Showing posts with label Collagen. Show all posts
Showing posts with label Collagen. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Kenapa Collagen Shaklee Tak Berkesan

Assalammualaikum w.b.t


Zaman sekarang ni ramai yang nakkan kolagen dalam diet dan penjagaan diri. Sebab semuanya nak cantik, nak awet muda & nak kekalkan keanjalan kulit. Tak nak tua sebelum usia dan tak nak nampak tua bila dah berusia. Kan? Saya pun macam tu jugak sebabtu saya ambik Set Kecantikan Shaklee: Collagen Shaklee & Vita-E.

Collagen Shaklee akan beri impak seawal 3 hari pengambilan. Wow, cepatnya!!!! Tapi harus diingat ianya terpulang pada individu jugak tau! Dan ada juga yang ambil Collagen Shaklee ni tapi tak nampak kesan pun. Kenapa ya?

SEBAB-SEBAB COLLAGEN SHAKLEE TAK BERI KESAN

1) Nak Cepat


- Kebanyakan pengguna semuanya nak cepat. Kalau boleh, hari ini makan esok dah nampak gebu dan flawless. Saya pun sama jugak! Nak cepat tak sabar. Belum sempat collagen tu nak meresap sempurna ke dalam tubuh kita lebih tepat lagi kedalam kulit kita, tak sempat collagen tu nak memperbaharui sel-sel kulit kita....kita dah stop makan collagen. Lepas tu cakap collagen tak berkesan untuk kita. Padahal tak habis sekotak pun makan. Collagen yang salah ke. Huhuhu...

2) Tak Ikut Waktu Makan


- Setiap vitamin ada waktu makannya tersendiri. Tak boleh ikut suka, tak berkesanlah jawabnya. Macam Collagen Shaklee ni perlu diambil sebelum tidur. Anda pula ambik waktu bila? Collagen perlu ambil sebelum tidur sebab badan kita akan berehat ketika tidur dan barulah collagen ni bertindakbalas ke atas badan kita dengan lancar tanpa gangguan.

3) Malas atau Tak Suka Minum Air Kosong


- Kebanyakkan kita tak suka minum air kosong. Selalu minum air manis-manis je. Tak semestinya anda perlu minum air kosong dengan banyak bila ambil vitamin atau supplemen. Tak ambil apa-apa supplemen pun kena minum air kosong banyak-banyak. Air kosong penting untuk badan kita untuk serap vitamin dan salurkan keseluruhan badan kita. Bila air dalam badan tak cukup macamana khasiat Collagen ni nak berkesan? Sebab tak cukup 'minyak' untuk sampai ke 'destinasi'. ;)
- Saya nak share jugak antara kelebihan lain bila kita minum air kosong yang mencukupi. Gambar dibawah menerangkan kelebihan apabila kita meminum air kosong di awal pagi.


4) Kejap Makan Kejap Tak
- Ini pun salah satu puncanya. Kita tak disiplin! Apa-apa ubat atau supplemen pun kalau kita tak disiplin mengamalkannya, dah tentulah tak nampak kesan atau lambat berkesan. Bila rasa nak makan barulah makan, salah tu. Nanti badan pun confused sebab baru je nak bertindak balas tapi kita dah stop makan lepastu sambung makan semula selepas 3 hari atau seminggu misalnya, badan terpaksa pulak start semula dari 0. So memang sampai sudah tak berkesan. Perlu disiplinkan diri dan motivasi diri kena tinggi. Tak nak cantik ke??? Disiplinkanlah diri anda untuk cantik!


5) Tak Ikut Cara Makan Yang Betul
- Tadi saya sentuh waktu makan Collagen Shaklee. Sekarang nak sentuh cara makan dia pulak, lebih tepat lagi cara bancuhan Collagen Shaklee dengan betul. Ada yang bancuh menggunakan air panas sebab tak suka minuman berais. Air panas atau air suam boleh merosakkan bakteria baik yang yang mengandungi khasiat collagen yang terdapat di dalam Collagen Shaklee ni, bilamana khasiat ini sudah rosak atau terhapus maka secara automatiknya anda seolah-olah meminum collagen yang tiada collagen. Sebab itulah tiada kesan apa-apa pun ke atas anda.

Cara Bancuhan Collagen Powder Shaklee:

* Dibancuh 1 sachet sehari sahaja bersama-sama dengan minuman kegemaran anda.
* Boleh dibancuh dengan Milo / Horlicks / Sirap / Ribena / Jus Buah / Sunquick dan lain-lain
* TIDAK BOLEH dibancuh dengan AIR PANAS / SUAM
* HANYA dibancuh dengan minuman berAIS atau air kosong
* JANGAN bancuh dengan minuman berkafein: TEH / KOPI / NESCAFE dan seumpamanya.
* JANGAN bancuh dengan minuman bergas dan beralkohol termasuklah minuman isotonik.

6) Campur Aduk Makan Collagen Shaklee Dengan Supplement Lain


- Tak kisahlah anda ambil supplement Shaklee atau jenama lain. Anda dinasihatkan tidak campur adukkan dan makan sekaligus. Sebab nanti badan dan otak kita keliru untuk proses yang mana satu dahulu. Contohnya, anda mengambil pil kurus, pil migrain, pil senggugut dan collagen sekaligus. Otak kita tak tahu nak mulakan yang mana satu. Maka, dicadangkan anda perlu jarakkan pengambilan setiap jenis vitamin/supplement selama 30minit minimum untuk beri ruang vitamin tersebut untuk hadam dan proses. Disarankan Collagen Shaklee adalah yang paling akhir dalam senarai vitamin anda untuk dimakan, sebab ianya perlu dimakan sejurus sebelum tidur.

Ini saja perkongsian yang saya dapat huraikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. :)

TESTIMONI SENDIRI:

Testimoni Collagen Powder Shaklee dan Vita-E Shaklee
KLIK DI SINI UNTUK mengetahui COLLAGEN POWDER SHAKLEE dengan lebih terperinci!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday, 25 June 2014

Collagen Powder Shaklee Yang Power!

Assalammualaikum w.b.t.


Collagen Powder Shaklee untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan.

Sekarang ni kebanyakkan produk kecantikan akan mempromosikan produk mereka sudah termasuk dengan collagen. Berapa peratuskah kandungan collagen tu? Saya pun tak pasti, tak tahu. :) Berkesan atau tidak saya pun tak tahu.

Collagen Powder Shaklee ini adalah collagen yang semulajadi, diekstrak dari sisik ikan merah yang diyakini mempunyai tahap collagen yang tinggi berdasarkan ujian klinikal.

Disamping bahan utamanya, terdapat lagi 7 kandungan bahan yang diekstrak untuk menjadikan Collagen Powder Shaklee ini hebat. Ia ditunjukkan didalam gambar dibawah:


Kenapa Sisik Ikan?
Collagen Powder ni bahan utamanya adalah dari Sisik Ikan Merah? Sisik Ikan?  Diulangi, ya dari sisik ikan merah! Kenapa ya? Mengikut kajian klinikal (bukan hanya Shaklee sahaja), khasiat dari ikan yang menghasilkan sumber collagen adalah lebih baik collagennya daripada collagen yang terhasil daripada lembu atau khinzir.

Collagen Dari Ikan Adalah Yang Terbaik!
Seperti yang terangkan tadi, collagen dari ikan adalah lebih baik dan banyak khasiat dari sumber collagen yang lain untuk membantu menganjalkan kulit kita. Mari kita selidiki lebih dalam lagi.

Fish Collagen (collagen ikan) juga dikenali sebagai Marine Collagen. Ia diekstrak dari cold sea fish (ikan lautan sejuk). Walaupun ia diekstrak  secara moden untuk diambil collagennya namun tahap khasiat nutrisi semulajadi collagen itu sendiri sentiasa diambil berat dan diutamakan. Collagen dari ikan adalah lebih mahal daripada collagen lembu dan yang lain-lain. Collagen dari ikan ini mempunyai tahap alergik yang paling rendah berbanding yang lain.

Collagen dari ikan ini adalah mempunyai tahap bioavailability yang hebat dimana ia mempunyai bahan yang semulajadi yang mudah diserap nutrisinya ke dalam badan kita untuk mendapatkan khasiatnya dengan berkesan. Contohnya untuk menganjalkan kulit, collagen dari ikan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menampakkan kesannya.

Lihat testimoni di bawah ini:


Seawal 3-4 hari sudah nampak kesan. Ditambah lagi dengan 7 bahan yang lain mampu mempertingkatkan keanjalan kulit dari dalam dengan cepat.

Apa Yang Kita Dapat Melalui Collagen Powder Shaklee


  • Menjadikan kulit kita lebih licin dan segar
  • Mengekalkan kelembapan kulit kita
  • Menghalang atau melewatkan proses kedutan
  • Memulihara kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit

 Bila Perlu Ambil Collagen
Ramai diantara kita mengambil collagen ketika pertengahan 30-an dimana yang sebenarnya collagen kita mulai berkurang ketika awal 30-an. Di usia 30-an, kedutan mula terjadi dan keanjalan kulit mula berkurang. Jadi kenapa tunggu 30-an baru nak mula ambil collagen?

Kajian mencadangkan mengambil collagen seawal 20-an, jadi kita akan dapat menambahkan keanjalan kulit yang sedia ada serta dapat melewatkan proses kedutan terjadi atau penuaan.

Ada lagi testimoni mengenai Collagen Powder Shaklee ni, sila KLIK SINI.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** Mama Dan Baby Sihat PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat SMS/Whatsapp: 0125970799 Shaklee Independent Distributor COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday, 22 May 2014

Testimoni Collagen Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama nak share testimoni collagen shaklee ni. Memang terbukti berkesan!


Ini dia testimoninya, nampak berbeza wajahnya lepas 3 kotak mengambil collagen shaklee. Tengoklah sendiri.


Jeles tak? Jom cepat-cepat order collagen shaklee. Yok cantik dan anjal sama-sama.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor