Monday, 26 May 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Assalammualaikum w.b.t


Seksi kan mom-to-be kat atas ni? Bukan sebab pakaian dia, tapi sebab dia sedang hamil. Nampak seksi dan cute. Alahai, macam teringin pula nak mengandung lagi. Oppsss...hahaha.

Tetiba malam ni nak up pasal Tanda-tanda Awal Kehamilan. Saya akan kongsi sedikit pengalaman ketika mengandung dulu disertakan jugak sekali kata-kata dari yang cerdik pandai :).


Pengalaman Sendiri Tanda Awal Hamil

1) Haid saya berubah waktu dengan tiba-tiba. Sepatutnya jadual haid saya di permulaan bulan, dalam lingkungan 2 atau 3 haribulan. Tapi pada bulan tersebut, saya haid selepas 2 minggu dari yang sebelumnya dan dengan kuantiti yang sangat sedikit.

2) Sengal di ari-ari dan sekitar pinggang. Sungguh tak selesa dan kadangkala rasa macam nak datang haid. 

3) Berjalan macam orang sakit perut. Saya kena pegang perut dan membongkok sedikit baru selesa nak berjalan. Pada masa ini, belum disahkan mengandung.

3) Demam Selesema. Tak semena-mena demam. Tapi sekejap je demam, 2 hari rasanya kalau tak silap.

4) Rasa tak selesa di aerola. Macam gatal-gatal sikit.

Atas nasihat kawan yang dah pernah hamil, saya membuat pemeriksaan sendiri sebanyak 2 kali. Hihi..sebab nak betul-betul confirm. Yup, saya mengandung! Selepas itu untuk mendapatkan kesahihan yang nyata, saya pergi berjumpa doktor dan doktor sahkan saya hamil 2 minggu. Seronok tak terkata, Alhamdulillah.

Rasa sengal di ari-ari dan pinggang berlanjutan dalam tempoh yang agak lama, kalau tak silap 2 3 bulan kehamilan, sampaikan naik kereta pun saya kena membengkokkan badan. Diusia kandungan 5 bulan, saya berurut dengan bidan, katanya baby saya terlalu duduk di bawah sebab tu rasa tak selesa.

5) Loya Dan Muntah - pada masa ni, saya dah disahkan hamil. Mula rasa loya dan muntah ketika kandungan masuk ke bulan kedua sehingga bulan kelima.

Okay dah, jom kita tengok kata-kata pakar pula.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Mengikut Kata Pakar

Ada pakar juga menyatakan bahawa tidak semua wanita dapat merasai tanda-tanda awal kehamilan di usia kandungan belum mencecah sebulan. Berikut ini antara tanda-tanda awal kehamilan mengikut kajian mereka.

1) Tompokan Darah juga dikenali sebagai Implantation Bleeding. Ini berlaku selepas 6-12 hari selepas persenyawaan. Ini adalah tanda terawal untuk mengenalpasti bahawa anda hamil. Ini terjadi kerana embrio bayi anda sudah mula menampal di dinding rahim anda. Sesetengah wanita tidak perasan pun akan hal ini.  Tompokan darah ini hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

2) Tidak Datang Haid - kelewatan atau tidak datang haid langsung juga berisiko bahawa anda sedang hamil. Pada peringkat ini, kebanyakkan wanita sudah mula membuat pemeriksaan sendiri. Tapi ada juga wanita yang mengalami haid seperti biasa atau kuantiti yang sikit ketika hamil. 

3) Payudara Membengkak / Lembut - akan dapat dirasai sekitar 1-2 minggu selepas persenyawaan. Sesetengah wanita akan mengalami rasa yang kurang selesa di sekitar payudara seperti agak membengkak dan ada juga sesetengah wanita merasakan payudaranya lembut daripada biasa.

4) Penat Dan Lesu - Cepat rasa letih, lesu dan mengantuk juga salah satu tanda awal kehamilan. 

5) Muntah-Muntah Dan Loya - pada tahap ini, saya pasti anda sudah dapat mengagak yang anda kini hamil. :) Kebiasaannya berlaku ketika kandungan mencecah antara 2-8 minggu. Terpulang pada penerimaan individu juga, ada yang tiada loya langsung di awal kehamilan, ada yang masuk bulan ketiga baru mula mual-mual dan loya.

6) Sakit Bahagian Belakang - Terasa tidak selesa dan sakit di belakang di bahagian bawah. 

7) Sakit Kepala - Ekoran dari perubahan hormon. 

8) Kerap Membuang Air Kecil - Selalunya berlaku ketika kandungan diantara 6-8 minggu. Ini terjadi kerana ketika hamil, aliran darah kita menjadi lebih laju melalui sistem ginjal kita dan membuatkan kita akan kerap membuang air kecil.

9) Sekitar Aerola Menjadi Gelap 

10) Mengidam atau Tidak Lalu Makan - Ada wanita yang akan mengidam sesuatu di awal kehamilan, ada pula yang tidak lalu langsung untuk makan. Kalau untuk yang mengidam tu selalunya berlanjutan sehingga menunggu saat-saat kelahiran. Bagi yang tidak lalu makan pula, selalunya ambil masa 2-3 bulan semasa tempoh morning sickness berlaku.



Sah Sedang Hamil Menggunakan Pregnancy Test

Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan membeli Alat Pengesan Kehamilan di mana-mana farmasi. Gambar berikut menunjukkan samada anda hamil atau tidak.


Satu Garisan Sahaja: Tidak Hamil

 
Dua Garisan Terang: Tahniah, Anda Hamil!


Satu Garisan Terang, Satu Garisan Pudar: Ya, Anda pun Hamil!

Gambar dibawah ini menunjukkan jenis-jenis pengesan kehamilan yang ada dipasaran, disertakan sekali cara menggunakannnya dan juga keputusan terhadap ujian yang dilakukan.



Hey Mommy To Be!!!!



Kepada wanita yang sedang menunggu saat untuk disahkan hamil, saya doakan semoga Allah kurniakan zuriat dengan cepat, sihat dan sempurna sifatnya. Harap entri ini dapat membantu anda untuk mengesan lebih awal sekiranya anda hamil. Tahniah saya ucapkan. Sekian.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

6 comments:

  1. salam .sy bru je berkahwin dlm 4 minggu .tapi ari ari kiri bwah sy sakit mcm di cucuk .adakah sy pregnant ?^^

    ReplyDelete
  2. salam .sy bru je berkahwin dlm 4 minggu .tapi ari ari kiri bwah sy sakit mcm di cucuk .adakah sy pregnant ?^^

    ReplyDelete
  3. Assalam..sy tiba2 dpt demam..skali nga batuk2..pahtu sakit blkg yg amat..kat perut plk nk jln kna pgg n kn bongkok sikit baru selesa..tanda pregnant ke

    ReplyDelete
  4. Assalam . Sy dah brkhawin 11 bln . Tp rezeki untuk pregnant x de lg . Sekarang ni sy mengalami senak perut , rasa sengal .. Kdg2 rasa nk period . Sakit pinggang . Breast pun kdg2 rse brdenyut . Pening kepala . Kalau waktu mlm tu suhu bdn sangat tinggi . Mcm org demam . Adakah sy pregnant ?

    ReplyDelete
  5. Hi .. sye baru Lepas gugur 2bln lepS tapi bile sye check sye for dua line . Adakah sya hamil

    ReplyDelete