Showing posts with label Vita-E. Show all posts
Showing posts with label Vita-E. Show all posts

Sunday, 3 August 2014

Kenapa Collagen Shaklee Tak Berkesan

Assalammualaikum w.b.t


Zaman sekarang ni ramai yang nakkan kolagen dalam diet dan penjagaan diri. Sebab semuanya nak cantik, nak awet muda & nak kekalkan keanjalan kulit. Tak nak tua sebelum usia dan tak nak nampak tua bila dah berusia. Kan? Saya pun macam tu jugak sebabtu saya ambik Set Kecantikan Shaklee: Collagen Shaklee & Vita-E.

Collagen Shaklee akan beri impak seawal 3 hari pengambilan. Wow, cepatnya!!!! Tapi harus diingat ianya terpulang pada individu jugak tau! Dan ada juga yang ambil Collagen Shaklee ni tapi tak nampak kesan pun. Kenapa ya?

SEBAB-SEBAB COLLAGEN SHAKLEE TAK BERI KESAN

1) Nak Cepat


- Kebanyakan pengguna semuanya nak cepat. Kalau boleh, hari ini makan esok dah nampak gebu dan flawless. Saya pun sama jugak! Nak cepat tak sabar. Belum sempat collagen tu nak meresap sempurna ke dalam tubuh kita lebih tepat lagi kedalam kulit kita, tak sempat collagen tu nak memperbaharui sel-sel kulit kita....kita dah stop makan collagen. Lepas tu cakap collagen tak berkesan untuk kita. Padahal tak habis sekotak pun makan. Collagen yang salah ke. Huhuhu...

2) Tak Ikut Waktu Makan


- Setiap vitamin ada waktu makannya tersendiri. Tak boleh ikut suka, tak berkesanlah jawabnya. Macam Collagen Shaklee ni perlu diambil sebelum tidur. Anda pula ambik waktu bila? Collagen perlu ambil sebelum tidur sebab badan kita akan berehat ketika tidur dan barulah collagen ni bertindakbalas ke atas badan kita dengan lancar tanpa gangguan.

3) Malas atau Tak Suka Minum Air Kosong


- Kebanyakkan kita tak suka minum air kosong. Selalu minum air manis-manis je. Tak semestinya anda perlu minum air kosong dengan banyak bila ambil vitamin atau supplemen. Tak ambil apa-apa supplemen pun kena minum air kosong banyak-banyak. Air kosong penting untuk badan kita untuk serap vitamin dan salurkan keseluruhan badan kita. Bila air dalam badan tak cukup macamana khasiat Collagen ni nak berkesan? Sebab tak cukup 'minyak' untuk sampai ke 'destinasi'. ;)
- Saya nak share jugak antara kelebihan lain bila kita minum air kosong yang mencukupi. Gambar dibawah menerangkan kelebihan apabila kita meminum air kosong di awal pagi.


4) Kejap Makan Kejap Tak
- Ini pun salah satu puncanya. Kita tak disiplin! Apa-apa ubat atau supplemen pun kalau kita tak disiplin mengamalkannya, dah tentulah tak nampak kesan atau lambat berkesan. Bila rasa nak makan barulah makan, salah tu. Nanti badan pun confused sebab baru je nak bertindak balas tapi kita dah stop makan lepastu sambung makan semula selepas 3 hari atau seminggu misalnya, badan terpaksa pulak start semula dari 0. So memang sampai sudah tak berkesan. Perlu disiplinkan diri dan motivasi diri kena tinggi. Tak nak cantik ke??? Disiplinkanlah diri anda untuk cantik!


5) Tak Ikut Cara Makan Yang Betul
- Tadi saya sentuh waktu makan Collagen Shaklee. Sekarang nak sentuh cara makan dia pulak, lebih tepat lagi cara bancuhan Collagen Shaklee dengan betul. Ada yang bancuh menggunakan air panas sebab tak suka minuman berais. Air panas atau air suam boleh merosakkan bakteria baik yang yang mengandungi khasiat collagen yang terdapat di dalam Collagen Shaklee ni, bilamana khasiat ini sudah rosak atau terhapus maka secara automatiknya anda seolah-olah meminum collagen yang tiada collagen. Sebab itulah tiada kesan apa-apa pun ke atas anda.

Cara Bancuhan Collagen Powder Shaklee:

* Dibancuh 1 sachet sehari sahaja bersama-sama dengan minuman kegemaran anda.
* Boleh dibancuh dengan Milo / Horlicks / Sirap / Ribena / Jus Buah / Sunquick dan lain-lain
* TIDAK BOLEH dibancuh dengan AIR PANAS / SUAM
* HANYA dibancuh dengan minuman berAIS atau air kosong
* JANGAN bancuh dengan minuman berkafein: TEH / KOPI / NESCAFE dan seumpamanya.
* JANGAN bancuh dengan minuman bergas dan beralkohol termasuklah minuman isotonik.

