Thursday, 15 May 2014

Turutan Pertumbuhan Gigi Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak Mengikut Umur

Assalammualaikum w.b.t

Kali ni saya nak share pulak tentang pertumbuhan gigi bayi. Entri ni pun untuk rujukan saya pada masa akan datang. Ammar boleh dikategorikan lambat tumbuh gigi tapi dia cepat boleh berjalan. Umur dia dah masuk setahun baru tumbuh gigi bawah 2 batang. Sekarang dia baru 15 bulan; 2 batang bawah, 2 batang atas...tapi dah ada tanda-tanda 2 batang lagi gigi nak tumbuh belah atas.

Saya sebelum ni pun tak tahu urutan yang betul untuk pertumbuhan gigi bayi dan kanak-kanak. Jom kita tengok gambar di bawah ini yang menerangkan secara ringkas tapi padat berkenaan turutan pertumbuhan gigi bagi bayi dan kanak-kanak.


Pertumbuhan Gigi Bagi Bayi dan Kanak-Kanak Mengikut Turutan


Antara Fakta Berdasarkan Kajian Pakar Kanak-Kanak

- Bayi perempuan lebih cepat tumbuh gigi. 
- 4 batang gigi akan tumbuh dalam tempoh setiap 6 bulan
- Gigi dibahagian bawah akan mula tumbuh dahulu
- Gigi bayi selalunya akan tumbuh secara berpasangan di bahagian yang sama. Contoh: gigi taring akan tumbuh 1 batang di kanan dan 1 batang lagi di kiri.
- Ketika berumur 3 tahun, anak anda sudah mempunyai 20 batang gigi.
- Selepas umur 4 tahun, rahang gigi akan memberi sedikit ruang untuk gigi baru membentuk bagi menggantikan gigi ketika bayi.
- Antara umur 6 - 12 tahun, gigi ketika bayi dan gigi kekal akan bercampur sehinggalah kesemua gigi bayi diganti dengan gigi kekal.

Diharap perkongsian saya ni memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana. Jangan lupa jaga gigi anak anda ketika masih bayi, sebab disinilah titik mula untuknya memperolehi gigi yang tersusun cantik dan putih. :)

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment