Wednesday, 10 September 2014

Jom Share Blog Link Kita!

Assalammualaikum w.b.t

Assalammualaikum w.b.t


Tetiba rasa nak buat satu entri atau page khas untuk kumpulkan blog-blog link yang sudi singgah kat blog Mama Dan Baby Sihat ni. Sharing-sharing link blog masing-masing. So, saya pun boleh singgah ke blog you all, then visitor blog Mama Dan Baby Sihat pun boleh singgah blog you all. Wowww...menarik kan?

Jom share-share.. Sharing is Caring kan? :)



Cara nak share: Sila ke Page JOM SHARE BLOG LINK KITA!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 9 September 2014

Tahun Paling Mencabar Bagi Shaklee

Assalammualaikum w.b.t


Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf andai ada yang tidak suka, tidak puas hati dan tidak senang hati dengan entri saya kali ini. Saya pasti anda yang sudah, yang sedang, yang pernah melawati blog Mama Dan Baby Sihat ini, pasti tahu yang saya ini merupakan Shaklee Independent Distributor (SID).

Saya adalah ahli Shaklee yang sah sejak July 2013, dah setahun 2 bulan rupanya saya menjadi SID. Sebelum saya join Shaklee, saya dah mencuba 2 sistem MLM yang agak popular di Malaysia 10 tahun dulu. Tak perlu saya sebutkan disini. So, segala auta-auta dalam MLM saya dah pun hafal. Macamana diorang boleh dapat income dari sistem MLM yang merupakan sistem piramid ini. Shaklee juga MLM! Saya dah blocked MLM dalam kamus hidup saya. Biarlah Shaklee menjadi MLM saya yang terakhir. Cukuplah!

Sejak saya join Shaklee, saya rasa tahun 2014 ni tahun paling mencabar bagi Shaklee. Ini pandangan dan pengamatan peribadi saya sahaja. Semuanya bermula gara-gara kekejaman zionis ke atas rakyat palestin (sebelum ini mungkin ada tapi isu-isu yang kecil yang tidak 'havoc' seperti tahun ni). Sehinggalah isu yang terkini dan masih hangat di 'share' dan diperkatakan di Facebook. Ramai yang like, ramai yang beri komen (tanpa usul periksa). Mesti you all tahu kan apakah isunya. Hmmm...isu pasal cikgu Mary yang mendakwa GLA punca wanita mendapat Cyst.

Kenapa saya kata tahun ni tahun paling mencabar buat Shaklee? Saya teringin nak kongsikan satu persatu.

1) Kekejaman Zionis Ke Atas Gaza
- Heboh di media sosial Shaklee ni menyokong Zionis sebab Shaklee ni keluaran Amerika Syarikat, so secara langsung atau tak langsung Shaklee menyumbang kepada Zionis. Benarkah? Benarkah Shaklee ada kaitan dengan Israel aka Zionis? KLIK SINI untuk entri saya sebelum ini.

Shaklee tidak tersenarai pun sebagai syarikat yang menyumbang kepada Israel dan Shaklee sendiri telah mengumumkan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa kaitan pun dengan Israel.

2) Roger Barnett, CEO Shaklee merupakan Board of Director Ellie Wiesel.
- Umum mengetahui, Yayasan ini menyokong dan memberi sumbangan berbentuk pendidikan (ada jugak yang lain, sila rujuk laman web tersebut) kepada Israel. Secara tidak lansung, Roger Barnett terpalit sama dan terus mengheret Shaklee bersama. Dikatakan bahawa Shaklee penyumbang dana kepada Israel melalui yayasan ini. Sebab Roger Barnett BOD untuk dua syarikat besar ini.

Tapi tahukah anda, Roger Barnett ini orang yang sangat disegani dan berwibawa. Ramai yang nak jadikan dia BOD sebab kebolehannya. Dia banyak menjadi BOD syarikat-syarikat lain, anda boleh google untuk makluman anda. BOD bukannya owner kepada syarikat tersebut, keputusan juga tertakluk kepada pemilik syarikat itu sendiri. Contohnya, kita bekerja dengan sesebuah syarikat, tapi syarikat tu menyokong parti pembangkang dan salurkan dana kepada parti pembangkang sedangkan anda pro-kerajaan, apa yang anda perlu buat? Berhenti kerja? Atau boikot syarikat tempat anda bekerja. Begitu jugalah Roger Barnett ini, dia hanya bekerja. Roger Barnett ini telah berjumpa secara bersemuka dengan Master-Master dari Malaysia ketika mereka meraikan Master-Master di U.S.A baru-baru ini. Dia secara personally telah mengumumkan bahawa dia tidak bersetuju dan tidak terlibat dengan sumbangan dana kepada Israel.

SHAKLEE TIADA KAITAN DENGAN YAYASAN ELLIE WIESEL secara langsung atau tidak langsung. Dan Roger Barnett BUKANLAH WAKIL SHAKLEE untuk urusan beliau dengan syarikat-syarikat lain atau hal-hal peribadi beliau.

3) Buah Tomato Diimport Dari Israel Untuk Produk Carotomax
- Ada yang melaporkan Shaklee mendapatkan sumber tomato daripada negara Israel untuk menghasilkan produk Carotomax.

Ini tidak BENAR! Shaklee tiada sebarang hubungan perdagangan dengan negara Israel apatah lagi membeli sumber-sumber bahan mentah/proses untuk menghasilkan produk mereka.

4) BOIKOT Shaklee
- Ini rentetan dari isu Israel. Terpampang disemua media sosial, ramai yang nak boikot Shaklee.

Ada SID yang menerima personal mesej dari customer yang mengatakan mereka tidak akan membeli produk Shaklee lagi dan akan memboikot produk Shaklee terus dan selamanya. Ada juga SID yang dicemuh. Tamparan hebat untuk semua SID. Sayangnya, mereka memboikot TANPA ILMU. Tak perlu rasanya saya cerita lebih lanjut 'cara yang betul' untuk boikot ni. Ini adalah salah satu pandangan dari IRFAN KHAIRI berkenaan boikot: KLIK SINI untuk ke entri beliau. Boikotlah dengan ilmu. Rakyat Palestin pun MINUM COKE!

5) Cikgu Mariyana Dapat Cyst Sebab Makan GLA
- Kecoh awal minggu ni pasal Cikgu Mary ni. Rasanya ramai yang dah tahu kan?
Beliau mendakwa ramai wanita yang mendapat cyst sebab makan GLA Complex dan mahu membawa kes tersebut ke muka pengadilan. Inilah produk yang membuatkan beliau dapat Cyst. Dan ramai lagi yang mengaku yang mereka dapat Cyst sebab makan GLA ni.


Saya pun keliru pada awalnya, sebab beliau ada menyatakan doktor pun dah mengesahkannya (maafkan saya andai tersilap). Ini jawapan dari seorang Doktor yang bernama Dr Malinda, dia up pasal isu cyst, fibroid dan sebagainya. Saya ada buat entri (copy paste) dari penjelasan beliau, sila ke entri KENAPA RAHIM BENGKAK mengetahui punca cyst, fibroid. Anda juga boleh follow Facebook beliau DISINI.

Ini antara TESTIMONI GLA: http://mamadanbabysihat.blogspot.com/2014/08/testimoni-gla-shaklee-mudah-hamil.html

Rentetan dari isu Cikgu Mary ini, pihak Shaklee telah menghantar 'surat cinta' kepada beliau, harap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan aman tanpa saman-saman. Shaklee sebuah syarikat yang besar yang ada pakar-pakar dalam penghasilan kesemua produknya. Bukannya produk yang 'upah' kilang yang sama tapi buat label-label berlainan (macam produk kecantikan, tak perlu saya sebut kot). Shaklee ada tanam pokok sendiri, ada kilang sendiri, ada pakar sendiri untuk pantau kualiti dan keberkesanan sesuatu produk serta yang penting ia adalah selamat dan semulajadi. Shaklee dah 50 tahun kalau anda tidak tahu. So, bukan nak banggakan Shaklee, tapi itulah hakikatnya. Bukan produk cap ayam. Sudah tentu Shaklee memandang serius dan mengambil langkah yang bersesuaian terhadap isu yang berbangkit mengenai produk mereka.

Ini surat cinta Shaklee kepada Cikgu Mary. Surat ini diupload di Facebook Official Page Shaklee Malaysia. Anda boleh singgah ke sana. :)


Ada lagi sebenarnya isu-isu yang berbangkit tapi itu sekadar isu biasa yang sudah basi. Master-Master Shaklee pun sudah bosan melayan. Saya pun malas nak layan isu-isu macam ni. Biarlah anda membuat penilaian sendiri, saya yakin rakyat Malaysia pengguna yang bijak. Anda ada hak anda, saya juga ada hak saya. Yang penting, niat saya untuk memperbaiki kesihatan orang disekeliling saya dan sesiapa saja yang inginkan tubuh badan yang sihat. Niat saya hanya untuk membantu dengan ikhlas atas nama Allah s.w.t.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua, amin!

p/s: entri ini bukan bagi pihak Shaklee, ini adalah luahan hati saya sendiri. Maafkan saya andainya ada yang terguris atau tidak puas hati dengan entri saya kali ini.

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Monday, 8 September 2014

Kenapa Rahim Bengkak

Assalammualaikum w.b.t

Entri kali ni, saya just copy paste sahaja sebab nak abadikan coretan dari Dr Malinda berkenaan penjelasan beliau tentang Bengkak Rahim ekoran dari dakwaan Cikgu Mariyana yang mengatakan GLA punca rahim bengkak. Saya terpanggil untuk buat entri ini untuk rujukan saya pada masa akan datang dan juga untuk anda yang singgah di blog ni. Hope beri manfaat dan terbuka minda kita ye.

Jom kita ikuti penjelasan beliau (tiada editing ya).
************************************

Kenapa Rahim Bengkak?

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 

Luv,
Dr.Malinda

********************************************
Harap semuanya dah jelas, saya pun dapat menambah ilmu sedikit sebanyak dapat memantau kesihatan saya kelak. Wasalam....

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 5 September 2014

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Assalammualaikum w.b.t

Saya tengah kemas-kemas facebook fanpage Mama Dan Baby Sihat. Tengok entri-entri lama, jumpa entri yang ini. So saya nak kongsikan kat blog kesayangan saya ni tentang menyambut kelahiran bayi menurut islam.

Harap dapat beri panduan untuk kita semua sebab sekarang ni ramai sangat ibu bapa nak ikut cara moden, tapi mengikut cara islam itu lebih baik dan dituntut.

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :
1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.


9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

sumber: Pa&Ma

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday, 3 September 2014

Punca Dan Cara Merawat Kepala Bayi Berkerak

Assalammualaikum w.b.t

Dah banyak hari saya tak up entri blog ni. Tak senang duduk dibuatnya tapi disebabkan sibuk dengan urusan seharian, saya pendamkan dulu.

Entri kali ini nak sentuh pasal masalah biasa pada bayi lagi. Perasan tak bila bayi dalam pantang, kulit kepala bayi nampak macam berkerak atau berkeping macam ada kelemumur.

Ini antara yang saya amalkan ketika dalam pantang dulu. Harap dapat memberi tips berguna kepada ibu-ibu diluar sana.

Saya kongsikan punca dan cara merawat kulit kepala bayi berkerak mengikut kaedah tradisional dan juga moden selanjutnya di bawah ni.

KENAPA KULIT KEPALA BAYI BERKERAK???

Kenapa kepala bayi saya comot dan seperti berkelemumur? Tentu ada sesetengah daripada papa dan mama berhadapan dengan situasi begini. Usah risau, ketahui apa masalah tersebut lebih lanjut.

Sekiranya anda melihat kulit kepala bayi berkerak dan adakalanya kelihatan seperti kelemumur, tebal, berminyak, kerak bertompok kecoklatan, ia adalah cradle cap atau kulit berkerak.

Pakar perubatan memanggilnya sebagai infantile seborrheic dermatitis, dan ia adalah perkara biasa di kalangan bayi. Sementara itu di kalangan orang Melayu, masalah ini dikenali sebagai sawan.

Kulit kepala berkerak kerap berlaku pada beberapa bulan awal usia bayi dan biasanya akan hilang dengan sendiri kira-kira enam ke 12 bulan usianya – walaupun ada sesetengah kanak-kanak akan menghidapnya dalam jangka masa panjang.

Anda mungkin menyedari keadaan yang sama berlaku di sekitar telinga, kening bayi, kelopak mata atau ketiaknya.

Apa punca kerak?

Puncanya masih tidak diketahui secara spesifik. Tetapi kita maklum ia bukan disebabkan oleh tahap kebersihan yang teruk atau alahan.

Mungkin sesetengah ibu bapa bimbang melihat keadaan bayi mereka kerana ditakuti boleh membawa penyakit lain yang lebih serius.

Sesetengah pakar percaya hormon yang diterima oleh bayi daripada ibu di akhir kehamilan  menyebabkan rangsangan lebih penghasilan kelenjar minyak (seborrheic) oleh bayi, menyebabkan berlaku kerak kepala.

Kerengsaan daripada yis yang membesar dalam sebum (bahan dihasilkan oleh kelenjar) juga dikatakan punca berlakunya masalah kerak. Kerak kepala tidak berjangkit tetapi ia mungkin menyebabkan sedikit kegatalan kepada bayi.

Bagaimana merawatnya?

Sebenarnya anda tidak perlu membuat apa-apa, tetapi jika rasa terganggu, berikut beberapa cara yang boleh dicuba:

*Urut perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan jari anda atau brus yang lembut untuk melonggarkan kerak tersebut.

*Syampu rambut bayi lebih kerap (setiap hari), tetapi pastikan dibilas dengan betul.

*Selepas syampu, berus perlahan-lahan kulit kepala bayi dengan berus lembut atau tuala lembut.

*Ada ibu bapa yang berjaya menanggalkan kerak dengan kaedah bersyampu tetapi jika kerak jenis yang degil, anda boleh cuba menyapu minyak bayi.

*Guna minyak bayi jenis almond atau minyak zaitun. Sapukan pada kulit kepala bayi. Biarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian, perlahan-lahan sikat kepingan menggunakan sikat gigi atau berus lembut.

*Pastikan ia diikuti dengan membasuk kulit kepala bayi dengan syampu bayi yang lembut.

*Anda boleh juga biarkan sapuan minyak tersebut dikepalanya bagi membolehkan pori tersumbat dan menyebabkan kepingan tertanggal.

Perlukah berjumpa doktor?

Jumpa dengan doktor apabila keadaan kerak di kepalanya bertambah teruk, terdapat pendarahan atau tersebar melebihi kulit kepala bayi.

Doktor mungkin mencadangkan preskripsi syampu kelemumur atau jika kulit kepala semakin teruk, ubat krim kortison dicadangkan.

Sekiranya, jangkitan yis menjadi punca masalah, doktor akan mencadangkan penggunakan ubat anti kulat.

---

Jangan lupa share ye andaikata tips ni boleh membantu anda. :)


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera