Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Thursday, 17 July 2014

Antara Punca Kanser Payudara

Assalammualaikum w.b.t

Jom Kita Melawan Kanser Payudara!!!
Fight Against Breast Cancer!
Sekarang ni, kanser payudara bukan lagi disebabkan penyakit keturunan ya. Perlu diingat. Wanita menyusukan bayi juga belum tentu terselamat dari kanser payudara. Kenapa? Sebab sekiranya tidak mengosongkan payudara anda, anda paling berisiko untuk dapat kanser payudara ini. Sebab itulah penting untuk wanita menyusukan bayi perlu sentiasa kerap menyusu secara direct-feeding dan perlu dipam juga walaupun anda menyusukan bayi secara terus. Ini bagi memastikan payudara anda benar-benar kosong.

Kerapkali bengkak susu juga penyumbang utama kanser payudara. Ini terjadi kerana, susu yang tidak dikeluarkan akan menjadi ketulan dan ada yang bernanah, so inilah punca-punca berlakunya kanser payudara. Kes terbaru, pasti anda tahu kan, penyanyi Ifa Raziah telah selamat membuang ketulan di kedua-dua belah payudaranya. Beliau menyatakan ia berpunca dari sikap dia menghentikan penyusuan secara mendadak dan sering berlakunya bengkak susu. Awas ya!

Sebelum ini, saya ada menulis entri mengenai kisah sepupu  saya yang meninggal dunia akibat kanser payudara. Umur masih muda, belum 40-an lagi. Anak paling kecil baru berusia 3 tahun. Sayangnya, 4 orang anaknya kini sudah bergelar anak yatim. Tapi ketentuan Ilahi, siapalah kita dapat menghalangnya.
Ikuti kisah itu disini.

Saya ingin sentuh tentang cara pemakanan arwah sepupu saya ni untuk perkongsian kita bersama. Saya suka tekankan cara pemakanan kita merupakan titik tolak kepada sesuatu penyakit. Betul tak? Dalam Islam sendiri pun ada menyatakan yang punca penyakit adalah dari perut kita. Dimana perut kita itu adalah dari cara pemakanan kita sendiri. Saya bukannya untuk mengaibkan arwah tapi mungkin kita dapat iktibar darinya. Sebab cara pemakanan beliau agak berbeza dengan kami sepupu-sepupu yang lain. Saya tidak membuat kajian atau rujukan mengenai punca kanser payudara mengikut kajian doktor dan seumpamanya untuk entri kali ini. Hanya mahu tekankan cara pemakanan yang mungkin antara penyebab kanser payudara ini.

Apa yang arwah suka makan yang saya selalu perhatikan yang menjadi penyebab kanser payudara:-

1) Bontot Ayam
- Arwah memang suka bontot ayam sangat-sangat. Selalunya digoreng dan dicicah dengan sos. Bontot ayam kan banyak lemak. Tak elok untuk kesihatan.

2) Kulit Ayam Tidak Dibuang
- Memang tidak pernah dibuang dan suka makan kulit ayam yang digoreng. Lemak-lemak disebalik kulit ayam juga tidak dibuang. Sedap katanya.

3) Organ Dalaman Ayam/Daging
- Beliau pun suka makan hati atau pedal ayam dan juga perut lembu. Tidak kisahlah macamana cara masaknya. Kadangkala, ada darah beku ayam yang kelihatan seperti pejal seolah-olah hati ayam yang melekat pada tulang ayam (dibahagian dalam ayam) tidak dibuang tapi dibasuh bersih-bersih. Sengaja dimasak dan dimakan, sedap juga katanya.

4) Sup Daging/Tulang/Gear Box
- Arwah memang suka makan sup ni. Suami pun puji sup yang arwah masak memang sedap. Ya, diakui memang sedap! Tapi arwah suka makan daging/tulang yang ada lemak-lemak.

Ini sahaja rasanya yang saya ingat. Kalau ada lagi nanti, saya just add in ja :)
Kalau boleh kita elakkanlah memakan organ dalaman dan juga bahagian yang berlemak berlebihan. Tapi kalau nak kena penyakit juga walaupun dah jaga sebaik mungkin, itu adalah utusan Allah.

Sekiranya anda ingin mengelakkan diri dari kanser dari peringkat awal, eloklah diamalkan pengambilan Vivix Shaklee ini. Hanya 1 sudu diperlukan setiap hari sebagai mengawal sel-sel kanser disamping untuk kekal bertenaga, kekal awet muda dan sihat. Kepada individu yang sudah mempunyai kanser juga digalakkan ambil Vivix Shaklee ini. Yang penting, anda tidak menjalani apa-apa terapi kemo lagi untuk merawat kanser. Insyaallah, dengan Vivix boleh membantu mengawal sel kanser dari merebak.

Inilah rupa Vivix Shaklee tu:

Vivix Shaklee
Banyak faedah Vivix Shaklee ni, antaranya seperti dalam entri ini: KLIK DISINI.

Kalau anda nak order, bolehlah order terus disini.


p/s: Entri mengenai cara pemakanan ini adalah berdasarkan ideologi pemikiran saya sahaja mengikut logik. Anda boleh merujuk sumber-sumber lain untuk lebih tepat.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday, 3 July 2014

Testimoni Vivix Shaklee


Assalammualaikum w.b.t



Dalam entri saya yang lepas, saya mengatakan Vivix ini tonik yang hebat. Betul ke Vivix Shaklee ni hebat?
Antara 8 kebaikan Vivix Shaklee ini adalah seperti dalam gambar dibawah ini.


Disini juga saya lampirkan beberapa testimoni yang menyatakan keberkesanan Vivix Shaklee ini. Bukan rekaan tapi yang benar-benar belaka :). Testimoni asal & original dari pengguna Vivix Shaklee. Jom sama-sama kita tengok.

 RAHSIA Cantik Ayu Raudhah



Vivix Untuk Pesakit Kayap


Vivix Untuk Stroke

Vivix Untuk Perokok Tegar
Vivix Untuk Diabetes

Vivix Untuk Kanser



Banyakkan faedah Vivix ni. Vivix Shaklee memang dicipta khusus untuk memperbaiki kesihatan seperti darah tinggi, kecing manis, jantung, merawat perokok tegar dan sebagainya.

Ini adalah antara manfaat Vivix yang lain.


Bolehla pm saya ye untuk order ataupun anda boleh membeli dengan sendiri melalui sistem layan diri online shopping shaklee, hanya klik link di bawah ini:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id&enc_widget_id=41a60377ba920919939d83326ebee5a1

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday, 30 June 2014

Soalan Lazim Mengenai Vivix Shaklee

Assalammualaikum w.b.t


Di entri yang sebelum ini, saya ada kongsikan mengenai Vivix Shaklee yang saya gambarkan ianya sebagai Tonik Terhebat. Entri kali ini pula, seperti ulangan semula mengenai Vivix Shaklee namun ia lebih mudah difahami sekiranya terdapat perkataan yang sukar difahami pada entri yang sebelumnya. Disini ada soalan dan jawapan lazim secara terperinci mengenai Vivix Shaklee ini.

Jom kita ikuti sama-sama.

Q : Apa itu Vivix
A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab, dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.

Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *

Q : Apakah resveratrol?
A : Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *

Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa daripada resveratrol*

Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*

Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.

Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A : Menurut kajian terbaru, tidak kelihatan apa-apa faedah tambahan dari mengambil lebih daripada hidangan yang dicadangkan iaitu satu sudu teh setiap hari.

Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup sihat.

Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi, terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor atau perunding kesihatan profesional.

Q : Adakah saya perlu menyimpan Vivix dalam peti sejuk?
A : Penyimpanan dalam peti sejuk selepas pembukaan akan membantu untuk mengekalkan kesegaran optimum, warna, dan aktiviti polifenol maksimum dalam produk.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday, 29 June 2014

Vivix Shaklee: Tonik Terhebat!

Assalammualaikum w.b.t


vivik tonik terhebat

Vivix Tonik Terhebat!
Itu perkataan pertama yang akan keluar dari mulut saya apabila orang bertanyakan mengenai Vivix Shaklee. Kenapa Vivix Shaklee ini dipanggil Tonik? Salah satunya ia berbentuk cecair pekat. 



Disebabkan oleh campuran botani di dalam Vivix ini sendiri yang merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol. Vivix seolah-olah minuman tonik atau minuman magik yang mana salah satu fungsinya adalah antipenuaan. Vivix Shaklee ini mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Ramuan utama yang ada didalam Vivix Shaklee
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan. 

Vivix Shaklee ini lebih dikenali sebagai tonik antipenuaan dimana ia mencegah penuaan diperingkat selular. Setiap hari sel kita diserang dengan tekanan, diet tidak seimbang dan toksin alam sekitar. Lebih banyak serangan yang dihadapi, lebih tinggilah peluang mendapat penyakit berkaitan kesan penuaan yang bakal dihidapi.

4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Selular

1) Kerosakan DNA - setiap hari sel tubuh kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang boleh merosakkan DNA. Ia merosakkan pangkalan genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.

2) Pengawalan Genetik - Menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular.

3) Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel Sel - Mitochondria (penjana tenaga) didalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan fungsi mitochondria ini menurun maka fungsi sel turut menurun.

4) Penimbunan Protein AGE - Penimbunan protein AGE yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakkan pada tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Maka, Vivix Shaklee ini telah dicipta untuk mengatasi masalah 4 mekanisma yang dihuraikan tadi. Vivix Shaklee berupaya melindungi dan memperbaiki sellular DNA, dapat mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular. Selain itu, Vivix juga menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel. Akhir sekali, Vivix juga 10 kali lebih kuat daripada resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukkan protein AGE.


Vivix Shaklee Bukan Hanya Untuk Anti-Penuaan
Hebatnya Vivix Shaklee ini, ia dicipta bukan sekadar untuk anti-penuaan semata-mata. Ia dicipta juga untuk memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga dan kesejahteraan. 

Pendek kata, Vivix Shaklee ini untuk keseluruhan sistem badan kita. Sebab itulah ia digelar Tonik Terhebat!

Dan sebab itulah ia sesuai diambil untuk mengelakkan kanser. 

Cara Makan Vivix Shaklee

  • Hanya 1 sudu teh (5ml) sekali setiap hari

** 1 botol Vivix Shaklee ini boleh bertahan selama sebulan.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 18 April 2014

Kisah Sedih Dan Kanser Payudara -1

Assalammualaikum w.b.t




Pada tanggal 17 April 2014 pada jam 3.30am, saya mendapat berita sedih tapi sudah di jangka. Sepupu rapat saya disahkan meninggal dunia diusia yang saya anggap masih muda, 39 tahun. Masih muda tapi penghidap kanser payudara. Pembunuh no.1 wanita!!!

Arwah mempunyai 4 orang anak yang berumur 18 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 3 tahun. Yang pasti anaknya yang bongsu masih tidak faham apa itu kematian.

Bila ditanya anak bongsunya, "mama mana?"..."mama akit. Mama ido". Masih pelat. Pilu rasa hati, anak sekecil ini sudah kehilangan ibunya disaat anak kecil lain seusianya masih disuap oleh ibu mereka. Kini terpaksa menumpang kasih ibu saudara pula. Sebak!

Arwah pernah berpesan pada keluarga, agar mendidik anak lelaki sulungnya berusia 8 tahun supaya rajin belajar sebab anak sulungnya itu ada potensi untuk menjadi pelajar cemerlang.

Ketika arwah masih hidup, dia risaukan anak nombor tiganya kerana sangat rapat dengan dirinya. Tidak boleh hilang mamanya dari pandangan. Asal mamanya bergerak, disitu juga dia ada sekalipun sudah mempunyai adik yang berusia 2 tahun ketika itu. Selalu menangis mengalahkan adiknya. Syukur apabila memasuki pra-sekolah dan tahu mamanya sakit, dia sudah tidak manja dan tidak menangis lagi.

Anak lelaki sulungnya yang berusia 8 tahun tadi sudah pandai berdikari sejak mamanya terlantar sakit. Basuh kasut sekolah sendiri, gosok pakaian sendiri, pakai baju sekolah sendiri, buat air untuknya dan adiknya sendiri, basuh pinggan sendiri. Alangkah bahagianya arwah dapat anak yang pandai berdikari dan memahami. Lupa saya ingin maklumkan, arwah tinggal bersama dengan kedua ibubapanya sejak 3 tahun lepas.

Perihal anak bongsunya pula juga seolah-olah memahami mamanya sakiy. Sudah tidak banyak kerenah dan tidak menangis apabila terpaksa berpisah buat sementara waktu ketika mamanya sakit pertama kali dulu. Tidak meminta untuk menyusu lagi dan selalu cakap: "mama akit, sian". Anak bongsunya yang bernama Iman kerap mendatangi ibunya yang terlantar sakit dirumah, perlahan-lahan meletakkan hidungnya di pipi mamanya untuk mencium mama kesayangannya. Diusapnya ubun-ubun mamanya dengan lembut dan seterusnya sambung bermain. Selalu berkelakuan sebegitu meskipun mamanya sudah tidak berupaya untuk memanggilnya sudah tidak bermaya untuk memeluknya dan meskipun sudah tidak mampu mengenalinya. Ya allah, permudahkanlah segala urusan anak kecil ini.


***bersambung di entri seterusnya kerana mata ini sudah laju mengalir.....


****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor