Tuesday, 30 September 2014

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama saya tak update blog ni. Bukan sebab tak ada idea, bukan sebab malas TAPI saya super duper BUSY dengan projek menjadi vendor kepada 2 butik. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Bangi. Wah, vendor apakah itu? Hehehe....nanti saya war-warkan kat sini ye. :)

Saya ni suka sangat makan NASI IMPIT DENGAN KUAH KACANG. Kalau musim raya memang wajib saya makan nasi impit kuah kacang tak kiralah kat rumah sendiri atau rumah orang...nama pun musim raya kan ;) Dah bertahun tak masak kuah kacang tapi bulan lepas berani mati jugak buat sendiri kuah kacang nasi impit sebab ada jamuan 'pot luck'. Alhamdulillah ramai yang cakap sedap.. hidungku sudah kembang semangkuk! Hahaha.

So saya teringin pulak nak share resepi kuah kacang nasi impit saya ni. Jom tengok kenapakah diorang cakap sedap...hihi...

BAHAN-BAHAN:
Kacang Tanah 250gram
Santan dari sebiji kelapa
Bawang Merah 5 ulas (ditumbuk)
Bawang Putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili Boh 2 sudu besar (nak pedas boleh tambah)
Serai 2 batang dititik
Asam Keping sekeping sederhana besar
Gula Merah 3 senduk
Gula Pasir 1 senduk (nanti rasa kalau tak cukup boleh tambah).
Garam

CARA-CARANYA:
1 -  Tumiskan bawang tadi sehingga naik bau
2 - Masukkan cili kering yang sudah dibancuh dengan santan (sikit sahaja masukkan santan kedalam cili boh). Tumis sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan kacang yang sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Kacau sebati sehingga naik bau.
4 - Masukkan santan, asam keping, serai. Renehkan seketika.
5 - Kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa. Renehkan sehingga pekat.

Itu saja. Selalunya kuah tu saya renehkan dekat sejam baru lah angkat untuk makan. Lagi lama lagi sedap. Cubalah.

Monday, 22 September 2014

Panggilan Mama Yang Ditunggu

Assalammualaikum w.b.t


Cute kan baby ni?

Wah...macam suspen je kan tajuk entri saya kali ini. Sebenarnya dah 2 hari ponteng update blog, rasa tak senang duduk dibuatnya. Tup tup ada idea & waktu untuk buat entri hari ini. Saya agak sibuk kebelakangan ni, sibuk berdating dengan new gadget saya. Hihihi...You all tau kan apa dia tu...disamping hal lain yang perlu diutamakan.

Apa maksud nya ya entri saya kali ini. Panggilan apa yang saya tunggu dan idamkan sangat tu. :)

Hanya Allah yang tahu betapa happynya saya. Terharu dan sebak gembira pun ada. Huhuhu...

Hehe...bukan apa-apa pun tapi saya happy sangat sebab Ammar dah mula nak belajar bercakap. Dah dekat sebulan dia pandai sebut 'Mama' dengan betul dan tak pelat.huhuhu. panggilan yang saya sangat tunggu-tunggu selama ni. Selalu panggil 'bah' je (abah)..panggil saya kadang-kadang je, yang banyaknya 'aaa aaa'. Nampak comel sangat bila dia panggil mama.. so sweet.

Tapi sejak pandai panggil Mama ni...semuanya cari mama...hihihi....balik dari berjalan dengan abahnya, terus panggil mama mama...pastu cakap bahasa perancis..hahaha.. nak makan nak minum panggil mama..duduk depan dia pun panggil mama..selagi tak menyahut 'ya', selagi tu dok panggil. Lepastu suka ulang-ulang panggil.

Best sangat bila anak dah pandai panggil Mama. Keletah makin lucu sebab dia suka bebel-bebel dengan mulut muncungnya.

Setiap masa rindu kat dia kalau berjauhan. Tak jemu nak dengar dia panggil Mama!!!!

Mood: Very very happy!!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Friday, 19 September 2014

WAHM, Itu Impian Saya

Assalammualaikum w.b.t



WAHM. Apa itu WAHM?
WAHM ialah Working At Home Mom. Melayu nya adalah Surirumah Yang Berkerja Di Rumah.
Paling mudah surirumah yang buat bisnes dari rumah.

Wahhh...saya jeles dengan WAHM seperti Kak Wana, Lin Chalo dan lain-lain WAHM yang saya kenal. Mereka ni bukan calang-calang orang, semuanya berkelulusan Ijazah dan pernah kerja makan gaji masuk kerja pukul 8.00am habis kerja pukul 5.30. Tapi keluar dari rumah pukul 7 pagi sampai rumah pukul 7 malam. Gaji hujung bulan masyuk je. Tapi puaskah anda?

Dulu lepas grad, dapat ijazah, saya berazam nak kerja SAMPAI PENCEN! Nak  dapat JAWATAN TERTINGGI dalam jabatan yang saya kerja. Nak GAJI BESAR dari sekarang dan dulu-dulu. Itu cerita 10 tahun yang lalu saat saya masih mentah tentang dunia pekerjaan, masih mentah dalam kehidupan. Yang saya nampak HANYA DUIT, nak KAYA!

Namun, lama kelamaan sebenarnya bukan itu yang saya nakkan. Bukan itu yang membuatkan saya puas. Walaupun cukup bulan dapat gaji sesuai dengan lulusan ijazah saya dan dengan pengalaman berkerja selama hampir 10 tahun kini, hati saya sangat BERCITA-CITA ingin jadi WAHM.

Masyarakat kita dah terbiasa dengan  Orang Perempuan Duduk Goyang Kaki Kat Rumah, Makan Duit Laki je. Senang Hidup. Maafkan saya cakap macam ni, tak semua tapi banyak. Bila isteri yang berkelulusan duduk di rumah, tak bekerja sementelah suami pula mampu menyara sepenuhnya keluarga, dicakap pula tak pandai cari kerja dan macam-macam hal lagi.

Betapa mulianya menjadi surirumah yang ada masa sepenuhnya dengan keluarga terutama anak-anak. Saya rasa sedih tiap kali pergi kerja, Ammar masih lena di sisi suami. Pulang dari kerja, Ammar dah ada di rumah bermain bersama suami. Saya rasa FAIL sebagai IBU sebab saya tidak ada cukup masa dengan Ammar, Masa siangnya banyak dihabiskan bersama Mama Ida nya (pengasuh saya). Isnin hingga Jumaat, saya hanya ada 4 jam untuk bermain dan memahami Ammar, sedangkan pengasuh saya ada masa 12 jam sehari bersama Ammar. Saya CEMBURU!

Saya rasa bersalah pada anak sendiri seolah-olah saya abai tanggungjawab saya. Sebab itulah sejak ada anak ni, hati saya meronta-ronta untuk menjadi WAHM yang berjaya. Saya dah mula berjinak secara serius dalam bisnes menjual produk bayi dan keperluan bayi serta ibu-ibu. Terkini, saya sudah mula membeli mesin jahit global gsm-505 padahal saya tak tahu menjahit langsung. Dan semestinya Shaklee. Ini semua bukan suka-suka untuk mengisi masa lapang, tapi sebagai pembakar semangat saya untuk terus bercita-cita menjadi WAHM yang berjaya.

WAHM bukan surirumah yang tiada ilmu kini, rata-rata sekarang sedar bahawa bekerja sendiri lebih berkat lebih memuaskan hati. Diumur 3 siri, saya sudah tidak mampu menahan telinga dan menahan emosi. Mental saya seolah-olah dibuli, saya yang membiarkan mental saya dibuli. Ruginya hidup saya kalau selamanya saya biarkan terus dibuli. Hidup ini singkat, biarlah diisi dengan perkara yang boleh menggembirakan kita, biarlah emosi kita tenang tidak terlalu memikirkan hal mudah yang menjadi rumit akibat dicipta oleh manusia sendiri. Saya tak suka jadi hamba kerja.

Saya ingin jadi WAHM yang berjaya, saya rela simpan Ijazah yang saya ada untuk banyak masa bersama keluarga disamping mengejar cita-cita menjadi usahawan yang berjaya hanya dari rumah.
Doakan saya ye. Aminnnn


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Thursday, 18 September 2014

Cara Merawat Bengkak Susu Secara Tradisional

Assalammualaikum w.b.t



Lunch tadi sembang-sembang dengan kawan, dia baru keluar dari hospital, bersalin kan anak kedua, perempuan tapi kena duduk dalam wad selama 2 minggu sebab bayi nya lahir tak cukup bulan. Lahir pada minggu ke 35 melalui ceaser ekoran dari darah tinggi yang sangat tinggi.

Dah tentulah sembang-sembang pasal anak dan ibu-ibu. Itu dah jadi topik utama kalau mak-mak berlepak ya, bukan buat ketupat. Ooopss.

Dia cerita pengalaman dia masa di hospital tempohari. Syukur susu dia banyak jika dibandingkan dengan anak pertama dulu. Anak pertama pun lahir tak cukup bulan (lahir pra-matang), lahir pada usia kandungan 7 bulan.

Masa di dalam wad ibu dan anak (wad lepas bersalin), ada ibu muda ni baru je melahirkan anak sulung. Umur ibu ini dalam lingkungan 23 tahun. Alhamdulillah, di usia muda dah bergelar ibu.
Ibu muda ni mengalami bengkak susu yang sangat teruk sebab susunya banyak tapi baby tak pandai nak hisap lagi. Penyudahnya, ibu muda ni menangis kesakitan tak henti-henti. Nurse pun tak tahu nak buat apa dah. Tolong urut, tolong picit, tolong suapkan pada bayi pun tak menjadi juga. Payudara ibu muda ni dah bengkak dan mengeras. Ye la, susu banyak terhasil tapi tak boleh nak keluar. Apa lah agaknya rahsia dia dapat susu yang meriah macamtu? Set Penyusuan Lengkap Shaklee tak? Hehehhehe....just joking. Kawan saya pun tak tanya. :)

Ok, berdasarkan pengalaman dari anak pertama, atas nasihat dari doktor juga, kawan saya ni menghulurkan bantuan sebab kesian tengok ibu muda ni menangis-nangis. Nurse pun macam dah give-up. Apa yang dia buat adalah sangat simple dan mudah. Tak terlintas di fikiran saya pun dan saya pun tak tahu cara tu berkesan. Ibu muda tu dah tak sakit dan susu mencurah-curah keluar.

Cara Merawat Bengkak Susu Secara Tradisional

Bila sebut tradisional, tentu anda fikir ia berkait dengan herba kan? Oh tidak! Tak guna apa-apa herba atau minyak pun. Caranya mudah saja. Langkahnya seperti dibawah:

1) Ambil tuala bersih. Tuala Good Morning pun dah ok.
2) Bersihkan puting dengan air suam dahulu. Manalah tahu tersumbat di luaran.
3) Basahkan tuala tadi dengan air panas. Air panas yang baru lepas mendidih. Memang panas tapi anda kenalah tahan sekejap. Celupkan dalam air panas.
4) Terus tekap atau letakkan tuala yang masih panas di payudara anda atau tempat bengkak susu tadi. Sekali lagi, kena tahan. Kejap je panas.
5) Sambil itu, urut perlahan menghala ke puting anda. 
6) Insyaallah, susu akan keluar dan bengkak susu hilang.

Lagi satu, kebetulan pula puting ibu muda ini tadi jenis tenggelam (masuk ke dalam). Barulah kawan saya tahu salah satu puncanya. Bayi tak dapat hisap dengan betul. Dia pun bagi idea pada nurse cara macamana nak keluarkan puting ke luar kepada keadaan yang sepatutnya.

1) Ambil syringe atau picagari. Pastikan muat untuk puting anda.
2) Potong dibahagian hadapan syringe tu
3) Tekapkan pada puting yang tenggelam tadi.
4) Tarik syringe tersebut seperti kita sedang menarik ubat masuk ke dalam syringe.
5) Ulang langkah tersebut sehingga puting keluar. Kena lakukan banyak kali supaya puting tidak tenggelam semula. Kena tahan sakit sikitlah. :)

Mudah je kan? Kalau anda rasa tips ni berguna, share-share la dengan teman anda.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 16 September 2014

New Gadget: Mesin Jahit Global GSM-505

Assalammualaikum w.b.t



Hari ini nak sembang sikit, out of topic. :) Selalu cerita atau share pasal tips-tips dan pasal vitamin je kan. So, hari ini cerita lain sikit.

Mood tengah excited ni!! Hehehehe...
Mesin jahit yang saya tunggu-tunggu dah pun sampai tengahari tadi. Selepas seminggu buat pesanan secara online di Lazada dan bayar cash semasa terima barang tadi.

Tak pernah mimpi pun, tak pernah terlintas pun di fikiran nak beli mesin jahit ni sebenarnya. Mana-mana mesin jahit sekalipun. Memang saya ni kaki dan tangan bangku. Keras dan tak kreatif langsung.
Memang tak pandai menjahit. Nak jahit lurus pun terketar-ketar kepala lutut..huhuhu

Tetiba, saya rasa nak beli mesin jahit ni terus membuak-buak...nak jugak ada mesin jahit walau macamana sekalipun. Nak jugak belajar menjahit. Dengan ilmu menjahit yang kosong ni, saya nekad saya beli jugak Mesin Jahit Global GSM-505 ni. Saya nak cabar diri saya sendiri. Lagipun, saya ada projek untuk jangka masa panjang, nak jadi WAHM. Ya, saya boleh!!!!

Inilah rupa mesin jahit itu:-

Mesin Jahit Global GSM-505
Comel je mesin jahit ni, tak besar sangat dan sangat ringan. Sesuai lah untuk beginner yang baru nak belajar menjahit macam saya ni. Nak beli yang mahal siap-siap risau pula tak pandai-pandai ataupun buat perhiasan je kat rumah. Better beli yang murah tapi berbaloi dengan Mesin Jahit Global GSM-505 ni. Harganya cuma RM159.00 Free Delivery, saya order kat Lazada.com.

Sebelum ni, saya ada baca review pengguna yang dah menggunakan mesin jahit Global GSM-505 ni, semuanya memuji dan berpuas hati dengan 'kecekapan' mesin ni dan sangat sesuai untuk beginner.
Setakat nak jahit baju kurung, jahit sarung bantal atau jahit langsir tu boleh sangatlah. Tapi saya rasa kain yang tebal-tebal tak sesuai rasanya sebab mesin ini bukan jenis 'heavy duty'.

Tak sabarnya nak mula menjahit! Tengah fikir-fikir nak jahit sarung bantal Ammar dulu kot. Nanti saya upload gambar kalau menjadi sarung bantal tu. Hehehhe

Ini packing dari Lazada yang saya terima melalui kurier TA-Q-BIN.


Bila plastik dah dibuka, inilah kotak Mesin Jahit Global GSM-505 itu. :)


Benang dah dipasang siap-siap pada mesin. Ada disediakan foot pedal dan bobbin jugak.


Lain-lain aksesori disediakan:

  • 1 x Global Sewing Machine GSM-505
  • 1 x Adapter
  • 1 x Pedal
  • 3 x Roll of yarn
  • 2 x Needle
  • 1 x User manual
  • 1 x Warranty Card

Warranty pulak selama 6 bulan untuk alat gantian dan 12 bulan untuk teknikal. Okey lah kan?

Nanti saya buat entri review Mesin Jahit Global GSM-505 ni pulak ye. Macamana ia berfungsi, susah ke senang ke apa ke. Manatau ada ibu-ibu atau anak-anak gadis pun nak beli jugak mesin ni.
Bagi saya, tak rugi beli pun sebab senang nak bawa kemana-mana. Thumbs up!


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera