Thursday, 15 May 2014

Proses Perkembangan Bayi 0-12 Bulan


Assalammualaikum w.b.t


Anda pertama kali menjadi ibu seperti saya? :) Saya dah bergelar ibu baru masuk 15bulan kepada Muhammad Ammar Haziq. Macam-macam yang saya pelajari sejak dia dilahirkan ke dunia ni.

Sama seperti ibu-ibu yang lain, saya selalu memantau perkembangan Ammar setiap bulan. Dan saya akan risau sekiranya dia seolah-olah lambat mendapat rentak atau langkah yang sepatutnya pada usianya setiap bulan. Anda macamana pula?

Gambar kat bawah ni merupakan perkembangan bayi mengikut umur setiap bulan. Tapi Ammar tidak mengikuti langkah-langkah perkembangan bayi seperti gambar di bawah ni. Namun, gambar di bawah ini boleh dijadikan rujukan untuk anda memantau perkembangan bayi anda. Ini sangat penting bagi proses tumbesaran mereka samaada normal atau sebaliknya.


Jika dilihat gambar di atas, pada usia mencecah 1 bulan, bayi kebiasaanya akan suka tidur meniarap. Tapi tidak bagi Ammar, saya akan bedungnya dan tidur lena pada posisi baring (terlentang). Bulan kedua dan ketiga, Ammar masih tidak menunjukkan tanda meniarap seperti yang sepatutnya. Tapi Ammar sudah mula mengiring sedikit ketika mencecah 3 bulan. 
Ammar boleh meniarap ketika usianya 4 bulan  manakala boleh menjalar (mengesot dengan dadanya) bila dia berusia 5 bulan lebih sehinggalah dia berumur 8 bulan. Ammar tidak merangkak langsung sehingga berusia setahun!. 
Pada usia 5 bulan juga Ammar masih tidak boleh duduk di lantai tanpa disokong, masih tidak boleh duduk dengan tegak lagi. Pada bulan ke 7, Ammar sudah boleh berdiri tegak dengan sokongan dan juga duduk dengan sokongan juga. 
Pada usia mencecah 8 bulan, sudah ada tanda mahu meniti bila berdiri, tapi saya dan suami sudah mula mengajarnya menggunakan Baby Walker. Terkejutnya kami, tatkala meletakkan dia kedalam Walker, dia boleh kayuh dengan lajunya. 
Di usianya 9 bulan, Ammar sudah belajar bergerak ke kiri dan ke kanan apabila dia berdiri di sofa. Sudah mula belajar menapak dengan mendepakan tangannya untuk mengimbangkan badannya. Cecah sahaja umur 10 bulan, Ammar sudah boleh berjalan dengan sokongan dari tangan kita dan ada masanya dia melepaskan tangan kita untuk berjalan sendiri. Pada ketika ini, hanya 7-8 tapak berjalan dan jatuh.
Ammar sudah boleh berjalan tanpa sokongan tapi akan mendepakan kedua-dua belah tangannya. Sudah boleh berlari anak dan berjalan laju. 
Dan alhamdulillah, di usianya 12 bulan, dia boleh berjalan seperti kita tanpa sokongan dan tidak perlu lagi mendepakan tangannya. Dan ya, Ammar skip merangkak!
Anda boleh bandingkan perkembangan Ammar dengan gambar di atas.  Jangan panik sekiranya bayi anda tidak mengikut step seperti di dalam gambar di atas. Setiap bayi adalah unik!

Gambar berikut, penjelasan lebih terperinci untuk pemahaman anda bagi memantau proses perkembangan anak anda.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment