Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Set Kehamilan. Show all posts

Friday, 8 August 2014

Bakteria Usus Punca Mabuk Ketika Hamil

Assalammualaikum w.b.t

Bila kita sebut tentang kehamilan, atau orang dapat tahu yang kita mengandung, mesti ada yang bertanyakan tentang morning sickness ataupun mabuk ketika hamil. Boleh dikatakan semua wanita yang hamil akan mengalaminya samada teruk atau tidak.

Macamnilah keadaan kita yang sedang mabuk hamil, rasa macam nak tidur kat toilet je kan?
Selalunya morning sickness ni berlaku pada trimester pertama (3 bulan terawal kehamilan).


Apa sebenarnya punca kepada terjadinya mabuk ketika hamil ni? Makan itu tak boleh, makan ini muntah. Tengok makanan pun tak lalu...kesian kan?

Mengikut kata Pakar Gastroenterologi Dan Pengamal Perubatan Semulajadi, Dr Vagif Soultanov di akhbar Metro, seramai 90% wanita hamil berdepan dengan mabuk hamil seperti loya dan muntah. Seolah-olah ini sudah jadi sinonim buat ibu hamil. Katanya lagi, melalui loya dan muntak ketika hamil ni merupakan perlindungan semulajadi tubuh untuk menyingkirkan makanan tercemar yang berkemungkinan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan dan juga ibu itu sendiri.

Tapi ada juga ibu-ibu yang mengalami masalah mabuk hamil yang berterusan berbulan lamanya dan ada juga berat badan turun melebihi 5%. Ini sudah tidak normal dan dikenali sebagai hyperemesis gravidarum (HG) dan boleh mengancam nyawa.

Pakar telah mendapati bahawa punca kepada masalah mabuk hamil ini akibat dari bakteria usus yang dikenali sebagai Helicobacter pylori (H.pylori). H.pylori ini merupakan spesis bakteria yang dikenalpasti ketika tahun1982 sebagai penyebab gastritis dan ulser perut. Jangkitan dipercayai berlaku melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui air liur.

Apa kaitan H.pylori ini dengan mabuk hamil ya? 
Penyelidik membuat hipotesis (penyelidikan) terhadap fasa pertama kehamilan, mendapati perubahan kepekatan bendalir dalam tubuh wanita hamil bertindak mempengaruhi keasidan (pH) perutnya, seterusnya mengaktifkan bakteria H.pylori yang terpendam didalam lapisan perut.

Jangkitan H.pylori ini membebaskan enzim dan toksin yang menyebabkan mabuk hamil berlaku secara berterusan apabila tubuh berusaha sedaya upaya untuk menyingkirkan bakteria tersebut tetapi gagal. Bagi wanita hamil, rawatan antibiotik adalah tidak disyorkan kerana boleh membahayakan janin. Ini
kerana, H.pylori adalah sejenis karsinogen yang paling berbahaya.

Hasil penyelidikan di Rusia, ekstrak jejarum konifer pain yang dikenali sebagai Bioeffective A, dapat membantu perut dan usus kembali berfungsi dengan normal. Selain itu, Bioeffective A ini juga berpotensi sebagai bahana terapeutik tambahan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah standard yang digunakan dalam penghapusan H.pylori.

Namun, mabuk hamil ini tidak boleh dihapuskan macam itu sahaja. Ini pandangan saya. Ada ubat atau supplement yang boleh mengurangkan rasa loya, muntah dan pening yang boleh diambil tanpa menjejaskan bayi dalam kandungan. Ada wanita yang bernasib baik, hanya pening-pening kepala di awal kehamilan dan tiada muntah atau alahan lain. Bertuah nya kan?

Jom kita ketahui apa pula cara-cara untuk mengatasi masalah mabuk hamil ni. Hanya klik link dibawah ini untuk ke entri tersebut.

Cara-Cara Mengatasi Masalah Mabuk Ketika Hamil - KLIK SINI

KLIK SINI untuk Tanda-Tanda Awal Kehamilan.

Tadi, saya ada sebut tentang ubat atau supplement yang boleh diambil bagi mengatasi masalah mabuk ketika hamil ni. Saya tak cadangkan ubat, tapi saya cadangkan supplement tambahan. SET KEHAMILAN SHAKLEE ni memang elok diambil oleh wanita hamil dan salah satu fungsinya adalah mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.


+

Antara Kelebihan Set Kehamilan Shaklee ini:

imej dari google
Seperti biasa, andainya anda mahu mencuba produk shaklee, boleh hubungi saya at anytime :) Saya dah merasai kebaikan produk Shaklee, maka saya ikhlas ingin berkongsi kelebihannya dengan anda juga.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday, 26 May 2014

Tanda-Tanda Awal Kehamilan


Assalammualaikum w.b.t


Seksi kan mom-to-be kat atas ni? Bukan sebab pakaian dia, tapi sebab dia sedang hamil. Nampak seksi dan cute. Alahai, macam teringin pula nak mengandung lagi. Oppsss...hahaha.

Tetiba malam ni nak up pasal Tanda-tanda Awal Kehamilan. Saya akan kongsi sedikit pengalaman ketika mengandung dulu disertakan jugak sekali kata-kata dari yang cerdik pandai :).


Pengalaman Sendiri Tanda Awal Hamil

1) Haid saya berubah waktu dengan tiba-tiba. Sepatutnya jadual haid saya di permulaan bulan, dalam lingkungan 2 atau 3 haribulan. Tapi pada bulan tersebut, saya haid selepas 2 minggu dari yang sebelumnya dan dengan kuantiti yang sangat sedikit.

2) Sengal di ari-ari dan sekitar pinggang. Sungguh tak selesa dan kadangkala rasa macam nak datang haid. 

3) Berjalan macam orang sakit perut. Saya kena pegang perut dan membongkok sedikit baru selesa nak berjalan. Pada masa ini, belum disahkan mengandung.

3) Demam Selesema. Tak semena-mena demam. Tapi sekejap je demam, 2 hari rasanya kalau tak silap.

4) Rasa tak selesa di aerola. Macam gatal-gatal sikit.

Atas nasihat kawan yang dah pernah hamil, saya membuat pemeriksaan sendiri sebanyak 2 kali. Hihi..sebab nak betul-betul confirm. Yup, saya mengandung! Selepas itu untuk mendapatkan kesahihan yang nyata, saya pergi berjumpa doktor dan doktor sahkan saya hamil 2 minggu. Seronok tak terkata, Alhamdulillah.

Rasa sengal di ari-ari dan pinggang berlanjutan dalam tempoh yang agak lama, kalau tak silap 2 3 bulan kehamilan, sampaikan naik kereta pun saya kena membengkokkan badan. Diusia kandungan 5 bulan, saya berurut dengan bidan, katanya baby saya terlalu duduk di bawah sebab tu rasa tak selesa.

5) Loya Dan Muntah - pada masa ni, saya dah disahkan hamil. Mula rasa loya dan muntah ketika kandungan masuk ke bulan kedua sehingga bulan kelima.

Okay dah, jom kita tengok kata-kata pakar pula.

Tanda-Tanda Awal Kehamilan Mengikut Kata Pakar

Ada pakar juga menyatakan bahawa tidak semua wanita dapat merasai tanda-tanda awal kehamilan di usia kandungan belum mencecah sebulan. Berikut ini antara tanda-tanda awal kehamilan mengikut kajian mereka.

1) Tompokan Darah juga dikenali sebagai Implantation Bleeding. Ini berlaku selepas 6-12 hari selepas persenyawaan. Ini adalah tanda terawal untuk mengenalpasti bahawa anda hamil. Ini terjadi kerana embrio bayi anda sudah mula menampal di dinding rahim anda. Sesetengah wanita tidak perasan pun akan hal ini.  Tompokan darah ini hanya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

2) Tidak Datang Haid - kelewatan atau tidak datang haid langsung juga berisiko bahawa anda sedang hamil. Pada peringkat ini, kebanyakkan wanita sudah mula membuat pemeriksaan sendiri. Tapi ada juga wanita yang mengalami haid seperti biasa atau kuantiti yang sikit ketika hamil. 

3) Payudara Membengkak / Lembut - akan dapat dirasai sekitar 1-2 minggu selepas persenyawaan. Sesetengah wanita akan mengalami rasa yang kurang selesa di sekitar payudara seperti agak membengkak dan ada juga sesetengah wanita merasakan payudaranya lembut daripada biasa.

4) Penat Dan Lesu - Cepat rasa letih, lesu dan mengantuk juga salah satu tanda awal kehamilan. 

5) Muntah-Muntah Dan Loya - pada tahap ini, saya pasti anda sudah dapat mengagak yang anda kini hamil. :) Kebiasaannya berlaku ketika kandungan mencecah antara 2-8 minggu. Terpulang pada penerimaan individu juga, ada yang tiada loya langsung di awal kehamilan, ada yang masuk bulan ketiga baru mula mual-mual dan loya.

6) Sakit Bahagian Belakang - Terasa tidak selesa dan sakit di belakang di bahagian bawah. 

7) Sakit Kepala - Ekoran dari perubahan hormon. 

8) Kerap Membuang Air Kecil - Selalunya berlaku ketika kandungan diantara 6-8 minggu. Ini terjadi kerana ketika hamil, aliran darah kita menjadi lebih laju melalui sistem ginjal kita dan membuatkan kita akan kerap membuang air kecil.

9) Sekitar Aerola Menjadi Gelap 

10) Mengidam atau Tidak Lalu Makan - Ada wanita yang akan mengidam sesuatu di awal kehamilan, ada pula yang tidak lalu langsung untuk makan. Kalau untuk yang mengidam tu selalunya berlanjutan sehingga menunggu saat-saat kelahiran. Bagi yang tidak lalu makan pula, selalunya ambil masa 2-3 bulan semasa tempoh morning sickness berlaku.



Sah Sedang Hamil Menggunakan Pregnancy Test

Anda boleh membuat pemeriksaan sendiri dengan membeli Alat Pengesan Kehamilan di mana-mana farmasi. Gambar berikut menunjukkan samada anda hamil atau tidak.


Satu Garisan Sahaja: Tidak Hamil

 
Dua Garisan Terang: Tahniah, Anda Hamil!


Satu Garisan Terang, Satu Garisan Pudar: Ya, Anda pun Hamil!

Gambar dibawah ini menunjukkan jenis-jenis pengesan kehamilan yang ada dipasaran, disertakan sekali cara menggunakannnya dan juga keputusan terhadap ujian yang dilakukan.



Hey Mommy To Be!!!!



Kepada wanita yang sedang menunggu saat untuk disahkan hamil, saya doakan semoga Allah kurniakan zuriat dengan cepat, sihat dan sempurna sifatnya. Harap entri ini dapat membantu anda untuk mengesan lebih awal sekiranya anda hamil. Tahniah saya ucapkan. Sekian.



Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) ***************************************************************************************** 
Mama Dan Baby Sihat 
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat 
SMS/Whatsapp: 0125970799 
Shaklee Independent Distributor 
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 2 May 2014

Risiko Bila Hamil Di Usia 40-an.

Assalammualaikum w.b.t

Risiko Bila Hamil Di Usia 40-an.

Terima Kasih kerana sudi singgah kat blog saya ni.

Saya sentuh topik mengandung lagi kali ni...hehehe..macam kepingin nak mengandung lagi..oopssss.

Okla, saya nak kongsikan topik mengenai apa risikonya jika kita hamil di usia 40-an. Apa risiko untuk badan kita, rahim kita dan juga yang penting sekali untuk baby kita nanti. Saya pun di awal usia 30-an, manalah tau nanti termengandung di usia 40. hikhikhik. At least, topik ni sedikit sebanyak dapat membantu saya lebih bersedia untuk segala kemungkinan nanti.

Hamil Di Usia 40-an
50 tahun yang lepas, jarang kita dengar wanita hamil di usia 40-an. Kalau ada pun, itu adalah seperti istilah 'tidak sengaja'. :) Tapi sekarang ni, hamil di usia 40-an dah jadi macam perkara biasa, mungkin sebab ramai wanita kini kahwin di lewat usia 30-an ataupun mahu fokus kerjaya terlebih dahulu walaupun dah lama berkahwin. Tak kisahlah samada anda ada menggunakan ubat moden atau tradisional untuk mengandung, ada beberapa perkara yang perlu kita tahu.

Komplikasi Ketika Hamil
Perkara pertama yang perlu kita tahu adalah komplikasi terhadap kita bila mengandung di usia 40-an. Pada usia ini, badan kita seolah-olah tidak mampu untuk menampung tekanan atau perubahan ketika hamil. 33% yang mengandung di usia 40-an berakhir dengan keguguran. Ini berlaku ekoran daripada lemahnya telur atau ovum wanita itu sendiri.

Selain itu, lebih berisiko untuk menghadapi tekanan darah tinggi dan diabetik yang akan memberikan kesan negatif terhadap kandungan dan juga ibu. Terdapat banyak juga kes ibu hamil meninggal dunia ketika usia kehamilan mencecah 7 bulan disebabkan darah tinggi dan diabetik. Jangan ambil mudah ya dua penyakit ni.

Yang paling ditakuti adalah masalah atau risiko yang berkait rapat dengan placenta wanita ketika ia hamil, antaranya risiko pendarahan dalam placenta (yang dipanggil placental abruption) amat tinggi untuk berlaku dan yang kedua adalah kedudukan placenta yang berada hampir dengan servik, dibahagian paling bawah uterus (yang dikenali placental previa). 

Placental Abruption selalu menyebabkan kelahiran pra-matang, ini kerana oksigen & nutrisi makin berkurangan untuk bayi dalam kandungan. Manakala Placental Previa tidak sakit dan berlaku dihujung kehamilan.

Gambar di bawah ini menunjukkan keadaan placental normal, abruption & previa.   





Kebanyakkan wanita yang berusia 40-an akan berisiko untuk melahirkan bayi secara caesar berbanding secara normal.

 Risiko Kepada Bayi
Wanita yang mengandung pada usia 40-an akan lebih berisiko untuk mendapat bayi Down Syndrom. Dan juga lain-lain kecacatan kelahiran. Ini disebabkan oleh masalah kromosom berikutan faktor usia. 


Selain pada itu, juga berisiko untuk melahirkan bayi yang tidak cukup berat dari yang sepatutnya. Bayi yang tidak cukup berat ini akan lebih sukar untuk membesar dan senang dijangkiti penyakit serta proses tumbesaran juga terganggu. 

Kelahiran pra-matang juga kerap berlaku dan memerlukan sumber perubatan yang mempunyai teknologi yang canggih untuk membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan ini terus hidup dan kos perubatan juga tinggi. 


Kesihatan Diri Itu Penting
Namun, umur 40-an masih lagi boleh mengandung dengan kandungan yang sihat dan sudah tentu dapat melahirkan bayi yang sempurna dan sihat jugak. Bukannya satu kesalahan dan tak perlu rasa bersalah pun. Tapi yang penting sekali, kesihatan diri kita perlu di jaga. Bagi seorang wanita, pengambilan nutrisi yang seimbang banyak memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan kandungan anda, jauhi merokok, jangan menukar atau membasuh tempat najis binatang peliharaan, dapatkan rehat yang secukupnya, melakukan senaman ringan dan mengambil vitamin atau supplemen tambahan ketika hamil.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor