ini akan berubah warna kepada lebih jernih (pink) dan kuantiti yang sedikit.
Setengah orang akan mengambil masa sebulan, ada yang 2 minggu untuk darah nifas ini berhenti sepenuhnya,

5- Payudara Bengkak (Bengkak Susu)
Ini terjadi apabila payudara anda dipenuhi dengan susu yang banyak dan membengkak sekiranya tidak di pam atau tidak menyusui bayi. Memang sakit, kadangkala boleh demam. Perlu diingatkan, jangan sesekali membiarkan payudara anda sentiasa membengkak dan selalu lah mengepam sekiranya bayi anda tidak kuat minum susu atau ketika itu bayi anda sedang tidur. Sila berjumpa doktor sekiranya bengkak masih tidak surut walaupun selepas pam atau menyusu bayi. Ini adalah salah satu punca kanser payudara, so becareful ya.

Cara Untuk Merawat Bengkak Susu:
  • Mandi dengan air suam atau tuamkan tuala suam ke atas payudara yang bengkak
  • Memakai bra yang tidak berwayar, sport bra digalakkan

6 - Puting Merasa Sakit
Puting payudara anda akan merasa sakit apabila menyusukan anak buat pertama kalinya untuk beberapa hari. Kadangkala areola (sekitar puting) akan merekah ekoran dari aktivit hisapan bayi dan juga disebabkan payudara anda sudah mengembang bagi menampung penghasilan susu. 
Ada juga ibu-ibu yang menghadapi rekahan puting (nipple crack) di awal penyusuan, disebabkan oleh kekerapan bayi menghisap susu.

Cara Untuk Merawat Rekahan Puting
  • Menyapu krim untuk rekahan puting. Boleh didapati di farmasi atau butik-butik bayi. Ada jenama Avent, Autumnz, Pureen, Anakku pun ada jual.

7 - Badan Membengkak

Kebanyakkan wanita mengandung mengalami bengkak di tangan, kaki dan juga di muka. Sebab terjadinya bengkak-bengkak atau sembap dibahagian ini adalah lebihan cecair dalam badan bagi membantu proses kelahiran nanti. Selepas bersalin pun, bengkak-bengkak ini akan mengambil masa untuk surut sedikit demi sedikit.

Cara Untuk Menghilangkan bengkak:
  • Baring disebelah kiri dan tinggikan kaki
  • Pakai pakaian longgar
8 - Sembelit

Ini yang paling saya takut apabila diberi peluang bersalin lagi nanti. Sembelit sampai berhari-hari, sampai nak makan pun takut sebab 'tut' tu tak keluar padahal dah rasa kat ***tot dah.
Memang rasa sangat tak selesa di sekitar dubur dan sakit di perut sebab seolah-olah saluran tu tersumbat. Nak buang angin pun susah.

Kenapa sembelit: Sebab kurangnya cairan didalam badan, orang dalam pantang sebenarnya memerlukan air yang secukupnya bagi melancarkan proses pencernaan. Dan juga angin terkumpul didalam perut dengan banyak yang boleh menyebabkan sembelit.

Cara Untuk Mencegah Sembelit:
  • Makan makanan yang tinggi fibernya seperti buah-buahan, sayur dan bijirin serta roti bijirin penuh (whole-grain)
  • Minum banyak air (minum dengan sedikit tapi kerap)
  • Mengambil ubat untuk melawaskan dan mengelakkan sembelit.
9 - Buasir

Berlaku semasa mengandung dan juga selepas melahirkan anak.

Cara Untuk Mencegah Buasir:
  • Berendam dalam air suam
  • Sapu krim atau minyak untuk melegakan sakit sembelit.
  • Makan makanan yang tinggi fibernya seperti buah-buahan, sayur dan bijirin serta roti bijirin penuh (whole-grain)
  • Minum banyak air (minum dengan sedikit tapi kerap)
  • Jangan teran sekiranya rasa hendak membuang.
10 - Masalah urinari
Kadangkala anda akan merasa sakit atau ngilu ketika ingin membuang air kecil. Kadangkala anda rasa nak membuang air kecil tapi tak boleh. Kadangkala tak dapat nak kawal bila nak terkencing. Ini dipanggil Incontinence.

Cara Untuk Mencegahnya:
  • Minum banyak air
  • Berendam dalam air suam
Dapatkan nasihat doktor sekiranya masih berlarutan.

11 - Kitaran Haid
Tempoh haid yang baru akan bermula di sekitar 6-8 minggu untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. Bagi ibu yang menyusu pula, sebenarnya bergantung kepada individu itu sendiri, ada yang setelah 5 bulan selepas melahirkan barulah datang haid, ada yang setahun dan ada yang tidak haid langsung sepanjang tempoh dia menyusui bayinya. Perlu berhati-hati supaya sekiranya anda ada melakukan hubungan intim ketika anda tidak datang haid dalam tempoh yang lama akibat menyusu, risiko untuk mengandung juga tinggi.

12 - Kulit Berubah 
Anda berkemungkinan akan mempunyai kesan regangan (stretch mark) yang tak akan hilang di perut, paha dan punggung. Terutama kepada ibu-ibu yang naik berat badan secara mendadak. Amalkan sapuan krim anti regangan yang boleh didapati di farmasi atau butik bayi.

13 - Rambut Gugur Selepas Bersalin
Ini adalah situasi yang normal bagi semua ibu-ibu yang melahirkan anak, yang bezanya adalah banyak atau sedikit. Rambut akan mulai gugur dan menipis sejak melahirkan anak dan sehingga 3 atau 4 bulan seterusnya. Tapi bergantung juga kepada individu dan cara yang diamalkan untuk mengekalkan rambut yang sihat.

Sekiranya rambut anda berterusan gugur, ini caranya mencegahnya:

  • Banyakkan memakan buah-buahan dan sayuran. 
  • Bebaskan rambut anda dari sebarang ikatan, dandan dan seumpamanya.
  • Elakkan penggunaan hair dryer.

Ini je yang dapat saya kongsikan hasil dari pembacaan saya. Memang banyak perubahan yang akan dialami oleh kaum wanita sejak dari mengandung sehinggalah selepas melahirkan. Ada jugak yang stress akibat berat tak turun-turun...Yang penting kita sudah tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk memberikan zuriat kepada suami kita dan juga untuk membesarkan anak kita sehingga dewasa.

Kepada ibu-ibu yang bakal berpantang, bolehlah mencuba Set 3-M Shaklee yang boleh diambil ketika pantang dan juga untuk penyusuan. Ia dapat mengelakkan sembelit ketika berpantang. Boleh pm saya jika berminat ya.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :)
 *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment