Monday, 12 May 2014

10 Tips Kenalkan Makanan Pejal (Solid Food) Kepada Bayi 6 - 12 Bulan

Assalammualaikum w.b.t


Saya suka topik saya kali ni....hehe..perasan sendiri. Dulu masa Ammar berusia 6 bulan, saya excited sangat nak buat puri untuk dia makan..macam-macam resepi saya cuba, macam-macam buku saya beli & bermacam-macam info saya dapat dari Mr Google.

Dalam sibuk mencari resepi untuk bayi anda, apakata kita ketahui dulu 10 tips untuk kenalkan makanan pejal untuk bayi 6 - 12bulan supaya bayi kita mudah untuk terima makanan pejal.

10 Tips Kenalkan Makanan Pejal Pada Bayi
**tips ini berdasarkan kajian American Academy of Pediatric (AAP).

1) Mula perkenalkan makanan pejal kepada bayi apabila berumur 6 bulan.


WHO & AAP mencadangkan penyusuan secara esklusif sehingga bayi berusia 6 bulan. Dan ibubapa perlu memperkenalkan makanan pejal apabila bayi sudah berumur 6 bulan tapi pada masa yang sama perlu teruskan penyusuan badan sehingga bayi berusia 12 bulan atau lebih jika boleh.

Namun, walaupun bayi dah berusia 6 bulan tapi kita perlu juga lihat perkembangan bayi kita sebelum kita bersetuju untuk memperkenalkan makanan pejal, antaranya:

- Bayi anda sudah boleh duduk di kerusi bayi dengan stabil dan kepala bayi sudah boleh tegak.
- Bayi anda mula memberi reaksi terhadap makanan seperti membuka mulut ketika kita menyuapnya.
- Bayi anda mampu menelan sendiri makanan yang disuap. Sekiranya bayi anda kerap membuang semula makanan yang disuap dengan lidahnya seolah dia tidak mahu makan, seeloknya beri dia masa dan cuba lagi pada minggu yang berikutnya.

2) Boleh Skip Bijirin Beras Putih (Nestum Beras)



Bijirin beras putih ini kaya dengan iron yang diperlukan oleh bayi  dan mudah hadam. Lagipun bijirin beras ni mempunyai rasa yang lembut dan semulajadi kerana teksturnya yang halus diperbuat dari beras yang terpilih. Tapi boleh juga digantikan dengan bijirin lain seperti bijirin penuh, oat, barli, beras perang, yang juga kaya dengan iron.
Perlu diingatkan bahawa perkenalkan bijirin kepada bayi satu demi satu untuk kenalpasti alahan sekiranya ada seperti sembelit, cirit birit, gatal dan sebagainya.

3) Fokus kepada daging, sayuran, legumes dan bijirin.


Daging sangat disarankan oleh pakar kerana ia kaya dengan zat iron dan zink untuk bayi berusia 6 bulan keatas yang mana kedua-dua zat ini sangat rendah kandungannya di dalam susu ibu.
Tapi kebanyakkan ibubapa berpendapat bahawa daging tidak sepatutnya diperkenalkan sebagai makanan pejal terawal kepada bayi. Daging juga sepatutnya diberikan kepada bayi sebagai menu pertama buat bayi. Selain itu, telur dan Ikan juga merupakan pilihan terbaik.

Legumes juga adalah pilihan terbaik untuk bayi, legumes ini merupakan pokok-pokok seperti herba, rempah ratus, kekacang. Contoh legumes ialah Alfalfa, Peas, Kacang Merah, Kacang Dal, Soya, Kacang Tanah dan banyak lagi. Anda boleh mencuba dengan kacang dal yang dilenyek (mashed peas) dan kacang peas atau kacang merah lenyek sebagai permulaan.

Sayur-sayuran pula kaya dengan nutrisi semulajadi serta memang sangat mudah untuk diterima dan dihadam oleh bayi. Boleh ajarkan bayi anda dengan sayuran seperti lobak merah, kentang, brokoli.
Buah-buahan juga boleh diberikan kepada bayi tetapi buah-buahan mengandungi banyak gula dan air yang tidak memberikan nutrisi yang banyak untuk bayi anda berbanding sayur-sayuran.

4) Amalkan Tunggu 2-3 Hari  Sebelum Memperkenalkan Makanan Pejal Yang  Lain
Ini bagi memastikan bayi anda dapat menerima makanan pejal yang anda berikan. Erti kata lain, anda memberikan menu makanan pejal yang sama selama 3 hari berturut-turut. Supaya ibubapa dapat memantau jika bayi mempunyai alahan terhadap makanan tertentu. Sekiranya anda bercampur-campur menu atau bahan dalam makanan pejal bayi, anda tidak pasti bahan manakah yang tidak sesuai untuk bayi.


Simptom Alahan boleh dikenalpasti melalui cirit birit, gatal-gatal, ruam-ruam dan muntah-muntah.
Makanan/Bahan Yang Biasanya Memberi Alahan Terhadap Bayi: Putih Telur, sesetengah ikan atau makanan laut, gandum, susu lembu, soya, buah-buahan sitrus (seperti limau) dan buah beri (strawberi, bluebery dan seumpamanya).
Walaubagaimana pun, ada pakar kanak-kanak menyatakan tidak perlu memperkenalkan makanan yang berisiko memberi alahan kepada bayi tadi pada usia 6 bulan, perlu beri sedikit tempoh lagi jika mahu memberikan kepada bayi. Namun, AAP pula menyatakan tiada masalah jika memberikannya ketika bayi berusia 6 bulan. Anda keliru? Tidak perlu risau, ikuti langkah 4 ini bagi memastikan tahap alahan bayi anda, perlu dititikberatkan juga sekiranya ada anggota keluarga anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu.
Pakar juga menyatakan, Madu tidak digalakkan diberikan kepada bayi sehingga usianya mencecah satu tahun. Ini kerana boleh mengundang kepada keracunan makanan.