6) Campur Aduk Makan Collagen Shaklee Dengan Supplement Lain


- Tak kisahlah anda ambil supplement Shaklee atau jenama lain. Anda dinasihatkan tidak campur adukkan dan makan sekaligus. Sebab nanti badan dan otak kita keliru untuk proses yang mana satu dahulu. Contohnya, anda mengambil pil kurus, pil migrain, pil senggugut dan collagen sekaligus. Otak kita tak tahu nak mulakan yang mana satu. Maka, dicadangkan anda perlu jarakkan pengambilan setiap jenis vitamin/supplement selama 30minit minimum untuk beri ruang vitamin tersebut untuk hadam dan proses. Disarankan Collagen Shaklee adalah yang paling akhir dalam senarai vitamin anda untuk dimakan, sebab ianya perlu dimakan sejurus sebelum tidur.

Ini saja perkongsian yang saya dapat huraikan berdasarkan pengalaman saya sendiri. :)

TESTIMONI SENDIRI:

Testimoni Collagen Powder Shaklee dan Vita-E Shaklee
KLIK DI SINI UNTUK mengetahui COLLAGEN POWDER SHAKLEE dengan lebih terperinci!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Sunday, 15 June 2014

Vita-E Shaklee - Untuk Jantung, Otak, Colon, Prostat Dan Imunisasi Kesihatan

Assalammualaikum w.b.t



Bulan ni bulan promo Vita-E Complex. Vita-E Complex ni juga sama erti dengan Vitamin E atau Vit-E. Tapi sudah semestinya Vita-E Complex Shaklee ni special sikit dari yang lain-lainnya. Yang pastinya ianya diperbuat dari bahan semulajadi, 100% ye. Sempena promosi ni, saya ingin kongsikan tentang Vita-E Complex Shaklee ni. Anda akan ketahui kelebihan dan manfaat dari pengambilan vitamin ini nanti. Jom kita ikuti.

VITA-E COMPLEX SHAKLEE
Ia diperbuat dari minyak soya organik  dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E. Merupakan vitamin E yang paling lengkap di pasaran.

Setiap satu tablet Vita-E Shaklee ini mengandungi 322.89mg (bersamaan 400IU). Yang mana ia juga diekstrak dari biji anggur yang terpilih.

Secara ringkasnya, Vita-E Shaklee ini merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat disamping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. 

Mengikut kajian yang dijalankan di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun untuk warga tua. 


MANFAAT VITA-E COMPLEX SHAKLEE
1) Melindungi Jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat. Melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid. Ia juga mampu meningkatkan koleterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri serta menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain lagi. 800iu = 533.33mg vitamin E. 

2) Meningkatkan Kesuburan Lelaki - Mengikut kajian pada tahun 1924, vitamin E didapati mampu memulikan kesuburan bagi lelaki. Hanya perlu mengambil 600-800IU vitamin E dalam sehari mampu meningkatkan jumlah sperma mereka.

3) Anti-Penuaan - 

Vitamin E mampu memberikan kesan awet muda kepada mereka yang mengamalkannya. Hanya 1 kapsul Vita-E sehari dapat membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, akne dan bintik penuaan. Juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.

4) Anti-Oksidan Yang Kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk mendapatkan anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Juga berupaya untuk memperbaiki masalah katarak dan masalah penglihatan yang lain.

5) Hubungan Intim - Dapat meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.

6) Memperbaiki Arthritis - 

Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

7) Menghalang Keguguran - Ia mampu menguatkan janin supaya tidak gugur dari rahim dan juga menghalang kematian janin.

8) Memperbaiki Parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh diletakkan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. 

MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG


Mengikut kajian oleh Universiti Harvard keatas lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan, dos yang selamat diambil adalah sebanyak 3,200IU.

CADANGAN PENGAMBILAN VITA-E SHAKLEE

1) Untuk Pemeliharaan Kesihatan: 1 kapsul sehari selepas makan

2) Untuk Anti-Penuaan atau Kesuburan: 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan (2 kapsul sehari)

3) Untuk Melawan Kanser Atau Mengurangkan Parut: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali makan

TESTIMONI PELANGGAN VITA-E COMPLEX SHAKLEE

Ini antara testimoni pelanggan yang menggunakan Vita-E Complex Shaklee:



Nak lagi testimoni?? Sila KLIK DISINI ini.

Banyakkan faedah Vita-E ni, selalunya bila kita dengar atau sebut tentang Vitamin E mesti asyik ingat untuk kulit sahaja. Rupanya tidak. Tapi kalau untuk ibu-ibu atau wanita yang nak cantik, nak kulit licin, nak awet muda, bolehlah cuba Vita-E ni, ada 120kapsul didalamnya. Boleh tahan 2 bulan!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 10 June 2014

Testimoni Pengguna Vita-E Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Bulan ni bulan mempromosi Vita-E Shaklee. 
Beli 6 percuma 1 botol. Banyak sangat? U all share2 la dengan kawan2. Tak nak ke kulit licin sekata dan berseri tanpa make-up? Natural flawless? 

Tengok testimoni dari pengguna tegar Vita-E Shaklee ni, original tau.

Kalau nak cuba, pm tau 0125970799 ;)

Sunday, 4 May 2014

Punca Sakit Gigi Dan Cara Merawatnya

Assalammualaikum w.b.t



Anda pernah sakit gigi tak?
Seingat saya, baru sekali saya sakit gigi ketika berusia 25tahun..sebab gigi berlubang, so kenala cabut.
First time jumpa doktor gigi, terus kena cabut gigi. Nasib baiklah doktor tu hensem. hehehe...Alhamdulillah dia cabut dengan cermat dan sakit tu tak adalah sakitttt sangat-sangat. Pendek kata, tak seriklah kalau kena cabut gigi lagi. Sampai lah sekarang ni, umur dah 3 series, tak ada sakit gigi lagi. Gigi berlubang pun tak ada.

Rahsianya? Hehehhee..rajin gosok gigi :D. Jangan suka sangat makan jajan dan gula-gula.

Waktu saya sakit gigi tu pun, tak adalah sakit sebenarnya. Cuma rasa sengal-sengal dan selalu  makanan lekat kat situ, so memang dah agak gigi saya berlubang, terus pergi jumpa doktor. So, saya tak dapat lah nak ceritakan kesakitan sebab sakit gigi nih.

Sebelum tu, mari kita pelajari susunan gigi kita, yang mana tumbuh dulu. :)


Ok, dah tau. Jom kita selidik apa punca-punca yang menyebabkan kita sering sakit gigi.

Punca-Punca Sakit Gigi



Gambar di atas menerangkan secara ringkas punca-punca sakit gigi.
Saya cuba jelaskan secara lebih terperinci tapi ringkas ye :)

1) Gigi Reput / Rosak (Dental Decay): Kebanyakkan sakit gigi adalah disebabkan ini.

2) Kerosakan Urat Saraf Gigi: Berpunca daripada gigi yang reput atau rosak dan juga disebabkan tampalan gigi yang dalam sebelum ini. Boleh mengakibatkan gusi bengkak dan juga bisul.

3) Tampalan Gigi Rosak: Tampalan pada gigi sebelum ini sudah pecah/rosak dan gigi berlubang terjadi semula.

4) Gigi Retak: Mungkin disebabkan bersukan.

5) Gigi Terlalu Sensitif: Banyak kebarangkalian yang menjadi punca kepada gigi menjadi terlalu sensitif, antaranya disebabkan penyakit gusi, akar gigi yang terdedah (Root exposure) dan gigi terhakis (seperti dalam gambar yang berikutnya).




6) Kesan Daripada Gigi Geraham Bongsu Yang Berkedudukan Tidak Selaras Dengan Gigi Sedia Ada

7) Penyakit Gusi. Berikut saya letakkan gambar bagi mudah untuk anda fahami.


Beza Gusi Yang Sihat vs Tidak Sihat




Apa kesannya penyakit gusi keatas badan kita?


8) Sakit Rahang termasuklah TMJ Disorder Symptoms dan juga disebabkan oleh gerudi dan menggetap gigi.


9) Sakit Selepas Menerima Rawatan Gigi: Ini adalah normal, tidak perlu risau.

10) Acute Sinusitis: Disebabkan oleh simptom-simptom di atas dan di sekitar gigi paling belakang bahagian atas.


11) Menggunakan Teether Ketika Bayi
Ramai ibu-ibu termasuk saya menganggap pemberian teether kepada bayi elok bagi pertumbuhan gigi bayi yang kononnya gigi bayi akan lebih cepat tumbuh. Tapi sebenarnya ia mendorong sakit gigi bila dewasa kelak. Harap lepas ni, kita tak perlu lagi bagi Teether pada anak kita.




Cubalah Shaklee Untuk Melegakan Sakit Gigi

Untuk Gigi Berlubang : Ambil 1 biji Zinc Complex. Tumbuk dan tambahkan sedikit air untuk menjadi 'paste'. Kemudian sapukan atau tampalkan pada gigi yang berlubang tadi.



Untuk Gusi Bengkak: Kumur dengan air garam terlebih dahulu. Kemudian ambil Vita-E, Ostematrix & B-Complex. Insya Allah dapat melegakan bengkak gusi.


Pengambilan Ostematrix Bagus Untuk Gigi Dan Tulang
Ostematrix ini kaya dengan kalsium yang diperlukan oleh badan kita. So sangat sesuai bagi mereka yang selalu sakit gigi, sengal-sengal tulang. Ostematrix ini juga kaya dengan magnesium, fosforus dan vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Kesemua nutrien dalam Ostematrix ini amat perlu untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

Ostematrix ini sama seperti segelas susu dan juga bersamaan dengan 80 biji badam. Selain menguatkan gigi dan tulang, ia juga dapat memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas dan sakit sendi. 

Amalan Harian
Selain dari pengambilan vitamin di atas, amalan menggosok gigi sesudah makan amat digalakkan bagi mengelakkan kerosakan gigi.
Kurangkan meminum minuman berais yang boleh menyebabkan ngilu pada gigi.
Elakkan makan coklat dengan kerap, elakkan pengambilan gula-gula.

Insyallah, dengan amalan pemakanan yang sihat, dan juga vitamin yang bersesuaian dapat menjaga kesihatan gigi dan tulang kita.

Senyum lebih bermakna dengan gigi yang sihat dan kuat!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor