Friday, 10 October 2014

Bacaan Jerebu Di Malaysia

Assalammualaikum w.b.t


Tetiba hari ni nak sentuh topik jerebu pulak. Sebabnya, sekarang ni di Shah Alam dah jerebu teruk (pada pandangan saya la). Semua tempat dah macam berkabus asap putih je. Keluar rumah rasa tak selesa pandangan mata, tak dapat nak melihat jauh.

Dalam tahun ni dah banyak kali berjerebu. Paling teruk sekali bulan Jun kalau tak silap. Sampaikan terpaksa pakai mask sebab udara dah bau asap macam baru lepas bakar sampah. Terukkan kat Shah Alam ni. Kilang pun banyak, sebab tu la.

Minggu ni lagi sekali kena jerebu. Nak bawa Ammar main kat luar pun tak berani. Nanti dapat penyakit pulak. Huhuhu.

Bacaan Jerebu setakat hari ini seperti kat gambar bawah ni. Sumber yang boleh dipercayai. Hehehe. Data ni saya ciplak dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran di tempat saya bekerja dan diperolehi dari jabatan alam sekitar.

Tengoklah carta ni, Selangor paling banyak yang berjerebu. Huhuhu...Dah sampai tak sihat pulak tu.

So warga Selangor, kerapkan minum air masak. Elakkan keluar dari rumah jika tidak perlu. Pakai mask supaya tidak menghidu asap jerebu.

Marilah kita berdoa semoga jerebu ni cepat hilang. Aminn

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 7 October 2014

Kebaikan Infused Water Kepada Kita


Assalammualaikum w.b.t

Sihat semua? Dah banyak hari or berminggu dah saya tak update blog ni. Sebab broadband ku buat hal la, tangan sakit sebab kesan dari surgery hari tu pun sama sampaikan sebulan tak masak & tak boleh angkat berat dan jugak tak boleh nak laju menaip. huhuhu....

Alhamdulillah, hari ini macam line clear ja untuk saya update blog ni. Perasan kan tajuk entri saya kalini. Kebaikan Infused Water Kepada Kita. Kenapa saya pilih tajuk ni? Hmm...sebab ada kawan sekerja saya whatsapp kelebihan infused water ni dan dia kini 'gila' dengan infused water ni. Heheheh..hari-hari bawa infused water ke ofis. Saya pernah dengar sebelum ini tapi tak ambil port sangat.

Bila ada masa ni, barulah saya berpeluang google pasal Infused Water ni. Sekali search, keluar air-air yang nampak sangat refreshing dan dapat hilangkan dahaga walaupun minum seteguk. Penangan tengok gambar je tu, belum lagi ada depan mata dan minum.

Cuba tengok ni, nampak sedap kan?


APA ITU INFUSED WATER?
Kerap dengar atau baca ayat "Infused Water", tapi anda tahu tak makna infused water ni? Infused water ini sangat bagus untuk detoks segala kotoran dalam badan kita dan juga mengekalkan tahap  hidrasi badan kita. Tiada had berapan hirisan yang perlu anda masukkan ke dalam air, boleh letak seberapa yang anda suka dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30minit sebelum diminum. Paling sedap jika diminum sejuk atau yang baru keluar dari peti ais :)

Secara ringkasnya adalah air rendaman hirisan buah-buahan citrus dan berries. Contoh strawberi, cranberi, limau nipis, oren. Ada juga infused water dari timun, nenas, daun pudina, daun teh dan banyak lagi. Tapi infused water dari buahan jenis berry dan citrus adalah yang popular. Nanti saya kongsikan resepinya. Rasa dan khasiat original dari buah-buahan yang direndam tadi meresap masuk kedalam molekul-molekul air tanpa tambahan pewarna dan perisa. Tiada gula, tiada soda, dan seumpamanya. Semuanya original dari buah tersebut. Air yang digunakan pula adalah air sejuk atau disimpan dalam peti sejuk semalaman. So air dari dalam buah tadi dapat meresap masuk ke dalam air dan bersatu sehingga menjadikan rasa air itu segar dan penuh khasiat.

KHASIAT/KEBAIKAN INFUSED WATER
Khasiat infused water ini bergantung kepada pemilihan buah-buahan yang kita pilih. Contoh, kalau nak kurus anda perlu gabungkan hirisan timun, limau nipis dan lemon. Untuk anda, saya senaraikan beberapa kelebihan atau khasiat infused water ini mengikut gabungan buah-buahan yang dipilih.

1. Timun + Limau Nipis + Lemon = Mengawal keseimbangan air dalam badan, perut tidak selesa, mengawal selera makan, mengekalkan tahap hidrasi dan juga sistem penghadaman.

2. Teh Hijau + Mint + Limau Nipis = Untuk membakar lemak, sistem penghadaman yang lancar, untuk kelegaan sakit kepala dan kesegaran nafas.

3. Strawberi + Kiwi = Untuk kesihatan kardiovaskular (jantung dan seumpamanya), perlindungan sistem imunisasi badan, kitaran kadar gula dalam darah dan sistem penghadaman.

4. Lemon + Limau Nipis + Oren = Untuk serap vitamin C ke dalam badan, memperkuatkan sistem imunisasi dan juga pedih ulu hati (perlu diminum dalam keadaan sejuk).

Banyak lagi sebenarnya, anda boleh google yang lain-lain.

CARA MUDAH SEDIAKAN INFUSED WATER
Mudah sahaja nak buat infused water ni. Gambar dibawah ini menunjukkan cara yang mudah untuk membuat infused water.



Secara ringkasnya, misalannya anda mahu membuat infused water dari strawberi dan kiwi.
Caranya:

1- Anda perlu hiriskan buah strawberi dan kiwi tersebut.
2- Masukkan kedalam bekas kaca (jar).
3- Masukkan ais atau air sejuk. Dan tutup. Tunggu 30minit atau boleh disimpan semalaman didalam peti sejuk dan minum pada keesokkan paginya.

Mudah je kan? Sedap pulak tu!

Anda boleh klik link dibawah ini untuk mencuba resepi infused water. Jom kita sama-sama cuba nak? Tapi saya tak ada buah la pulak nak buat malam ni. Huhuhuhu. Anda cuba dulu then saya kat komen ya.

LINK RESEPI INFUSED WATER: 
1- http://www.fruitinfusedwater.com/
2- http://www.infusedwaterrecipes.com/

Ooopss, sebelum terlupa. Shaklee pun ada juga produk terhebat dan terhangat di pasaran untuk detoks dan melancarkan sistem penghadaman kita. Ini dia:-


Bukan untuk detoks semata-mata, tapi ada kelebihan lain lagi. Antaranya:

- meningkatkan susu badan
- menguruskan badan
- merawat keputihan
- mengetatkan miss V
- mengawal kolesterol
dan banyak lagi DISINI mengenai Alfalfa ini.

Ini sahaja coretan hari ini, hihihi...hope beri manfaat kepada kita semua ya. Amin.


Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Wednesday, 1 October 2014

Cara Dan Adab Mandikan Bayi

Assalammualaikum w.b.t

Kali ini saya nak kongsikan ilmu yang saya dapat dari Facebook juga sekitar setahun lepas. Belek semula post lama dari facebook page saya, terjumpa artikel ni yang saya pernah kongsikan dulu. Cuma tak diabadikan disini. Harap topik kali ini beri manfaat kepada bakal ibu bapa.

✿ ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR ✿

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

➥ Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

➥ Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

➥ Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

➥ Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

➥ Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

➥ Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

➥ Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

➥ Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

kredit: najla & uwais shop

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera

Tuesday, 30 September 2014

Resepi Kuah Kacang Nasi Impit

Assalammualaikum w.b.t

Dah lama saya tak update blog ni. Bukan sebab tak ada idea, bukan sebab malas TAPI saya super duper BUSY dengan projek menjadi vendor kepada 2 butik. Satu di Shah Alam dan satu lagi di Bangi. Wah, vendor apakah itu? Hehehe....nanti saya war-warkan kat sini ye. :)

Saya ni suka sangat makan NASI IMPIT DENGAN KUAH KACANG. Kalau musim raya memang wajib saya makan nasi impit kuah kacang tak kiralah kat rumah sendiri atau rumah orang...nama pun musim raya kan ;) Dah bertahun tak masak kuah kacang tapi bulan lepas berani mati jugak buat sendiri kuah kacang nasi impit sebab ada jamuan 'pot luck'. Alhamdulillah ramai yang cakap sedap.. hidungku sudah kembang semangkuk! Hahaha.

So saya teringin pulak nak share resepi kuah kacang nasi impit saya ni. Jom tengok kenapakah diorang cakap sedap...hihi...

BAHAN-BAHAN:
Kacang Tanah 250gram
Santan dari sebiji kelapa
Bawang Merah 5 ulas (ditumbuk)
Bawang Putih 2 ulas (ditumbuk)
Cili Boh 2 sudu besar (nak pedas boleh tambah)
Serai 2 batang dititik
Asam Keping sekeping sederhana besar
Gula Merah 3 senduk
Gula Pasir 1 senduk (nanti rasa kalau tak cukup boleh tambah).
Garam

CARA-CARANYA:
1 -  Tumiskan bawang tadi sehingga naik bau
2 - Masukkan cili kering yang sudah dibancuh dengan santan (sikit sahaja masukkan santan kedalam cili boh). Tumis sehingga pecah minyak.
3 - Masukkan kacang yang sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Kacau sebati sehingga naik bau.
4 - Masukkan santan, asam keping, serai. Renehkan seketika.
5 - Kemudian masukkan gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa. Renehkan sehingga pekat.

Itu saja. Selalunya kuah tu saya renehkan dekat sejam baru lah angkat untuk makan. Lagi lama lagi sedap. Cubalah.

Monday, 22 September 2014

Panggilan Mama Yang Ditunggu

Assalammualaikum w.b.t


Cute kan baby ni?

Wah...macam suspen je kan tajuk entri saya kali ini. Sebenarnya dah 2 hari ponteng update blog, rasa tak senang duduk dibuatnya. Tup tup ada idea & waktu untuk buat entri hari ini. Saya agak sibuk kebelakangan ni, sibuk berdating dengan new gadget saya. Hihihi...You all tau kan apa dia tu...disamping hal lain yang perlu diutamakan.

Apa maksud nya ya entri saya kali ini. Panggilan apa yang saya tunggu dan idamkan sangat tu. :)

Hanya Allah yang tahu betapa happynya saya. Terharu dan sebak gembira pun ada. Huhuhu...

Hehe...bukan apa-apa pun tapi saya happy sangat sebab Ammar dah mula nak belajar bercakap. Dah dekat sebulan dia pandai sebut 'Mama' dengan betul dan tak pelat.huhuhu. panggilan yang saya sangat tunggu-tunggu selama ni. Selalu panggil 'bah' je (abah)..panggil saya kadang-kadang je, yang banyaknya 'aaa aaa'. Nampak comel sangat bila dia panggil mama.. so sweet.

Tapi sejak pandai panggil Mama ni...semuanya cari mama...hihihi....balik dari berjalan dengan abahnya, terus panggil mama mama...pastu cakap bahasa perancis..hahaha.. nak makan nak minum panggil mama..duduk depan dia pun panggil mama..selagi tak menyahut 'ya', selagi tu dok panggil. Lepastu suka ulang-ulang panggil.

Best sangat bila anak dah pandai panggil Mama. Keletah makin lucu sebab dia suka bebel-bebel dengan mulut muncungnya.

Setiap masa rindu kat dia kalau berjauhan. Tak jemu nak dengar dia panggil Mama!!!!

Mood: Very very happy!!!

Hubungi saya untuk lebih lanjut ya. Saya sedia membantu. :) *****************************************************************************************
Mama Dan Baby Sihat
PM sini untuk pertanyaan: www.facebook.com/messages/MamaDanBabySihat
SMS/Whatsapp: 0125970799
Shaklee Independent Distributor
COD Area: Shah Alam, Bukit Jelutong, USJ, Subang Jaya, Bangi, Temerloh, Triang, Bera