5) Bereksperimen dengan pelbagai tekstur makanan


Ada setengah bayi suka makanan pejal atau puri yang sedikit cari, ada yang suka puri yang agak pekat. Kenalpasti selera bayi anda. Selalunya kita dapat tahu melalui kuantiti yang dimakan oleh bayi, kalau habis satu mangkuk tu maknanya dia tentu suka tekstur dan rasa puri/bubur tersebut.
Ada pula bayi yang tidak suka bubur/puri tapi suka jenis makanan yang boleh disuap satu persatu (finger food). Kebanyakkan bayi akan suka buah yang lembut, avocado, sayuran hijau yang dikukus lembut dan juga pasta lembut. 

6) Biarkan Bayi Memilih Makanan Sendiri
Letakkan bayi anda di kerusi makan bayi yang mempunyai tempat untuk meletak makanan.


Bagi bayi yang menginjak usia setahun, anda boleh memperkenalkan makanan tadi dengan meletakkan di dalam pinggan dan biarkan bayi anda mengambil dan memakannya sendiri. Kaedah ini dapat memastikan makanan manakah yang digemarinya dengan mudah. Tidak kisahlah sama ada anda mahu berikannya puri atau makanan lain yang boleh dipegangnya ataupun kombinasi kedua-dua jenis makanan tadi. Bayi anda akan mula memilih dan akan memakan makanan kegemarannya. Selalunya berlaku apabila anda memberinya makanan yang boleh dipegangnya sendiri seperti di dalam gambar di atas.

Sekiranya anda memberi makanan kepada bayi anda secara spoon-feeding, pastikan anda tidak berganjak sambil memerhatikan reaksinya terhadap makanan yang disuap, sekiranya bayi anda mahukan makanan itu lagi, bayi anda akan memberi isyarat seperti membuka mulut atau melompat-lompatkan badannya sebelum anda mendekatkan sudu makanan tadi ke mulutnya. Dengan kaedah ini sebenarnya secara tidak langsung anda mengajar bayi anda untuk memahami bahasa dirinya sendiri terhadap perasaan lapar dan kenyang.

7) Bayi Tercekik: Pastikan Anda Tahu Mengendalikannya
Tidak ramai ibu bapa kini mengetahui kaedah yang betul apabila berdepan dengan situasi bila bayi tercekik.
Pertama sekali anda perlu pelajari kaedah  Baby Heimlich Maneuver

Ibu bapa disarankan elakkan memberi makanan bayi yang kecil dan keras atau susah dikunyah oleh bayi seperti kismis, kacang, sayuran yang tidak dikisar dan seumpamanya. Risiko untuk bayi tercekik adalah tinggi sekiranya makanan yang diberikan tidak sesuai dengan bayi anda. Bayi sekitar umur 6-8 bulan, masih belum sesuai untuk diberikan makanan pejal yang dikisar kasar. Anda boleh kenalpasti sekiranya makanan itu tidak boleh diterima oleh bayi anda melalui batuk-batuk ketika makan. Jangan dibiarkan sebaliknya segera buat kaedah di atas.

8) Bermula Dengan Perlahan, Langkah Demi Langkah
Untuk permulaan kepada memperkenalkan makanan pejal kepada bayi, mulakan dengan satu hidangan dahulu untuk sehari. Mungkin cukup dengan 1 atau 2 sudu. Jangan paksa bayi anda, perutnya perlu menerima makanan sedikit demi sedikit, hari demi hari. Kemudian untuk hari berikutnya bolehlah tambah kuantiti hidangannya. Untuk bayi berumur 9 bulan ke atas, sudah boleh memberikan makanan pejal sebanyak 3 kali sehari. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, dengan sendirinya bayi anda akan kurang menyusu.

9) Setiap Bayi Adalah Berbeza
Jangan bandingkan atau samakan bayi anda dengan bayi yang lain. Setiap bayi mempunyai tahap metabolisme dan tahap penerimaan makanan yang berbeza. Ada sesetengah bayi sudah mula menunjukkan reaksi mahu makan dengan banyak pada permulaan memperkenalkan makanan pejal, ada yang tidak. Ada yang makan banyak, ada yang tidak. Jangan paksa bayi anda untuk menerima makanan pejal sekiranya dia belum bersedia. Bayi anda sebenarnya cerdik dan tahu apa yang mereka perlukan atau mahukan.

10) Kenalkan Makanan Yang Sihat Sejak Dari Awal
Jadikan tabiat memakan makanan yang sihat sejak bayi lagi dapat membantu anak anda tidak terlalu memilih makanan dan sentiasa tahu makanan yang sihat yang diperlukan oleh tumbesarannya. Elakkan memberinya makanan segera seperti kentang goreng, nugget ayam dan seumpamanya di awal usianya. Pastikan anda memberikan makanan yang cukup zat dan nutrisi.

Harap kita sama-sama mengamalkan 10 tips di atas ini untuk bayi dan anak kita.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment