Assalammualaikum!
Hmm...saya nak bercerita sikit macamana saya boleh jatuh cinta dengan Shaklee nih. Shaklee bukanlah cinta pandang pertama, itu saya akui. Seingat saya, masa peringkat sekolah menengah lagi sekitar lewat 90-an, nama Shaklee ni pernah saya dengar. Tapi tak tau apa itu Shaklee. Ye la, budak sekolah lagi.
Lepas grad, saya pernah join 2 syarikat MLM yg sekarang ni saya dah tak pernah dengar lagi namanya. Macam terkubur je, saya pun malas nak ambik tau. Banyak propa dari fakta! Disebabkan saya pernah join MLM lain sebelum ni, so saya memang elak diri dari mana-mana MLM lagi, termasuklah Shaklee!
Sekitar awal tahun 2013, rakan-rakan FB sibuk dok update pasal Shaklee. Bukak je FB, penuh wall dengan iklan-iklan Shaklee. Naik rimas juga dibuatnya. Saya ada PM dekat 10 SID Shaklee pada masa tu sebab nak cuba set pantang Shaklee. Ada yang terus bagi harga, ada yang beri khidmat nasihat terlebih dahulu, ada yang bagi harga & khidmat nasihat. Saya masih tak percaya lagi pada masa tu, kononnya Shaklee ni mampu mengatasi masalah meroyan hanya dengan mengambil set pantang lengkap Shaklee. Saya ada post di FB pasal hal ni (menyesal bila fikir balik). Saya ada juga survey tanya kawan-kawan, semua cakap ok. Tapi saya degil, saya rasa Shaklee masih tak cukup bagus jika dibandingkan dengan MR & NR.
Nah, saya akhirnya nekad untuk ambil set pantang NR yang saya dengar sangat mujarab. Hmm, bagi saya tidak sebab saya sungguh seksa nak membuang air besar!!! Menangis tak usah cakapla. Susu saya pulak tidak banyak macam orang lain dek kerana badan kurang air dan panas akibat makan jamu2. Masa tu baru rasa ruginya tak ambil Shaklee.
FYI, saya juga menjual barang-barang bayi dan juga nursing untuk ibu-ibu menyusu. Pada mulanya, saya hanya jadi agen dropship dan sekarang alhamdulillah, berdiri sendiri. Lepas habis pantang pun saya masih aktif berbisnes online. Sebab fikir rugila guna FB dok borak-borak kosong, lebih baik berbisnes.
Jodoh saya dengan Shaklee kuat rupanya! Saya mencari-cari pakej breastpump murah jenama Rumble Tuff. Sebab pump ni best dan murah saya beli dari Kak Wana. Saya tak kenal pun Kak Wana, saya tak pernah pun singgah website Kak Wana sebelum ni. Saya just search dan dapat contact terus PM dia kat FB. Alhamdulillah, saya dapat pump RT dengan harga yg murah dari kedai online yg lain.
Kat sini lah, titik permulaannya. Dalam 3 bulan selepas saya beli pump RT dari Kak Wana, dia perkenalkan Shaklee kepada saya. Masa tu hati masih berat nak join tapi pada masa yang sama rasa nak cuba join. Apa specialnya Shaklee ni sampai banyak sangat iklan kat FB Wall saya??
Pendekatan Kak Wana buat saya jatuh cinta dengan Shaklee! Memang Shaklee lain dari MLM yg lain.
TIADA paksaan untuk membeli. TIADA paksaan untuk cari downline TIADA paksaan untuk pergi seminar. Dan semua coaching hanya melalui jari je, memang superb! Bila dah jadi ahli Shaklee, automatik saya cuba Set Menyusu Shaklee dan alhamdulillah badan rasa lebih bertenaga dan susu badan bertambah. Memang betullah kata kawan saya, Shaklee ni bagus!
Dari benci terus jatuh hati dan kekal sebagai cinta hati saya sehingga kini. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar Kak Wana, dah setahun saya bergelar Shaklee Independent Distributor!!! Dengan Shaklee juga saya diajar bersedekah dan lebih dekatkan diri dengan Allah s.w.t dalam misi mencari rezeki yang halal. Syukran.
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat or SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor
No comments:
Post a Comment